Shopee 11.11 Big Sale 2019

| |

Shopee 11.11 Big Sale 2019. Assalammualaikum semua! Shopee kembali lagi dengan promosi hebat pada tarikh keramat iaitu 11.11. Sebagai pembeli tegar di dalam aplikasi Shopee, pastinya kita semua telah bersedia untuk mengambil peluang membeli barang-barang keperluan pada tarikh tersebut. Ruby sebagai umumnya sudah menanda kalendar dan menyediakan wang untuk berbelanja di Shopee. Paling minimum RM 100. Bergantung kepada kedai barang yang Ruby inginkan. Ada kalanya RM 50 sudah mencukupi semasa promosi jualan murah di Shopee. Jadi, untuk 11.11 ni jangan ketinggalan okay!

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Acara 11.11 Big Sale anjuran platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee, kini kembali lagi dengan pelbagai diskaun dan keistimewaan eksklusif menarik untuk pembeli tegar dalam talian. Kempen beli-belah ini bakal menjadi acara terbesar platform tersebut dengan pelbagai tawaran, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1 – semuanya dari 24 Oktober hingga 11 November 2019.

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Para pembeli akan menikmati pelbagai tawaran hebat daripada jenama dari pelbagai kategori seperti Carlo Rino, P&G, Nestle, realme, Tefal, Mr DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, Honor, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oréal dan Unilever sepanjang tempoh kempen tersebut.

Turut serta buat pertama kali dalam 11.11 Big Sale ialah jenama F&B terkemuka, KFC dengan diskaun eksklusif sehingga 52% hanya pada 11 November. Bank-bank utama seperti CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered dan UOB juga turut serta dengan menawarkan diskaun khas buat pemegang kad masing-masing serta baucar lebih menarik pada 11 November.

Pengguna e-wallet Boost juga boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10% untuk dapatkan penjimatan lebih baik. Sejajar dengan wawasan Shopee untuk menjadikan aktiviti beli-belah dalam talian satu pengalaman sosial menarik yang menghubungkan insan dari seluruh rantau, 11.11 Big Sale akan memaparkan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Shopee Quiz di aplikasi dengan Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi.

Sebanyak 11 juta pesanan telah dicatatkan pada 11 November tahun lepas, menandakan peningkatan 24 kali berbanding kempen 11.11 Big Sale Shopee yang pertama pada 2016. Dengan usaha memperkenalkan ciri-ciri baharu, permainan dan teknologi yang dinaik taraf di samping membawakan jenama tempatan dan antarabangsa baharu yang telah menyertai platform ini sejak tahun lepas, Shopee yakin bahawa 11.11 Big Sale akan muncul sebagai acara juala hebat terbesar diadakan.

Jom Derma Serendah RM 5 Kepada MAKNA Melalui Aplikasi Shopee

Memandangkan pesta beli-belah tahunan mega ini dijangka mencatatkan lonjakan besar dalam trafik ke platformnya, Shopee mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge. Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar. Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA.

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Sebuah kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan bahawa diagnosis awal kanser bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa tetapi juga mengurangkan kos rawatan. Memandangkan kanser tidak mengenal mangsa, selain daripada meraih dana, Shopee juga bekerjasama dengan rangkaian hospital Pusat Perubatan Sunway untuk mendorong rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kanser. Pusat Perubatan Sunway akan menawarkan 300 penderma pertama yang menderma RM100 dengan ujian darah percuma bernilai RM100 dan 50 penderma pertama yang menderma RM250 dengan pakej mammogram 3D percuma bernilai RM430 melalui kedai rasmi ShopeeMAKNA. Selain itu, sebagai sebahagian daripada kempen ini, Pusat Perubatan Sunway akan menderma RM20,000 kepada MAKNA.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge

Juga menyokong #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge adalah personaliti Che Puan Sarimah Ibrahim, Elyana, Diana Danielle, Farahanim Razak, Rita Dato’ Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay dan Sarah Hildebrand serta atlet gimnastik negara Izzah Amzan, Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Olympian Terbaik 2018 Amy Kwan. Untuk menjadikan inisiatif ini lebih menarik, para pengguna boleh menderma sambil menyaksikan gelagat personaliti-personaliti secara langsung di mana mereka melakukan pelbagai aktiviti yang kelakar, menakutkan dan sedikit berbahaya. Pengguna Shopee boleh menentukan aksi yang dikehendaki dengan mengundi untuk cabaran pilihan mereka di Aplikasi Shopee dari sekarang hingga 10 November. Rancangan khas ini akan disiarkan secara langsung di Shopee Live, Astro Prima SD (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121) jam 9 malam pada 11 November.

Shopee 11.11 Big Sale 2019
Shopee officially kicks off the 11.11 Big Sale
(from left) Yasmin Hani, Che Puan Sarimah Ibrahim, Dr Michelle Mah, Director, Business Development & Corporate Communications, Sunway Medical Centre, Lok Weng Lum, Marketing Lead (Campaigns), Shopee Malaysia, Farahida Mohd Farid, General Manager, MAKNA, Farahanim Razak & As’ad Motawh.

Shopee 11.11 Big Sale 2019

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar, MAKNA berkata, “Kira-kira 37,000 kes kanser baharu didiagnosis setiap tahun di Malaysia; angka ini dijangka meningkat kepada lebih daripada 55,000 menjelang 2030. Kanser meningkat pada kadar yang membimbangkan dan ia adalah tanggungjawab kami mencari jalan untuk mengumpul lebih banyak dana bagi tujuan penyelidikan dan memberikan bantuan kewangan kepada penghidap kanser yang memerlukannya di negara ini. Segala bantuan yang diberikan amat bermakna dalam perjuangan ini. Kami gembira kerana kini orang ramai boleh melakukan lebih lagi dengan platform e-dagang seperti Shopee, lebih-lebih lagi sekarang mereka boleh menderma menerusi platform tersebut. Kaedah ini memudahkan mereka yang ingin membantu tetapi tidak tahu cara terbaik, atau mengesyaki kredibiliti pihak yang mengutip dana.”

Shopee Malaysia Menyumbangkan RM 33,000 kepada MAKNA

Sebagai bukti komitmennya, Shopee dan rakan-rakan niaganya telah menyumbangkan RM33,000 kepada MAKNA di majlis pelancaran yang diadakan di W Kuala Lumpur. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, ?“Kami sentiasa mencari jalan untuk menabur budi kepada masyarakat setempat. Kanser ialah pembunuh senyap yang memberi kesan kepada semua orang sama ada secara langsung atau tidak langsung tanpa mengenal usia, jantina, status sosial dan bangsa. Menggunakan aset paling berharga kami – jumlah trafik kepada platform Shopee pada 11.11 Big Sale, kami membuat keputusan untuk menganjurkan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge untuk menjadikan kempen lebih bermakna dan bukan bertumpu kepada beli-belah semata-mata.

Shopee 11.11 Big Sale 2019
(Empat dari kiri) Encik Lok Weng Lum, Marketing Lead (Campaigns), Shopee Malaysia, presented a mock cheque of RM11,000 to MAKNA

Untuk terus meningkatkan kesedaran, kami juga menjadikan aktiviti mengutip dana lebih menarik dan menyeronokkan dengan siaran Shopee Live yang dibarisi bintang-bintang terkenal. Kami turut merakamkan penghargaan kepada rakan kerjasama kami Pusat Perubatan Sunway kerana menawarkan pakej pemeriksaan kanser percuma kepada para penderma. Dengan usaha ini, kami berharap rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati tawaran dan diskaun yang kami sediakan pada 11.11 Big Sale, tetapi turut bersama-sama kami membantu golongan yang memerlukan.” Dapatkan maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale di www.shopee.com.my/1111 Untuk menyumbang kepada MAKNA, layari www.shopee.com.my/shopeemakna

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat SEA, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

Mengenai MAKNA

MAKNA (Majlis Kanser Kebangsaan atau Majlis Kanser Nasional) adalah syarikat sosial yang bukan keuntungan yang diasaskan oleh Dato ‘Mohd Farid Ariffin. Diilhamkan oleh perjuangan anaknya sendiri penghidap kanser, MAKNA ditubuhkan pada tahun 1994 dan dilancarkan secara rasminya pada tahun 1995. Dalam menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan pelbagai, MAKNA berbangga sebagai sebuah organisasi homegrown yang terus memainkan peranan penting dalam membantu pesakit kanser, tidak kira latar belakang, bangsa, kepercayaan dan warna.

www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY

Previous

Festival Seni Selat Melaka 2019 Anjuran JKKN Melaka Meriah!

Natugee X Mrs Malaysia World Anjur Program CSR Bersempena Pinktober

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.