Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa

| |

Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa. Assalammualaikum semua! Ruby ada sesuatu ingin dikongsikan dan ia bagus untuk kita semua. Baru-baru ini Ascensia dan Alpro Pharmacy telah melancarkan pelan langganan pengurusan diabetes yang pertama di Malaysia sempena Hari Diabetes Sedunia. Diabetes adalah penyakit yang kita sering anggap mudah, kesannya banyak kita lihat. Namun, kita memilih untuk tidak menjaga pemakanan. Makan selagi boleh. Ruby menyedari ruby ada kencing manis semasa hamil. Melalui proses GDM sepanjang dua kehamilan memang tidak seronok. Ulang alik ke hospital dan sentiada rekod menu makanan dan bacaan kadar gula. Tetapi, Ruby pandang pada sudut positif. Diantara kebaikannya adalah, Ruby mula menjaga pemakanan dan melatih ibu bapa dan saudara mara untuk sentiasa buat pemeriksaan kesihatan.

Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa

Pada kebiasaannya apabila Ruby lakukan ujian darah di rumah, ruby perlu catit di dalam buku dan simpan. Apabila perlu jumpa doktor, Ruby akan beri buku itu. Sekarang, semakin canggih, teknologi melalui aplikasi mudah alih membantu untuk penghidap Diabetes terus mendapat nasihat pakar.

Dengan adanya pelan dan aplikasi di telefon pintar, ia adalah satu usaha yang baik bagi menangani keperluan akses dan kemampuan dalam pengurusan diabetes, Ascensia Diabetes Care (Ascensia) bersama Alpro Pharmacy, sebuah rangkaian farmasi terkemuka tempatan telah melancarkan sugO365, sebuah pelan langgangan diabetes yang pertama di Malaysia, untuk meraikan Hari Diabetes Sedunia. sugO365, yang telah diilhamkan oleh sekumpulan individu terlatih dan berwawasan dalam industri penjagaan kesihatan negara, merupakan sebuah platform inovatif yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes keupayaan untuk menguruskan dan mempelajari bagaimana untuk mengawal keadaan diabetes mereka secara berkesan melalui penggunaan teknologi digital.

Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar GlukosaAplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa

Bercakap pada pelancaran sugO365, Maximillian Lim, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia berkata, “Pemantauan glukosa darah (SMBG) merupakan aspek penting bagi mereka yang hidup dengan diabetes. Sebagai peneraju penyedia solusi penjagaan diabetes yang terkemuka di dunia, kami komited untuk memudahkan kehidupan individu dengan diabetes, memperkasakan mereka untuk menjaga kesihatan mereka. Menerusi sugO365, penghidap diabetes boleh memberi tumpuan terhadap perkara yang paling penting: kawalan diabetes mereka .”

Menurut Lim, Ascensia baru-baru ini telah menganjurkan kajian diabetes yang mendapati mereka yang menghidapi diabetes berasa patah semangat untuk memantau glukosa darah disebabkan oleh kos yang terlibat. Kajian yang dijalankan juga mendapati lebih 50% daripada responden yang menghidap diabetes percaya bahawa tanggungjawab utama pengurusan penyakit itu adalah di bahu para doktor, bukannya pesakit.

“Kami percaya bahawa pelan langganan ini akan menangani isu kemampuan dan akses kepada maklumat yang tepat dan terkini. Dengan itu, kami berharap untuk memperkasakan individu dengan diabetes untuk mengawal keadaan penyakit mereka,” ujar Lim.

Pelan Langganan sugO365

sugO365 datang dengan empat pelan yang berbeza – sugOTrial, sugOVIP, sugOCOMBO and sugOMAX, eksklusif untuk pesakit diabetes melitus jenis 1. Selepas mendaftar, pelanggan akan diberikan satu sistem pemantauan glukosa darah COUNTOUR®PLUS ONE secara percuma. Peranti tersebut mempunyai fungsi tanpa wayar dengan keterhubungan Bluetooth® serta boleh berhubung dengan aplikasi pada telefon pintar dengan mudah dan lancar.

Aplikasi berkenaan akan menghimpun, menyimpan dan menganalisis bacaan glukosa darah pelanggan pada masa sebenar. Melalui aplikasi yang mudah digunakan ini, pelanggan akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana aktiviti harian mereka boleh mempengaruhi keputusan glukosa darah yang seterusnya mungkin menjejaskan pengurusan diabetes mereka.

Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar GlukosaAplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa

Pelanggan sugO365 juga akan mendapat penjagaan khusus daripada profesional penjagaan kesihatan bertauliah Alpro Pharmacy termasuk ahli farmasi, pakar pemakanan dan dietitian, melalui perbualan dalam taliasecara langsung (LIVE CHAT) dan konsultansi bersemuka. Terdapat juga webinar dan panduan penjagaan kesihatan diabetes kepada pelanggan.

Menurut Ph. Lee Yin Chen, Pengarah Penjenamaan, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy, Persatuan Diabetes Amerika Syarikat (ADA) menganggarkan kos perubatan individu yang hidup dengan diabetes adalah kira-kira RM71,000 (US$16,750) setahun dan daripada jumlah itu, RM4,100 (USD$9,601) berpunca daripada rawatan diabetes. Angka ini adalah lebih daripada dua kali ganda kos perubatan yang ditanggung oleh mereka tanpa diabetes.

“Menerusi sugO365, kami mampu membantu mengurangkan beban pesakit yang berhadapan dengan perbelanjaan diabetes yang tinggi. Paling penting, mereka akan dapat akses kepada maklumat yang tepat hanya di hujung jari mereka.

Aplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar GlukosaAplikasi sugO365 Bantu Penghidap Diabetes Memantau Kadar Glukosa

“Melangkah ke hadapan, kedua-dua Ascensia dan Alpro akan terus membawakan lebih banyak ciri-ciri kepada pelan langganan ini. Matlamat utama kami adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjaga kehidupan mereka sendiri dan menggalakkan mereka yang tersayang untuk melakukan perkara yang sama,” katanya. SugOVIP, pelan paling komprehensif di bawah sugO365, ditawarkan pada harga RM360 ke atas bagi tempoh setahun dan boleh dilanggani oleh semua ahli Alpro Pharmacy.

Bersempena dengan pelancaran pelan sugO365, pelanggan Alpro Pharmacy yang berjaya melanggan Insurans MSIG Gluco SafeGuard semasa tempoh kempen akan layak menerima pakej sugOVIP yang bernilai RM360 secara percuma. Untuk maklumat lanjut berkenaan sug0365, sila layari www.sugo365.com.my atau berkunjung ke Alpro Pharmacy yang berhampiran.

Mengenai Ascensia Diabetes Care

Ascensia Diabetes Care merupakan sebuah syarikat pakar penjagaan diabetes di peringkat global, berdedikasi dalam membantu individu yang hidup dengan diabetes. Misi kami adalah untuk memperkasa mereka yang terlibat menerusi penyediaan solusi inovatif yang memudahkan dan memperbaiki tahap kehidupan mereka. Kami menggunakan inovasi terhasil serta kepakaran pakar dalam bidang perubatan diabetes untuk membangunkan solusi dan peralatan berkualiti tinggi yang memberi perubahan harian yang positif kepada mereka yang menghidapi diabetes.

CONTOUR ®, sebagai portfolio sistem pemantauan glukosa gula yang terkenal di dunia, rangkaian produk kami menggabungkan teknologi terkini dengan fungsi mesra pengguna yang membantu pesakit diabetes untuk menguruskan penyakit mereka. Kami komited untuk meneruskan penyelidikan, inovasi dan pembangunan produk-produk dan solusi baharu. Sebagai rakan yang dipercayai dalam kalangan komuniti diabetes, kami bekerjasama erat dengan profesional penjagaan kesihatan dan rakan kongsi lain dalam memastikan produk kami memenuhi standard tertinggi ketepatan, kejituan, dan keutuhan, serta menjalankan perniagaan kami mengikuti pematuhan dan berintegriti.

Ascensia Diabetes Care telah ditubuhkan pada tahun 2016 melalui penjualan Bayer Diabetes Care kepada Panasonic Healthcare Holdings Co. Ltd. Rangkaian produk Ascensia Diabetes Care dipasarkan di lebih 125 buah negara di seluruh dunia. Ascensia Diabetes Care mempunyai kira-kira 1,700 kakitangan dan beroperasi di 31 buah negara.

Mengenai Alpro Pharmacy

Alpro Pharmacy adalah salah satu rangkaian farmasi tempatan yang paling pesat berkembang. Diasaskan oleh Ph. Low Swee Siong dan Ph. Hiew Fei Tsong, Alpro Pharmacy pertama telah dibuka di Negeri Sembilan pada Februari 2002.

Sebagai penyokong kuat terhadap Keselamatan Ubat-Ubatan, Alpro Pharmacy merupakan farmasi pertama dan tunggal di Malaysia yang telah menginsuranskan kesemua ubat-ubatan yang dijual untuk ketulenan dan keselamatannya sehingga nilai RM1 juta. Ia telah memenangi dua (2) Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Star dan dua (2) Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sinchew dari tahun 2016 hingga 2018 di atas inovasinya dalam penjagaan pesakit dan tanggungjawab korporat sosialnya. Pada masa ini Alpro Pharmacy mempunyai lebih 800 orang kakitangan dan 85 cawangan di seluruh negara, termasuk 23 di Negeri Sembilan, 11 di Lembah Klang, 12 di Johor, 8 di Sarawak, 8 di Pahang, 7 di Pulau Pinang dan bandar-bandar utama lain di Malaysia.

www.ascensia.com
www.facebook.com/ContourAscensia

Previous

Fun Time at Waka Waka Kuala Lumpur

Ilyn & Elyn Loh Harumkan Nama Malaysia Di Little Miss & Mister United World 2019

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.