Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

| |

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah berkujung ke Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand. Menariknya kali ini adalah ruang yang lebih luas dibahagian pakaian. Jika dulu ruang barangan pinggan mangkuk akan berkongsi kawasan dengan pakaian, kali ini kawasan itu diasingkan. Jadi, bila anda berada di kawasan pinggan, magkuk, periuk dan barang keperluan dapur. Anda tidak terganggu dengan mereka yang sedang mencari pakaian. Jom ikuti perjalanan Ruby membeli-belah di Jalan Jalan Japan dengan bajet RM 100. Haaa berjaya ke tidak?

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Pada 16 November 2019 yang lalu telah berlangsung pembesaran Jalan Jalan Japan cawangan 1 Shamelin Mall. Ruby tahu dari facebook Jalan Jalan Japan, tetapi Ruby tidak sangka sambutan pengunjung amat menggalakkan. Mereka beratur seawal jam 8.30 pagi. Pihak JJJ juga menyediakan sarapan pagi nasi lemak dan teh tarik! Terima kasih Jalan Jalan Japan! Memang seronok la kami membeli-belah masa ni.

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Ruang Yang Lebih Luas

Apabila semakin luas, pastinya anda ingin mengetahui apa yang bertambah dan ruang bahagian mana yang makin banyak barang. Kebanyakan yang datang je JJJ sudah plan apa yang mereka inginkan. Pertama kali dulu datang, Ruby jalan jalan aje. Sebab tidak pasti susun atur kedai. Kali kedua datang dah pandai kearah mana ingin dituju. Jalan Jalan Japan amat menitik beratkan faktor keselematan kepada pelanggan yang datang. Apabila mereka besarkan kedai, mereka besarkan ruang laluan diantara pelanggan. Bakul boleh melalui setiap laluan, malah anda boleh parking sekejap. Jika anda tinggalkan bakul tanpa pengawasan, staff JJJ akan segera kemas. Ini adalah proses pantas agar kedai sentiasa di dalam keadaan teratur dan kemas.

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jika dulu mencari pakaian sempit dan kurang pilihan untuk saiz XL, Sekarang dah ada banyak stok pakaian besar-besar. Kemudian diasingkan saiz kanak-kanak mengikut usia dan jenis pakaian. Cuma perangai pelanggan yang datang ke JJJ mesti tamak. Ambil semua barang masuk bakul lepas tu taknak beli. Kesian pekerja perlu asingkan semua produk yang mereka ambil. Ruby ada ternampak seorang aunty ni ambil semua pakaian dan masuk dalam 3 bakul. Menggunung pakaian tersebut. Mentang-mentanglah saiz dia banyak baju cantik-cantik, tetapi beringatlah untuk membeli apa yang perlu sahaja.

Di Jalan Jalan Japan, mereka menjaga kualiti setiap produk. Semuanya sudah dibasuh dan di keringkan dengan baik. Tugas kita sebagai pembeli menjaga barang-barang dengan sebaiknya.

Harga Sentiasa Murah & Kualiti Terjaga

Di Jalan Jalan Japan anda tidak perlu khuatir perbezaan harga. Semasa promosi, selepas promosi, hari biasa dan setiap hari adalah harga murah. Ia bergantung kepada rezeki anda apabila berjaya mendapatkan barangan yang anda inginkan. Sekarang Jalan Jalan Japan sudah mempunyai 5 cawangan iaitu One City Subang, 1 Shamelin Mall, M3 Mall Taman Melati, Centrepoint Serembang & KIP Mall Bangi. Kungjungilah cawangan berdekatan anda!

Ruby dapat beli peralatan permainan untuk anak-anak. Kemudian tiga pasang pakaian sweater dan long dress. Total RM 97 telah dibelanjakan. Hehehe. Apa yang menarik di Jalan Jalan Japan adalah produk yang dijual adalah lain dari yang lain. Sebagai contoh untuk Ruby yang meminati puzzle. Ruby pasti menemui wooden puzzle, puzzle ABC, puzzle kenderaan dan macam-macam lagi. Kemudian untuk permainan block seperti lego, Ruby tak pernah lagi jumpa jenis Block Bricks Stackadoos. Anak Ruby punyalah happy sebab permainan mereka lain dari kawan-kawan dia dan dia dapat mencuba buat pertama kalinya! Terima kasih Jalan Jalan Japan. Sebab dengan cara begini, Ruby dapat belikan permainan dan bahan bantuan pembelajaran pada harga lebih murah.

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand 1

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand 2

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand 3

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand 4

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand 5

Jalan Jalan Japan menjual barangan terpakai dari negara Jepun, walaupun ia barangan terpakai tetapi keadaan semua barang dijaga rapi dan berkualiti. Pakaian yang dijual di sini seperti baru? Ini kerana di Jepun mereka mempunyai 4 jenis musim. Jadi, pada setiap musim akan ada fesyen terkini dan warna-warna menarik. Jika anda perhatikan, rakyat Jepun amat mementingkan kekemasan dan minimalist di kediaman mereka. Maka, pakaian yang mereka tidak mahu akan di jual atau dikitar semula. Bukan sahaja pakaian, barang keperluan bayi, alat permainan, beg, kasut, periuk, pinggan mangkuk, jam, peralatan sukan, baju sejuk, topi, kimono dan yukata juga dijual di Jalan Jalan Japan. Sekarang, setiap kali festival Bon Odori, Ruby boleh datang bersama pakaian tradisi Jepun. Hahaha. Syok!

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall,

Unit L3-006, Level 3,
1 Shamelin Mall,
100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Beroperasi : 10:00am – 10:00pm (Open Daily)

www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia

www.1shamelin.com.my

Previous

UFIRST Perodua Passport Day Out Ladies Edition Di X Park Sendayan

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

Next

1 thought on “Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.