Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

| |

Assalammualaikum semua! Dah bersedia untuk tonton filem Disney Frozen 2? Ruby dan anak-anak tak sabar nak tonton FROZEN 2 pada 21 November masa hari pertama ditayangkan. Walaupun anak-anak Ruby lelaki, kami suka ikuti filem Frozen. Masa Frozen 1 pun kami ulang-ulang tonton di Netflix. Lagu pun dah hafal. Penantian selama 5 tahun untuk Frozen 2 tidak akan kami lepaskan untuk menjadi yang pertama menonton. Jalan cerita filem animasi Frozen 2 amat menarik sebab Elsa mencari punca dari mana kuasa magik dia dan bantuan Anna juga menjadikan keadaan kembali makmur. Nyanyi sikit Aaaaaaa, Aaaaaa, Aaaaaa. Anak Ruby suka betul buat suara panggilan mistik tu. Hahaha.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Toys“R”Us Asia membawakan pengalaman eksklusif “FROZEN 2” ke Malaysia. Ratu Elsa dan rakan-rakan FROZEN beliau hadir dengan dalam bentuk alat permainan baharu yang pastinya akan disayangi seisi keluarga. Dunia telah jatuh cinta dengan “FROZEN’ dan kini penantian telah berakhir bagi para peminat apabila francais nyanyian bersama itu kembali untuk memikat hati mereka buat kali kedua! Sebagai persediaan pelancaran tayangan filem terbesar itu pada bulan November, Toys“R”Us – peruncit terkemuka di Asia dalam bidang barangan permainan, bayi dan pendidikan dengan fokus terhadap permainan perkembangan dan menyeronokkan, telah mendedahkan rangkaian terkini alat permainan “Frozen 2” di seluruh Malaysia.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Dunia telah jatuh cinta dengan “FROZEN’ dan kini penantian telah berakhir bagi para peminat apabila francais nyanyian bersama itu kembali untuk memikat hati mereka buat kali kedua! Sebagai persediaan pelancaran tayangan filem terbesar itu pada bulan November, Toys“R”Us – peruncit terkemuka di Asia dalam bidang barangan permainan, bayi dan pendidikan dengan fokus terhadap permainan perkembangan dan menyeronokkan, telah mendedahkan rangkaian terkini alat permainan “Frozen 2” di seluruh Malaysia.

Barisan permainan terbaharu itu menjadi hadiah sempurna untuk sambutan Hari Krismas dan hadiah akhir tahun kepada mereka yang menggemari FROZEN. Anda seharusnya TIDAK melepaskannya! Lihat keseluruhan koleksi alat permainan FROZEN 2 di https://www.toysrus.com.my/frozen-new-arrivals/en-au

Keluarga Diraja Arendelle Hanya di Toys”R”Us

Alu-alukan kehadiran sejarah silam Arendelle ke kediaman anda dengan Set Anak Patung Keluarga Diraja Arendelle Frozen 2 Disney, hanya boleh didapati di Toys “R” Us. Anak patung klasik yang diilhamkan oleh filem Frozen 2 Disney ini – memaparkan anak patung Anna dan Elsa ketika kecil serta Raja Agnarr dan Ratu Iduna. Ia pasti akan menghiburkan si kecil semasa cuti sekolah akhir tahun yang panjang ini mahupun sebagai hadiah ideal Hari Krismas.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Kanak-kanak pasti akan gembira menghabiskan masa mereka bermain “dress-up” dengan setiap pakaian bergaya anak patung berkenaan, menghidupkan kembali babak-babak keluarga daripada filem berkenaan. Set Anak Patung Keluarga Diraja Arendelle Frozen 2 Disney boleh didapati di semua rangkaian Toys “R” Us dan melalui gedung dalam taliannya di href=”https://www.toysrus.com.my/disney-frozen-2-arendelle-royal-family_9128676/en-au/ pada harga RM229.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM241.90 (Sabah dan Sarawak)

Menyanyi Bersama Anak Patung FROZEN

Anak Patung Nyanyian serba baharu ini merupakan hadiah sempurna bagi peminat muda FROZEN untuk menyanyi bersama lagu-lagu kegemaran mereka daripada filem berkenaan. Set ini merangkumi Anak Patung Elsa yang didatangkan dengan gaun berwarna biru muda yang diilhamkan FROZEN; dan Anak Patung Anna yang memukau dengan pakaian yang diinspirasikan daripada filem kedua itu dengan kasut boot yang boleh dibuka.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang! 1

Dengan hanya menekan sebuah butang, kanak-kanak berpeluang untuk melihat gaun-gaun tersebut bercahaya dan mendengar sebahagian daripada lagu filem “FROZEN 2”, mengabadikan magis dan melodi daripada filem berkenaan. Toys”R”Us adalah lokasi di mana muzik itu bermula, di https://www.toysrus.com.my/disney-frozen-2-singing-doll-assorted_9126690/en-au/.Dapatkan Anak Patung anda hari ini pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

Suai Padan Fesyen FROZEN

Hidupkan magis silam Arendelle dengan mengumpulkan set penuh anak patung “FROZEN 2” termasuk Elsa, Anna, Kristoff, Sven dan Olaf yang didatangkan dengan pakaian mereka, membenarkan peminat untuk mengubah gaya mereka seiring dengan dialog-dialog daripada filem berkenaan.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Kanak-kanak yang suka berdandan dan mewujudkan penampilan baharu pasti gembira dengan Anak Patung Fesyen Adik-Beradik FROZEN, Elsa dan Anna, yang menampilkan aksesori lengkap: rambut panjang yang boleh disikat, enam pasang getah rambut, dua klip rambut dan sebuah sikat yang indah! Campurkan, padankan dan kumpul dari Toys”R”US di https://www.toysrus.com.my/disney-frozen-2-sister-styles-assorted_9126690/en-au pada harga RM159.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM167.90 (Sabah dan Sarawak).

Pop Adventures Bersama FROZEN!

Dunia “FROZEN” dihidupkan dengan set permainan menyeronokkan alat permainan “FROZEN 2” Pop Adventures! Set permainan tersebut merangkumi Istana Arendelle dengan bilik tidur Elsa dan Anna dan Kampun Arendelle bersama anak patung mini Anna, tiga botol posyen, satu kunci dan sebuah pedati – ideal bagi kanak-kanak untuk membina hasil menyeronokkan bersama Elsa dan Anna.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Waktu bermain Pop Adventures pasti tidak lengkap tanpa Surprise Blind Boxes FROZEN 2 – sebuah permainan meneka yang membenarkan kanak-kanak membuka sebuah bekas kristal bagi mendedahkan karakter FROZEN 2 kegemaran mereka. Kanak-kanak akan dikejutkan dengan konfeti yang berwarna-warni apabila membuka bekas berkenan buat kali pertama! Dapatkan kejutan anda di Toys”R”Us di https://www.toysrus.com.my/disney-frozen-2-pop-adventures-blind-bag-assorted_9126690/en-au/ daripada harga RM29.90 ke atas.

Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial Toys“R”Us Asia berkata, “Filem FROZEN yang sulung pantas menjadi sebuah fenomena global dan FROZEN 2 dijangka menjadi sepopular dengannya. Menyediakan keluarga di Malaysia dengan pengalaman-pengalaman unik dengan membawakan sebahagian daripada filem berkenaan ke gedung kami merupakan sebahagian daripada komitmen kami kepada para peminat FROZEN 2. Kami amat berbesar hati kerana menawarkannya sekali lagi bagi filem kegemaran Disney ini.”

Bina Istana Arendelle

Benarkan anak anda mewujudkan momen-momen magis daripada filem Frozen 2 Disney bersama LEGO®. Elsa’s Wagon Adventure adalah sebuah set mainan binaan wagon yang direka khas dan mudah bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Karakter-karakter dan sebuah model rusa kutub LEGO® menawarkan pengalaman ‘role-play’ yang menyeronokkan, sementara asas Starter Brick istimewa membenarkan pengalaman binaan bangunan, kenderaan dan sebagainya yang membanggakan, walaupun bagi mereka yang baru cuba membina. Dapatkan set binaan anda di Toys”R”US di https://www.toysrus.com.my/lego-disney-frozen-2-elsa-wagon-adventure-41166_7198613/en-au/ pada harga RM159.90.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Set permainan Kampung Istana Arendelle daripada LEGO® akan memberikan masa bermain penuh kreatif kepada para peminat filem berkenaan. Menyediakan suasana sempurna untuk menghidupkan babak-babak kegemaran daripada filem tersebut, kediaman Anna dan Elsa itu mempunyai tiga tingkat yang boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah bagi akses bermain. Malah, kepingan perabot juga direka agar mudah dipindahkan dan disusun di antara balairung seri, bilik tidur dan aras loteng.

Di luar, gerai-gerai pasar menawarkan barangan terbaik dan terdapat sebuah sampan di bahagian jeti, menunggu untuk pengembaraan seterusnya! Set permainan Arendelle ini merangkumi 3 karakter kegemaran Disney dan 3 patung haiwan LEGO® . Dapatkan ia di Toys”R”US di https://www.toysrus.com.my/lego-disney-frozen-2-arendelle-castle-village-41167_7198613/en-au/ pada harga RM429.90.

Hadiah Eksklusif Dan Mengembirakan

Sebagai kediaman terpilih “FROZEN 2”, Toys”R”US Malaysia menawarkan hadiah-hadiah eksklusif yang menggembirakan dengan pembelian barangan FROZEN 2. Disediakan secara eksklusif kepada ahli-ahli Star Card, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada dua Istana Arendelle FROZEN 2 – bernilai RM1,900 – yang terdapat di Malaysia. Bagi menyertainya, pelanggan perlu membuat pembelian sebarang produk FROZEN 2 Hasbro pada bulan November dan Disember ini dan menjadi pelanggan paling banyak berbelanja pada bulan berkenaan untuk merebut peluang memenangi istana tersebut!

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Bagi menyertainya, pelanggan perlu membuat pembelian sebarang produk FROZEN 2 Hasbro pada bulan November dan Disember ini dan menjadi pelanggan paling banyak berbelanja pada bulan berkenaan untuk merebut peluang memenangi istana tersebut!

Kumpul hadiah edisi terhad dengan setiap pembelian barangan FROZEN 2. Dapatkan set alat tulis seperti pensil, pemadam, kepingan pelekat dan bekas pensil yang indah untuk beg sekolah si kecil! Set hadiah alat tulis berkenaan boleh didapati dengan setiap pembelian item FROZEN 2 Hasbro yang berharga RM120 ke atas di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman beli-belah dalam taliannya dalam satu transaksi. Tersedia sementara stok masih ada, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya segera.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Toys “R”Us Malaysia juga menawarkan LEGO® Disney Elsa’s Winter Throne edisi terhad apabila anda membeli sebarang set mainan LEGO® Disney Princess yang bernilai RM279 dalam satu transaksi di gedung-gedung Toys”R”Us Malaysia atau laman onlinenya di https://www.toysrus.com.my

Baucar Filem FROZEN 2 Percuma

Peminat FROZEN sebenar mengetahui bahawa satu item sahaja tidak mencukupi, malah tidak cukup dengan hanya menonton filem itu hanya sekali. Oleh itu, berikan penambahan kepada koleksi anda dan anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan satu lagi kunjungan ke panggung wayang untuk menyaksikan filem kegemaran ini, dihadiahkan oleh Toys”R”Us. Dari 1 hingga 20 November 2019, 50 individu yang paling tinggi berbelanja dalam tempoh kumulatif ini akan menerima dua baucar tiket untuk menonton filem FROZEN 2 Disney di panggung wayang.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Dunia FROZEN 2 Di Shopping Mall

Peminat-peminat FROZEN boleh melihat barangan dan tarikan FROZEN 2 dari Toys”R”Us bukan sahaja di gedung permainan tersebut tetapi juga di paparan-paparan offsite istimewa yang disediakan sepanjang November ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi paparan offsite FROZEN 2 di Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 8 November hingga 1 December 2019 serta di bahagian luar gedung Toys”R”Us Mid Valley Megamall dari 14 hingga 24 November 2019.

Dapatkan Koleksi Disney FROZEN 2 Di Toys“R”Us Sekarang!

Pengalaman Dunia Arendelle Di Toys”R”Us Mid Valley

Sebagai persediaan tayangan filem blockbuster tersebut pada 21 November ini, Toys”R”Us Malaysia berganding tenaga dengan Disney untuk mewujudkan ruang hiasan bertemakan FROZEN 2 penuh magis, lengkap dengan patung bersaiz sebenar Elsa dan Anna di gedung utama Toys”R”US di Mid Valley Megamall. Ini adalah peluang anda untuk merasai pengalaman Arendelle dan merakamkan momen-momen indah untuk dikongsikan bersama laman sosial anda.

Mengenai Toys“R”Us (Asia) Limited

Toys“R”Us (Asia) Limited berpangkalan di Hong Kong. Setakat akhir 2018, syarika itu mengendalikan lebih 450 gedung bersama lebih 10,000 ahli pasukan di Jepun, China, Taiwan dan Asia Tenggara – termasuk Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand – serta melesenkan lebih 85 gedung di Filipina dan Macau. Pada Mac 2017, Toys“R”Us Japan telah berjaya diintegrasikan ke dalam Toys“R”Us (Asia) Limited. Sehingga 3 Ogos 2019, Toys“R”Us Asia mengendalikan lebih 42 gedung di Malaysia, termasuk gedung pop-up dan lokasi jualan offsite. Untuk maklumat lanjut berkenaan gedung-gedung Toys”R”US Malaysia, sila layari laman web di http://toysrus.com.my/stores/en-au

Toys“R”Us (Asia) Limited beroperasi sebagai entiti asing dan bebas secara kewangan daripada syarikat-syarikat operasi Toys“R”Us semasa dan sebelumnya di seluruh dunia. Syarikat ini beroperasi di bawah struktur perkongsian 79%-21% antara Taj Noteholders, sekumpulan dana pelaburan dan institusi kewangan yang secara kolektif menguruskan modal komited bernilai berbilion dolar, dengan Fung Retailing Limited, sebuah perniagaan peruncitan Fung Group yang merangkumi rantau Asia, Eropah dan United Kingdom.

www..toysrus.com.my
www.instagram.com/toysrus_my
www.facebook.com/toysrusmy
www.youtube.com/toysrus

Previous

Jom Dapatkan Suis AvatarOn Schneider Electric Semasa Sale 11.11 Di Lazada

SMK Subang Utama Juara Piala Hektar 2019 Choral Speaking

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.