Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump

| |

Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump. Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang pam susu elektronik yang baharu di lancarkan oleh Pigeon Malaysia. Beruntung ibu-ibu pada masa kini, banyak alat bantuan penyusuan dicipta untuk memudahkan ibu menyimpan susu dan terus memberi susu ibu secara eksklusif kepada bayi. Masa Ruby dulu, pam susu besar, bising pula tu. Hahahaha. Kalau nak simpan susu masa travel, memang stress sebab pam bising. Rakan sebilik tidak selesa. Kemudian susu rosak sebab tiada peti sejuk beku. Banyak pengalaman menyusu untuk Adam dan Alif, mereka berdua berbeza keinginan dan jangka masa menyusu juga berbeza. Hehehe.

Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump

Pigeon membawa kemudahan kepada ibu-ibu yang menyusu untuk menyimpan susu walau di mana sahaja. Pigeon Malaysia, peneraju pasaran dalam produk ibu dan bayi telah melancarkan secara rasmi Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump iaitu pam susu yang terkecil dan paling ringan. Ia direka untuk menyokong ibu-ibu yang menyusu secara esklusif dengan gaya hidup yang dinamik.

Susu ibu adalah anugerah yang paling berharga yang memberi manfaat kepada bayi yang baru lahir. Pigeon Malaysia percaya manfaat dari susu ibu. Dengan itu, mereka menawarkan pelbagai produk keperluan ibu dari penyimpanan, bekas pemberian susu kepada bayi dan penjagaan, untuk mencapai pengalaman penyusuan yang terbaik.

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

Untuk memenuhi keperluan ibu-ibu yang bekerja dan yang berada di rumah, Pigeon mencipta GoMini™ Electric Double Breast Pump, alat pengepam susu yang menjadikan penyusuan susu lebih mudah. Alat ini ringan dan mudah alih. GoMini™ sesuai dan sempurna dalam bag kecil dan cukup ringan untuk dibawa semasa penerbangan.

Berat hanya 145g atau setara dengan saiz seperti 8 biji strawberi besar, GoMini™ membenarkan ibu-ibu yang menyusu untuk mengepam dengan selesa. Seiras dengan power bank, GoMini™ mudah beralih antara Mod Stimulasi dan Expression dan mempunyai operasi satu tangan intuitif untuk lebih penggunaan. Dengan satu harga, GoMini™ menyediakan ibu-ibu dengan fleksibiliti beralih antara pam tunggal atau berganda untuk menampung keperluan pam mereka.

3 Anugerah Yang Diterima Oleh Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump

GoMini™ memenangi 3 anugerah berprestij dan telah diiktiraf untuk inovasinya dan dikenal pasti sebagai pendahulunya untuk pam dada masa hadapan oleh Red Dot Design Award. Anugerah diterima di Jerman, Red Dot Design adalah salah satu amugerah yang paling berprestij di dunia. GoMini™ juga menerima Good Design Award, anugerah dari Jepun yang menandakan kualiti hidup melalui reka bentuk, dan Singapore Good Design Award.

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

Encik Gouichi Koizumi, Pengarah Urusan Pigeon Malaysia berkongsi, “Ditubuhkan di Jepun sejak tahun 1957, Pigeon sentiasa menjadi pelopor dalam menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi yang inovatif untuk membantu para ibu menikmati setiap langkah keibuan. GoMini™ Electric Double Breast Pump adalah hasil usaha Pigeon untuk meningkatkan pengalaman mengekspresikan susu ibu sambil membantu beliau mencapai keseimbangan kehidupan kerja yang lebih baik. ”

“Pigeon sentiasa berinovasi untuk mengembangkan cara yang lebih baik untuk membantu ibu-ibu yang menyusu menikmati perjalanan penyusuan mereka. GoMini™ memenangi pelbagai anugerah yang akan memainkan peranan kritikal dalam membantu ibu bekerja pada masa yang sama menyusu melebihi enam bulan, ” kata Jed Chow, Pengurus Pemasaran Pigeon Malaysia.

“Happikiddo amat teruja untuk bekerjasama dengan Pigeon Malaysia pada pratonton eksklusif ini. Kami berharap dapat mempromosikan GoMini™ kepada para pelanggan kami, kerana kami percaya bahawa ini adalah satu produk yang ibu-ibu muda yang bekerja paling perlukan untuk perjalanan penyusuan susu ibu yang lebih efektif, ” kata Elaine Chew, Ketua Eksekutif Happikiddo.

Rangkaian Produk Pam Susu Ibu Pigeon

Pigeon menawarkan kedua-dua elektrik (GoMini™ Electric Double Breast Pump, Electric Breast Pump Pro & Electric Portable Breast Pump) dan pam payudara manual untuk memenuhi keperluan ekspresi ibu yang berbeza. Untuk memastikan susu tidak dibuang, Milk Saver Pump dilancarkan menjimatkan setiap titisan susu ibu.

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

Nikmati kemudahan menyimpan susu ibu dengan Pigeon’s Storage Bags, Slim & Wide-Neck Storage Bottles, atau Cooler Bag yang bertindak sebagai peti sejuk mudah alih. Apabila sudah tiba masanya untuk memberi minuman kepada bayi anda, gunakan Pigeon Bottle and Food Warmer Botol untuk memanaskan susu dan makanan bayi. Pigeon juga menjaga putinh payudara anda dengan Nipple Care Cteam yang dibuat dari lanolin tulen 100% untuk melegakan kesakitan. Puting Puller untuk mengeluarkan puting yang masuk kedalam atau rata, Nipple Shield untuk menjaga puting payudara yang sedang sakit dari bergesel dengan fabrik pakaian, dan Honeycomb Breast Pads yang memenangi anugerah adalah untuk mengelakkan kebocoran susu.

Harga Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump

Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump dijual pada harga RM 429 dan boleh didapati di semua cawangan Happikiddo, kedai serbaneka terpilih, kedai bayi, dan farmasi berdekatan anda!

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

Menu Makanan Sihat Untuk Ibu Menyusu Oleh Indra Balaratnam

Puan Indra Balaratnam adalah Nutrition & Dietitian. Semasa acara pelancaran Pigeon GoMini™ Electric Double Breast Pump, beliau telah berkongsi 3 resepi mudah untuk memberi tenaga dan kalori kepada ibu yang menyusu. Dari pemakanan yang seimbang, ibu dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

1. Overnight Oat / Bircher Muesli

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

2. Wholegrain Salmon Casserole

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

3. Avocado & Bean Dip With Tempeh Chips

Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump Pigeon GoMini Electric Double Breast Pump

Mengenai Pigeon Malaysia

PIGEON, jenama penjagaan bayi No. 1 diasaskan pada tahun 1957 oleh Yuichi Nakata dengan matlamat memenuhi keperluan ibu-ibu di seluruh dunia dengan menghasilkan pelbagai barangan berkualiti tinggi, tahan lama, dan mesra pengguna untuk bayi dan kanak-kanak. Sejak ia bermula, syarikat telah berkembang dengan mantap dan memiliki jenama yang kuat di lebih daripada 50 buah negara, dengan anak-anak syarikat di Singapura, China, dan Amerika Syarikat. Hari ini, PIGEON adalah pemimpin pasaran dalam produk penjagaan bayi dan ibu. PIGEON secara aktif menggalakkan penyusuan susu ibu dan didedikasikan untuk menawarkan aksesori penyusuan dan maklumat terbaik mengenai kelebihan susu ibu kepada ibu-ibu. PIGEON juga secara aktif menubuhkan bilik penyusuan susu ibu di pejabat, hospital, dan pusat membeli-belah untuk keselesaan dan kemudahan ibu-ibu yang menyusu.

www.pigeon.com.my

www.facebook.com/PigeonMY

www.instagram.com/pigeon_malaysia

Previous

Diaper Bag Jae Ko Designs Beri Inspirasi Kehidupan Kepada Ibu Ibu Yang Ingin Bergaya

Jom Dapatkan Suis AvatarOn Schneider Electric Semasa Sale 11.11 Di Lazada

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.