Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

| |

Assalammualaikum semua! Sabtu lepas Ruby berkesempatan ke pelancaran MISS PINKLADY Asia. Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 mula disiarkan pada 4 Januari 2020. Kejayaan program pada musim pertama telah berjaya membawa rancangan ini ke peringkat Asia! Tahniah PINKLADY! MISS PINKLADY Asia musim kedua bakal disiarkan sebanyak 13 episod di saluran penstriman Youtube @plnklady.tv. Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MISS PINKLADY Asia 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 yang akan dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia, Sunshine Aileen! Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam. Untuk informasi lebih, tonton Pink Lady Extra setiap hari Rabu, 9 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinkladv.tv.

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

MISS PINKLADY Asia (MPLA) musim ke-2 merupakan program realiti pencarian model yang menampilkan 12 peserta dari 9 negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia , China dan tidak lupa sebagai tuan rumah iaitu Malaysia. Kesemua peserta ini memiliki pelbagai latar belakang yang berbeza dan bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran sebagai MISS PINKLADY Asia musim ke-2!

Menurut CEO HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq, Program MISS PINKLADY Asia musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ia telah berkembang ke peringkat ASlA & GLOBAL. lni selaras dengan jenama PINKLADY sendiri yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

Sunshine Aileen Sebagai Mentor Program MISS PINKLADY Asia Musim ke-2

Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Disitu kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur disamping bersaing diantara satu sama lain dalam cabaran yang telah ditetapkan. Diantara cabaran yang disediakan adalah catwalk, sesi fotografi dan iklan bersama jenama.

Peserta juga akan di berikan pengkongsian dan pendedahan dari ikon profesional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka sepanjang program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran bagi mereka yang tidak berjaya mencapai skor panel hakim yang ditetapkan.

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

12 Peserta Dari 9 Negara Asia

Menurut pengarah program dari Icube Studio. En Mohamad Hafiz Naslallizi berkata “Untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yang mudah. Kerja keras amatlah perlu, ini kerana program MISS PINKLADY Asia setanding di peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ia melibatkan tenaga kerja dan perserta-peserta dari negara luar selain Malaysia yang memerlukan kerjasama sepenuhnya.

Penganjuran MISS PINKLADY Asia musim ini turut mencipta sejarah dimana selebriti dan model, Haneesya Hanee telah terpilih sebagai finalis untuk turut sama merebut gelaran MISS PINKLADY Asia bagi musim kali Ini.

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

  1. Haneesya Hanee, 19 tahun, 170cm, Malaysia.
  2. Adeline Lim, 26 tahun, 173cm, Malaysia.
  3. Elysha Arnold, 24 tahun, 172cm, Malaysia.
  4. Suji Park, 18 tahun, 175cm, Korea.
  5. Nadia, 22 tahun, 175 cm, Indonesia.
  6. Pensiputh Tisadoldilok, 22 tahun, 180cm, Thailand.
  7. Oujuleslee Lolam, 19 tahun, 168cm, Thailand.
  8. Wei Hnin, 22 tahun, 173cm, Myanmar.
  9. Kymberlee Street, 21 tahun, 175cm, Philippines.
  10. Maine T, 28 tahun, 171cm, Singapore.
  11. Karyn, 26 tahun, 174cm, China.
  12. Sushmeet Kaur, 21 tahun, 168cm, India.

Panel Hakim Profesional

En Azwan Hi lsmail selaku penerbit pula berkata, “Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan. Ini bukan sahaja program hiburan semata-mata, sebaliknya turut berkongsi tentang dunia gaya hidup seorang model yang kebanyakannya tidak diketahui oleh masyarakat umum”.

Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim profesional dalam bidang pentas peragaan dan bidang fotografi . Untuk musim kedua MISS PINKLADY Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program televisyen terkenal ‘The Face’ dan ‘Next Top Model Asia’.

Hadiah MISS PINKLADY ASIA Musim Ke-2

Pemenang MISS PINKLADY Asia Musim ke-2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan RM 12,000 untuk tempat pertama, RM 8,000 untuk tempat kedua dan sementara itu, pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang RM 5,000. Lumayan kan? Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton program realiti online pertama pada 4 Januari 2020!

www.plnklady.tv

www.youtube.com/pinkladytv

www.facebook.com/misspinklady.tv

www.instagram.com/misspinklady.tv

Previous

Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall Grand X-Pand

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.