theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

| |

Assalammualaikum semua. Pada 10 November 2019 yang lalu, Ruby telah menyertai theAsianparent Mums Baking Workshop yang diadakan di Collins Kitchen Lab. Lokasi Collins Kitchen Lab berada di atas kafe Little Collins di Solaris Mont Kiara. Kami menerima kelas anak beranak bersama cikgu Frances Voon iaitu pengasas Collins Kitchen Lab sendiri. Sangat seronok sesi pembelajaran kami. Hehehe.

ttheAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

Sesi pertama kami disini adalah membuat hiasan cupcakes bersama anak-anak. Menggunakan cream cheese bewarna putih dan hiasan warna-warni keatas kek anak-anak. Tugasan Ruby hanya pegang tangan anak untuk picit krim dan membuatkan mereka seronok. Apabila sudah siap membentuk krim, kami taburkan hiasan. Tema utama adalah Frozen. Hahaha.

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

Untuk pengetahuan anda, Mums Baking Workshop @ Collins Kitchen Lab ini bernilai RM480 dan ditaja sepenuhnya oleh theAsianparent. Selain itu, kami juga berpeluang membawa pulang goodie bag comel bernilai RM150 yang berisi pelbagai sagu hati menarik seperti fondant jar, cake topper khas, kotak macaron, potongan rainbow cake dan cookies yang comel!

Belajar Mencipta Hiasan Fondant Cupcakes

Ibu dapat belajar mencipta hiasan fondant diatas cupcake. Cupcake coklat telah disediakan oleh cikgu Frances, tetapi untuk membuat hiasan tampak mudah. Apabila kami mula menguli untuk melembutkan fondant dan mula membentuk beberapa rekaan seperti riben, beruang bunga dan menulis nama masing-masing. Kesukaran terasa disitu. Hahahaha.

Setiap bahagian diajar dengan tekun oleh cikgu. Nampak mudah, tetapi ia memerlukan fokus setiap kali Ruby memotong mengikut saiz yang sesuai dan fondant mula mengeras apabila terdedah kepada udara. Uli balik. Hahaha.

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

Terima kasih theAsianparent & Collins Kitchen Lab kerana memberi peluang untuk Ruby dan anak-anak mencuba mencipta kek cawan kami dengan comel sekali. Oh ya, kek coklat sebagai asas kek cawan kami juga sangat sedap. Moist dan kaya dengan coklat.

Collins Kitchen Lab

Studio pengajaran yang selesa terletak di tengah-tengah Mont Kiara. Ditubuhkan oleh Frances Voon iaitu pemilik Little Collins Cakery & Cafe. Menyediakan pelbagai bengkel dari asas hingga profesional, dari makanan ke seni. Datanglah rasai pengalaman belajar dan enjoy!

theAsianparent Mums Baking Workshop Di Collins Kitchen Lab

Ruang ini juga dibuka untuk di sewa kepada bengkel swasta atau lokasi berkumpul. Jika anda berminat untuk menyertai kelas sebegini. Anda boleh hubungi pihak Collins Kitchen Lab di collinskitchenlab@gmail.com. Pelbagai pakej disediakan.

Collins Kitchen Lab

17-1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
+603 6204 9986

www.littlecollinskl.com
www.instagram.com/collinskitchenlab
www.facebook.com/littlecollinskl

Muat Turun Aplikasi theAsianparent Sekarang!

Pengguna Android boleh memuat turun app theAsianparent app daripada Play Store manakala pengguna iOS daripada App Store. Jom Download ‘theAsianparent’ app. Asia’s largest parenting network. Klik www.theasianparent.page.link/RWjQM24FsM6JT6w76

www.my.theasianparent.com
www.facebook.com/theAsianparentMY
www.instagram.com/theasianparent_my
www.twitter.com/theasianparentm
www.youtube.com/user/theasianparent

Previous

Program MISS PINKLADY Asia Musim Ke-2 Mula Disiarkan Pada 4 Januari 2020

Shopee 12.12 Birthday Sale Dan Pelancaran Kedai Rasmi Desaauto@KPLB

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.