BIFE Charcoal Steakhouse Churassco Buffet Paling Murah Di Kuala Lumpur

Dah lama tidak makan daging bakar, sotong bakar dan semua yang berkonsep bakar atas arang ni. Baru-baru ini Ruby telah ke restoran yang baru beroperasi Oktober 2019. Sambutan amat menggalakkan dan sentiasa penuh pelanggan. Restoran ini satu-satunya di KL yang menyediakan konsep buffet dan Halal semestinya! Daging , Sirloin, Lamb Shoulder dan makanan laut kan mahal. Tapi, restoran ni boleh! RM 39.90! BIFE Charcoal Steakhouse Churassco Buffet Paling Murah di Kuala Lumpur. Haaaa, murah giler! Jom lah Ruby kongsikan dengan anda semua pengalaman makan di BIFE. Cara sebut adalah Bee – Fe. Hehehe.

BIFE Charcoal Steakhouse Churassco Buffet Paling Murah Di Kuala Lumpur.


BIFE Charcoal Steakhouse Churassco


Apakah itu BIFE? BIFE adalah perkataan yang berasal dari PORTUGAL yang bermaksud DAGING. Bukan sebarang daging yang digunakan, tetapi ia adalah pemilihan daging yang premium. BIFE Charcoal Steakhouse menyajikan steak terbaik dan pelbagai masakan barat yang lain. Terletak di The LINC KL di sepanjang Jalan Tun Razak, BIFE bersedia untuk menghidangkan makanan tengahari dan makanan malam kepada anda dan memberikan anda pengalaman makan yang terbaik. Dari steak hingga salad, anda boleh menemui pelbagai jenis makanan yang baru dibuat setiap hari. Di sini, BIFE menyediakan tempat yang selesa untuk anda menikmati makan tengahari atau makan malam. Restoran BIFE Charcoal Steakhouse dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 10 malam.

BIFE menyediakan 5 jenis menu yang dibawa panas-panas dari grill ke pinggan anda pada buffet makan tengahari. Bagi hidangan buffet makan malam pula penyediaan makanan sebanyak 11 jenis hidangan panas-panas dari pemanggang akan dibawa ke meja. Buffet makan tengahari bernilai RM 39.90++ dan buffet makan malam bernilai RM89.90++. Konsep hidangan terus ke meja ini anda dapat menyaksikan daging di potong panas-panas dengan lelehan jus daging. Aroma perapan daging yang mengeluarkan rasa daging sebenar dan menyelerakan. Sudah pasti anda akan menikmatinya!

Konsep Churassco Buffet Setiap Hari!

Tidak seperti kebiasaan buffet yang hanya ada ketika waktu tertentu terutamanya ketika bulan Ramadan, perayaan atau sambutan majlis tertentu. BIFE Charcoal Steakhouse bersedia menyediakan buffet setiap hari! Mana lagi nak dapat hidangan lengkap semua jenis menu bakar-bakar pada bila-bila masa anda teringin? Hanya di BIFE sahaja!

Suasana Restoran Instagrammable

Tertarik dengan lokasi di The Linc KL, pertama kali ke sini sudah membuatkan Ruby rasa tenang dan selesa dengan suasana. Kemudian memasuki kawasan restoran, wow cantiknya! Tidak seperti kebiasaan restoran hidangan panas yang kedap udara, pengudaraan limited dan panas. BIFE Charcoal Steakhouse tahu apa yang sesuai untuk keselesaan para pelanggan. Untuk yang membawa kanak-kanak pastinya menyukai suasana yang lapang dan terbuka seperti ini.

Pada waktu siang, anda akan dapat lihat pencahayaan cantik di dalam restoran dan di luar restoran. Manakala pada waktu malam, anda dapat lihat penchayaan dari lampu-lampu indah di dalam dan luar restoran. Restoran BIFE Charcoal Steakhouse boleh memuatkan seramai 100 pelanggan dalam satu masa. Ketika anda menikmati hidangan, anda akan mendengar alunan muzik Latin/Salsa yang membawa perasaan indah.

Pelayan Menghidangkan Makanan Terus Ke Meja Anda

Mana-mana buffet yang Ruby kunjungi, pasti menginginkan hidangan buffet di ambil sendiri oleh pelanggan. Maka, di sini akan berlaku pembaziran jika pelanggan menyenduk semua daging bakar, makanan laut dan apa yang terhidang di meja buffet. Di BIFE, anda akan dihidangkan dengan makanan panas-panas dari ketuhar. Anda hanya perlu terbalikkan token merah / hijau apabila menginginkan pelayan segera menghidangkan daging, kepak ayam, sotong, udang dan itik panggang ke pinggan anda. Bergantung kepada buffet makan tengahari atau makan malam anda sedang nikmati. Kedua-dua menu berbeza pada waktu siang dan malam.

40% Diskaun Untuk Ladies Night!

Masihkah anda ingat lagi Ladies Night? Hehehe. Bukan sahaja untuk acara di kelab malam ya, tetapi acara makan malam. BIFE amat menghargai wanita, diskaun 40% pada hari Rabu dan pada waktu malam. Datanglah bersama kawan-kawan wanita anda dan enjoy makan malam bersama sahabat anda.

Menu Hidangan Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak & Seisi Keluarga

Hidangan buffet pasti dimeriahkan dengan hidangan sedia ada panas-panas untuk semua tetamu yang memilih untuk makan berkonsep buffet. Sementara bahagian dapur sibuk memanggang, anda tidak perlu risau tentang berlapar menunggu. Setiap hari, buffet akan hadir dengan hidangan seperti spaghetti, nasi goreng, ayam, salad, buah-buahan dan kuih muih.

Pakej-Pakej Churassco Buffet

Hidangan buffet yang disediakan sangat istimewa kerana disajikan bersama pelbagai hidangan panas, salad dan pencuci mulut. Pasti ia dapat menarik selera anda tidak kira sama ada pada peringkat kanak-kanak hingga ke orang dewasa.

Churassco Buffet Lunch (12PM – 3PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 – 11 Tahun : RM 20++
Dewasa : RM 39.90++

1. Sirloin
2. Chicken Wings
3. Garlic Beef
4. Lamb Shoulder
5. Herb Fish
6. Glazed Pineapple

Churassco Buffet Dinner (6PM – 10PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 – 11 Tahun : RM 45++
Dewasa : RM 89.90++

1. Rump Cap / Picanha
2. Sirloin
3. Garlic Beef
4. BBQ Cheese Beef
5. Herb Fish
6. Chicken Wings
7. Lamb Shoulder
8. Turkey Ham
9. BBQ Squid
10. Prawns
11. Artisanal Sausages
12. Glazed Pineapple
13. Garlic Bread

Hubungi Untuk Membuat Tempahan

House of Meat Buffet
BIFE Charcoal Steakhouse (M) Sdn Bhd
The LINC KL,
No. 1-5 & 1-5-F
1st Floor,
Commercial Development No. 360 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Waktu Beroperasi : 12pm – 10.00pm
Untuk Tempahan :
Phone : +603-2300 6488
Whatapps : +6011-3778-8170
Email: [email protected]

www.bife-asia.com.my
www.instagram.com/bifeasia
www.facebook.com/bifeasia

 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال