Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami

| |

Assalammualaikum semua! Wahhhhhh Ejen Ali The Movie dah keluar di pawagam. Seronok tahun ni, sebab ia adalah tahun Animasi Malaysia. Baru lah syok. Bangga oiiiiii bila kita ada filem-filem gini. Terima kasih semua yang bertungkus lumus menghasilkan filem animasi. Bertahun mak tunggu. Hahaha. Pada mulanya Ruby macam ala rilek dulu, cuti sekolah kan panjang lagi. Kita tengok la masa dah suam-suam tak ramai orang.

Semalam, hari jadi suami. Nak buat aktiviti apa? Mati akal fikir untuk meraikan hari jadi orang dewasa bersama anak-anak ku yang super aktif. Hahaha. Tapi, tangan ni gatal la masuk aplikasi TGV dan GSC. Elok pula Ruby ada event Shopee dekat W Kuala Lumpur. So, scroll scroll. Nak tengok apa. Risau la hampa macam tengok Frozen 2 tu. Anak Ruby boleh tidur dalam panggung peluk-peluk mak ayah dia. Sebab dia tak rasa filem kali ni kena jiwa dia. Yang mereka duk ingat Aaaaaaa, Aaaaa Aaaa. dah macam tarzan dekat rumah. Hahahaha.

Oleh kerana Ruby meminati karya Ejen Usamah Zaid Yasin, okay la okay la. Beli tiket dekat aplikasi TGV. Dapat kumpul movie money. Weeiii banyak waktu tayangan TGV sediakan! Hall pun besar! Nah bukti Ruby beli tiket Ejen Ali The Movie. Bangga giler dapat beli awal. Kuikuikui.

Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami 1

Belanja Makan di Tut’s Egyption Eatery (Wangsa Walk)

Macam biasa, mesti lapar punya boys semua. Jadi Ruby bawa mereka makan di Tut’s. Ini adalah restoran baru yang menyajikan makanan Mesir. Memang sedap, perapan ayam dia lembut dan rasa tak puas makan satu ketul. Huhuhu.

Tut’s ni pertama kali Ruby cuba di 1Utama. Kemudian bila cek balik dekat senarai cawangan, mereka ada di Wangsa Walk. Maka, ayuh lah makan di sini. Suami dan anak-anak Ruby semua suka. Sos kacang dan pedas tu sedap. Ayam kami order mesti herbal aje. Hahaha.

Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami
Hai Adam
Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami
Happy Birthday Naim!

Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami

Jom Tonton Ejen Ali The Movie, Misi : NEO

Sebelum tonton filem Ejen Ali The Movie. Kita makan dulu kenyang-kenyang. Suami Ruby siap cakap, kenapa depan betul skrin panggung dan kerusi? Wangsa Walk kan seat dia mendongak kalau duduk depan. Alhamdulillah seat dan skrin selesa untuk kami. Ruang kaki luas kalau di TGV Wangsa Walk. Hahaha. Jelas sungguh nampak segala animasi dan grafik karakter. Zaaasss zusss zassss. Ali berlalu dengan skuternya. Hehe.

Kisah Ejen Ali The Movie ni best. Bukan cerita bebudak sangat okay. Hehehe. Tak merepek dan straight to the point. Ruby suka filem macam ni. Nak tengok movie untuk enjoy bukan untuk fikir tempat tu kat mana, lah orang jahat tu bunuh mak dia. Aiseymen penglipur lara dalam panggung memang aku usha panas. Suspen benor la kome risau apa jadi seterusnya. Hahahaha.

Ruby tahu siri Ejen Ali ni sebab jam 5 petang sampai 6 petang TV3 akan ulang tayang siri-siri Ejen Ali. Tapi sebab TV3 ni channel dia belum HD, nampak biasa aje la render animasi Wau Animation ni. Tapi bila Ruby repeat Season 1 Ejen Ali di Netflix, memang terbaik la animasi dan grafik Ejen Ali. Ditambah pula televisyen jenis Ultra HD. Baru la Ruby faham kisah Ejen Ali ni. Hahahaha. Nah Ruby kongsikan sikit apa yang Ruby faham tentang Ejen Ali The Movie.

Selepas secara tidak sengaja diambil sebagai pengintip “tempoyak udang”, Ejen Ali, 12 tahun kini telah berkembang untuk memegang peranannya dalam agensi rahsia Meta Advance Tactical Agency (MATA) untuk melindungi bandar futuristik Cyberaya dari ancaman luar. Ali terkejut melihatnya bukan lagi satu-satunya tuan dari peranti Infinity Retinal Intelligence System (IRIS), sejak MATA kini telah menaik taraf IRIS kepada IRIS Neo untuk semua ejen MATA. Ia membawa kepada persoalan oleh Ali sama ada masih kah dirinya diperlukan oleh MATA. Konflik timbul apabila Ali didekati oleh Niki iaitu penjenayah yang dulunya sahabat baik kepada ibu Ali. Dari situ berlakulah keadaan dimana plot-plot jalan cerita yang mendebarkan. Ali berpaling tadah dan sampai satu masa dia menyedari bahawa diri dia ditipu.

Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami

Nampak jalan cerita macam biasa-biasa kan? Meh Ruby nak sembang tentang kualiti animasi filem Ejen Ali The Movie. Banyak peningkatan dari segi kehalusan grafik yang dipaparkan. Melalu siri Ejen Ali di televisyen pun dah cukup kemas cara Primeworks Studios & Wau Animation sunting. Tetapi di filem ia lagi hebat! Wajah setiap karakter, suntingan suara, efek dan lagu soundtrack semua tip top. Rugi sesiapa yang tidak tonton Ejen Ali The Movie. Kanak-kanak sampai ke orang dewasa terkesima menonton filem ni. Kami siap tepuk tangan di dalam panggung. Siap ada bro jerit “inilah yang aku nak!”. Hahaha. Ejen Dayang tunjuk ada program Satria tu pun orang dah bersorak. We want more!

Finally ada filem relevan la dengan kehidupan seharian. Siapa tidak mahu jadi Ejen kan? Anak Ruby dengan drama bersiri forensik, bomba, polis, csi, criminal minds semua dia suka. Jadi Ejen lagi lah dia suka. Ejen Adam dan Ejen Alif. Hahaha. Tapi kan, Ruby bangga la dengan penghasilan filem Ejen Ali The Movie ni. Lepas tu lagu sountrack, pandai mereka cipta bait bait lirik hebat. “Bukalah Matamu” by Aisyah Aziz & Bunga, “Kita Jaga Kita” by Altimet, Cuurley & Malik Abdullah. Manakala lagu Mamak Maju tu. Adui tak sangka la ada scene macam ni dalam filem animasi. Hahahaha. Oh ya, Ruby suka babak bila Ejen semua berkumpul datang bantu selamatkan Dato Othman.

EJEN ALI kini telah menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih dari 1.45 juta pengikut di laman rasmi YouTube. Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada tahun 2016, animasi ini telah menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Ejen Ali The Movie hari pertama dah dapat kutipan 1.86 juta iaitu 148,343 penonton di Malaysia, Brunei & Singapura. Bangga uihhh ada filem macam ni. Tahniah! Tak sabar nak tunggu filem Ejen Ali. Tapi Ejen Ali Musim Ke-3 wajib keluar di TV3 dulu okay. Pastu cepat-cepat masuk Musim ke-2 di Netflix. Sedap mata menonton. Hehehe

Kami bagi 10/10 Bintang untuk Ejen Ali The Movie. Oh ya kami suami isteri kena tonton dua kali sebab end credit tu sempat tengok 1 je. Hahaha. Anak nak pi toilet. Hahaha

www.youtube.com/ejenali
www.facebook.com/ejenali
www.instagram.com/ejen_ali
www.twitter.com/ejen_ali

Previous

Shopee 12.12 Birthday Sale Dan Pelancaran Kedai Rasmi Desaauto@KPLB

Program CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP Kembali Lagi!

Next

9 thoughts on “Ejen Ali The Movie & Ulangtahun Kelahiran Suami”

  1. Betul ke best ? Ramai sungguh kta best siap ada yang repeat dua tiga kali. Okay nanti sy nak cuba tengoklh. Kutipan pon dah 13 juta utk tayangan minggu pertama nie. Hebat lah Ejen Ali !!

    Reply
  2. Wow kena dengan time cuti sekolah keluar pulak movie Agent Ali ni memang best lah bawa anak-anak pergi tonton wayang pulak tu sekali sambut ulang tahun suami selamat ulang tahun suka tengok Ruby and keluarga hehehehe…

    Reply
  3. Atul pun follow jugak cerita Ejen Ali kat TV3 tu. setiap episod tengok. Sampai anak pun yang dulu x suka dah jadi minat nak tengok hehe. Untuk Filem animasi ni pun, setuju sangat bagi 10/10 sebab memang best & menarik setiap elemen yang dipamerkan.

    Reply

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.