Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama? | Assalammualaikum semua! Sabtu lepas Ruby berkesempatan melihat rumah contoh dari pemaju FDM Development Sdn Bhd. Ruby tertarik dengan Glomac 121 Residences. Tapi, adakah adakah Glomac 121 Residences sesuai menjadi rumah pertama kami? Nak cari rumah untuk keluarga Ruby, kena bawa semua anggota keluarga tengok sendiri keadaan rumah contoh dan replika seluruh kawasan pembinaan. Jadi, pendapat semua perlu Ruby dengar dan fikirkan. Selain itu fasiliti disekitar rumah perlu diambil tahu, memandangkan anak-anak akan bersekolah dan kita pun akan ulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Harus mencari “rumah ku syurgaku” dengan penuh tekun.

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Unit harga rendah di kawasam PJ-Damansara memang sukar untuk dicari, tetapi 121 Residences ni harga dia bermula dari RM 318,000 ribu. Terdapat 2 jenis saiz iaitu 450 kaki persegi & 750 kaki persegi. Ruby dimaklumkan bahawa lokasi rumah ini jarak hanya 400m dari stesen LRT3 yang bakal siap dibina. Selain itu, pembeli dapat penjimatan sehingga RM 60,000 & lebih banyak ganjaran apabila membeli unit! Diantaranya adalah faedah Home Ownership Campaign (HOC) dan pemberian baucer kabinet dapur bernilai sehingga RM 8,000. 8 Disember 2019 ini akan diadakan Glomac Triple Boost Year End Bonanza. Jom datang beramai-ramai!

Rumah pertama selalunya menjadi kenangan terindah, beberapa kriteria kita akan fikirtkan demi keluarga tercinta. Diantaranya adalah :

  1. Keluasan rumah
  2. Rumah bertingkat, town house, banglo atau rumah studio aje
  3. Berapa bilik tidur
  4. Bajet kewangan mengikut tangga gaji, tanggungan dan belanja bulanan
  5. Ada diskaun?
  6. Rumah fully furnish kabinet?
  7. Kawasan perumahan ada perkhidmatan pengangkutan awam apa?
  8. Sekolah dan pejabat berapa kilometer jarak dari rumah
  9. Sistem keselamatan rumah ok ke?
  10. Sekuriti 24 jam?
  11. Pengurusan rumah dan bangunan dijaga oleh siapa nanti? JMB? Majlis perbandaran?
  12. Maklumbalas pelanggan terdahulu tentang pemaju. Ada masalah apa-apa? Mungkin tentang saluran kumbahan, sistem paip dan lain-lain. Kualiti penting, sebab kita nak duduk lama. Mungkin seumur hidup kita.

Banyak kan yang Ruby fikir? Tapi itulah perkara yang Ruby akan selidik. Hehehe. Jadi, adakah Glomac 121 Residences pilihan kami sekeluarga? Ruby lihat sendiri rekaan rumah ini dan anak-anak menyukainya.


Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Glomac 121 Residences

Terletak di tengah-tengah kawasan Petaling Jaya – Damansara, lokasi ini bersesuaian untuk anda yang suka kawasan damansara atau bekerja di bandar. Koleksi gaya hidup yang diilhamkan oleh masyarakat. Pembangunan Glomac 121 Residences akan mendapat manfaat besar dari kawasan tadahan penduduk yang besar, kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan yang meriah dan mapan; Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Damansara Utama dan Mutiara Damansara.

Glomac 121 Residences terletak di kawasan utama Petaling Jaya, boleh diakses melalui LDP, NKVE, Lebuhraya SPRINT atau melalui pengangkutan awam dengan Stesen MRT Bandar Utama berdekatan dan laluan LRT3 yang akan datang. Pembangunan hidup yang dinamik dan perkotaan ini juga akan dikelilingi oleh keselamatan 4 tingkat dengan penyelenggaraan sistem keselamatan 24 jam, pengawasan CCTV dan kad akses untuk setiap pemilik dan pelawat.

Connect, Comfort & Community

3 teras utama pembinaan Glomac 121 Residences adalah Connect (Sambung), Comfort (Keselesaan) dan Community (Komuniti). Dari ketiga-tiga teras ini Ruby boleh nampak dengan jelas bahawa lokasi stratergik dan kami sekeluarga akan bahagia.

1. CONNECT : Lokasi & Kemudahan

Lokasi-lokasi penting seperti hospital kerajaan & swasta, pusat membeli-belah, institusi pendidikan dan lebuhraya amat penting. Ia adalah perancangan yang penting. Sebab servis van sekolah dan bas perlu dititikberatkan. Anak-anak dah mula belajar berdikari. Hehe.

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Laluan lebuh raya dan pengankutan Awam

  • MRT Bandar Utama
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya SPRINT
  • Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE)
  • Kerinchi Link
  • Penchala Link
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
  • Lebuhraya Persekutuan

Kemudahan Komuniti

  • Champion Badminton Court
  • Ara Court Badminton Hall
  • Central Park Bandar Utama
  • Padang Golf Bandar Utama
  • The Club
  • Taman Rekreasi Mutiara Damansara
  • Tropicana Golf & Country Resort
  • TPC (Tournament Players Club)

Perubatan

  • Hospital Pakar KPJ Damansara
  • Thomson Hospital Kota Damansara

Hiburan

  • Centrepoint Bandar Utama
  • Atria Shopping Gallery
  • Pusat Beli-Belah 1Utama
  • Starling Mall
  • Damansara Uptown
  • Glo Damansara Mall
  • The Curve
  • 3 Damansara
  • Pusat Beli-belah IPC
  • Tesco Mutiara Damansara
  • IKEA

Pendidikan

  • SMK Bandar Utama Damansara 2
  • SRK Bandar Utama
  • Kolej Universiti First City
  • SMK Damansara Utama 3
  • Kolej KDU
  • Sekolah Antarabangsa British Kuala Lumpur
  • SMK Damansara Utama
  • SJK © Damansara
  • St. Joseph’s Institution International School Malaysia

2. COMFORT : Rekaan, Ruang & Idea Inspirasi

Menawarkan pelan rekaan yang lebih praktikal untuk setiap kehidupan. Sama ada si bujang atau yang berkeluarga. Keluasan rumah di Glomac 121 Residences tersedia mengikut keinginan dan keselesaan sesebuah keluarga. Terdapat dua jenis pelan lantai yang anda boleh lihat untuk 450 kaki persegi atau 750 kaki persegi.

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Kami melihat-lihat ruang rumah contoh untuk Type B. Masuk rumah aje, di sebelah kiri adalah bilik tidur. Kemudian bahaguan dapur dan meja makan. Ruang santai bersama keluarga juga luas. 3 bilik tidur, 2 bilik air. Selesa kan?

Ruang Tamu

Bilik Utama

Bilik 2

Bilik 3

Dapur & Ruang Menjamu Selera

Bilik Air

Bilik air terdapat dua, Gambar diatas adalah gambar bilik air bilik utama.

3. COMMUNITY : Fasiliti Bangunan

Apa yang menarik di Glomac 121 Residences, pastinya lokasi dan kemudahan di bangunan. Ruby suka persekitaran seperti ini, sebab rasa selamat untuk seisi keluarga beriadah. Sistem sekuriti yang ada juga amat membantu, lagi pula sekarang zaman jiran-jiran “international”. Risiko bahaya tetap ada. Maka, carilah rumah yang ada 24 jam cctv dan pengawal keselamatan.

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Tingkat 1

  1. Bilik penjagaan kanak-kanak
  2. Dobi layan diri
  3. Pejabat Pengurusan

Tingkat 6

Kemudahan Luar

  • Kolam renang separuh saiz kolam Olimpik
  • Kolam wading
  • Gazebo
  • Kawasan BBQ
  • Dewan pelbagai guna
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Laluan Joging
  • Gim luar
  • Laluan Refleksologi

CLUB HOUSE

Tingkat Bawah

  • Dewan pelbagai guna
  • Pasar mini

Tingkat Atas

  • Studio & Kecergasan Gym
  • Lounge
  • Bilik bacaan
  • Bilik permainan
  • Surau

Rooftop

  • Kawasan Tai Chi / Yoga

Glomac Triple Boost Year End Bonanza

Pembeli berpeluang untuk merebut hadiah utama ProtonX70 dan banyak lagi hadiah semasa Ulang Tahun ke-30 Glomac. Jom daftar kehadiran anda dan dapatkan tandatangan bersama “Property Buying for Gen Y – Khalil Adis” dan goodie bags istimewa. Sementara stok masih ada.Daftar di https://bit.ly/33ymw7N

Glomac 121 Residences Sesuai Menjadi Rumah Pertama?

Tarikh : 8 Disember 2019
Hari : Ahad
Masa : 11.00 am – 6.00pm
Lokasi: Main Concourse, Glo Damansara

www.glomac.com.my/project/121-residences
www.121-residences.com
www.instagram.com/glomac_berhad
www.facebook.com/glomacberhad

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال