Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

| |

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall. Pasti ramai tertanya-tanya, kedai konsep Taiwan Excellence ini menjual produk apa? Ia adalah kedai konsep yang menawarkan barangan komputer dan teknologi dari jenama-jenama tersohor dari Taiwan. Diantaranya adalah Acer, Asus, BenQ, MSI, ADATA, AORUS, GIGABYTE, Republic of Gamers, Predator, Thermaltake & Zowie. Tahukah anda bahawa The Pantheon juga menggunakan teknologi daripada jenama-jenama yang terdapat di Kedai Konsep Taiwan Excellence. Jadi, anda berpeluang untuk mereka sendiri ruang permainan dalam talian di rumah!

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dibuka Di MesaMall

Pada 10 Disember 2019 telah dilancarkan Kedai Konsep Taiwan Excellence untuk anda memiliki peranti atau peralatan perkomputeran. Acara telah dirasmikan oleh tetamu khas dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan, E-sukan Negeri Sembilan dan Exco Kerajaan Negeri. Bagi anda yang berada di kawasan MesaMall, datanglah ke kedai konsep Taiwan Excellence untuk memenuhi keinginan ruang komputer dan permainan dalam talian anda.

Kedai Konsep Taiwan Excellence Kedai Konsep Taiwan Excellence

Taiwan Excellence Store Flash Sales

Seawal jam 1.30 tengahari, pengunjung sudah mula beratur untuk membeli barangan keperluan mereka. Harga sangat murah dari harga asal sesuatu produk. Ruby ada juga beratur, tetapi terlambat sebab barang yang Ruby inginkan telah dibeli oleh pelanggan yang lebih awal. Kerusi yang bernilai RM 1,600++ menjadi RM 529 sahaja! Tahniah kepada semua pembeli yang berjaya membeli barang-barang keperluan permaianan PC.

Mengenai Taiwan Excellence

Taiwan Excellence berbannga mengetengahkan produk-produk inovatif Taiwan yang menyediakan
nilai yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia. Semua produk yang membawa simbol ini telah menerima Taiwan Excellence Awards khusus yang menawarkan “Nilai Inovatif” sambil memenuhi kriteria utama yang ia “dibuat di Taiwan”. Simbol Taiwan Excellence diiktiraf oleh 102 negara.

Logo Taiwan Excellence

Kedai Konsep Taiwan Excellence Dan The Pantheon Esport Club Pertama Di Malaysia Dibuka Di MesaMall

Logo Taiwan Excellence diilhamkan oleh usaha “kesempurnaan” dan enam arka yang dipelopori mewakili hubungan rapat Taiwan dengan sistem ekonomi global dan hubungan industri pada hari ini. Manakala warna merah mewakili kecergasan daya hidup syarikat Taiwan.

https://www.taiwanexcellence.org/my
https://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
https://www.facebook.com/BRIGHTSTARCOMPUTER.SDN.BHD
https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/

Previous

1st The Pantheon Esport Club Kini Dibuka

Benns Ethicoa Chocolate Factory & Cafe

Next

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.