5KM Sun Life Malaysia Resolution Run 2020



Pernah tak korang terfikir untuk menjayakan azam kehidupan yang korang inginkan dengan melaksanakannya terus? Azam ni kena dilakukan secara konsisten. Contohnya kalau korang nak kesihatan baik dan kurangkan berat badan. Mesti kena jaga pemakanan dan lakukan aktiviti sukan. Ruby sedang berada di dalam fasa itu. Hahaha. Pertama sekali, Ruby join Sun Life Malaysia Resolution Run 2020. 5KM pun rasa dah nak pengsan. Tapi, badan rasa sihat selepas mengeluarkan peluh. Keesokan hari selepas bangun tidur baru la rasa sakit-sakit otot. Rasa tegang je. Jadi, Ruby kena lakukan senaman harian agar usaha berterusan. Hehehe.

Sun Life Malaysia Resolution Run 2020

Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Masing-masing, Malaysia Takaful Berhad (bersama Sun Life Malaysia) adalah insurans hayat dan penyedia Takaful Keluarga, bersama dengan 3,738 rakyat Malaysia, memulakan tahun baru dengan menyertai Sun Life Malaysia Resolution Run 2020 semalam. Selaras dengan tujuan perniagaannya untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat, edisi keempat Resolution Run penganjuran memberi kepentingan hidup sihat walaupun berjalan dan boleh menjaga penyakit seperti kencing manis dan obesiti. Resolution Run berlangsung di D’ Sun Zone, Perdana Botanical Garden, Kuala Lumpur, dan menampilkan 2 kategori iaitu 12KM untuk orang dewasa (kategori terbuka untuk lelaki dan wanita) dan keseronokan 5KM yang dijalankan kepada dewasa dan kanak-kanak.

Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden / Ketua Negara Sun Life Malaysia, berkongsi,


“Ia benar-benar hebat apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia datang untuk memulakan tahun baru mereka dengan melakukan aktiviti sihat. Di Sun Life Malaysia, kami mahu rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya menjalani gaya hidup sihat dan kesan positif terhadapnya secara keseluruhan. Dengan Resolution Run, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti yang sihat dan mulakan resolusi mereka untuk tahun yang hebat. “

Pengalaman Ruby Kembali Menyertai Larian 5KM Setelah 2 Tahun

Seingat Ruby, pada tahun 2017 paling banyak medal Ruby dapat kumpul. Memang seronok, badan pun dah fit dan aktif. Tapi, 2018 Ruby dah tidak menyertai larian. Sebab sibuk menjaga anak-anak. Tidur tak menentu dan sukar untuk bangun pagi. Memang kelam kabut. Kemudian pada tahun 2019 juga Ruby tidak join larian. Tapi, untuk tahun 2020 Ruby kembali. Ruby mula suka laluan larian di Perdana Botanical Garden. Suasana redup, Ruby rasa seronok.
Oleh kerana teruja dengan Sun Life Resolution Run 2020, Ruby tidak dapat tidur lena. Ruby risau, boleh ke selesaikan 5KM? Kawan-kawan yang join, Kelly dan Hans juga menemani Ruby. Malah, Ruby suruh mereka berlari dahulu. Supaya tidak ketinggalan. Kononnya la. Hakikatnya nak ada kawan teman sepanjang itu. Agaknya, mereka sudah memahami. Mereka stay, berjalan sama, lari bersama, semua buat bersama. Hahaha.



Yang paling dinantikan! Water station. Hahaha. Minum air 100% dan air kosong sejuk. Pergghhhh lega!

Diantara Halangan Yang Perlu Dilakukan

Masa sedang berlari anak, nampak beberapa halangan yang perlu dilakukan. Ruby buat je semua. Rasa nak terjatuh pun ada. Tapi kita buat dengan terbaik.




1KM jer lagi!

Apabila nampak papan tanda setiap kilometer yang Ruby dah berjaya lalui, Ruby rasa bangga! Happy tak terkata! Berjaya! I can do it!


Ruang Pameran & Jualan

Sepanjang acara larian, banyak aktiviti disediakan. Bergambar di beberapa photo booth, kemudian ada tempat jualan. Bahagian kesihatan juga ada. Tapi paling best adalah bahagian lori Nestle, haaaaa. Kat sini ada Lori Milo! Yayyy abang Milo dah sampai. Dua kali beratur dan puas dapat minum milo!





Tahniah Kepada Pemenang Resolution Run 2020

Pemenang kategori terbuka 12KM untuk kedua-dua lelaki dan wanita semuanya berjalan lancar. Mereka mendapat trofi dan wang tunai RM500 setiap seorang manakala penamat 4 seterusnya juga membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai.
Di bawah ini adalah pemenang untuk setiap catergory:
1) 12KM Lelaki Terbuka :
Muhammad Ramzan Jani Bin Mohd Pittli
Shaharudin Bin Hashim
2) 12KM Wanita Terbuka :
Tan Li Jun
Pong Chiew Ping





Acara ini diadakan setiap tahun bukan sahaja di Malaysia tetapi di 4 Pasaran Asia Sun Life yang lain. Sun Life Malaysia juga menunggang keseronokan di seluruh rantau ini dengan memilih Hariharan a/l Nadarajan, peserta mewakili Malaysia, untuk menyertai larian Sun Life Filipina pada 18 Januari 2020, dengan perbelanjaan berbayar yang ditanggung sepenuhnya oleh Sun Life Malaysia. Bintang aksi dan duta jenama Sun Life Malaysia, Hairul Azreen yang turut menyertai 12KM berkata :
“Sebagai duta jenama, saya berbangga untuk membantu Sun Life Malaysia memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menyertai Resolution Run. Menjadi cergas, aktif dan sihat telah menjadi tonggak kehidupan dan kerjaya saya. Saya ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia meneruskan kehidupan mereka dengan mengamalkan tabiat yang lebih sihat pada tahun 2020. “
www.facebook.com/sunlifemalaysia
www.instagram.com/sunlifemalaysia_my

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال