EPHYRA Plus Bantu Supermom Lebih Bertenaga. Assalammualaikum semua! Pasti ramai menantikan blogpost dari Ruby kan. Okay, kali ini Ruby ingin kongsikan minuman kesihatan tambahan. Ruby adalah sejenis yang susah untuk sesuai dengan sesuatu produk. Kadang-kadang terikut-ikut trend pengambilan vitamin. Ada yang amalkan jamu dan dia kelihatan cantik bertenaga, Ruby pun amalkan la. Kemudian kesan kepada diri Ruby adalah demam, panas badan dan tidak selesa. Dari faktor ini akan mengakibatkan rutin harian terganggu. Nak menjaga anak-anak dan suami lagi. Terus Ruby takut untuk cuba apa-apa makanan atau minuman kesihatan tambahan.
EPHYRA Plus Bantu Supermom Lebih Bertenaga
Ruby masih ingat lagi kali pertama mengamalkan produk dari jenama Ephyra pada tahun 2015. Pada mulanya menggunakan Ephyra Skin Bar sahaja. Kemudian tengok maklum balas pengguna dan duta Ephyra yang peramah sentiasa berkongsi manfaat produk. Ruby jadi tertarik. Ketika itu nama produk Ephyra Plus adalah Ephyra Premium. Memey Suhaiza berkongsi pengalaman beliau menyusukan bayi dengan bagus sekali. Ketika itu juga, Ruby sedang menyusu Adam Solihin dan mendapati susu macam tidak pekat. Permintaan bayi lelaki amatlah tinggi, sehinggakan melecet la menyusu Adam.Adam sudah 6 tahun! Cepatnya masa! |
Lepas amalkan Ephyra Premium, tiap kali Adam nak menyusu sudah menjadi mudah. Ruby pun enjoy menjadi seorang ibu. Ruby hampir kena Postpartum Depression dan kalau boleh tidak mahu lagi rasa emosi begitu. Kesian dekat anak, dia bukan tahu pun apa kita rasa. Dia tahu nak susu aje kan?
Ruby berasa rugi ketika berhenti mengamalkan Ephyra selepas kedua-dua anak Ruby sudah genap dua tahun. Sebab kesan dari Ephyra bagi bertenaga dan Ruby jadi supermom boleh lakukan apa sahaja. Tapi, menjadi seorang Ibu ni adalah sesuatu yang kita akan terus lakukan sepanjang hidup. Semasa anak mula masuk sekolah tadika adalah cabaran lagi sukar rupanya. Nak memasak lauk pauk, mengemas mainan, mengemas rumah, basuh pakaian, lipat pakaian, hantar dan ambil anak dari sekolah. Berbeza sangat ketika mereka bayi.
Suami pun kena marah sebab tidak membantu. Hahahaha. Tapi, sebenarnya dia dah bantu apa yang terdaya. Yelah, pergi kerja balik kerja pun dah letih. Isteri pula membebel. Kita tak tau di pejabat dia kena marah dengan boss dia ke. Team dia tak buat kerja ikut jadual ke. Sebab suami Ruby bekerja sebagai jurutera. Maka, insaf sekejap mengenangkan kami yang sangat penat.
Penjenamaan EPHYRA Premium Kepada EPHYRA Plus
Pada 26 Jan 2020, Ruby mula mengamalkan balik Ephyra Plus. Wah sudah nama baru! Formulasi dipertingkatkan dan alhamdulillah Ruby kembali bertenaga. Kali ini Ruby mencari produk kaya dengan antioxidant dan mendapati maklum balas pengguna sangat bagus. Apa yang paling teruja adalah duta Ephyra masih sama! Perjalanan kecantikan Memey Suhaiza adalah paling Ruby ikuti sebab dari situ timbul kepercayaan bahawa produk ini sesuai kepada ibu hamil, ibu yang menyusukan anak, ibu yang menguruskan keluarga dan ibu yang bekerjaya!Sekarang, Ruby uruskan anak-anak dan suami dengan lebih seronok! Dalam apa-apa keadaan, kita kena ikhlas dan redha inilah kehidupan yang akan Ruby corakkan. Tapi, Ruby perlulah sihat, bertenaga dan cantik lebih dari orang lain. Apabila anda amalkan Ephyra Plus, ada beberapa perubahan dalam diri anda yang paling disukai. Kulit jadi sihat dan bercahaya! Serius!
Hari pertama minum EPHYRA Plus. Keadaan kulit tona tidak sekata dan kemerahan |
Hari keempat, nampak eye bag mata panda makin berkurang. |
Minggu ke dua, kulit makin cantik la. |
Minggu ketiga, Ehehehehe. Happy-nya kulit glow! |
Sekarang. Ehemmmmm cun tak? Bergambar dengan suami! Belanja skit gambar dengan beliau. :) |
Ephyra Plus ini sesuai untuk lelaki juga, suami Ruby pun amalkan. Jangan pula korang ingat nanti suami ada keluar susu pula. Hahahaha. Ephyra Plus ini berfungsi sebagai minuman kesihatan tambahan, bukan untuk tukar jantina korang atau tiba-tiba jadi lembut ke apa ke. Pandai eh bergurau. Ni semua soalan-soalan yang Ruby terima ketika berkongsi ketika amalkan Ephyra masa tahun 2015 hingga 2017. Lucu betul persepsi netizen ni.
Formulasi & Manfaat EPHYRA Plus
EPHYRA Plus masih mengekalkan isi kandungan yang sama seperti dahulu. Hanya penambahan L-Cystein – agen utama untuk anti-penuaan & anti-oksida. L-Cystein membantu tubuh meningkatkan penghasilan Glutathione semulajadi dalam badan. Glutathione dalam badan berfungsi untuk melawan radikal bebas. Glutathione juga berperanan untuk mencerahkan kulit. L-Cystein digabungkan dengan Vitamin C dalam EPHYRA menjadikan ia sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tak sekata, selaran matahari, meningkatkan metabolism badan dan memberikan tenaga secara konsisten.Isi Kandungan utama EPHYRA Plus :
1. Kolagen Ikan Laut Dalam
2. Astaxanthin
3. Gam Akasia
4. Salmon Ovari Peptide
5. Serbuk Tomato
6. Marigold Extract
7. Acerolla Cherry
8. Superberry (Cranberry extract, Billberry Extract)
9. Acai Bery
10. L-Cystein
Mengamalkan EPHYRA Plus Cara Ruby
Minuman ini mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Satu kotak mempunyai 15 sachet dan setiap sachet mengandungi serbuk minuman yang boleh dicampur dengan air sejuk. Dilarang menggunakan air panas untuk amalkan EPHYRA Plus, supaya bahan aktif di dalamnya tidak mati! Goncang sehingga sebati dan nikmati minuman ini ketika perut kosong. Diawal pagi atau sebelum tidur. Ruby selalu amalkan waktu pagi sebelum memulakan apa-apa aktiviti. Sebelum mandi! Hahahaha!So far, Ruby memang puas hati amalkan Ephyra Plus ni. Badan makin bertenaga dan bonusnya wajah Ruby pun makin berseri. Nak dapatkan result macam ni, korang kena lah istiqamah dan konsisten macam Ruby. Slowly but surely. Pasti korang nak cantik macam Ruby dan Memey Suhaiza jugak kan? Hehehe. Kalau nak, korang boleh terus contact HQ tau. Details Ruby dah letak kat bawah.
Ruby doakan kalian semua mendapat kulit wajah idaman dan sentiasa bertenaga menguruskan keluarga tercinta!
www.ephyra2u.com
www.facebook.com/EphyraOceanlife2u
www.instagram.com/ephyra2u
Tags
Foodie
Kita semua boleh amalkan Ephyra. Best sangat tau!
ردحذفaida pernah consume ephyra premium. best.
ردحذفaida suka dgn air sejuk tau, ruby. nyaman jer...
elok suplemen gini. moreover ia produk tempatan and org kita, kan.
in shaa Allah ok.
Tak rugi kalau beli dan minum ephyra ni..pasangan boleh minum..nak sihat dan cantik berdua lagi baik kan hihi..sis dulu pun pernah consume ephyra ni..mmg sentiasa bertenaga..lama x consume..nanti nak order
ردحذفNampak ruby dah cantik buat k mid x sabar pulak nak try..manatau bole kelihatan muda dari usia sebenarkan..hehehe
ردحذفWah, diaorang dah tukar baru eh. Dulu pernah minum jugak tapi tu lah kan saya tak konsisten hehehe.
ردحذفWahhhh. Mesti ramai supermom kat luar sana nak consume Ephyra Plus lepas ni. Nak bertenaga dan kekal cantik lah katekan....
ردحذفWahh bestla kalau boleh dapatkan kulit cantik berseri. Boleh suggest pada ibu-ibu lainlah sebab bagus untuk kesihatan. Sis pun jenis badan tak tahan makan ubat macam-macam. Mesti demam dan semput teruk.
ردحذفpernah dgr pasal ephyra. cuma kena tengok kandungan nutrisi nya la kan
ردحذفNo wonder la Ruby nampak glowing dan bertenaga. Moga terus istiqamah agar kesannya berterusan dan memberikan impak terbaik buat Ruby sekeluarga.
ردحذفWow lama juga sis dah guna produk ni sejak 2015 ya. Memang nampak ketara kulit sis Ruby dah berubah. Makin lawa dah! Glowing! - Blog Sofinahlamudindotcom
ردحذفsuka dengan brand ni..pernah guna sabun bar dia dan memang best..nmpk ruby lebih berseri2 skrg ni
ردحذفBagus la Ephyra ni heheh supermom wajib consume pulak2 bila usia2 cam kita ni Ruby! Bantu tambah tenaga sambil cantikkan kulit
ردحذفBaguslah Ruby, macam-macam aktiviti Ruby buat. Saya doakan tahun 2020 ni ruby semakin sihat dan capar goal Ruby nanti
ردحذفEphyra Plus ni memang sedap rasa dia.. kalau minum ni memang kulit wajah nampak glowing je ruby.. pernah minum dulu..
ردحذفWowww supermom gitu...makin lama makin berseri dan bertenaga..memang Ephyra ni sangat bagus...rasa dia sedap tak? huhuh
ردحذفEmi pun amalkan minum Ephyra jugak. Bukan emi je, husband emi pun suka minum ephyra ni. Dah la rasa sedap, memberi tenaga berpanjangan pulak tu.
ردحذف