Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri?


Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri? Assalammualaikum semua! Wah panas tak tajuk Ruby buat kali ini? Hehehe. Rilek dulu, Ruby amat meminati Ifa Raziah ya. Ifa Raziah seorang yang versatile. Menyanyi boleh, mengacara boleh, berlakon boleh, berniaga boleh dan membantu perniagaan orang lain pun boleh! Bukan biasa-biasa. Women empowerment! Kalau Kak Ifa berimpian, pasti dia buat sampai jadi. Walaupun dilabel syok sendiri. Tapi, dia lakukan yang terbaik. Tengoklah video muzik Miss Diva nyanyian Ifa Raziah. Lain dari yang lain.

Lagu Miss Diva Nyanyian Ifa Raziah Syok Sendiri?

Bertempat di New World Hotel Petaling Jaya pada 28 Februari 2020 telah berlangsung pelancaran single terbaru Ifa Raziah iaitu Miss Diva. Ifa Raziah tampil dengan single terbaru berjudul Miss Diva, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang. Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara video muzik (MTV) yang mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda berbakat besar iaitu Syahid Rushdan. Ia mula dirakamkan pada Januari lalu selepas Ifa pulang dari menunaikan Umrah.

Kata Ifa atau pemilik nama penuh, Saripah Raziah Mustapha, ini adalah kerjasama kedua dengan Hafiz selepas lagu Starlela yang dilancarkan pada Julai 2019. Berdasarkan keserasian itu, sekali lagi Ifa menaruh kepercayaan terhadap Hafiz untuk menghasilkan lagu Miss Diva.

“Saya pilih Hafiz kerana dia memahami kehendak saya serta ampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara saya. Kebanyakan lagu ciptaan Hafiz bersesuaian dengan jiwa saya dan saya yakin lagu Miss Diva akan turut disukai ramai dan menempa kejayaan seperti mana lagu Starlela,” katanya. 

Untuk single terbaru ini, Ifa bekerjasama dengan Universal Music Asia dan MTV Miss Diva juga ditaja oleh BQueen Beauty Spa. Kos keseluruhan video muzik hampir RM 100,000.

Ceres Jewels Menaja Barang Kemas Bernilai RM 3.5 Juta


Menjayakan rakaman MTV itu, Ifa berbesar hati diberi peluang mengenakan barangan kemas bernilai RM3.5 juta, tajaan Ceres Jewels iaitu satu set tiara, anting-anting dan cincin.   



Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,400 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM3 juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.

Konsep Video Muzik Sebagai Queen Ravenna


Bercakap mengenai MTV, kata Ifa konsepnya diadaptasi daripada filem Snow White And Hunstman, berkisar kepada ‘kuasa wanita’. Dalam MTV itu Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis Queen Ravenna lakonan Charlize Theron dalam filem The Huntsman: Winter's War.

"Gerun apabila memakai tiara dan set barang kemas bernilai jutaan ringgit untuk menampilkan ifa sebagai watak Queen Ravenna yang tidak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya, persis kisah yang tersirat dalam lagu Miss Diva. Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan ‘meletup’. Tetapi karektor dan perwatakan yang dipaparkan dalam MTV itu hanyalah lakonan, saya masih ‘orang’ yang sama,” katanya.

Lirik Lagu Miss Diva

Setiap langkah ku dan
Setiap Gerak ku
Membuat kau terpaku

Setiap tuturku dan
Setiap kata ku
Membuat kau membeku

Terbang ke awan
Membelah angkasa
Menuju ke puncak
Mengenggam semesta

Aku yang pertama
Miss Diva
Tiada yang kedua
Miss Diva
Kata apa saja
Miss Diva
Sedikit pun tak goyah
Mahkota aku
Miss Diva

Aku kesini
Engkau ekori
Aku kesana engkau hampiri
Apa ku lakukan
Engkau perhatikan
Tidak senang
Panas perasaan

Terbang ke awan
Membelah angkasa
Menuju ke puncak
Mengenggam semesta

Aku yang pertama
Miss Diva
Tiada yang kedua
Miss Diva
Kata apa saja
Miss Diva
Sedikit pun tak goyah
Mahkota aku
Miss Diva

Video Muzik Miss Diva



Tahniah Ifa Raziah kerana berjaya menghasilkan video muzik dan lagu yang bertenaga! Sukses Selalu!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال