Ramai Nak Ubah Hidup 2020, Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh!



Assalammualaikum semua! Ramai Nak Ubah Hidup 2020, Jom Ikut Cara Ruby! Ini adalah artikel pengalaman Ruby ke #NUH2020 yang berlansung pada 25 Jan 2020 hingga 27 Jan 2020 yang lalu. Ia adalah tindakan tepat yang Ruby telah lakukan. Serius! Sebab Ruby dah lama tidak ke program sebegini sejak habis zaman persekolahan. Zaman universiti pun tiada program begini. Jadi, bayangkan dari usia 18 tahun hingga 31 tahun tiada sesuatu untuk memberi inspirasi. Berpandukan buku di kedai buku tidak menyentuh jiwa. Ruby yakin ini adalah program yang wajib Ruby tanamkan dalam diri untuk hadir setiap tahun.

Ramai Nak Ubah Hidup 2020, Dr Azizan Osman Kata Boleh Boleh!

Pada tahun 2020 yang serba canggih, nombor cantik, ekonomi melambung dan usia meningkat. Hahaha. Ruby mula berfikir apa yang Ruby dah dapat sepanjang kehidupan yang Allah s.w.t telah berikan. Banyak pencapaian, cuma ada sesuatu yang Ruby rasa perlu di perkemaskan. Ruby tidak pernah ada plan jangka pendek, jangka panjang dan apa 1001 impian. Ruby hanya tahu nak sesuatu dan usahakan waktu itu. Akibatnya? Penat dan jangka masa terlalu panjang. Sebagai contoh untuk mendapatkan sebuah kereta, tahun 2005 nak kereta. Tapi tak plan. Ingat kereta turun dari langit? Hahaha. Kerja ofis, kemudian berhenti, kemudian berniaga, kemudian give up dan seterusnya. Dah tahun 2019 baru ada sebuah kereta. Berapa lama masa telah berlalu? 15 tahun! Astagfirullahalazim!


Dr Azizan Osman @ DAO sudah berada dalam industri membantu usahawan untuk lebih berjaya lebih 12 tahun. Setiap kelas beliau pasti banyak kata-kata motivasi dan tekanan untuk kita berjaya. Kalau tiada yang menekan, kita tidak akan bertindak. Ibarat kenderaan, tekan minyak, barulah bergerak. Kebanyakan program DAO ni mesra dengan peserta, beliau tahu menggunakan kata-kata yang sering digunakan oleh orang Melayu. Yang menyentuh ke pelusuk kalbu! Confirm rasa kena anak panah! Hahaha.

Nak Ubah Hidup 2020

Apabila hadir ke Nak Ubah Hidup 2020, baru nampak apa yang berlaku dalam kehidupan. Nasib baik pada usia 32 tahun sudah pergi #NUH2020. Masih ada masa lagi nak bina cita-cita. Big Why adalah anak-anak. Kekuatan Ruby adalah mereka, sebab nak beri pendidikan yang terbaik kepada mereka. Masih bersekolah kebangsaan, tetapi dalam masa yang sama Ruby nak hantar mereka ke kelas Hafazan Al-Quran, Kumon, kelas seni mempertahankan diri Taekwondo, kelas seni dan masuk pelbagai pertandingan yang diinginkan. Sebab semua ini memerlukan sumber kewangan yang stabil. Bayaran bulanan yang konsisten. Kemudian, Ruby nak sediakan wang simpanan untuk mereka. Jika dapat peluang belajar di luar negara, Ruby dah bersedia. Walaupun dapat bantuan tajaan, pastinya duit belanja makan dan tugasan pelajaran perlu didahulukan dengan wang dari Ruby. Sebagai ibu, itu harapan Ruby.

Apa Yang Dipelajari Di #NUH2020?

  • Kenali Potensi & Kemampuan Diri Yang Sebenar
  • Kenapa Saya Perlu Ubah Hidup, Apa Yang Saya Nak Capai
  • Kenapa Sentiasa Gagal, Apa Halangan Kejayaan Saya
  • Bagaimana Nak Mulakan Langkah Kejayaan Dalam Bisnes
  • Kenal Pasti Matlamat Hidup Saya

Hari Pertama #NUH2020, keyword : Trust The Process

Pengisian #1 : Energy!

Pertama kali join program Dr Azizan Osman dan Richworks ni. Awal-awal Dr Azizan Osman dah terangkan proses dan beri peluang kepada diri sendiri untuk terima ILMU. Walau anda usahawan bertahun lamanya. Ilmu perlu di kemaskini. Ada kalanya semangat hilang untuk terus mencapai lebih tinggi sebab kita sudah selesa.
Tips untuk menjadi usahawan berjaya :
1. Beri lebih dari 100% komitmen
2. Konsisten
3. Respek masa / jaga masa
4. Push!
5. Berani Buat Tindakan
6. Now or Never
7. Fast action, fast result
8. Orang berjaya, mereka mulakan buat bersungguh sampai habis
9. Orang berjaya suka persekitaran positif.
10. Orang berjaya respect orang lain.


Hari Pertama Dah Dapat Hadiah Buku Percuma Dari DAO.

Siapa sangka akan dapat hadiah dan ilmu pantas seawal hari pertama. Walaupun Setia City Convention Centre liputan TELCO macam siput sedut, ramai berlumba untuk mendapatkan buku DAO. Hanya scan QR code dan isi borang maklum balas. Siap!



Pengisian #2 : Betapa Pentingnya Duit, Jom usahakannya!

Semua orang nak duit, bagaimana ingin konsisten hasilkan wang dan maintain? Haaaa bab itu paling susah untuk para wanita ya. Hahaha. Asal dapat je duit, rasa nak guna. Ada je nak dibeli. Macam mana nak kedekut dengan diri sendiri dan manfaat berganda pada masa akan datang? Ubah perangai! Yang buruk bermula dari diri kita sendiri.

Halangan orang yang tak boleh ubah hidup :
1. Ego, Sombong Bodoh & Pokai
2. Skeptikal dengan diri sendiri. Ragu-ragu.
3. Takut tak bertempat. Takut berjaya sebab persekitaran.
4. Rasa tak layak. Sedangkan dia dah dapat wang dan boleh bantu ramai orang.
5. Rasa Tak Yakin.
6. Suka tangguh.
7. Suka beri alasan. Executive Syndrome
8. Suka tunggu dulu.
9. Mudah tertarik dengan perkara negatif. Selesa dengan negatif
10. Tidak bersungguh-sungguh. InsyaAllah semua akan jadi dasyat
Man jada wa jada.
11. Malas tahap dewa. Taknak buat apa-apa tunggu orang hantar limau.
12. Salahkan takdir tuhan. Dah tertulis di Luh mahfuz. Hahaha

Pengisian #3 : Sesi Hot Seats Bersama Titan

Sesi ini banyak membuka minda Ruby, malah peserta lain juga kagum dengan pencapaian mereka. Nampak mereka berpakaian kemas dan berjaya. Tetapi bagaimana mereka sampai ke tahap itu, amat sukar dan boleh jadi senang apabila ada menthor.



Diantara kata-kata indah yang Ruby simpan sebagai rujukan adalah
“Jika anda pemilik sesuatu produk kecantikan atau pemilik apa sahaja perniagaan, anda perlu ke hadapan. Rajin melayan pelanggan. Zaman era digital lebih mudah untuk dekat dengan customer. LIVE di Facebook setiap hari”. Puan Eriyca Baiduri Abd Rashid; Pengasas Noir Health & Beauty

Hari Kedua #NUH2020, kata kunci : Kolam Jiwa

Pengisian #1 : Menilai Diri

Sesi menilai diri amat terkesan ya di awal pagi hening bening begini. Hahaha. Nak tak upgrade diri? Boleh kawal emosi? Berkeyakinan nak buat sampai jadi? Sanggup buat perkara yang tidak pernah buat? Contohnya nak capai RM 1 juta? Sebab RM 500k kan dah biasa dapat! Wow rasa terbelah jiwa. Hahaha.
Nak mula perniagaan kena ada asas yang kukuh. Ibarat biji benih yang kita semai. Gunakan tanah berkualiti, 2 biji benih berkualiti dan siram air. Kemudian anak pokok tumbuh, kita akan bubuh baja. Jaga pokok tu sehingga besar.

Tetamu Istimewa YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Hadir Di Program #NUH2020

Ini bukan gimik, ini benar-benar berlaku! Sepanjang program, Ruby trust the process. Mendengar dan menerima. Sekali sekali memerhati. Awal pagi hari kedua Ruby berjalan kaki dari Luma Casa Capsule Hotel yang berada di Sunsuria Forum. Seronok jalan kaki ke Setia City Convention Centre. Hehehe. Sedang melintas jalan, ada polis trafik menjaga lalu lintas pada hari ahad. Ehh peliknya, ni kan program #NUH2020 jer. Kenapa ada polis trafik? Ahhh, takpelah demi keselamatan program. Mungkin Dr Azizan Osman dan team dah nampak kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan ni.
Tapi, Ruby datang hari Sabtu jam 7am tak sesak pun kawasan ni, hari ahad pun nampak macam sama macam hari semalam. Hahaha. Bermonolog la sambil jalan kaki. Apabila waktu tengahari Dr Azizan Osman cakap “Kita ada tetamu, jaga perangai masing-masing. Apabila tetamu datang, kita kena layan macam Raja”. Jeng jeng jeng Tun M masuk dewan! Meremang bulu roma Ruby! Aura beliau lain macam. Sebab Tun M ni ibarat tokoh, idola dan Ruby amat bangga dengan pencapaian beliau. Rasa macam wow! Nak nangis ada, speechless ada. Subhanallah!




‘’Orang di bandar biasanya kaya, orang di luar bandar biasanya miskin. Tapi kalau kita BELAJAR macam mana nak berniaga, maka kita juga akan dapat pendapatan yang sama malah lebih daripada yang terdapat di bandar-bandar,’’ kata YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri Malaysia datang ke program Nak Ubah Hidup 2020 anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Centre, Setia Alam dan 13,000 peserta menyaksikannya! Allahuakbar! Kedatangan beliau bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah yang diiringi Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar merupakan satu pembakar semangat Ruby ingin menjadi usahawan berjaya.

Pengisian #2 : Sesi Bersama Tuan Haji Zafrol Rizal Mat

Tidak sangka perkongsian Tuan Haji amat menarik. Dari perwatakan beliau kita sedia maklum siapa beliau. Lelaki lembut dan mempunyai cita-cita tinggi. Sepanjang kehidupan beliau, banyak pencapaian. Kerjaya beliau bukan biashe-biashe dan sentiasa fokus dalam apa jua bidang yang dilakukan.
Kata-kata indah yang Ruby simpan rapi dari beliau adalah :
Delay Nikmat! Sebab nikmat akan tiba pada masa yang sesuai. Usahakan dahulu sementara muda dan bertenaga.


Pengisian #3 : Jiwa Tenang Apabila Kita Dekat Dengan Sang Pencipta

Pada waktu siang ada buku kecil di ruang luar dewan. Sambil menderma, Ruby ambil buku tersebut. Program Nak Ubah Hidup 2020 ni istimewa sebab kita tidak tahu apa seterusnya yang akan dikongsikan oleh Dr Azizan Osman. Ruby yang pertama kali join lagi lah tak ambil pusing apa segmen seterusnya. Datang bawa diri dan seharian di SCCC. 7 pagi sampai 11.30 malam di sana. Mashamm ke bau badan? Rilekslah bukan berlari dalam dewan sampai mashamm keluar bau badan kan. Hahaha.
So, nak dijadikan cerita, ada sesi zikir menggunakan buku kecil bertajuk Himpunan Amalan Pesanan Habib. Pertama kali juga Ruby tahu berkenaan ini. Buka isi kandungan buku, ada susunan yang rapi dari Dr Azizan Osman. Diantaranya adalah Selawat 100,000, Zikir Harian Imam Al-Ghazali, Ratib Al-Attas, Ratib Al-Haddad, Wirdul Lateef, Wirdul Sakran, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin, Surah Ar0Rahman, Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk, Tartib Ziarah, Bacaan Tahlil dan Doa Al-Wahbah. Dalam satu buku kecil ada semuanya! Subhnallah terima kasih Dr Azizan Osman!



Hari Ketiga #NUH2020, kata kunci : Fast Action, Fast Result. Jangan Lupa Betulkan Alignment

Pengisian #1 : Wheel of Life

Sesi ini paling Ruby tidak sangka akan berlaku. Pada mulanya “ala layan aje la Dr Azizan Osman suruh”.
Berdiri, pejam mata, ingat itu, ingat ini. Cekal lagi, orang lain dah teroyak. Bila Dr Azizan Osman cakap “Bayangkan diri anda pada usia 5 tahun, masih kecil, sedang bermain, rambut ikat tocang, comel, tidak kenal erti masalah. Bayangkan anda bercakap dengan dia “Aku rindu kau, mana kau pergi?””. Masa ni Ruby dah teresak-esak dah. Rindu arwah Abah, Arwah Atok, Arwah Opah dan Emak yang penuh kasih sayang. Tak jemu melayan Ruby.

Sebab ibu bapa Ruby bercerai selepas itu. Atok dan Opah meninggal dunia. Mak berusaha kerja keras menjaga Ruby tiga beradik. Semuanya berubah. Sekelip mata. Tapi, Ruby bersyukur memiliki bapa saudara dan ibu saudara yang sentiasa ada bantu mak.

Zaman sekolah masa nak exam mesti ada kem motivasi nangis camni. Lagu Salem Iklim tu lg la menyentuh hati. Sebab rata-rata nak score A ni nak buktikan kepada ibu bapa. Bila join #NUH2020 ni, goal dah berbeza, usia juga berbeza. Agak sukar untuk sentuh emosi. Tapi, Dr Azizan ni pandai. Sampai Ruby teringat ka mak, suami dan anak. Ko rasa camana tak emosi gegila waktu ni.

Pengisian #2 (Penamat) : 101 Impian

Apa impian kita? Tak mustahil untuk capai impian. Senaraikan dan pasti ada yang termakbul. InsyaAllah!
Higher Level Of Life
1. I Love myself
2. Tidak boleh terima hidup tiada peningkatan
3. Belajar untuk kalahkan diri sendiri. Buat lebih baik dari semalam.
4. Perbaiki sikap diri sendiri dengan bantuan Menthor.
5. Saya nak beri diri sendiri yang terbaik.
The more value you gift, the more value you get
I love myself i deserve to be rich because I add value tu other people life
Next action? How to guarantee success.
Tindakan dan keputusan. Kena tahu jalan mana nak pergi.


Apa Istimewanya Dr Azizan Osman dan Team Richworks?

Berbekalkan pengalaman yang RichWorks miliki sepanjang 12 tahun, lebih 650,000 peserta telah pun dilatih dalam satu dekad dan ia makin bertambah! Banyak program keusahawan di Malaysia, tetapi Dr Azizan Osman menjadi pilihan ramai. Beliau permulaan kepada banyak kejayaan. Sebab, siapa aje yang ada buat program keusahawan yang akan tunjuk ajar sampai jadi? Ya, apabila kita ada duit, kita boleh berguru dengan sesiapa sahaja. Tapi kalau salah berguru, lebur duit tu yeoppppp!

Ruby dah perhatikan Dr Azizan Osman ni lama. Dari awal penglibatan pada tahun 2008, kelas-kelas beliau, kes viral beliau, kejayaan beliau membantu usahawan, pencapaian beliau di luar negara dan macam-macam lagi. Macam mana semua ni boleh konsisten? Beliau menghasilkan buku motivasi dan bermurah hati bagi je kepada kita semua. Ebook PERCUMA juga sangat banyak!
Apa yang Ruby lihat selain sikap berkongsi ilmu. Dr Azizan Osman & Team Richworks ni sentiasa mengikuti peredaran zaman. Sekarang ni zaman serba-serbi online. Mereka manfaatkan semuanya. Dari pendaftaran, pembayaran dan pengurusan program. Program Nak Ubah Hidup 2020 sangat sistematik. Apa yang Ruby suka adalah :
1. Sistem peringatan SMS. Nampak simple kan? Tapi Ruby amat hargainya. Macam Dr Azizan Osman mesej tau!
2. Pengurusan ketika pendaftaran. Staff semua berilmu. Tanya je apa-apa berkenaan program. Lokasi surau, toilet, masuk jam berapa dan segalanya mereka akan jawab. Hahaha.
3. Pengasingan kedudukan peserta lelaki dan wanita. Maka, kami semua boleh berkenalan dan bina rangkaian.
4. Laluan khas untuk ibu hamil, warga emas dan para wanita. Bab ni bagus. By the way, peserta wanita lagi extreme bila masuk dewan. Rasa tak perlu jalan dah, mereka tolak dah macam terbang. Kaki tak cecah bumi. Kahkahkah.
5. Susunan kerusi mengikut kategori Titanium, Spire, Super Supreme, Diamond, VIP dan General. Di setiap bahagian memang best dan selesa. Untuk paparan yang lebih syok. Ruby suka Super Supreme dan dibahagian tengah.





6. Food Truck! Ya saya suka food truck. Cuma kena pandai pilih la kan. Sebab ada harga mahal dan rasa hampeh. Disini juga kita belajar menjadi pengguna bijak!





7. Lokasi berdekatan dengan Setia Alam Mall. Tiap kali rehat, mesti lapar! Hahaha. Maka, banyak pilihan untuk peserta!

8. Facebook mereka sangat aktif. Serius! Sentiasa ada LIVE!

Rindu Program Nak Ubah Hidup

Tanpa disedari, hampir dua minggu Program Nak Ubah Hidup 2020 sudah pun berlalu. Ruby terkesan dengan semua aktiviti yang Ruby lalui sepanjang 3 hari. Cuma, apabila kita pulang ke rumah. Melalui keadaan kehidupan asal kita. Memang terasa perbezaan. Contohnya situasi di dalam rumah, anak dan suami bermain game. Rasa macam membazir masa sangat. Hahaha. Kemudian apabila memandu kenderaan secara relax dan fokus, ternampak la pemandu lain memandu secara berbahaya dan marah kepada Ruby apabila memandu perlahan. Ya, nak ubah hidup itu bukan mudah. Ruby cuba seimbangkan semuanya, supaya tahap stress dan fokus di fasa yang baik.



Petikan kata-kata semangat yang Ruby suka sangat ingat.
“Boleh Boleh?”
“Amacam?”
“Saya kaya dan berjaya!!”
“Anda kaya dan berjaya!!”
“Faham tak faham?”
Budaya-Budaya Di Program Richworks Yang Menaikkan Semangat!
  1. Berdiri di atas kerusi
  2. Kunci diri untuk fokus di dalam setiap sesi. Jangan pergi toilet!
  3. Opening songs yang rancak menaikkan semangat.
    1. Blah Blah Blah by Armin van Buuren
    2. Can’t Hold Us by Macklemore
  4. Bara Bara Bara Bere Bere Bere
  5. Switch!!!
  6. Say YES! Yes Yes Yes!
  7. Say I! I!


Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar juga join #NUH2020. 

Terima Kasih Dr Azizan Osman &Team Richworks!

Setelah selesai Program Nak Ubah Hidup 2020. Ruby tersedar bahawa “banyak pencapaian dan ramai orang aku telah bantu”. Aku nak lebih lagi! Ruby tidak pulang dengan tangan kosong. Lihatlah dibawah ini. Semuanya dari Program Nak Ubah Hidup 2020. Bersyukur join program selama 3 Hari 2 Malam. Dengan izin suami, tinggalkan anak-anak, dengan kehendak Allah s.w.t Ruby dikabulkan doa untuk menyertai program yang Ruby dari dulu idamkan.

Melihat semangat Ruby yang makin rapuh macam abu-abu beterbangan. Suami asyik cakap, “pi la kelas belajar lagi pasal blog, cara edit video ke apa ke?”. Tapi Ruby sering cakap pada suami, “itu bukan yang saya cari. I need something else”. Alhamdulillah selepas zaman sekolah, inilah program yang Ruby sertai dan tidak menyesal. Malah terfikir, kenapa dulu aku tak join!!!!

Kenapa Dr Azizan Osman dan Richwork?
Result matters.

Nak join Program Nak Ubah Hidup seterusnya?

Pertama kali join, Ruby dah suka. Jadi, nak ajak semua pembaca artikel ini untuk segera daftar. Apabila anda sudah mendaftar, anda adalah orang pertama yang akan dapat maklumat tarikh dan lokasi Program Nak Ubah Hidup seterusnya. Setiap pendaftaran akan dapat Ebook 21 Tips Nak Ubah Hidup. Bagusnya Dr Azizan Osman dan team Richworks. Moga dimurahkan rezeki!

www.nakubahhidup.com
www.facebook.com/azizanosmanofficial
RichWorks Hotline : 1300-88-2424?

11 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Satu artikel yang menarik. Semoga setiap perkara yang kita lakukan di dunia di redhai oleh Allah. Hidup akan selamat di dunia hatta di akhirat kelak. Insha ALlah.

    BalasPadam
  2. Lama tak ikuti program ni, dulu pantang ada FREE je mesti Sis pergi tau...ni ada juga dapat untuk register tu, nak cari geng laa nak pergi...

    BalasPadam
  3. terima kasih, banyak input yaang dikongsi dari NUH2020. next program nak join jugaklah

    BalasPadam
  4. Perasan juga dekat Setia City Convention Centre liputan Telco dia agak sendu hahaha... Btw, program mcam ini bagus.. Tengok ramai usahawan dan bakal usahawan datang menuntut ilmu

    BalasPadam
  5. tahun 2020 ni memang tahun yang agak memeritkan untuk rakyat malaysia. bila dapat pergi ke event NUH2020 mesti dapat memberikan sinar harapan yang cerah kan. rugi tak pergi

    BalasPadam
  6. Untung dapat ke program ilmu dari dr Azizan ni. Mesti banyak perkongsian yg diberi, harap siapa yg pergi program ni manfaatkan tips2 yg diberi..bukan senang nak dpt :).

    BalasPadam
  7. Baru nampak lain sikit artikel pasa NUH ni. Bella lebih suka baca bila ada nampak main point pengisiannya. Satu hari nak join jugalah program ni. Mesti i akan menagis jugak. Huhuhu.

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing this, lepas ni memang ramai yang akan lebih gigih berusaha untuk kehidupan yang lebih baik

    BalasPadam
  9. Betul tu saya sangat setuju. Kejayaan tidak akan datang bergolek memerlukan kita berusaha untuk mencari ilmu dan bersedia untuk berubah ke arah yang lebih positif.

    BalasPadam
  10. saya pun dah dua kali sertai program ni. memang bersemangat untuk ubah hidup. seronok tengok ramai yang begitu semangat :)

    BalasPadam
  11. I have been reading a lot about him and he is a real good inspired guy...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال