Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020


Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020. Assalammualaikum semua! Pakej Haji sememangnya dinantikan oleh umat Islam di Malaysia. Agensi yang memberi tawaran istimewa dengan harga berbaloi-baloi, tidak pernah ada masalah penipuan penerbangan dan VISA adalah yang dicari. Hehe. Sebab, kita inginkan Haji ibu bapa dan diri kita tiada masalah. Betul tak? Ibu bapa kita kalau terkandas di lapangan terbang, tak ke susah hati kita? Mereka dah la dah tua, sakit-sakit badan. Mana tahu nak cari hotel atau nak cakap banyak tanya-tanya soalan. Jadi, agensi Felda Travel adalah pilihan terbaik. Mereka jaga kebajikan jemaah tip top.

Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020

Felda Travel Sdn Bhd adalah ejen perjalanan korporat terkemuka di Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih daripada 36 tahun dalam perniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ia mula beroperasi pada tahun 1983, sejak permulaannya yang sederhana, ia telah berkembang menjadi sebuah agensi pelancongan terkemuka yang terakreditasi sepenuhnya di bawah IATA dan Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia.

Bagi tahun 2020, Pakej Haju Felda Travel menawarkan diskaun sebanyak RM 500 untuk jemaah terawal yang menempah Pakej Haji iaitu Pakej Rayhan sebelum 25 Mac 2020. Pakej Rayhan adalah Pakej Ekonomi yang menawarkan 40 -45 hari di Tanah Suci. Felda Travel telah membantu dan menyempurnakan Haji jemaah sejak tahun 2007. Layanan tip top, makanan sedap dan yang paling penting semua jemaah selesa menunaikan ibadah Rukun Islam yang ke lima dengan jayanya. 

RM 36,990 Seorang Selama 45 Hari

Apabila melihat pada angka, memang terkejut. Tapi, Ruby ingin melakukan ibadah tanpa runsing memikirkan apa perlu buat selain menunaikan Ibadah Haji. Jadi, Ruby serahkan segalanya kepada Felda Travel, Mutawwifah dan pengurusan di Tanah Suci. Kali pertama atau dah berkali-kali. Pasti ingin lapang fikiran dan serahkan diri kepada Allah s.w.t. RM 36,990 untuk kos 45 hari, penerbangan, pengangkutan darat, hotel di Makkah, hotel di Madinah dan makanan. Manakala sebelum berangkat, sudah semestinya persediaan Haji iaitu Kursus Haji, Urusan VISA dan Perlindungan Takaful. Maka, RM 36,900 tolak diskaun. Berbaloi-baloi kan?


Kelebihan Pakej Haji Rayhan Felda Travel


1. Hotel sangat dekat dengan Masjidil Haram
Hanya 250m saja ke Masjidil Haram. Tak perlu jalan kaki lebih 1km. Sangat sesuai untuk warga emas atau jemaah yang ada sakit lutut. Boleh ulang alik ke masjid nak beribadah dengan selesa.
2. Tiada Transit Hotel di Aziziah
Kami bawa anda terus masuk ke hotel di Mekah. Anda tak perlu transit di kawasan Aziziah yang jaraknya 4.5km ke Mekah. Jadi, anda dapat berulang alik ke Masjidil Haram setiap waktu solat jika pergi dengan pakej kami.
3. Ustazah Pembimbing Haji
Kami bawa 1 Ustazah khas untuk membantu menjawab segala permasalahan wanita dalam ibadah haji. Ya, tak semua agensi bawa ustazah sebab ianya kos tambahan, tapi kami bawa untuk sedia kan servis terbaik
4. Makanan selera Melayu
Buffet disediakan oleh Felda D'Saji sepanjang lebih 30 hari anda di Mekah. Memang kena dengan tekak kita anda 
tak perlu risau nak cari makanan lagi.
5. Saiz kumpulan kecil
Saiz jemaah kami limit kan untuk menawarkan jemaah perkhidmatan berkualiti dengan layanan istimewa.
6. Percuma Qurban
Kami beri Qurban percuma seekor kambing untuk setiap jemaah status terpilih awal. 
7. Hari Tarwiyah
Tak semua agensi buat sebab ada tambahan kos, tapi kami bawa jemaah bermalam di Mina pada 8 Zulhijah, 
seperti sunnah Nabi SAW.
8. Agensi Berpengalaman
Alhamdulillah ini tahun ke 14 kami diberi lesen oleh Tabung Haji untuk mengendalikan pakej haji dengan barisan 
staff yang cukup berpengalaman. 
9. 11 Hadiah Percuma
Kami beri 11 hadiah percuma bagi memudahkan persiapan jemaah menyempurnakan rukun Islam ke 5 ini.
10. Pembimbing Haji Berpengalaman
Kami bawa 2 ustaz dan 1 ustazah berpengalaman khusus untuk menjadi pembimbing haji di Mekah. Membantu 
anda untuk mendapatkan haji yang mabrur. 


“Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020”

Hubungi : 

Pn Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028
Atau email ke [email protected]
Felda Travel Sdn Bhd
(Company No: 100395-K | KKKP No: 0399)
Level 7E Wisma FGV,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 2789 1133
Faks : +603 2691 0118

1 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Allahu..tengok harga tu memang boleh menangis..tapi bila teliti pakej dia, memang berbaloi lah dengan harga tu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال