Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020)

Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Assalamualaikum semua. Sejak wabak COVID-19 muncul. Ramai yang mengambil langkah-langkah untuj tidak melancong di dalam negara atau luar negara. Walaupun tiket penerbangan, hotel dan aktiviti sudah ditempah. Ia adalah sesuatu pengorbanan besar kepada mereka demi menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling. Memandangkan wabak ini masih tiada vaksin, maka langkah berjaga-jaga juga di ambil oleh YAB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Pada 18 Mac 2020, beliau telah mengumumkan pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020). Jom ikuti teks makluman tersebut.

Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020)

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil 
ketetapan seperti berikut:-

1. Pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020); 
2. Pembekuan semua urusan kaunter dan perkhidmatan atas talian bagi Permohonan Baru, Pembaharuan Lesen Pengendalian Pelancongan, Pemandu Pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan Pendaftaran Penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan Pusat Urutan Kaki (PUK); 

Oleh itu, saya ingin memaklumkan bahawa Kempen Melawat Malaysia (VM2020)
adalah DIBATALKAN sejajar dengan impak penularan wabak COVID-19 yang
memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia secara
amnya. Perkara ini berkuatkuasa serta merta.

Pembekuan semua perkhidmatan kaunter dan atas talian di Bahagian Pelesenan
Pelancongan serta Pejabat MOTAC Negeri berhubung pelesenan pelancongan seperti
pelesenan syarikat pengendali pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan
Pelancongan dan pendaftaran penarafan Premis Penginapan Pelancongan, SPA dan
Pusat Urutan Kaki (PUK) adalah berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Mac 2020.

Social Distancing

Sejajar dengan Kenyataan Media oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana 
Menteri hari ini berhubung pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, kesemua 
premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi secara minimum. Namun, 
kesemua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik 
penginapan mengikut tempoh kuarantin berkenaan dan tempahan sajian hendaklah 
dibuat secara room service.

Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh 
perintah berkenaan adalah dibenarkan, tetapi dalam skala yang kecil dan diterhadkan. Bagi tetamu premis penginapan pelancong yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah ini berkuatkuasa, mereka bolehlah mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan yang bersesuaian dengan bajet masing-masing. Walau bagaimanapun, pelancong domestik baharu yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong adalah tidak dibenarkan. 

Saya menyeru kepada orang ramai supaya mematuhi social distancing sepanjang 
Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih. Marilah kita berdoa agar kesejahteraan negara tercinta ini dapat 
dikembalikan seperti sedia kala dengan secepatnya. 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال