Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN


Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN. Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menghadiri sesi taklimat LHDNM bersama Selebriti Media Sosial dengan kerjasama SUSHIVID SDN. BHD. Ia adalah satu pengalaman berharga apabila dapat menyertai majlis ilmu sebegini. Diantara topik yang dibincangkan adalah "Influencer dari perspektif cukai" dan "Step by step e-b 2019". Nampak tajuk agak mencabar bukan? Sebab ia adalah perkara serius. Melibatkan sumber pendapatan dan denda jika culas!


Selebriti Media Sosial Wajib Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN


Rezeki zaman sekarang semakin mudah dicapai, malah semakin ramai menyukainya. Ia nampak mudah apabila kehidupan tampak mewah dan tiap yang mempunyai pengikut tinggi di sosial media pasti menjadi ikutan sepanjang masa. Sama ada di Instagram, Facebook, Blog, Youtube dan Twitter, pasti anda akan menjadi perhatian pihak-pihak tertentu untuk memberi peluang bekerjasama mempromosikan sesuatu perkara. Diantaranya adalah jemputan ke acara pelancaran, memberi produk untuk lakukan ulasan atau menjadi duta produk dalam beberapa projek. Ia adalah perkara yang tidak asing lagi. Kadang-kadang model hijab juga memiliki pengikut yang ramai sehinggakan kehidupannya seperti ditaja oleh jenama-jenama terkemuka. Tapi, satu persoalan timbul. Sudahkah anda isytihar pendapatan dan harta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)??





Ramai individu masih tidak mengetahui apa tugas LHDN, apa itu pelepasan cukai, kenapa perlu isytihar pendapatan dan kenapa anda yang kena!? Betul tak? Persoalan ini timbul apabila anda tidak didedahkan dengan keadaan dimana cukai perlu dibayar apabila anda melakukan perniagaan sendiri. Sebagai selebriti media sosial, anda juga menjalankan perniagaan keatas diri anda sendiri. Betul tak? Cuma, anda tidak faham kenapa perlu mengisytiharkan sumber pendapatan anda. Ini duit aku, aku lah yang punya. Gitu??

Tahukah anda bahawa ibu bapa anda mendaftar sebagai pembayar cukai? Ada ibu bapa bekerja di pejabat dan kiraan pemotonga cukai berlaku pada setiap bulan melalui pemotongan gaji. Maka setiap tahun mereka akan mengisi borang pelepasan cukai dan jika bayaran berlebihan, LHDN akan kembalikan wang tersebut. Berbeza pula untuk ibu bapa yang memiliki perniagaan sendiri. Semua proses akan dilakukan secara tahunan. Sistem LHDN akan memberi maklum balas sama ada anda layak mebayar cukai atau tidak layak membayar cukai. Jika anda layak, anda boleh terus membayar secara dalam talian. Sangat mudah kan?

Pengalaman Membayar Cukai Ketika Bekerja Suatu Masa Dahulu

Sebenarnya, anda semua beruntung sebab mudahnya mencari rezeki. Zaman Ruby dulu, tiada media sosial lagi. Mencari pekerjaan di pasaraya, pejabat dan mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah wajib selepas habis belajar. Semasa bekerja, Ruby dipermudahkan dengan adanya arahan bahawa syarikat yang Ruby bekerja akan melakukan pengisytiharan pemotongan cukai. Tiap tahun akan dapat borang EA. Gaji Ruby paling tinggi ketika itu adalah RM 1,800. Jadi tahunan RM 21,600 sahaja. Maka, sistem akan terus tertera tidak layak membayar cukai. Apabila tidak layak, maka tidak perlu isi borang pelepasan cukai. Hehehe.

Manfaat Isytihar Pendapatan Dan Harta Kepada LHDN


Setelah mendengar taklimat dan mengajukan pelbagai soalan kepada pihak LHDN, barulah Ruby nampak banyak manfaat yang kita lakukan kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana kita memiliki perniagaan, pembayaran cukai setahun sekali itu memberi dana kepada pembangunan negara, jalan raya, fasiliti sekolah, hospital dan macam-macam lagi. Kita tidak nampak setiap aliran wang yang dikeluarkan. Tetapi kita selesa menikmatinya tanpa sedar ia sudah dipersiapkan oleh pihak kerajaan melalui cukai yang kita bayar. Memang berbeza pembayaran cukai untuk yang bekerja sepenuh masa dan yang memiliki perniagaan. Kedua-duanya wajib membayar cukai apabila anda LAYAK membayar. Jika tidak layak, tidak perlu bayar. Jadi, jangan takut untuk mengisytiharkan pendapatan anda.


Panduan Dan Proses Mengisytiharkan Pendapatan Sebagai Selebriti Media Sosial Di Malaysia

Walaupun Ruby pernah bekerja, akan tetapi, Ruby tidak pernah mendaftar untuk permohanan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk membayar cukai. Masuk laman web http://edaftar.hasil.gov.my untuk mendapatkan nombor rujukan cukai. Anda akan dapat nombor rujukan bermula SG atau OG. SG bermaksud "Orang Perseorangan - Tanpa punca pendapatan perniagaan", manakala OG bermaksud "Orang Perseorangan".





Klik "borang pendaftaran online" dan isi maklumat individu lengkap. Proses ini sangat bagus dilakukan melalui komputer. Jika anda ingin menggunakan telefon pintar, pastikan anda isi sampai habis ya. 

Selepas anda mendaftar kali pertama. Anda perlu ke cawangan LHDN yang tertera untuk anda untuk mendapatkan No Pin e-Filing. Pihak LHDN akan mencetak untuk anda. Selepas itu barulah anda boleh masuk ke laman web https://ez.hasil.gov.my/ci/LoginKaliPertama.aspx. Apabila anda sudah berjaya log masuk. Anda akan dapat lihat pelbagai senarai e-borang. Info-info berkenaan cukai semua tersedia di dalam ini.



Proses seterusnya adalah mengisi borang e-B bagi tahun 2019. Disini anda akan dapat lihat sama ada anda layak untuk membayar cukai atau tidak layak membayar cukai. Mudah kan?

Peranan Selebriti Media Sosial Apabila Menerima Sebarang Jemputan

Sebagai selebriti media sosial, kita tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai pembayar cukai. Isyhtihar sahaja pendapatan anda sebagai tanda sokongan anda kepada negara. Ibarat menderma.  Objektif sesi taklimat LHDNM bersama Selebriti Media Sosial dengan kerjasama SUSHIVID SDN. BHD adalah untuk mendidik selebriti media sosial bertanggungjawab sebagai pembayar cukai, ia dapat mewujudkan ketelusan industri untuk mengesahkan penglibatan pemasaran mereka di Malaysia.



SushiVid berpengalaman untuk mendapatkan maklumat skop kerja, invois dan kenyataan pembayaran mereka dari agensi yang dilantik. Sekiranya selebriti media sosial mendapat kempen dari SushiVid, SushiVid akan membantu menyediakan semua butiran yang diperlukan untuk mereka memfailkan cukai.

Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (LHDN )
www.facebook.com/LHDNM/

15 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yeke? Baru tau yang influencer ni kena daftar lhdn. Kadang2 mereka ni lebih banyak pendapatan daripada kita yang kerja makan gaji

    BalasPadam
  2. Kalau dekat dah join gak ni, bagus ni korek ilmu, sebab kalau kita amik tau, so esok kemudian takde menyusahkan kann..

    BalasPadam
  3. good info.. buat masa ni rasanya takde la kot perlu declare sbb takde pun kaya cm influencer lain...hihih tapi boleh la simpan buat masa depan...

    BalasPadam
  4. Bila sebut LHDN je orang dah gerun. Tapi sebenarnya declare je yang penting. Kena bayar dan tak kena bayar tu lain cerita. betul tak?

    BalasPadam
  5. Bagus pendedahan ni Ruby. Hehe pengalaman i keje dulu memang ada jadual pembayaran which is bukan semua org yg wajib bayar pun.

    BalasPadam
  6. Bagus penulisan kak Ruby. Sangat terperinci. Kita selalu dimomokkan pasal hal nie dan sering salah anggap mengenai LHDN.

    BalasPadam
  7. thanks info sharing ni kak ruby. tak payah takut dengan LHDN ni. kita kena bertanggungjawab kepada negara

    BalasPadam
  8. Bagus pencerahan yang diberikan.. moga kita alert dan ambil tahu tentang peranan yg kita perlu ambil

    BalasPadam
  9. Bagus sharing ni Ruby. Sebab memang tak tahu menahu & tak faham pun how this works for social media influencers!

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing this informative post. God bless you sister! Have a great day!

    BalasPadam
  11. Terima kasih banyak2 ruby share info yg sgt bermanfaat ni. Betul2 terperinci ruby share. So bagi mereka yg layak, sila declare di lhdn ya...

    BalasPadam
  12. da bertahun menjadi pembayar cukai ni.
    ni pun dah siap2 arranged docs to declare, ruby.
    semakin byk plak nak kena byr sebab pengecualian dah semakin kurang dari dulu :(
    aduhai lhdn!
    if only kami kastam ni dpt buat mcm lhdn, surely hasil kami pun meletops!!! :) hi hi hi hi...

    BalasPadam
  13. Alhamdulilah dah selesai fail and accepted dah. Memang tak pernah culas membayar - now kena tambah pendapatan blogging je

    BalasPadam
  14. Bagus info sharing macam ni so that kita pun tau tanggungjawab kita kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال