100,000 Laporan Skor CTOS Percuma Untuk Rakyat Malaysia. Assalamualaikum semua! Amaciam hari ke-34 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Okay tak? Terus kekal duduk dirumah dan hanya seorang ketua keluarga sahaja keluar untuk membeli barang keperluan. Hikmah PKP ni sangat banyak. Selain mengeratkan siratulrahim suami isteri dan anak-anak. Kita lebih beremosi dan rasa ingin ubah kehidupan dengan sebaiknya. Ada yang tidak terlaksana, kita mula plan untuk pecut selepas PKP.
Ruby minta suami jadi model untuk Laporan Skor CTOS Ruby. Manakala Laporan Skor CTOS suami adalah 709! Kami bersaing secara sihat untuk selesaikan hutang. Hahaha.
Dari Poor ke Fair. Alhamdulillah. Misi Ruby untuk selesaikan hutang berjaya. 2016 hingga 2020 bukan mudah. Lagi sikit!
Penularan wabak COVID-19 adalah isu seluruh dunia. Semua tidak terlepas dari keadaan ini. Apa yang Ruby ingin sampaikan adalah, jom kita perbaiki diri dan mula reset tentang diri kita. Ada sesuatu yang menghalan kejayaan seseorang apabila memiliki hutang yang banyak. Bagaimana ingin menjejak laporan kewangan tanpa perlu ke bank atau Bank Negara Malaysia? Jom Rub kongsikan berita gembira ini. Mudah je untuk mohon. Malah PERCUMA menggunakan kod FREEMCO20. Masukkan kod promo ini FREEMCO20 di halaman pembayaran untuk mendapatkan laporan PERCUMA anda.
CTOS komited ingin membantu rakyat Malaysia sepanjang PKP dengan memberi laporan skor CTOS percuma. CTOS adalah agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia. Mereka sedang memantau dengan teliti isu-isu kewangan yang timbul akibat penularan wabak COVID-19 (Coronavirus) dan kesan hebat yang menjejaskan masyarakat di Malaysia.
Memandangkan hal itu, pihak kami menyumbang 100,000 laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA bernilai RM 2.5 juta bertujuan membantu rakyat Malaysia mendapat pencerahan yang lebih jelas atas kedudukan kewangan mereka.
Pengguna dan perniagaan yang sedang terkesan akibat COVID-19 dinasihatkan supaya menghubungi pihak pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka panjang mereka dan pihak CTOS menggalakkan rakyat Malaysia agar bersikap proaktif dalam memantau kredit supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini.
Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan laporan Skor MyCTOS mereka, sila layari www.ctoscredit.com.my/ctos-cares.
Terma & Syarat Mendapatkan Laporan Skor CTOS Percuma
1. Sah dari 1 April hingga 30 April 2020 dan terhad kepada 100,000 pelanggan.
2. Setiap individu berhak mendapat SATU (1) laporan Skor MyCTOS percuma sahaja.
3. Untuk menebus laporan kredit Skor MyCTOS peribadi anda, anda perlu mendaftar untuk akaun CTOSID.
4. Pelanggan CTOS yang ada yang telah menebus laporan Skor MyCTOS percuma sebelum ini (sama ada secara langsung melalui CTOS atau melalui rakan kongsi kami) TIDAK layak mendapat skor percuma ini.
5. Penebusan laporan skor percuma menggunakan kod promo FREEMCO20 hanya boleh didapati dalam talian melalui laman web kami. Tidak terdapat di aplikasi mudah alih.
Cara-Cara Mendaftar Dan Menebus Kod Promo FREEMCO20
Ramai yang masih belum mengetahui cara untuk mendapatkan laporan Skor CTOS. Malah, ada yang takut untuk mengetahui perkembangan kredit mereka. Ada juga yang tidak tahu bahawa Bank Negara Malaysia mempunyai senarai pinjaman dan tunggakan pembayaran kita. Tapi, mereka gerun dengan nama CTOS/CCRIS. Jom Ruby ajar cara-caranya.
1. Klik url www.ctoscredit.com.my
2. Kemudian anda klik REDEEM NOW.
3. Seterusnya anda diminta untuk mengisi maklumat peribadi. Verifikasi nombor telefon anda. Kemudian klik CONTINUE.
4. Di bahagian seterusnya adalah untuk anda masukkan password pilihan dan muat naik gambar kad pengenalan bahagian depan dan bahagian belakang. Klik CONTINUE.
5. Anda perlu verifikasi email anda untuk pengesahan.
6. Kemudian anda log in lagi sekali untuk mendapatkan Laporan Skor CTOS percuma dengan menggunakan kod FREEMCO20.
7. Anda scroll kebawah, sehingga jumpa button Buy latest MyCTOS Score Report
8. Masuk kod promo FREEMCO20 dan Checkout. Siap! Nanti anda akan dapat notifikasi email beserta pdf fail Laporan CTOS dan Invois
Laporan Skor CTOS Terkini Ruby
Laporan Skor CTOS amat membantu anda untuk mengetahui senarai hitang piutang anda. Malah anda boleh kesan bagaimana keadaan kewangan anda. Di sini juga akan tertera butiran pinjaman dari bank mana, PTPTN atau anda pernah berhenti kerja tanpa notis. Di dalam laporan akan tertera semuanya. Pengalaman Ruby apabila membaca laporan skor CTOS pada kali pertama iaitu 1 November 2016 amat memeranjatkan Ruby. Ketika itu sedang hamilkan Alif, anak kedua Ruby. Laporan skor CTOS siap ada perkara
1. Tunggakan PTPTN : RM 15,510
2. Personal Loan CIMB : RM 5,000
3. Saman Mahkamah Dari RHB Bank : RM 4,314
4. Hutang Pejabat Lama Sebab Berhenti Kerja Tiada Notis 30 Hari : RM 857.46
Laporan Skor CTOS : 487.
Masa tahu keputusan ini, memang rasa gelap masa depan. Risau, fikir punya fikir. Buntu. Perlahan-lahan plan untuk selesaikan hutang. Tidak tenang apabila memiliki tunggakan hutang.
Kini, 20 April 2020. Ruby cek kembali Laporan Skor CTOS Ruby. Ada kegembiraan terukir. Yasssssss. Terima kasih CTOS!
1. Tunggakan PTPTN : RM 8,928
2. Hutang Pejabat Lama Sebab Berhenti Kerja Tiada Notis 30 Hari : RM 857.46
Hanya dua sahaja lagi hutang Ruby yang tinggal. Hehehe. Syukur ya Allah. Laporan Skor CTOS Ruby yang terkini adalah 696!!!
Ruby minta suami jadi model untuk Laporan Skor CTOS Ruby. Manakala Laporan Skor CTOS suami adalah 709! Kami bersaing secara sihat untuk selesaikan hutang. Hahaha.
Mengenai CTOS Data Systems Sdn Bhd
CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, Kementerian Kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudahkam perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi perbankan dan kewangan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, perbadanan besar, PKS, firma guaman dan badan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my
Tags
Ilmiah
Info sangat berguna ni ruby. Sisyat nak kena check jugak. Berdebor aihh.. 😅
ردحذفIn sha Allah, slowly nk bebas hutang 😊.
wah. gitu ekk.
ردحذفaida selalu buat ctos search utk pelanggan jabatan.
yes la, ruby. before ke mahkamah, mesti buat few searches. ctos salah satunya lah yg mahkamah terima.
diri sendiri tak pernah buat ha ha ha ah...
loan ratus ribu, ribu. rumah. personal. kereta jer dah xde loan.
but semua payment ok la.
last aida tahu pasal ctos search time buat personal loan tu 2015 dulu.
bank siap offer lebih sebab dia kata ctos search aida cantik.
oh tak la nak lebih kan :) sekadar perlu jer :) hi hi hi...
Sis kan surirumah, tapi atas sebab keselamatan, nak juga check, alhamdulilah line atas .tapi pelik gak ek, kenapa masih lagi yang susah nak check untuk diri sendiri, sebab takut atau apa ke? Padahal jika tak buat tindakan apa-apa lagi teruk kena kan..benda dah free macam ni, eloklah amik peduli..
ردحذفKalau buat dr sekarang, lama-lama hilanglah hutang tu kan..
wah percuma gtu..tq for sharing..dlu ms nk beli umh ada minta report juga kena byr rm 10 tk silap
ردحذفTerkejut beruk tengok stat sendiri. Doakan kita semua berjaya bergerak ke arah yang lebih baik. Amin
ردحذفOh kalau nak dapat skor lepas promo ni kena bayar ye?. Baru tahu. Elok juga check sebab nak tahu status kita kan?. Boleh la clear hutang yang sepatutnya. Hutang ni buat risau je sampai tak boleh tidur malam. Tak tenang. Slow slow akhirnya bebas hutang.
ردحذفLaporan ctos ni berguna untuk diguna pakai untuk apa-apa perkara yang lain ke? Contoh nak buat pinjaman ke nanti?
ردحذفThanks for sharing! I should let my mom know about this. Since the whole family stuff she gaodim. Thanks!
ردحذفsaya memang setiap tahun beli report ni. rm25/report. ada free ni baik gunakan peluang hehe
ردحذفSelama ni tak pernh buat.. Ni dh alang2 free pun nad lun redeem la. Satu je ade PTPTN.. Heehe. Slow byr dn hilangkan hutang tu. Bgus juga ctos ni. Kita tau jumlah kita berapa tinggal.
ردحذفSelama nie tak pernah tahu pun pasal CTOS nie. Hanya pernah dengar je. Bila baca entry nie, baru faham dan tahu pasal nie..
ردحذفBella dah cuba 3 hari lepas tp masa verify failed je. Pelikk. Nak cek juga tahap kewangan kita mcm mana. Bella try sekali lagi lah kat lappy.
ردحذفX pernah kerja n x pernah berhutang mana2 bank, ptptn pun x dok. Tapi takut gak kan..kot2 lah ade, tp rasanya tak ada sb sis ni bab2 hutang mmg takut sikit
ردحذفPernah juga dgar CTOS ni tapi tak tahulah apa function sebenarnya. Bila baca blog kak ruby, baru kita get the right info. Bagus CTOS ni at least kita dapat track perjalanan kredit kita. Thanks kak ruby share the good info
ردحذفSelalu jugak dengar tapi tak pernah nak check. Okay bila ada percuma ni bolehlah check. Risau jugak bila nak check hutang2 ni hehe
ردحذفBagus sebenarnya ctos ni. Kita boleh hutang piutang kita berapa banyak. Okay nanti nak daftar juga dan guna kod yang Ruby share ni.
ردحذفDah check. Alhamdulillah kita skor 735 maknanya tiada lah pending mana2 hutang kecuali kereta dan ptptn saja. Tu pun slowly nak habis. Bagus kan apps ni..
ردحذفsaya baru tahu boleh beli report ni. good info sangat ni. thanks ya
ردحذفSenang ada apps macam nie tak payah pergi bank negara beratur panjang nak semak Ctos sangat mudah sekarang nih... semua harus kena celik IT
ردحذف