Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Assalammualaikum semua! Salam Ramadan dan Salam PKP hari ke-38! Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak COVID-19, seluruh Rakyat Malaysia mencuba mencari sesuatu untuk menghiburkan diri. Ada yang sudah menyertai cabaran Tik Tok, marathon menonton filem serta drama, berkaraoke, bersukan di dalam rumah dan ada yang mencuba memasak pelbagai makanan. Netizen sanggup mencuba pelbagai resepi, resepi yang sering ingin mereka cuba adalah Basque Burnt Cheesecake, Kek Batik, Apam Kukus, Puding Karamel, Pau dan macam-macam lagi. Sangat menghiburkan apabila melihat hasil-hasil gambar masakan yang netizen telah cuba. 

Fenomena Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Mendapat Perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin


PKP memberi kita semua sedar tentang nikmat dunia yang telah Allah s.w.t telah berikan. Iaitu bersama dengan keluarga. Untuk ibu-ibu pastinya tugas ini amat mencabar. Mereka perlu menguruskan kerjaya dengan bekerja di rumah, menjadi guru untuk anak-anak yang mempunya kerja sekolah atau kelas dalam talian, menjaga kebersihan rumah tangga, basuh kain, melipat lain, menyapu sampah, mop lantai dan seterusnya yang paling penting adalah memasak makanan untuk semua ahli keluarga di rumah. Melalui pengalaman Ruby, anak-anak dan suami sentiasa lapar. Hahaha. Maka, itulah tercetus pelbagai menu masakan baru. Cara ini dapat mewujudkan aktiviti sesama ahli keluarga. Hehe

Sumber gambar dari thestar.com.my


Semalam, 23 April 2020 ( Khamis) telah diadakan Perutusan Khas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin. Dua perkara yang dinantikan oleh netizen adalah sama ada PKP diteruskan dan apakah teks yang mencuit hati akan disebut oleh YAB PM. 

Perutusan Khas Pertama pada 16 Mac 2020 : PKP Fasa Pertama selama 2 minggu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Teks ucapan yang mencuit hati adalah berkenaan Just Stay Home, Please.

Perutusan Khas Kedua pada 25 Mac 2020 : PKP Fasa Kedua bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020. Teks ucapan yang mencuit harti adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang menyebut nama Makcik Kiah sebagai contoh untuk Rakyat Malaysia memahami apa yang kerajaan usahakan.

Perutusan Khas Ketiga : PKP Fasa Ketiga bermula 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Teks ucapan yang mencuit hati adalah "Ke Sana Ke Sini"

Perutusan Khas Keempat pada 23 April 2020 : PKP Fasa Keempat bermula 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Teks ucapan yang membuatkan netizen terhibur adalah 

"Kita lihat secara positif. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa. Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni"



Dalam Masa 7 Hari Mendapat 1 Juta Pengikut


Permulaan penubuhan facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni adalah pada 14 April 2020. Bermula dari status kak Laila yang mengajak untuk buka satu platform untuk berkongsi gambar masakan yang tak jadi. Di dalam percubaan memasak apa sahaja makanan. Ia bukan sengaja dibuat-buat. Betul tak? Jika terleka menggoreng makanan, pasti akan hangit. Bau satu rumah. Manalala jika air kering semasa mengukus, juga mengeluarkan bau hangit. Agak mustahil untuk dibuat-buat masakan tidak jadi. Ia melibatkan kos dan masa. Betul tak tuan puan? Hehehehe.

Oleh kerana, kewujudan facebook group ini ketika kita semua berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah masa yang sesuai. Rezeki Allah. Siapa kita untuk menidakkan-Nya? 


Setelah YAB Perdana Menteri menyebut facebook group ini, peningkatan pengikut bertambah sebanyak 200,000. 

14 April 2020 - 20 April 2020 (7  : 1 JUTA pengikut.
20 April 2020 - 22 April 2020 : Kenaikan 300,000 pengikut dan menjadikan keseluruhan 1.3 JUTA pengikut.
23 April 2020 - 24 April 2020 : Peningkatan seramai 200,000 dan jumlah keseluruhan adalah 1.5 JUTA pengikut.

Koleksi Masakan Tak Jadi Yang Mendapat Komen Dan Like Terbanyak


Jika masakan anda tidak jadi, anda tidak keseorangan. Jangan putus asa okay!

Matlamat Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official


Apa yang Ruby nampak, matlamat facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official adalah untuk memberi semangat kepada Rakyat Malaysia yang gigih mencuba memasak, membuat kek dan membuat kuih muih. Malah ada yang menggunakan perkakasan untuk memasak tanpa mengetahui kebolehan sesuatu peralatan. Perkara ini yang membuatkan kita semua ketawa kerana ada yang membakar pizza di dalam oven tanpa tray. Kemudian ada yang mengukus apam dan pau tidak cek kandungan air. Ada juga yang membuat kek menggunakan Air Fryer masing-masing. Hasilnya? Amat menakjubkan. Hahaha. 

Jadi, manfaatkan paltform yang ada dan semoga tiada pembaziran berlaku. Sudah semestinya kegagalan pertama adalah permulaan segalanya. Kita akan terus mencuba hasilkan masakan sampai jadi. InsyaAllah.

Apa yang pasti, anda tidak bersendirian! Hahaha!

Akaun Rasmi Media Sosial Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Reaksi pengguna facebook di kalangan Rakyat Malaysia amat positif. Sehinggakan banyak akaun yang sama ditubuhkan. Ia mengelirukan segelintir pengguna facebook. Dibawah Ruby senaraikan laman media sosial rasmi Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. 

17 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Yang kek hitam tu memang berdekak laa gelak...adoii awat le timbul jerawat tu ek...hebat sungguh penangan group ni kan...tahniah buat Kak Dlaila..

    BalasPadam
  2. Kalau masuk group ni memang berdekah ketawa tengok masakan masing masing yang tak jadi. Paling lawak kukus jumanji.. Adoilah memang sebiji.. Ni dah lama x masuk geoupntu nak bagi rehat rahang mulut.. Kalau tak sampai sakit asyik ketawa je.

    BalasPadam
  3. masuk group ni memang rasa nak tergelak sakan. sebab ada tu memang pengalaman sendiri, masak tak jadi..tapi sedap jugak.hahaha..teringat plak nak buat roti ouri aritu tak jadi..terus buat jadi karipap..hahaha

    BalasPadam
  4. Nak join lab group tu. Sebab saya memang selalu masak tak jadi. 😂

    BalasPadam
  5. Memang bagus betul Perdana Menteri terbaru kita ni. sangat care pasal isu semasa rakyat. btw tahniah buat pengendali group tu. memang cukup luar biasa diorang ni.

    BalasPadam
  6. haha our Prime Minister is very up to date. I also know about Facebook group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni" thru his speech haha. It's a fun group to see everyones creation this MCO.

    BalasPadam
  7. ramai yang share, memang tak tahan gelak, serius lawak orang2 malaysia ni. haha

    BalasPadam
  8. Ada gak terpandang group ni tapi blm sempat nak hayati sepenuhnya. Rupanya memang yg kenanyakan poat masakan tak jadi haha...t klu masakan saya tak jadi saya join ya haha

    BalasPadam
  9. ada jugak yg nak ciplak grup fb ke?
    aduhai... cari la idea lain kan ruby.
    yg ada tu, kita meriahkan aje la.
    moga yg share tu bebetul asli la tak jadik, kan.
    ada yg mengada-ada kan tak jadik tu hingga menggelikan :) hu hu hu hu...
    tu yg tak sanggup tgk.
    share pe tak jadi and friends share pe pasal tak jadi. this is the correct way kan :)
    moga sukses grup ni, ruby.

    BalasPadam
  10. PM kita memang peka walaupun sibuk menangani isu covic-19. Dia siap boleh tahu group masak tak jadi ini. Ada gak lalu dekat timeline facebook Azwar, memang gelak besar. Macam-macam masakan ualls share buat hati terhibur.

    BalasPadam
  11. Bila stress memang saja masuk group MATJHIO . Walaupun ada yang psot gambar dari Google. Auni juga nampak matlamat group ni lebih kepada bagi semangat pada yang kurang kemahiran memasak.

    BalasPadam
  12. Dah join dah group ni tp xlg post sbb masak semuanya jadi.. haaa...glk sakan tgk yg dorang post

    BalasPadam
  13. Tu la femes smpi PM pun sebut dlm perutusan dia.. Terbahak gelak.. Tapi rasa group ni badi ah sbb gelakkan org.. Iols buat pudding selalu elok je ttba skng bole pulekk kering nk hangus.. Terus 1 mgu tak buka group. Mhahhaha

    BalasPadam
  14. I am sorry! But when Vee nampak photos tu, gelak juga! I love our PM, the way he talk also quite funny~hahahah!

    BalasPadam
  15. Haha dengar jugak hari tu PM cakap pasal masak apa tak jadi tu ..terus tergelak iena. BTW bagus sangat out new PM ni walaupun baru.iena rasa dia dekat dengan rakyat. Dia tau isu semasa dikalangan rakyat2 marhain mcm kita ni haha..

    BalasPadam
  16. Dah famous satu Malaysia dah group ini. Tapi kira oklah jugak group ini. Lihat dari sudut pandangan yang positif sahaja.

    BalasPadam
  17. Wah this facebook page memang bagus and got so many followers even the PM also knew about it

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال