MYLARA Skincare Rahsia Kulit Putih Glowing

MYLARA Skincare Rahsia Kulit Putih Glowing. Assalamualaikum semua! Wahhh dah hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni? Dah masuk Fasa ke-3 dan hari ini hari ke 29. Alhamdulillah masih duduk rumah dan manfaatkan tempoh ini bersama keluarga. Suami dan anak-anak amat memahami dan kami semua sentiasa kemaskini berita tentang penularan wabak COVID-19. Selain itu, Ruby juga mengambil kesempatan dengan menjaga kesihatan diri dan wajah. Ewah ewah ewah. Hehehe. Masa ini lah nak jaga kulit yang dulunya kusam, kering, berbelang dan terkena selaran matahari. Ruby ingin kongsikan produk yang Ruby cuba, ia adalah dari jenama MYLARA Skincare.

MYLARA Skincare Rahsia Kulit Putih Glowing


Apa yang menarik tentang MYLARA Skincare ini adalah mereka menyediakan produk berdasarkan masalah kulit. Jadi, sebab itu lah ramai pengguna memberi testimoni positif. Fokus utama MYLARA adalah untuk semua pengguna mendapat keadaan kulit wajah idaman iaitu putih glowing. Dalam perkataan lain adalah cerah dan merona. Ada yang kulit cerah putih tetapi tampak kusam, jadi disinilah fungsi MYLARA Skincare.

MYLARA Skincare adalah produk yang tidak menutup liang roma. Bahasa femesnya adalah Non Comedogenic. Dihasilkan dengan selamat di kilang yang diperakui GMP dengan ramuan yang diformulasikan secara eksklusif yang terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya. Produk ini juga mengamalkan keselamatan sesuai dengan keadaan Good Manufacturing Practice (GMP).  Ia juga memastikan bahawa produk ini bebas dari ujian terhadap haiwan. Bagus kan? Jadi kita boleh menggunakannya tanpa was was.

MYLARA Skincare Andvanced Bright & Glow 4 in 1


Di dalam set Advanced Bright & Glow 4 in 1 ini terdapat 4 produk iaitu :

1. Glowing Cleanser 


Glowing Cleanser Skin Perfecting berkesan menghilangkan sisa solekan, habuk, minyak dan kekotoran di wajah. Ia mampu membersihkan solekan mata dengan lembut. Tahukah anda sel kulit akan beregenerasi dan berganti setiap 28-30 hari? Dalam proses regenerasinya, sel kulit baru akan keluar dan mendorong sel kulit mati ke permukaan kulit. Jadi, pembersihan wajah amat penting, agar kulit lebih halus dan cerah.

4 Sebab GLOWING CLEANSER Perlu Dalam Rutin Skincare Anda


Penyingkiran : Membersih kotoran sehingga ke liang pori
Mencerahkan : Mencerah dan melembutkan kulit wajah
Penyembuhan : Menyembuhkan luka jerawat  
Ekstrak Aloe Vera : Bertindak sebagai anti-oksidan

Isi Kandungan :

Aqua (water), Sodium Lauryl Sulphate, Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Benzoate, CI 77491,  Fragrance.

2. Perfect Glow Serum

Perfect Glow Serum berfungsi mencerahkan warna kulit, parut, selaran matahari, menganjalkan dan memberi wajah berseri merona. Sapukan 5 titisan dibahagian dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu. Kemudian urut perlahan-lahan. Siap!

4 Alasan Anda Pasti Suka Dengan PERFECT GLOW SERUM


Cerah Merona : Mencerahkan tona kulit & memberi kesan glowing.
Pori-Pori : Mengecilkan pori-pori
Anti-Penuaan : Memudarkan Pigmentasi, tompok gelap di sekitar wajah akibat faktor penuaan, bekas jerawat & jeragat
Niacinamide : Vitamin B3 yang mampu melindungi kulit daripada sinaran UV

Isi Kandungan :

Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene Glycol, Centilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin

3. Miracle Matte CC Cream 


Miracle Matte CC Cream adalah All-in-one krim yang secara ajaib melindungi kulit anda dari sinar matahari yang berbahaya dengan  SPF 30. SPF 30 dapat menahan hingga 97% radiasi sinar UVB. Ia terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dan menghidrat dengan kemasan matte yang elegan. "CC" adalah singkatan kepada Color Corrective, manfaatnya termasuk sebagai primer, pencerah kulit, foundation ringan, pelembap, dengan bahan anti penuaan dan penggalak kolagen. 

Amalkan produk ini setelah menggunakan MYLARA Facial Toner. CC Cream paling baik digunakan 15 minit sebelum terdedah pada sinar matahari, dan diaplikasikan semula setiap 2 jam. Amat disyorkan untuk anda yang sering terdedah kepada sinar matahari.

4 Sebab Matte Perfect CC Cream Perlu Dibawa Ke Mana-Mana

SPF35 : Melindungi kulit dari sinaran matahari
Tahan Lama : Memberi nature glow, kekal sehingga 10 JAM
Cerah : Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
Mesra : Mesra wudhu dan mudah diaplikasikan pada wajah

Isi Kandungan :

Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance

4. Instabright Night Cream

Instabright Night Cream memberi khasiat dan melembabkan kulit sehingga 8 jam. Membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan memutihkan kulit secara jelas seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti secara klinikal. Gunakan hujung jari anda, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher. Untuk penyerapan mendalam, urut perlahan-lahan dalam masa 1-2 minit.

4 Sebab INSTABRIGHT NIGHT CREAM Mesti Ada Dalam Rutin Skincare Anda


Perawatan Malam : Menyamakan tona kulit tak sekata.
Agen Pencerahan : Memudarkan parut jerawat, jeragat, kulit kusam & selaran matahari.
Glowing : Membuatkan kulit merona secara semulajadi.
Cepat : Beri kesan pencerahan seawal 3 hari

Isi Kandungan :

Aqua, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Isopropyl Mistrace, Glycerin, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Alpha Arbutin, Linolec Acid, Aloe Barbadensis Extract, Licorice Extract, PEG-100, C10-11 Isoparaffin, Lecithin, Tacopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Allantoin, Lepidium Santivum Sprout Extact,Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, CI 77499, Fragrance.

Manfaat Advanced Bright & Glow 4 in 1


1. Mencegah jerawat
2. Mengecilkan liang pori
3. Mencerahkan kulit
4. Mencegah jerawat
5. Mencerahkan kulit & glowing
6. Melembabkan & melicinkan kulit
7. Memulihkan dan melindungi kulit
8. Mencerahkan parut dan tompok jerawat

Harga Promosi RM 110
Harga Asal RM 127

Produk MYLARA Skincare Advanced Bright & Glow 4 in 1 Berdaftar Dengan KKM


Jom sokong produk buatan Malaysia. Semua produk MYLARA Skincar berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
.
NOT190402218K Mylara Glowing Cleanser
NOT190402207K Mylara Perfect Glow Serum
NOT190402217K Mylara Matte Perfect CC Cream
NOT190402210K Mylara Instabright Night Cream


Mengenai MYLARA Skincare

MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang dirumus khas dan profesional agar kulit kekal sihat dan segar. Kombinasi unik dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan. MYLARA sesuai untuk semua jenis kulit, menjadikannya selamat dan lembut untuk digunakan bermula seawal dari usia 14 hingga 60 tahun. 

Menyedari bahawa kulit kita merupakan aset berharga yang memerlukan rawatan yang selamat dan khusus. Malahan, kita hidup dalam gaya hidup yang sibuk dan cuaca lembab dan persekitaran yang tidak menentu, penjagaan kulit MYLARA adalah jawapan paling tepat untuk semua keperluan kulit kita!

16 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. So cantik, Ruby! I like your flawless and fair skin. This MYLARA Skincare looks really good to use kan! I would love to try it out in future hehe I hope the price is affordable to us

    ردحذف
  2. wah another local product :)
    terbaik la. ingredients nyer pun international standard, ruby.
    nama nyer tu nice - mailara sebutannya. girl girl nama product kan.
    harga pun ok. berpatutan. boleh dimiliki ni bagi sesiapa yg mencari, kan :)

    ردحذف
  3. sekarang dah makin banyak local brand yang berkualiti, harga pun berpatutan.

    ردحذف
  4. nampak menarik & berkualiti produk ni. walaupun ingredient bermacam2 jenis, tapi nampak meyakinkan. nanti saya share produk ni dgn mak saya.

    ردحذف
  5. Rasa rambang mata tengok banyak produk skincare. Jujurnya belum pernah cuba. Tambah pulak umur makin bertambah. Risau juga pasal jeragat.

    ردحذف
  6. Flawless nya kulit kak ruby. Nak kena follow jugak lah cara akak jaga muka. Tak reti nak jaga jaga muka ni sebenarnya

    ردحذف
  7. Patut la dia tnya org time PKP ni kulit cerah ke tidak ye.. Rupanya dia ada rahsia... Hahha i is jeles. Flawless glowy2 muka dia.. ❤️❤️

    ردحذف
  8. Macam best jer tengok produk mylara skincare nih, Patutlah nampak lain dekat muka Ruby tu hah, putih dan bertambah glowing ok boleh try nanti

    ردحذف
  9. Owhh ini ke produk yang kulit wajah ruby cantik. Sis tengk kulit ruby..licin je, jeles tau..hahaha. Bolehlah sis cuba nanti

    ردحذف
  10. Firstime nampak produk ni.Memang waktu PKP ni la kene jaga muka sebab duduk rumah kan.Tengok ruby pun makin cntik je..

    ردحذف
  11. Thank you for sharing~! Although I am currently sticking to one product, but will also share this with my friends who are interested.

    ردحذف
  12. Wahhh ni lah rupanya rahsia kulit akak cantik, putih and glowing 😍😍😍
    Boleh lah iena cuba nanti❤️❤️

    ردحذف
  13. nampak muka ruby pun nampak glowing.

    Pernah try juga product mylara skincare ni kejap, dia punya cream pun not bad bila pakai. rasa macam smooth je.

    ردحذف
  14. Menariklah produk ni.. sebab dia ada dalam set terus yang kita boleh cuba.. and paling penting ianya selamat digunakan

    ردحذف
  15. Bagusnya Ruby ni, duduk rumah pun pakai skincare. Confirm lepas MCO ni kulit putih flawless ni Ruby.

    ردحذف
  16. Produk tempatan sekarang banyak yang berkualiti dan harga jauh lebih berpatutan dan mudah dimiliki. Tak perlu pening untuk kumpul duit membeli produk luar. Di samping itu kita boleh membantu syarikat tempatan untuk terus maju ke hadapan dan bersaing dengan produk antarabangsa.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال