OPPO Lancar Peraduan Home FitnessXplorer Untuk Anda Kekal Sihat Di Rumah. Assalammualaikum semua! Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak penularan wabak COVID-19, kita perlu menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Walaupun ruang yang sangat limit, kita pasti boleh melakukan senaman. Kali ini, bagi memberi anda aktiviti menarik dan hadiah hebat. OPPO telah melakukan pelbagai kempen kesedaran kepada rakyat Malaysia. Sebelum ini pemberian topeng muka, hadiah telefon pintar. Kini, bermula dari 8 April hingga 14 April 2020. Anda boleh sertai cabaran dan menangi 7 unit OPPO Enco dan 4 unit OPPO Reno2 PERCUMA. Best kan?
OPPO Lancar Peraduan Home FitnessXplorer Untuk Anda Kekal Sihat Di Rumah
Home FitnessXplorer akan dijalankan dari 8 April hingga 14 April 2020 setiap hari. Dari yoga ke tumpuan otot, setiap hari cabaran memberi tumpuan kepada tema latihan yang berbeza. Memberikan anda aktiviti dan program kecergasan yang menyeronokkan setiap hari. Program ini akan LIVE pada setiap hari jam 6.30 petang di Instagrm OPPO Malaysia. Rakyat Malaysia boleh mengikuti kelas kecergasan Home FitnessXplorer bersama seisi keluarga.
Program kecergasan ini akan diketuai oleh pakar kecergasan profesional dan jurulatih gim, Jack Chooi; pengasas JC Pro Fitness Studio, Gim dan Kevin Chia, pakar pemakanan kecergasan. Jadi para peserta dapat memastikan mereka bersenam dengan selamat. Beberapa latihan termasuk tabata, HIIT, dan ketahanan senaman, jadi ada banyak yang boleh dipilih. Home FitnessXplorer terdiri daripada cabaran harian bagi rakyat Malaysia untuk mencabar diri mereka melakukannya. Apa yang paling menarik adalah anda berpeluang memenangi hadiah barangan eksklusif OPPO pada setiap hari.
Cara Penyertaan OPPO Home FitnessXplorer
Cabaran akan diumumkan pada pukul 12 tengahari setiap hari, cabaran yang berbeza akan diberikan, dan pemenang cabaran harian berpontensi untuk menang OPPO Enco Free bernilai RM199, manakala peserta yang melengkapkan semua tujuh cabaran adalah peluang untuk memenangi OPPO Reno2 bernilai RM1999!
Untuk mengambil bahagian dalam cabaran, peserta perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Merekodkan video cabaran kecergasan mereka.
2. Muat naik video ke akaun Facebook atau Instagram mereka dengan kapsyen “Stay
healthy for Yourself, Stay home for Malaysia”
3. Tag 3 kawan untuk melakukan cabaran.
4. Sertakan hashtag: #OPPOHomeXplorer #StayHomeStayHealthy #SelectedDayXplorerChallenge
Contohnya :
#Day1XplorerChallenge Stay healthy for Yourself, Stay home for Malaysia.
#OPPOHomeXplorer #StayHomeStayHealthy #SelectedDayXplorerChallenge
@saifulnaim @alifcalif @adamiracles
Tertakluk kepada terma dan syarat*
Pemenang & Hadiah
Setiap hari, OPPO akan memilih video terbaik dalam masa 24 jam dan pemenang akan
menerima hadiah OPPO Enco bernilai RM 199 PERCUMA! Selepas semua 7 cabaran selesai, 4 peserta yang menyelesaikan semua cabaran akan memenangi OPPO Reno2. Cabaran adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 13 tahun ke atas. OPPO Malaysia mahu rakyat Malaysia kekal selamat dan sihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, dan jangan lupa untuk nikmati masa bersama keluarga sementara negara dan petugas barisan hadapan melawan penularan wabak COVID-19. #StayHome
www.oppo.com.my
www.facebook.com/malaysiaoppo
www.instagram.com/oppomalaysia
Shopee Malaysia : https://bit.ly/33KYqbT
Lazada Malaysia : https://bit.ly/39j3BAQ
Tags
Berita