Tip Menyediakan Ruang Selesa Untuk Bekerja Dari Rumah


Tip Menyediakan Ruang Selesa Untuk Bekerja Dari Rumah. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya adalah satu anjakan paradigma buat semua masyarakat di dunia. Sama ada di Malaysia atau di luar negara. Semuanya terkesan. Ada yang tiada punca pendapatan dan ada yang menceburi minat yang baru. Ramai yang mula aktif di laman jualan e-dagang dan manakala ramai juga mendaftar di Youtube untuk menghasilkan video masakan. Walau apa pun kita lakukan, pastikan ruang kerja anda selesa dan lengkap.

Tip Menyediakan Ruang Selesa Untuk Bekerja Dari Rumah


Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome.

Ruang kerja suami Ruby macam ni sahaja. Dia selesa bersila sambil buat design. Hehehe.

Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-
  • Tetapkan ruang bekerja, anda mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
  • Kemas ruang bekerja anda untuk mengelakkan gangguan.  
  • Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.
  • Pastikan sudut bekerja anda mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan anda cas alatan elektronik.
  • Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
  • Guna ‘headphone’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
  • Beritahu ahli keluarga ruang bekerja anda; anak-anak harus menghormati ruang ini sewaktu tempoh PKP.
  • Tukar ruang bekerja anda untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.
Pasti sekarang anda sudah mempunyai gambaran ruang bekerja rakan pejabat dan juga klien anda. Ruby dah tengok semua gambar yang dikongsikan oleh About Communication, lihatlah bagaimana ruang bekerja dirumah mereka.


Nampak selesa dan seronok kan? Boleh buat kerja dimana-mana dan bila-bila masa. Cuma, jangan terlalu selesa dan terlelap pula. Pastikan anda sentiasa mengikut garis masa yang ditetapkan agar kerja anda di rumah pun berkualiti.

Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah anda?

Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk  dan bersin yang betul. Pastikan anda membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah. Paling penting anda #DudukRumahDiamDiam / #StayAtHome

Kongsikan bersama kami ruang bekerja dari rumah anda. Secara tidak langsung anda telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19. Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kami @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال