Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender! Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan. Ruby masih belum berkesempatan untuk keluar membeli-belah barang dapur. Hanya kirim kepada suami untuk beli barang keperluan wajib sahaja. Itu pun di kedai runcit berdekatan atau jika harga barang di kedai runcit terlalu mahal, baru lah suami akan ke pasaraya berdekatan. Tapi, keluhan dia pasti ada apabila sudah pulang. Parking penuh, beratur panjang, stok barang tiada dan keliru produk yang mana satu perlu beli. Bungkusan kelihatan sama, tapi isi kandungan berbeza. Hahaha.
Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender!
Di antara produk yang selalu Ruby perlu isi semula di dapur adalah bahan-bahan masakan dari produk Maggi. Seperti kiub Maggi Ikan Bilis, Ayam dan Daging. Selain itu, sos cili, sos tomato, sos tiram dan chicken stock. Manakala produk tambahan yang sedap dimakan begitu sahaja bersama keluarga adalah Maggi Mee. Setiap ahli keluarga Ruby ada berbeza perisa kegemaran.
Masa zaman Ruby bujang dan tinggal bersama mak dan adik-beradik. Maggi Kari 2 minit tu dah cukup untuk kami sekeluarga. Satu perisa ini kami kongsi makan bersama dan kami melakukan peningkatan. Masak bersama sayur sawi, kobis dan telur. Kemudian kami buat murtabak Maggi. Seronok sungguh berkongsi. Rasa rindu detik-detik indah begitu. 4 bungkus Maggi Kari dimasak untuk kepuasan kami semua.
Sekarang, sudah berumahtangga, pilihan suami dan anak-anak berbeza. Hahaha. Dari situ, Ruby tahu ada perisa Maggi Mee yang sedap-sedap. Sebagai contoh, Maggi Pedas Giler tu Ruby takut nak makan. Tak tahan pedas. Tapi, suami Ruby suka. Jadi, boleh lah Ruby tumpang rasa satu suapan. Hahaha. Manakala untuk anak-anak, mereka suka Maggi Mee Ayam dan Sup Tulang. Ruby pun tumpang sekaki bila mereka nak makan Maggi. Hahaha.
Semua produk ini terdapat di PG Mall. Pengalaman membeli belah barang Nestle sangat mudah. Dari proses memilih barang, membuat bayaran dan seterusnya penghantaran memang lancar. Walaupun pada musim PKPB ni. Alhamdulillah cepat sampai.
Hari ini, Ruby membeli lagi di PG Mall. Pertama kali Ruby menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty. Memandangkan kita tak boleh nak mengembara atau ke mana-mana menaiki kapal terbang. Ruby menebus mata ganjaran tersebut dan masukkan ke dalam C-Wallet PG Mall. Proses sangat cepat dan mudah.
Sekarang kita tunggu produk yang Ruby order tiba ke rumah. Hehehe.
Senarai Produk Nestlé Di PG Mall
Kedai rasmi Nestlé bukan hanya terdapat produk Maggi sahaja. Selain itu terdapat Nescafe, Coffee Mate, Breakfast Cereals, Koko Krunch, Honey Stars, Cornflakes, Fitness, Milo, Nestum, KitKat, CRUNCH Wafer, Starbucks, Just Milk, Every Day, NAN KID, LACTOGROW, Cerelac dan macam-macam lagi. Semuanya tersedia di PG Mall.
PG Mall X Nestle Top Spender Campaign
Tempoh kempen bermula 8 Mei 2020 - 4 Jun 2020. Setiap minggu selama 1 bulan akan mempunya 2 orang pemenang. Jumlah 8 pemenang. Manakala sepanjang 1 bulan ini akan menerima RM 100, 2 pemenang dari kalangan pemenang mingguan akan bergelar Nestle TOP SPENDER dan menerima RM 130! Wow bestnya!
Jumlah keseluruhan adalah 10 pemenang akan layak memenangi hadiah wang tunai RM 100 atau RM 130 dari PG Mall. Ia boleh digunakan untuk pembelian dari Nestlé Official Online Store di PG Mall.
Selamat membeli belah! Macam-macam ada di PG Mall.
Tags
Foodie
Wow nanti I nak replenish my Starbucks coffee and hope that I ada rezeki memang hadiah tunai.
BalasPadamInsyaAllah mesti ada rezeki.
PadamKalau orang yang buta bahasa, mau dia kata spender tu seluar dalam hahahaha...
BalasPadamAlaaa masa beli kat PGmall, lupa plak nak amik gambo unboxing hehehe...berbaloi soping situ, harga murah, tak payah sesak nak beratur...
Tak pernah lagi guna aplikasi PG Mall. Hahaha . Mungkin boleh cuba lepasni.
BalasPadamsuka product maggi..wah ada set bundle bila shopping kt PG mall secara online bagus juga tu...nanti bole la bli..tq for sharing
BalasPadambelum cuba lagi guna PG Mall.. Selalu jugak dengar baru-baru ni.. boleh try la nanti..
BalasPadamGood luck! Mana tahu kut bertuah dan dapat menang gaji seumur hidup x yah la blogging dah haha.
BalasPadammenarik ni, beli dan menang. stok maggi memang akan sentiasa ada kat rumah. kari, tomyam and asam laksa. all time favourite
BalasPadamSis belum cuba lagi guna aplikasi ni. Boleh le cuba nanti...ada hadiah menarik lak tu. Mana tau rezeki kan..:)
BalasPadamharga promosi menarik, ada pulak kempen top spender. Boleh beli kat sini je la..
BalasPadamMana tahu ada rezeki menang pula contest gaji seumur hidup..
Wahh! Macam-macam produk ada ya?
BalasPadamRambang mata pulak tengok. Kalau order mesti dapat lepas raya nanti.
Berbaloi kan shopping dekat pg mall ni. Macam-macam promosi yang pg mall buat.
BalasPadamHahahaha... saya pun dah macam Sis Lin... terfikir yang akan ada yang terfikir spender as in spenda... anyway, bestnya PG Mall ni... macam-macam ada... saya tengok pek mee Maggi tu terus terasa macam nak makan Maggi pulak waktu berbuka puasa ni... all the best ya PG Mall...
BalasPadamMudah dan sangat praktikal dah la brand ni mmg ramai penggunanya.. mmg terbaik pg mall
BalasPadambaru semlm aida borong maggi kari kat family store, ruby.
BalasPadamlama tak restock. ingat kan ptg ni or esok, nak buat pai maggi / murtabak maggi.
wah. ok la kan. semua di hujung jari sekarang.
terbaik pgmall :)
oo ada gak produk makanan kering ya. nanti nak tengoklah kat pg mall
BalasPadammacam nak try jugak shopping kt pg mall ni.. sebab ramai pulak yang cerita best shopping kat sini.. Oh baru perasan ada packaging baru yea untuk beberapa perisa maggi tu.. TB suka maggi jugak.. tapi jarang masak..
BalasPadamWow bagusnya ruby ni ... dah shopping kat PG mall la.. ni tengah fikir nak beli barang apa ni sebab memang rasanya berbaloi shopping kat PG mall ni
BalasPadamYa memang bagus lar PG Mall as it is considered quite good in terms of discounts and long term cashback.
BalasPadamrasanya ecommerce lai tak buat top spender macam ni/ power lah PGMall. lepas ni boleh lawan diorang.
BalasPadam