Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender!

Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender! Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan. Ruby masih belum berkesempatan untuk keluar membeli-belah barang dapur. Hanya kirim kepada suami untuk beli barang keperluan wajib sahaja. Itu pun di kedai runcit berdekatan atau jika harga barang di kedai runcit terlalu mahal, baru lah suami akan ke pasaraya berdekatan. Tapi, keluhan dia pasti ada apabila sudah pulang. Parking penuh, beratur panjang, stok barang tiada dan keliru produk yang mana satu perlu beli. Bungkusan kelihatan sama, tapi isi kandungan berbeza. Hahaha. 


Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender!


Di antara produk yang selalu Ruby perlu isi semula di dapur adalah bahan-bahan masakan dari produk Maggi. Seperti kiub Maggi Ikan Bilis, Ayam dan Daging. Selain itu, sos cili, sos tomato, sos tiram dan chicken stock. Manakala produk tambahan yang sedap dimakan begitu sahaja bersama keluarga adalah Maggi Mee. Setiap ahli keluarga Ruby ada berbeza perisa kegemaran.

Masa zaman Ruby bujang dan tinggal bersama mak dan adik-beradik. Maggi Kari 2 minit tu dah cukup untuk kami sekeluarga. Satu perisa ini kami kongsi makan bersama dan kami melakukan peningkatan. Masak bersama sayur sawi, kobis dan telur. Kemudian kami buat murtabak Maggi. Seronok sungguh berkongsi. Rasa rindu detik-detik indah begitu. 4 bungkus Maggi Kari dimasak untuk kepuasan kami semua.

Sekarang, sudah berumahtangga, pilihan suami dan anak-anak berbeza. Hahaha. Dari situ, Ruby tahu ada perisa Maggi Mee yang sedap-sedap. Sebagai contoh, Maggi Pedas Giler tu Ruby takut nak makan. Tak tahan pedas. Tapi, suami Ruby suka. Jadi, boleh lah Ruby tumpang rasa satu suapan. Hahaha. Manakala untuk anak-anak, mereka suka Maggi Mee Ayam dan Sup Tulang. Ruby pun tumpang sekaki bila mereka nak makan Maggi.  Hahaha. 

Semua produk ini terdapat di PG Mall. Pengalaman membeli belah barang Nestle sangat mudah. Dari proses memilih barang, membuat bayaran dan seterusnya penghantaran memang lancar. Walaupun pada musim PKPB ni. Alhamdulillah cepat sampai. 

Hari ini, Ruby membeli lagi di PG Mall. Pertama kali Ruby menggunakan mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty. Memandangkan kita tak boleh nak mengembara atau ke mana-mana menaiki kapal terbang. Ruby menebus mata ganjaran tersebut dan masukkan ke dalam C-Wallet PG Mall. Proses sangat cepat dan mudah. 


Selepas menbeli menggunakan C-Wallet yang ditebus melalui mata ganjaran AirAsia BIG Loyalty, point ditukar ke RM di dalam C-Wallet dan apabila bayaran sudah di buat. Ruby jana lagi mata ganjaran dari setiap pembelian tersebut. Tiap RM 5 akan dapat 1 mata ganjaran. Jadi dari RM 54.66 akan jadi 10 mata ganjaran. Hehehe. 

Sekarang kita tunggu produk yang Ruby order tiba ke rumah. Hehehe. 

Senarai Produk Nestlé Di PG Mall


Kedai rasmi Nestlé bukan hanya terdapat produk Maggi sahaja. Selain itu terdapat Nescafe, Coffee Mate, Breakfast Cereals, Koko Krunch, Honey Stars, Cornflakes, Fitness, Milo, Nestum, KitKat, CRUNCH Wafer, Starbucks, Just Milk, Every Day, NAN KID, LACTOGROW, Cerelac dan macam-macam lagi. Semuanya tersedia di PG Mall.


PG Mall X Nestle Top Spender Campaign


Tempoh kempen bermula 8 Mei 2020 - 4 Jun 2020. Setiap minggu selama 1 bulan akan mempunya 2 orang pemenang. Jumlah 8 pemenang. Manakala sepanjang 1 bulan ini akan menerima RM 100, 2 pemenang dari kalangan pemenang mingguan akan bergelar Nestle TOP SPENDER dan menerima RM 130! Wow bestnya!

Jumlah keseluruhan adalah 10 pemenang akan layak memenangi hadiah wang tunai RM 100 atau RM 130 dari PG Mall. Ia boleh digunakan untuk pembelian dari Nestlé Official Online Store di PG Mall. 

Selamat membeli belah! Macam-macam ada di PG Mall. 

20 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow nanti I nak replenish my Starbucks coffee and hope that I ada rezeki memang hadiah tunai.

    ردحذف
  2. Kalau orang yang buta bahasa, mau dia kata spender tu seluar dalam hahahaha...
    Alaaa masa beli kat PGmall, lupa plak nak amik gambo unboxing hehehe...berbaloi soping situ, harga murah, tak payah sesak nak beratur...

    ردحذف
  3. Tak pernah lagi guna aplikasi PG Mall. Hahaha . Mungkin boleh cuba lepasni.

    ردحذف
  4. suka product maggi..wah ada set bundle bila shopping kt PG mall secara online bagus juga tu...nanti bole la bli..tq for sharing

    ردحذف
  5. belum cuba lagi guna PG Mall.. Selalu jugak dengar baru-baru ni.. boleh try la nanti..

    ردحذف
  6. Good luck! Mana tahu kut bertuah dan dapat menang gaji seumur hidup x yah la blogging dah haha.

    ردحذف
  7. menarik ni, beli dan menang. stok maggi memang akan sentiasa ada kat rumah. kari, tomyam and asam laksa. all time favourite

    ردحذف
  8. Sis belum cuba lagi guna aplikasi ni. Boleh le cuba nanti...ada hadiah menarik lak tu. Mana tau rezeki kan..:)

    ردحذف
  9. harga promosi menarik, ada pulak kempen top spender. Boleh beli kat sini je la..
    Mana tahu ada rezeki menang pula contest gaji seumur hidup..

    ردحذف
  10. Wahh! Macam-macam produk ada ya?
    Rambang mata pulak tengok. Kalau order mesti dapat lepas raya nanti.

    ردحذف
  11. Berbaloi kan shopping dekat pg mall ni. Macam-macam promosi yang pg mall buat.

    ردحذف
  12. Hahahaha... saya pun dah macam Sis Lin... terfikir yang akan ada yang terfikir spender as in spenda... anyway, bestnya PG Mall ni... macam-macam ada... saya tengok pek mee Maggi tu terus terasa macam nak makan Maggi pulak waktu berbuka puasa ni... all the best ya PG Mall...

    ردحذف
  13. Mudah dan sangat praktikal dah la brand ni mmg ramai penggunanya.. mmg terbaik pg mall

    ردحذف
  14. baru semlm aida borong maggi kari kat family store, ruby.
    lama tak restock. ingat kan ptg ni or esok, nak buat pai maggi / murtabak maggi.
    wah. ok la kan. semua di hujung jari sekarang.
    terbaik pgmall :)

    ردحذف
  15. oo ada gak produk makanan kering ya. nanti nak tengoklah kat pg mall

    ردحذف
  16. macam nak try jugak shopping kt pg mall ni.. sebab ramai pulak yang cerita best shopping kat sini.. Oh baru perasan ada packaging baru yea untuk beberapa perisa maggi tu.. TB suka maggi jugak.. tapi jarang masak..

    ردحذف
  17. Wow bagusnya ruby ni ... dah shopping kat PG mall la.. ni tengah fikir nak beli barang apa ni sebab memang rasanya berbaloi shopping kat PG mall ni

    ردحذف
  18. Ya memang bagus lar PG Mall as it is considered quite good in terms of discounts and long term cashback.

    ردحذف
  19. rasanya ecommerce lai tak buat top spender macam ni/ power lah PGMall. lepas ni boleh lawan diorang.

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال