Bufet Ramadan RM 59.90 Dari D'Kayangan Grill And Steamboat


Bufet Ramadan RM 59.90 Dari D'Kayangan Grill And Steamboat. Assalamualaikum semua! Okay hari ini Ruby ingin berkongsi maklumat tentang bufet Ramadan yang berbaloi-baloi. Pada mulanya Ruby sengaja survey nak membeli juadah berbuka dari kawasan perumahan sahaja. Tetapi harga tidak masuk akal, saiz kecil dan ada cas penghantaran yang mahal. Sedangkan harga minyak turun mendadak. Aiyaaaaa. Jadi, Ruby scroll facebook dan instagram D'Kayangan Grill And Steamboat. Ternampak menu untuk 3 pax. Jarang dapat food delivery untuk 3 pax. Sebab family Ruby 4 pax aje. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Jadi, Ruby pun menempah juadah berbuka bersama mereka. 

Bufet Ramadan RM 59.90 Dari D'Kayangan Grill And Steamboat

Proses membuat tempahan bersama D'Kayangan Grill And Steamboat amat mudah. Pesanan boleh dibuat sebelum jam 12 tengah hari setiap hari iaitu pada hari yang sama anda ingin makan. Tiada tempahan awal beberapa hari akan dilayan. Tempoh bufet Ramadan ini bermula 27 April 2020 hingga 22 Mei 2020. Waktu penghantaran akan bermula seawal jam 2 petang hingga to 6 petang. Apa yang paling menarik adalah penghantaran PERCUMA!

Hubungi D'Kayangan Grill And Steamboat di talian tertera dibawah :

0122971091
0176274015
0193279417
0355234979

Combo Nasi Beriani Ayam Masak Madu & Bawang Goreng DK.

Ruby pilih pakej Combo Nasi Beriani Ayam Masak Madu & Bawang Goreng DK. RM 59.90 untuk 3 pax. Penuh mejaaaaa! 

Nasi Beriani Ayam Goreng

Ayam Goreng Madu Bawang Goreng

Kari Kambing Dalcha

Telur Masak Kurma

Acar Timun

Roti John

Rojak Buah

Cucur Udang

Bubur Lambok

Chocolate Cake

Agar²

Teh Ais Kaw

Inilah kesemua hidangan dari D'Kayangan. Hanya RM 59.90, penghantaran percuma dan ada 7 Gift dari mereka iaitu Roti John, Rojak Buah, Cucur Udang, Bubur Lambok, Chocolate Cake, Agar² dan Teh Ais Kaw. Bagi mereka yang berkeluarga, sememangnya ini adalah pilihan yang tepat. D'kayangan Grill and Steamboat juga menyediakan perkhidmatan Self-pick up dan Counter Service untuk Takeaway sahaja. 

Mengenai D'Kayangan Grill And Steamboat

D'Kayangan Grill And Steamboat Buffet pada asalnya menyediakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Kemudian Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. 

Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperap dengan 15 jenis rempah. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera.

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .

Restoran dan tempahan D'Kayangan Grill And Steamboat Buffet menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Pendek kata, semua ada di sini berbanding dengan restoran stimbot yang lain. 

17 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. sedapnyaa. Harga pun berpatutan kan.

    BalasPadam
  2. Biar betul semua tu hanya 59.90..banyak menu dia bagi..siap ada bubur lambut dengan cucur .mmg berbaloi

    BalasPadam
  3. Kalau tak sebab wabak, mesti meriah berbuka puasa di DKayangan ni kann, tak pernahnya tak sedap, menu dia memang tak mengecewakan... tak dapat makan di sana, haaa order je, terus sampai ke depan rumah..mudah..

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk ayam goreng madu tu..slalu tgk menu kt sini tp tk kesempatan lg mencuba..nanti bole try

    BalasPadam
  5. Mesti Ruby kenyang berbuka puasa dengan aet menudari DKayangan ni kan apatah lagi harganya pun berbaloi dengan apa yg diberikan.

    BalasPadam
  6. bestnya. biasa bulan puasa mesti akan berbuka kat dkayangan ni. makin banyak pilihan makanan of courseee sedap

    BalasPadam
  7. Nasib baik la akak buka post ni malam. Kalau buka siang tadi....hehehe. Banyak juga menu dia ye...sekarang ni dah takde dine in dah. Semua kena tapau. Kemeriahan makan luar tu dah takde tahun ni.

    BalasPadam
  8. Sis pun dah makan hidangan dari d'kayangan ni, memang sedap, harga pun sangat berbaloi. Nanti nak try dia punya seafood pulak..dengar kata sedap sangat..:D

    BalasPadam
  9. Lama tak makan steamboat, seafood.. Bolehla orderni. Murah juga 74 yang ade seafood tu.. Aduh. .terliurterliur. .nanti dpt payment bolehla order.. Hehehe.

    BalasPadam
  10. banyak gak restoran dan hotel buat servis camni. alhamdulillah ada la juga cara nak bisnes dalam suasana sekarang

    BalasPadam
  11. Tak payah cakaplah pasal dkayangan ni.. Geram.. Sebab sedap2 sgt menu kat sana.. Dahla jauh.. Nk sangat merasa stemboat dia.. Hahaha.. Ehh ada nasi briani juga ke.. Sedapnyaa..

    BalasPadam
  12. Murah dan berbaloikan.. sedap nasinya tu.. apatah lg dipadukan dengan ayam masak madu

    BalasPadam
  13. Tertelan liur Rawlins tengok Roti John, Cucur Udang dan Kurma Telur tu. Almaklum takde param so tak dapat cari roti john kegemaran

    BalasPadam
  14. Oh tak sangka DKayangan pun ada buat bufet Ramadhan take away macam ni. Kalau fikirkan, sekarang ni kalau kita masak pun kos lebih kurang sama je beli macam ni. Kalau amik set macam ni makan satu keluarga pun jimat

    BalasPadam
  15. Skrg ni ramai dah hotel2 and restoran2 yg buat takeaway menu sejak PKP ni termasuklah D'Kayangan pun ada buat bufet Ramadhan take away

    BalasPadam
  16. Berbaloi dan murah juga set combo nasi beriani ayam masak madu tue..nanti nad nk cuba la set tue..thanks sis sharing this info..

    BalasPadam
  17. Menarik betul set dia. Memang berbaloi kalau order ni. Siap makanan percuma lagi. Haa kalau tak rajin nak masak, nanti Qis order jelah kat sini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال