CCEC Ramadan Family Meal Menggamit Memori Berbuka Puasa Macam Dulu Dulu

CCEC Ramadan Family Meal Menggamit Memori Berbuka Puasa Macam Dulu Dulu. Apabila musim bulan puasa tapi tak dapat berbuka puasa dengan keluarga besar. Ia adalah satu keadaan yang semua orang di dunia sedang alami. Berpuasa ketika pandemik penularan wabak COVID-19 dan kita sedang akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti menggamit memori. Dulu, bulan puasa mesti mak kita sibuk di dapur. Malah, menu berbuka puasa mula difikirkan sehari awal. Begitulah rutin mak mak pada setiap tahun. Tanya anak-anak nak makan apa? Bagi sokongan untuk berpuasa satu hari. Rindunya. 

CCEC Ramadan Family Meal Menggamit Memori Berbuka Puasa Macam Dulu Dulu. 

Pengalaman hadir ke acara media di Connexion membuatkan Ruby yakin ini adalah pesanan penghantaran berbuka puasa yang Ruby cari. Ulam dan masakan tradisional menjadi pilihan kami seleluarga. 4 orang di rumah ni amat menyukai menu berbuka nasi dan lauk-pauk masakan tradisi. Kadang-kadang anak Ruby tanya, rindu masakan Opah. Nak nanas yang Opah masak, sambal ikan Opah dan lain-lain. Sebab masakan kita semua berbeza. Anak-anak dan suami ni kalau masakan Ruby mereka dah biasa rasa. Tapi masakan mak Ruby paling tip top. Hahaha. 

Menu Ramadan Family Meal yang Ruby terima adalah seperti gambar di bawah. Menyelerakan? Mestilah. Apa yang menarik adalah, pihak CCEC sangat lengkap. Dari segi label makanan di setiap bekas, nama makanan dan tarikh luput. Ini amat bagus! Dah la chef masak sedap, penghantaran jam 6 petang dah sampai dan tanda label tiap bekas. Tahniah CCEC. 

1) Ulam Platter with Aneka Sambal

2) Kurma

3) Nasi Putih

4) Gulai Ayam Serai Santan

5) Daging Bakar bersos Air Asam

6) Kerutuk Kambing Pedas

7) Ikan Siakap masak Sambal

8) Sayur Asparagus Goreng Belacan

9) Pajeri Nanas 

10) Chef’s Choice Dessert : Chocolate Banana Butterscotch

11) Chef’s Choice Cake : Durian Swiss Roll


Nikmati iftar di rumah dengan menu Ramadan Family Meal yang dihantar terus dari Connexion Conference & Event Center (CCEC). Tahun ini, CCEC telah membuat dua set penghantaran Ramadan khas yang dipenuhi dengan hidangan tradisional dan kegemaran pada musim perayaan.

Korang pasti akan gembira mengetahui bahawa menu yang ditetapkan berubah setiap hari dan terdiri daripada hidangan kegemaran sepanjang masa dari pakar masakan tempatan CCEC, Chef Raja Romzi.  Keistimewaannya termasuk Oxtail Asam Pedas, hidangan masam dan pedas yang direbus dengan sempurna dan Daging Bakar bersos Air Asam, hidangan yang di perap sempurna menghasilkan tekstur cair di mulut anda, digandingkan dengan air-asam buatan sendiri. Sangat menyelerakan!

Ramadan Family Meal Set 

Set untuk 2 Orang |  9 hidangan

Ramadan Family Meal untuk 2 orang terdiri daripada 9 hidangan dan berharga RM70 bersih.  4 item utama dari menu harian menampilkan daging lembu atau daging kambing, ayam, ikan dan sayur-sayuran;  masing-masing dimasak dengan rempah tradisional segar dengan gaya yang berbeza setiap hari.  Hidangan yang ditetapkan juga dilengkapi dengan set ulam segar, kurma, nasi putih lembut dan dua pencuci mulut.

Set untuk 5 Orang |  11 hidangan

Ramadan Family Meal untuk 5 orang ini menyajikan 11 hidangan dalam jumlah yang banyak.  Dengan 6 hidangan utama untuk pelbagai jenis yang lebih hebat, set ini juga merangkumi set ulam segar, kurma, nasi putih lembut, serta dua pencuci mulut dan berharga RM110 bersih.

Cara Menempah Pesanan

Tersedia untuk pesanan dari sekarang sehingga 23 Mei 2020 di aplikasi FAVE, anda boleh membuat pesanan awal set Ramadan Family Meal ini satu hari lebih awal dan penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya mulai jam 4.00 petang dan seterusnya. Ia adalah waktu yang tepat untuk anda berbuka puasa.  Pengunjung yang menempah pakej 7 hari Ramadan Family Meal akan mendapat potongan harga tambahan.

Semua set dari CCEC diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi (603) 2386 9188 atau lawati https://bit.ly/2W3XsnJ untuk membuat pesanan terus dari FAVE.

Selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال