Libresse memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” untuk Meningkatkan Kesedaran Zon-V Di Kalangan Wanita. Sebagai wanita, tuala khas ketika haid bulanan adalah amat penting. Keserasian, keselesaan dan keberkesanan adalah faktor utama kita amat teliti dalam memilih tuala wanita. Bagi wanita muslimah, haid adalah perkara yang perlu kita rahsiakan. Tiada siapa perlu tahu. Jika kebocoran atau sakit senggugut sekali pun. Kita cuba tanggung semua itu dengan kawan-kawan wanita yang dipercayai sahaja. Selain itu, informasi berkenaan kewanitaan dan bahagian intim kita tu sering dirujuk dengan pakcik Google sahaja. Ketakutan berjumpa Gynecologist masih menebal dalam masyarakat.
Libresse® Memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” Untuk Meningkatkan Kesedaran Zon-V Di Kalangan Wanita
Hasil tinjauan menunjukkan dua daripada tiga wanita tidak cukup tahu mengenai Zon-V mereka sendiri. Permainan-atas meja pertama dilancarkan, untuk memecahkan tabu dan mendidik wanita mengenai Zon-V, dengan senario sebenar untuk meraih keyakinan sosial.
Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.
Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Libresse® baru-baru ini, menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai Zon-V di kalangan wanita Malaysia amat rendah, dengan 69 peratus tersilap mengenalpasti sebahagian diagram sistem reproduktif wanita. Tambahan pula, 63 peratus responden berkata mereka tidak pernah melihat dan tidak pasti apa itu vulva.
Tinjauan itu juga mendapati empat daripada 10 wanita berasa tidak selesa menggunakan perkataan ‘faraj’ dalam perbualan, yang meneruskan lagi budaya tabu terhadap perbualan mengenai Zon-V.
Hasil tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang pengetahuan yang signifikan, yang mana boleh menghalang wanita daripada mengambil tindakan sewajarnya apabila berhadapan dengan masalah biasa seperti jangkitan atau menyebabkan kelewatan dalam mengenalpasti simptom masalah kesihatan yang serius.
Untuk membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan berkaitan Zon-V, Libresse® berganding bahu bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Patricia Lim Su-Lyn untuk memberikan maklumat berwibawa mengenai kesihatan Zon-V dengan cara menarik dan menyeronokkan, dengan pengalamannya dalam dunia perubatan dan pemahamannya terhadap kesihatan Zon-V melalui kempen digital dan inisiatif Pendidikan yang sedang dijalankan.
KNOW YOUR V : THE V GAME
Untuk menarik lebih ramai wanita dan mengalakkan kesedaran berkaitan Zon-V, Kempen “KNOW YOUR V” memperkenalkan ‘The V Game’. Permainan atas meja interaktif yang julung kali diadakan ini akan diberikan melalui media sosial, di sekolah, dan di pusat beli-belah.
Dirancang untuk menggalakkan perbualan mengenai Zon-V di kalangan wanita dari semua peringkat umur, pemain akan mengambil peranan dalam situasi harian yang dihadapi wanita, daripada haid bulanan kepada perbualan mengenai kesihatan Zon-V.
Permainan ini akan memberi panduan dan solusi kepada pemain yang membantu mereka menyelesaikan situasi berkenaan, di samping menyediakan fakta bagaimana wanita boleh menjaga dan menyayangi diri mereka, termasuklah penjagaan sewajarnya untuk Zon-V.
Selaris dengan usaha untuk mencapai seramai mungkin wanita, Dr Lim menyokong usaha kempen ini mendidik wanita supaya mereka akan menjadi lebih bermaklum dan proaktif terhadap kesihatan Zon-V sendiri.
“Ilmu adalah kuasa, dan wanita perlu dididik dari awal usia untuk menjaga kesihatan Zon-V mereka sendiri - tiada sesiapa yang boleh melakukannya untuk mereka. Ini termasuklah mencatat kitaran haid setiap bulan dan sebarang kelainan, melakukan pemeriksaan faraj sendiri dan berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan tahunan,” kata Dr Lim.
Ia adalah sebabahagian daripada badan anda, anda tidak perlu rasa malu untuk memeriksanya sendiri dan memberi kebenaran kepada pakar ginekologi memeriksa Zon-V anda. Anda perlu tahu bagaimana rupanya apabila ia dalam keadaan sihat, dan menyedari jika ada sesuatu yang tidak kena.
Berjumpa pakar ginekologi hanya ketika hamil atau mendapat jangkitan seperti dilakukan kebanyakan wanita sebenarnya tidak cukup. Saringan kesihatan seperti Pap Smear sangat penting untuk mengesan masalah kesihatan yang boleh berlaku lebih awal.
Tags
Kesihatan
T V Game ni main sesama perempuan boleh la. Kalau main game ni dengan berlainan jantina segan la pulak. Pakar Ginekologi yang boleh memeriksa Zon V hanya yang perempuan ajer. Memang tak suka Dr lelaki yang check.
ردحذفBagus juga kempen macam ni, sbb percayalah masih ada wanita yang tak ambil kisah tentang kesihatan bahagian sulit sendiri.
ردحذفSekarang ni google banyak mrmbantu kaum wanita apabila berdepan dengan masalah Zon V...kempen begini bagus juga..
ردحذفWanita Malaysia memang ramai yang malu bila berbual berkenaan Ms V. And kebanyakannya segan nak ambil tahu dengan mendalam berkenaan Ms V memasing. Ilmu itu perlu
ردحذفWow! I am a user of this brand. I should try this game. Thank you for sharing the information.
ردحذفNampak menarik kempen dan game Know Your V Libresse ni. Samalah selesa guna dan sebut miss V daripada sebut faraj. Tak tahulah kenapa. Bagus sebenarnya kempen seperti ini diadakan sebab masih ramai lagi yang tidak alert dengan miss V masing masing.
ردحذفbaguslah ada kempen macam ni. cuma kalau saya mmg dah lama la tak pakai yg jenis pakai buang
ردحذفTak semua orang ambil kisah bab penjagaan bahagian intim ni.
ردحذفMengambil berat bila betul betul dah terjadi sesuatu masalah je.
Bagus ada info macam ni.
Supaya kaum hawa lebih mengambil tahu.
bagus kempen yang dibuat oleh Libresse ni. Ramai wanita kat luar sana tak ambil peduli dan berat mengenai miss V diorang. Btw tahniah Libresse.
ردحذفBudak perempuan sekarang semua nak malu bab miss V ni, zaman Sis sekolah dulu kami open minded kongsi...tak tau zaman sekarang ni jauh beza, pastu bila dah sakit, baru laa nak tanya sana sini...kalau kongsi awal-awal kan kita tau penjagaan dan tips untuk mencegah..ermmmm
ردحذفPstt game tu main tak? Lawak tauu...hahahaha
Bagusnya ada kempen macam ni. Kadang kalau ada problem kita tak tahu nak refer siapa dan malu nak berkongsi cerita pendapat.
ردحذفDgn kempen oleh Libresse ni blhlah kita tgk website dia firtsly utk pompuan2 yg mgkn malu nk jpa fojtor blhlah tgk2 website ni
ردحذفBagus la libresse ni mcm2 kempen dia buat. Kempen yg ni memang paling bagus sbb nak bg kesedaran yg kita sendiri xtau.
ردحذفbagus ada kempen macam ni sebab dulu kita tak didedahkan sangat perihal miss V sebab nampak tak sopan tapi sebenarnya banyak yang kita kena belajar dan ubah mindset masyarakat kita
ردحذفI support this, kita sebagai wanita harus tau menjaga kesihatan and kebersihan miss V kita. Plus we need to spread the awareness juga
ردحذف