Portal Ver5ion Memberi Anda Pengalaman Membeli-Belah Sambil Membaca 7 Segmen Artikel Menarik. Normal baharu, semuanya mudah apabila apa yang kita ingin ketahui atau ingin membeli-belah hanya dihujung jari. Mudah dan pantas. Sebagai Ibu, Ruby suka membeli-belah secara dalam talian. Ini kerana, Ruby akan mempunyai lebih masa untuk membaca, menyesuai padan produk dengan keperluan diri dan memilih mengikut bajet kewangan.
Portal Ver5ion Memberi Anda Pengalaman Membeli-Belah Sambil Membaca 7 Segmen Artikel Menarik.
Read.Shop.Repeat. Ver5ion dilancarkan secara langsung pada 15 Mei 2020 di portal digital mereka, www.ver5ion.com. Portal ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia mengenai berita kesihatan, kecantikan, fesyen dan gaya terkini dari seluruh dunia.
"Kami sangat teruja untuk berkongsi laman ini kerana kami mahu rakyat Malaysia mengenali pelbagai aspek pendirian dan mendorong mereka untuk menjaga imej luaran dan dalaman mereka melalui portal ini. Dengan laporan indeks kebahagiaan rakyat Malaysia yang terkini, ia mencapainya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ver5ion, Cik Veronica Lee.
7 Segmen Menarik Di Ver5ion
Portal ini mempunyai tujuh segmen; Fesyen (Fashion), Kecantikan (Beauty), Gaya Hidup (Lifestyle), Blog, Ver5ionShop, Discovery dan Brands. Ia membawa pembaca pengalaman transformasi digital dengan artikel, satu per satu. Tidak seperti portal lain, ia menawarkan lebih daripada sekadar kandungan atau pengalaman membeli-belah, ia adalah portal hibrid yang mendorong pegenalan diri dan mengenal pasti pilihan mereka.
1) Fesyen (Fashion)
Segmen yang menghurai tentang Trends, Outfit Inspo, Gaya Selebriti, Nasihat Gaya, Aksesori dan Fesyen Terkini untuk mengenali cara memapalkan penampilan diri terbaik setiap hari di mana-mana sahaja.
2) Kecantikan (Beauty)
Bahagian ini merangkumi semua perkara tentang Skincare, Makeup, Hair, Body & Nails, Fragrance dan Beauty News untuk menjadikan anda kelihatan berseri dan bersedia untuk dunia.
3) Gaya hidup (Lifestyle)
Segmen ini memberi anda maklumat terkini mengenai Wine & Dine, Fitness & Health, Entertainment, Travel & Interiors, Technology, Guide to Life dan News Bites supaya anda dapat menikmati kehidupan sepenuhnya.
4) Blog
Blog merangkumi pelbagai topik, perkongsian maklumat penting dari sumber luaran dan dalaman kami.
5) Kedai Ver5ion (Ver5ionShop)
Platform e-dagang kami yang membolehkan anda membeli barang kegemaran anda tanpa memecahkan bank simpanan anda.
6) Penemuan (Discovery)
Di bawah bahagian Penemuan, anda dapat mengetahui tawaran, promosi dan penjualan rahsia yang sedang dijalankan. Tambahan, jimat banyak perbelanjaan!
7) Jenama (Brands)
Di bahagian ini, kami membenarkan diri untuk berenang di lautan jenama lain dan mempelbagaikan pandangan anda mengenai pelbagai jenama dan topik.
Pengalaman Membeli-Belah Dan Membaca Di Ver5ion.
Penuh dengan kandungan berinformasi, Ver5ion memberikan pandangan mengenai topik kehidupan yang berbeza seperti pakaian asas dalam almari, trend pakaian cuaca tropika, panduan lengkap berus solek, 9 podcast yang setiap wanita perlu mendengar untuk menperkakaskan pendirian, 9 permainan dan aplikasi dalam talian percuma yang anda boleh bermain dengan rakan semasa MCO dan banyak lagi.
"Dalam pengharungan krisis pandemik global, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya beroptimistik dan mendorong mereka melakukan perubahan baru. Sementara ini, kami berharap agar artikel kami dapat memberi maklumat terkini, membawa perubahan dalam diri mereka dan berkembang menjadi individu yang lebih baik,” jelas Lee.
Dalam meraikan pelancaran www.ver5ion.com, Ver5ionShop akan memberikan potongan harga istimewa sebanyak 20% apabila pelanggan membeli jenama fesyen tertentu. Tertakluk kepada jenama terpilih dalam semua kategori di Ver5ionShop, promosi ini akan dijalankan mulai 15 Mei 2020 sehingga 14 Jun 2020, di mana pelanggan dapat menjimat apabila membeli blaus, seluar pendek, skort (skirt + seluar pendek), seluar, gaun, skirt dan blazer.
Dengan orang ramai mengambil langkah langkah berjaga yang ketat ketika masa yang sukar ini, Ver5ionShop akan menghantar pesanan kepada pelanggan yang berada di kawasan Lembah Klang buat masa ini.
Tentang Ver5ion
Ver5ion adalah portal gaya hidup wanita dalam talian yang memberi inspirasi dan memberi kekuatan kepada wanita untuk menjadi versi terbaik mereka sendiri. Dari laporan landasan dan panduan gaya hingga petua kecantikan dalaman dan ciri-ciri yang relevan, laman kandungan kami menawarkan informasi terkini sambil membolehkan anda memperhaluskan gaya peribadi anda dan membeli barang yang anda sukai, semuanya dalam satu destinasi digital yang lancar - www.ver5ion.com
Tentang Ver5ionShop
Lihat sesuatu yang anda suka di ver5ion.com? Anda boleh menambahkannya terus ke troli anda di Ver5ionshop - pasar dalam talian di domain yang sama dengan tawaran terkini dalam fesyen, kecantikan dan gaya hidup wanita. Dari jenama tempatan dan antarabangsa hingga ke label peribadi kami sendiri, nikmati pengalaman membeli-belah yang lancer setelah melihat dan membaca tentangnya dengan membeli barangan kegemaran anda di laman kandungan kami.
Fesyen Label Peribadi
Label peribadi Ver5ion adalah koleksi siap pakai yang terdiri daripada pakaian trendi dan juga pakaian almari klasik, semuanya diluluskan oleh editor dan diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi dan berlestari. Dijual secara eksklusif di www.ver5ion.com, koleksi ini dicipta khas untuk pembaca kami agar mereka dapat menyerlah di Instagram dan dalam kehidupan harian mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai Ver5ion hari ini di www.ver5ion.com atau Like & ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Tags
Berita
ver5ion ni ibarat macam syurga wanita. sebab semuannya ada. fashion, beauty, shopping.. all in one. tak payah tengok tempat lain
BalasPadamnice website. info dan jualan serentak. barulah kita yakin nak order kan
BalasPadamIt's good that everything in one place. Can shop while getting info.
BalasPadamowhh. nice jugak website ni. sambil shopping sambil baca artikel best. ok. nanti nk try check it out.
BalasPadamnampak macam salah satu laman web yg sesuai untuk wanita. pelbagai info menarik dekat sana.:)
BalasPadamWah... Menarik ya, memacam ada!
BalasPadamEnjoy lak cuci mata nengok, terhibur bak terapi gitu. Thanks sharing Ruby
Sangat bagus, sambil membeli belah sambil membaca...ni kalau anak Sis memang suka leee gaya soping macam ni...kalau Ruby tak share, tak tau pun ada web macam ni, thanks tau, Sis nak share link tu kat anak..
BalasPadammenariknya ada 7 version kita boleh belek satu-satu untuk tahu detail barangan yang nak dibeli... bagus macam ni, nampaknya kena shopping dekat web ni pulak he he he
BalasPadamBagus ada portal macam ni. Nak membaca boleh, membeli boleh. Banyak segmen yang ada, jadi banyak info yang kita boleh dapat daripadanya.
BalasPadamBanyak tu dia punya label, bukan setakat fesyen. Best betul.. Macam2 dri baca dan beli.. Ok sat lagi nak usha. Utk perempuan portal macm ni memng suka
BalasPadamWebsite terbaru bedt jgk sambil shopping blh baca artikel2 menarik dan utk pwngguna
BalasPadamMenarik yer, lengkap satu platform semua ada, info2 pun macam2 dalam ni. Thanks sharing, nak terjah sekarang
BalasPadamI like this website and also their online store, banyak articles yang relevant for me.
BalasPadam