Siri Thermal Eksklusif tokidoki Di Guardian Malaysia. Bekas makanan sememangnya keperluan bagi kita yang ingin berjimat dan menjaga diet pemakanan. Bekal makanan, thermal, lunch box dan bento. Semuanya memberi maksud yang sama. Tetapi isi kandungan berbeza mengikut makanan ruji sesuatu negara. Seperti di Malaysia, makanan yang sering kita gemari adalah nasi dan satu lauk. Ia sudah mengenyangkan. Sekarang, ada koleksi bekal makanan tahan panas dan sejuk dari kolabrasi Guardian Malaysia bersama tokidoki! Sangat comel!
Siri Thermal Eksklusif tokidoki Di Guardian Malaysia
Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober lalu, Guardian Malaysia hari ini melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura berkata;
“Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi belian dengan belian untuk para pelanggan kami dan berdasarkan respon yang diterima daripada pelanggan untuk promosi siri kembara Guardian tokidoki yang lalu, kami percaya kolaborasi terbaru ini bakal mendapat sambutan yang lebih hangat.
“Seperti yang anda ketahui, tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno.”
“Promosi ini, yang juga berlangsung sempena bulan Ramadan yang mulia, bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat. Seperti kata pepatah ‘Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya.”
“Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, para pelanggan boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera anda.”
“Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam. Rekaannya yang hebat, ceria dan terkini pasti menawan hati para pengumpul barangan terutamanya golongan milenial.”
Siri Thermal Eksklusif tokidoki
Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Pelanggan boleh mendapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan barangan anda.
Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan bakal dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia. Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.
Tentang Guardian Malaysia.
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 52 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh Negara.
Tentang tokidoki
tokidoki, yang bermaksud ‘kadang-kadang’ dalam Bahasa Jepun, adalah sebuah jenama gaya hidup ikonik bertaraf antarabangsa yang dihasilkan berdasarkan visi artis Itali Simone Legno dan rakannya, usahawan terkenal Pooneh Mohajer dan Ivan Arnold. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, tokidoki kini memiliki pengikut yang luar biasa bagi karakter-karakter popularnya dan muncul sebagai jenama gaya hidup global yang menjadi impian ramai. Tokidoki menawarkan rangkaian produk yang besar ter masuk pakaian, beg tangan, kosmetik, aksesori, mainan dan banyak lagi. Simone Leg no, Ketua Pegawai Kreatif tokidoki, dilahirkan di Rome, Itali dan telah jatuh cinta den gan Jepun sejak kecil dan sangat meminati budaya dunia. Gabungan bakat unik dan kreativiti Legno dan ilmu perniagaan Mohajer, tokidoki telah berkembang dengan hebatnya. Sebagai sebuah syarikat yang inovatif, tokidoki terkenal bukan sekadar melalui nilai estetikanya yang menonjol dan karakter yang sangat comel, tetapi juga jaringan kolaborasi yang mantap. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tokidoki.it
Tags
Berita