Subway Malaysia Menganjurkan Kempen Discover & Pay Forward Untuk Petugas Barisan Hadapan

Subway Malaysia Menganjurkan Kempen Discover & Pay Forward Untuk Petugas Barisan Hadapan. Ruby nak ucapkan terima kasih kepada Subway kerana sentiasa memberi sokongan berpanjangan dalam memberi makanan kepada golongan yang memerlukan. Keadaan penularan wabak COVID-19 yang sedang ditangani oleh pihak kerajaan, KKM, MKN dan petugas barisan hadapan masih belum selesai. Jadi, sumbangan yang berterusan dari segi makanan seperti sandwich Subway sudah mengenyangkan dan mudah untuk mereka makan walau sesibuk mana. Terima kasih Subway.

Subway Malaysia Menganjurkan Kempen Discover & Pay Forward Untuk Petugas Barisan Hadapan.

Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Subway Malaysia secara aktif menyediakan makanan Subway kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, para pelajar yang terkandas di kampus dan masyarakat kurang bernasib baik.

Berikutan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, Subway Malaysia meneruskan jangkauan masyarakatnya pada bulan Ramadan dengan kempen 'Discover & Pay Forward', yang bertujuan untuk memberi satu hidangan Subway melalui setiap pembelian anda kepada petugas barisan hadapan, gelandangan dan orang miskin bermula 11 Mei hingga 23 Mei 2020

Sejumlah 7,000 sandwich Subway akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan komuniti yang telah terkesan dari PKP untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Inisiatif ini juga bersempena dengan pelancaran menu baru Subway Malaysia dengan 12 ramuan dan kombinasi baru seperti Bulgogi Chicken dengan keju mozzarella, Breaded Chicken Cutlet dengan sos Mayo pedas dan Smoky Chicken dengan sos Hot Pepper. Jom kita support dengan order melalui GrabFood atau Foodpanda.

Dapatkan Subway kegemaran anda sekarang untuk membantu memudahkan kempen Discover & Pay Forward! 

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال