Menang Emas Percuma Dari CMASA.MY


Menang Emas Percuma Dari CMASA.MY. Assalamualaikum semua! Ada berita gembira untuk korang semua! Siapa nak Emas percuma? Haaaa mesti korang semua nak. Betul tak? Tambahan bagi yang suka melabur dalam pelaburan emas. 

Menang Emas Percuma Dari CMASA.MY

Emas Percuma dari CMASA YAPEIM. Siapa nak? Ruby nak! Hahaha. Korang nak dapat emas percuma? Seramai 6 orang yang bertuah akan dihadiahkan emas. Caranya mudah sahaja! Ikuti 3 langkah mudah berikut: 

LANGKAH 1 :

Beli 1 produk dari website e-commerce https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA. 


LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online tersebut, kemudian Private Message di FB Page rasmi CMASA dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan. 


LANGKAH 3 :

Selepas korang selesai melakukan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar secara kreatif di posting korang. Sila sertakan bersama tanda pagar #cmasa bersama dalam posting untuk memudahkan pihak CMASA menemui posting korang secara public. 

Bagaimana CMASA.MY Memilih Pemenang? 

Seramai 6 orang akan dipilih berdasarkan jumlah LIKE, KOMEN
& SHARE paling tinggi dalam posting korang untuk pihak CMASA hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda! 


Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, kami ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda! Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan oleh CMASA adalah sebanyak 16 hadiah! Tarikh tutup pencarian ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Jangan tunggu lama-lama ye... Siapa cepat dia dapat. 

Pengalaman Membeli Belah Di Dalam Talian CMASA.MY

Pertama kali mencuba CMASA.MY, Ruby tertarik dengan bahan jualan makanan. Haha. Memang suka membantu usahawan makanan. Mata Ruby tertumpu kepada slide Kek Buah Kukus Mr Kemaih. Alang-alang sedang mencari kek buah. Anak pun nak makan kek buah. Ruby pun mula daftar akaun CMASA.MY dan terus membuat pesanan. Proses pembelian di laman e-dagang CMASA.MY sangat lancar dan mudah. Menggunakan ToyyibPay Payment Gateway juga mudah sangat. Selamat! 

Pembelian Kek Buah menjadi sangat menarik apabila kek buah kukus dari jenama Mr Kemaih ni ada 3 perisa berlainan. Tak pernah lagi Ruby jumpa seller jual kek buah kukus macam ni. Mr Kemain ni ada perisa Original, Sweet Sour dan Almond Walnut. Ofkoz la Ruby pilih Almond Walnut. Kami peminat makanan rangup. Hahahaha. 

Pertama kali beli, mesti lah rasa perisa Original. Second time beli, kami beli Almond Walnut! Hahaha. Memang best la Kek Buah Kukus Mr Kemaih ni. Moist dan bahan dalam dia banyak. Rangup rangup semua buah yang ada di dalam kek tu. Susah nak cerita. Baik korang rasa sendiri k.

Penghantaran cepat! Kek Buah Kukus Original Mr Kemain ni memang terbaik. Sedap pula tu! Repeat order lagi nanti. 

Mengenai CMASA.MY

Projek CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh YaPEIM dengan memberi dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan CMASA dan terbuka kepada usahawan yang berminat dengan menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال