Masih ingat lagi ketika YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 March 2020 yang lalu? Ketika itu, kita semua sangat baru untuk memahami bagaimana perlaksanaan perkara ni. Perkara yang kita runsingkan adalah makanan. Masa ni dengan pembelian panik. Ramai umat manusia berada di semua pasaraya. Tidak kisah bab harga, asalkan bahan makanan harian ada di dalam rumah. Roti Gardenia out of stock. Aduiii memang pantas rakyat Malaysia. Tapi, kita bukan dalam keadaan darurat. Insiden begitu, beli lebih dari keperluan amat menakutkan. Kesian dekat orang lain yang memerlukan juga. Kerajaan Malaysia pantas mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) yang membantu masyarakat mengikut peraturan. Alhamdulillah.
Perkara kita ambil ringan ketika PKP adalah penjagaan diri. Tanpa disedari, rambut semakin panjang. Tahukah korang apabila rambut panjang, fikiran mudah serabut dan mula untuk naik emosi. Ruby perhatikan, anak Ruby paling mudah naik tantrum bila berambut panjang. Hehehe. Ruby ada belajar cara gunting rambut sepanjang PKP. Tetapi tidak sempurna seperti di Kedai Gunting Rambut Uncle Shan. Gunting rambut ni memang kena ada skill. Baru Ruby tahu bahawa kena gunting cepat dan kemas. Agar leher anak tak lenguh dan tangan kita juga tidak lenguh. Hahaha.
Anak-anak memang canvas untuk ibu mencuba. Mereka bagi je ibu gunting rambut. Kepercayaan yang mereka bagi, sangat buat ibu terharu. Tidak marah ibu pun. Tapi saling ketawa dan cakap well done. Good job. Kita dah cuba dah ni Ibu. Menitis air mata. Lihatlah hasilnya. Macam mana Ruby tak menangis. Semangat positif anak-anak buat kita kuat.
Astaghfirullahalazim maafkan Ibu ye Adam. Dah la kita buat projek gunting rambut ni ambil masa hampir satu jam. Sakit leher Adam. Sakit leher ibu dan lenguh tangan. Hasilnya astaghfirullahalazim habis rambut anak ibu. Hahahaha.
Kedai Gunting Rambut Dibernarkan Beroperasi Mengikut SOP
Masa ni, kami sekeluarga risau juga. Kedai gunting rambut kami selalu pergi ni ikut SOP tak? Ternyata ya! Wajib ikut. Ruby pun rasa yakin. 10 Jun 2020. Kami dah girang. Masing-masing rambut serabai. Pakai face mask dan bawa hand sanitizer. Menuju ke kedai gunting rambut! Yayy!
SOP di kedai gunting rambut agak ketat juga. Uncle Shan siap suruh tunggu di luar, untuk beri masa kepada dia bersiap. Itulah uniform tukang gunting rambut. Sarung tangan plastik, apron plastik, face shield dan face mask. Bila uncle nak start gunting, baru anak-anak boleh buka face mask. Uncle tak bagi ramai-ramak masuk kedai untuk menunggu. Jadi, customer yang sedang gunting rambut sahaja ada di dalam. Plastik apron pakai buang kena sentiasa tukar. Takda macam dulu, kain apron dan penyepit sahaja. Ruby suka kita semua mula menjaga hygiene. Rasa selamat. Kami menunggu di luar sementara Alif berada dindalam sedang gunting rambut. Patuh SOP! Hehe.
Harga Servis Gunting Rambut Meningkat
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi. SOP ditetapkan juga memerlukan pekerja memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan. Pengusaha juga perlu memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.
Jadi, dengan pengumuman tersebut, pastinya kos servis ini akan meningkat naik harganya. Harga gunting rambut di kedai Ruby pergi ni masih berpatutan.
Dewasa: RM 16.80
Kanak-kanak: RM 10.00
Sangat okay lagi kan? Sebab Uncle Shan gunting rambut laju, tidak penat leher anak-anak dan suami. Cakap sekali je dah faham stail apa sesuai. Hahaha. Jadi, kedai gunting rambut korang harga masih berpatutan atau sudah mahal?
Tags
Fesyen
Oh patotlah haritu pergi barber pon naik harga. Sebab apron pakai buang tu. SOP memang dia jaga walaupun kedai kecil. Goodjob . Teruskan jaga sop, jangan langgar je mcm perhimpunan tu hehe
ردحذفAlololoooo.... Sian Adam my encem boy. Salute uall..!! Ibu gigih rajin nak cuba, Adam pun redha. Nampaknya Uncle Shan jer perunding terbaik rambut Adam. Bagus patuh SOP 👍👍
ردحذفMemang naik sikit laaa harga tapi untuk kebaikan bersama why not kannn..
Baik nya dia nak guntingbrambut.. tapi mmg pentingkan ikut sop gunting rambut ni.. elakkan kejadian yg tidak diingini
ردحذفNasib baik ibunya tak tertobek rambut anak. Hahaha. Boleh lagi tu make it perfect.
ردحذفYaaa harga memang naik sebab mereka pakai ala PPE tu bagai..nak beli pun bermodal kan...anak Sis sampai sekarang tak gunting rambutnya...ermmmm
ردحذفHehe ok la jgk ruby berani nak ptong. Eh kalau ena terketar2 tangan ni. Ena pon potong rambut panggil org datang rumah je.
ردحذفdahsyat benorr si ibu memotongkan rambut anak tu. hahahhaa. mahu tak nak pergi sekolah kalau rambut mcm tu.mujur sekolah cuti. hahahhaaa
ردحذف