Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur
Terletak di Lorong Panggung. Lokasi yang dahulu adalah laluan belakang kedai yang tidak terurus. Kini, ia menjadi lokasi wajib dikunjungi. Lorong Panggung dikenali sebagai Kwai Chai Hong dalam dialek Kantonis iaitu "Ghost Lane" atau "Little Demon Alley". Takut tak?? Menariknya di sini adalah terdapat enam mural yang menggambarkan aktiviti harian peneroka awal kaum Cina pada sekitar tahun 1960-an. Lokasi ini sangat Instagramable, rekaan bangunan zaman dahulu dikekalkan, tingkap kayu, pokok-pokok dan warna asal cat juga mengikut pada zaman dahulu.
Ruby masih ingat lagi, ketika menonton filem P. Ramlee yang mula menggunakan warna. Ketika itu, pakaian dan rumah-rumah kelihatan warna-warni yang ceria. Apabila melihat Kwai Chai Hong, Ruby faham kenapa warna kuning dan biru tampak menyerlah. Ia adalah warna kegemaran suatu masa dahulu. Orang lama lebih ceria berbanding kita yang suka konsep minimalist dan kurang perabot.
6 Mural & QR Code
Setiap mural mempunya QR code untuk korang boleh dengar dialog istimewa. Manja-manja gitu.
10 Café & RestoBar Unik
10 unit Café & RestoBar terdapat di sini. Setiap shoplots ini juga mempunyai dekorasi dalam kedai yang sangat menarik! Buat masa ini, hanya 7 shoplots beroperasi. Bubblebee Café, Soybean Factory, DA BAO, Asia Street Food Club, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic & CONCUBINE.
Soybean Factory
Soybean Factory adalah cafe yang buat Ruby terpesona. Rasa tenang dan cantik sangat permandangan begini. Ruby suka konsep minimalist dan pencahayaan begini. Lapang minda. Café ini menyajikan hidangan berasaskan soya. Cuma status café ni adalah Tidak Halal. Mari kita berdoa agar café ini berjaya mendapat Sijil Halal JAKIM. Amin!
DA BAO
Bubble Bee Café
Asia Street Food Club
Restoran ini mempunyai dekorasi hebat. Banyak koleksi zaman dahulu masih di simpan. Oh ya Restoran ini Tidak Halal.
Pandan Republic
Menyediakan makanan authentic Chinese. Café ini adalah Tidak Halal.
Restoran Bunn Choon
Menyediakan pastries authentic Chinese dari bahan-bahan asli resepi. Café ini Tidak Halal.
CONCUBINE
Restoran ini adalah bar yang beroperasi pada waktu malam. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Waktu siang juga dipenuhi oleh pengunjung untuk sarapan dan makan tengahari. Oh ya, Restoran ini Tidak Halal. Memiliki dekorasi menarik dengan mengekalkan nilai budaya zaman dahulu.
Status Halal Café Di Kwai Chai Hong
Apabila soalan ini ditanya, Ruby bersyukur apabila berkunjung ke Kwai Chai Hong bersama rakan-rakan berbilang bangsa. Ada Kelly, Ivy dan Emily. Apabila masuk ke kedai untuk bergambar, mereka akan bagi tau. Kedai ini ada alkohol dan non halal. Kedai ini pula Pork Free.
Jadi, Ruby ambil inisiatif untuk bertanya kepada Zeen berkenaan Sijil Halal premis di Kwai Chai Hong. Menurut beliau, hanya dua premis boleh mendapatkan Sijil Halal iaitu Soybean Factory dan Bubblebee Café. Ini kerana pembekal bahan-bahan Café mereka mempunyai sijil Halal JAKIM.
CONCUBINE, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic, Asia Steet Food Club, DA BAO memang tidak Halal.
Waktu Operasi Kwai Chai Hong
Anda boleh ke sini dengan hanya menaiki MRT/LRT dan turun di stesen Pasar Seni (Pintu A) atau Monorail di stesen Maharajalela. Kwai Chai Hong di buka kepada pengunjung SETIAP HARI dari jam 9 PAGI hingga 10 MALAM.
Masuk adalah PERCUMA. Untuk bergambar di dalam Shoplots, pastikan anda minta izin tuan atau pekerja kedai ya. Belilah makanan dan minuman sebagai adab ingin bergambar di dalam kedai mereka. Di harap, perkongsian ini amat membantu.
鬼仔巷 Kwai Chai Hong
Lorong Panggung, City Centre,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Lawatan ke Kwai Chai Hong adalah salah satu lokasi program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.
Tags
Travelogue
memang cantik la kalau bergambar kat sini dengan lukisan mural kat belakang mcam tu. dah lama teringin nak ambil gambar tempat2 macam ni. tak berkesempatan lagi
BalasPadamInsyaAllah suatu hari nanti. Nanti kalau datang KL boleh la ke sini. Hehe
PadamBestnyaa, tak sangka plak di celah KL gitu ada tempat cantik untuk bergambar dan singgah. Cafenya plak very very instagrammable giloss...ni kalau anak Sis tau, kompmnya lee dia pi terjah..
BalasPadamBetul kak. Tinggal kita nak pakai outfit yang sesuai aje kak. Henfon pun dah canggih. Confirm cun gambar akak sekeluarga.
PadamPertama kali terima kasih kerana memberitahu status makanan yang tidak halal kerana ramai orang Islam akan ambil cakna perkara ini. Melihat gambar-gambar sangat cantik jika PKPP semakin baik, Teringin hendak kesana. :)
BalasPadamHalal ni amat penting. Sebab saya risau apa yang saya hebahkan menjadi panduan tetapi menjadi masalah apabila Muslim ke sana. Waktu PKPP pengunjung agak terkawal, compare semasa sebelum COVID-19. Padat orang. Lepas tu nak bergambar pun susah. Kawasan ni kecil, jadi kalau kena beratur ikut turutan pun ok juga. Haha.
Padamgempak gila mural siap ada qr code untuk dengar dialog. 1st time dgr ni. tapi nak ke KL tu alahaaii..bercintanya nak singgah walaupun lahir dan membesar di KL.. sejak duduk area kampung aman damai dari jem ni, .hahaha
BalasPadamHahahaha. Itu simptom mak mak memang kalau dah dapat tempat aman. Bandar ni rasa jauhhhhh je kan. Hehehe. Tunggu anak-anak dah besar lah. Bleh bawa berjalan. Hehe
PadamMemang instagrammable betul tempat tu. serious cantik !! Kenapalh selama nie xtahu. Okay, weekend nie kena datang sinilah nampaknya
BalasPadamHehehe datang jangan tak datang. Cantik gambar uols nanti.
PadamThanks for the sharing. Rawlins nak masukkan dalam senarai lokasi untuk dilawat oleh pelajar antarabangsa - apabila sempadan negara dah dibuka semula kelak.
BalasPadamYezza. Pelajar dalam dan luar negara mesti suka tempat begini. Heritage ni dah ada. Tinggal nak tahu je. Hehe
PadamOh setiap mural ada QR code? Bagus lar begini. Boleh ketahui lebih tentang maksud, motif serta asal usul mural-mural tersebut.
BalasPadamNak pergi juga lar ke kwai chai hong ni suatu hari nanti.
Yesss. Datang tau. Mesti u suka!!!
PadamAuwww....... cantik semua gambar Puan Ruby. Suka tengok. Thank you for sharing your recommendations. Dah lama x ambil picca menarik utk IG.
BalasPadamYaaaa kan. Suasana lain ni sesuai untuk instagram kita. Hehe
PadamTengok gambar gambar ni memang cantik... daah ni dekat belakang balai polis bamdar tu? Nak g tgk la nanti.
BalasPadamBebetul depan pintu gerbang Petaling Street kak. Hehee
PadamOh dua kedai je erk yang halal.. Rasanya nad pernh pergi kawasn ni, pergi kedai makan apa ye lupa.. Pastu diaorg bawk jalan2 ke kedai lain.. Nak bergmbr pergi temoat mural jela.. Hehe
BalasPadamDua kedai tak halal juga Nad. 7 kedai ni tidak halal. Tunggu nanti tenant lg 3 shoplots masuk. Harap-harap Halal la kan. ada satay, mamak ke. Best juga. Hehe
PadamWow cantiknya tempat! Memang instaworthy sangat, ruby! Thanks for sharing! Mmg xsabar nak ajak husband dtg sini tangkap2 gambar, hehe
BalasPadamBest la tempat ni, nanti i nak pergi hangout with my friends and nak bawa my colleagues from overseas ke KCH.
BalasPadamtahun lepas saya sempat datang sini waktu fam trip jugak. Memang cantik tempat ni dan sangat instagrammable. :)
BalasPadamSyok la kaki snap photo jika terjumpa tempat macam ni. Dan thanks tulis status halal sesebuah restoran.
BalasPadamklasik dan unik tempat ni..tak pernah sampai..boleh masuk dlm list tempat yg boleh terjah untuk bergambar
BalasPadamCantiknya tempat mural dia. Bila ibukkk nak bawak kita nih.. Hahhahha
BalasPadamLaaa kat tangga tu ke nabila Razali shoot video. Hehe. Ada tgk ig die cantik shoot. Rupanya kt tmpt ni. Hahaha. Memang cantik. Ena ingatkan cafe shuib tdi lebih kurang sama plak nama.
BalasPadamCantik lukisan tu semua. Kalau dekat nak juga terjah ke sana.
BalasPadamKat Mersing ni pun ada. Tapi tak la semeriah macam ni hasil lukisannya.
Sesekali bergambar macam ni best juga kan..