Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur


Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur. Apabila fikirkan lokasi untuk ambil gambar. Pasti Ruby buntu nak mencari lokasi. Inginkan lokasi seperti di Penang, Muar, Melaka dan Ipoh. Tapi, terlalu jauh. Ruby ke Kwai Chai Hong dan muat naik beberapa gambar di media sosial. Banyak respon positif dan soalan Ruby terima. Diantara soalan adalah "Dimana sebenarnya lokasi Kwai Chai Hong?", "Serius mural ada di Kuala Lumpur?", "Waktu operasi dan harga masuk?" dan "Café di Kwai Chai Hong tu Halal ke Ruby?". Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini, ramai ingin keluar melawat tempat menarik. Cuma, mereka nak ke tempat yang berdekatan. 

Kwai Chai Hong Lokasi Instagramable Di Kuala Lumpur


Terletak di Lorong Panggung. Lokasi yang dahulu adalah laluan belakang kedai yang tidak terurus. Kini, ia menjadi lokasi wajib dikunjungi. Lorong Panggung dikenali sebagai Kwai Chai Hong dalam dialek Kantonis iaitu "Ghost Lane" atau "Little Demon Alley". Takut tak?? Menariknya di sini adalah terdapat enam mural yang menggambarkan aktiviti harian peneroka awal kaum Cina pada sekitar tahun 1960-an. Lokasi ini sangat Instagramable, rekaan bangunan zaman dahulu dikekalkan, tingkap kayu, pokok-pokok dan warna asal cat juga mengikut pada zaman dahulu.

Ruby masih ingat lagi, ketika menonton filem P. Ramlee yang mula menggunakan warna. Ketika itu, pakaian dan rumah-rumah kelihatan warna-warni yang ceria. Apabila melihat Kwai Chai Hong, Ruby faham kenapa warna kuning dan biru tampak menyerlah. Ia adalah warna kegemaran suatu masa dahulu. Orang lama lebih ceria berbanding kita yang suka konsep minimalist dan kurang perabot. 

6 Mural & QR Code


Setiap mural mempunya QR code untuk korang boleh dengar dialog istimewa. Manja-manja gitu. 

10 Café & RestoBar Unik


10 unit Café & RestoBar terdapat di sini. Setiap shoplots ini juga mempunyai dekorasi dalam kedai yang sangat menarik! Buat masa ini, hanya 7 shoplots beroperasi. Bubblebee Café, Soybean Factory, DA BAO, Asia Street Food Club, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic & CONCUBINE.

Soybean Factory


Soybean Factory adalah cafe yang buat Ruby terpesona. Rasa tenang dan cantik sangat permandangan begini. Ruby suka konsep minimalist dan pencahayaan begini. Lapang minda. Café ini menyajikan hidangan berasaskan soya. Cuma status café ni adalah Tidak Halal. Mari kita berdoa agar café ini berjaya mendapat Sijil Halal JAKIM. Amin!

DA BAO



DABAO memiliki dekorasi tanglung dan mural yang sangat istimewa. Cantik sangat. Makanan di sini Tidak Halal. Bagi bangsa lain, tiada masalah untuk mencuba Restoran ini. Suasana di Restoran ini sangat cantik. 

Bubble Bee Café



Ini adalah Café yang paling Ruby suka. Sebab waffle dia lain dari yang lain. Bentuk sarang lebah. Kemudian ada ice cream dan buah-buahan segar. Harga dalam lingkungan RM 15. Cuma, untuk pengetahuan korang, Café ini Tidak Halal. Hanya Pork Free. 

Asia Street Food Club


Restoran ini mempunyai dekorasi hebat. Banyak koleksi zaman dahulu masih di simpan. Oh ya Restoran ini Tidak Halal.

Pandan Republic


Menyediakan makanan authentic Chinese. Café ini adalah Tidak Halal. 

Restoran Bunn Choon


Menyediakan pastries authentic Chinese dari bahan-bahan asli resepi. Café ini Tidak Halal.

CONCUBINE


Restoran ini adalah bar yang beroperasi pada waktu malam. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Waktu siang juga dipenuhi oleh pengunjung untuk sarapan dan makan tengahari. Oh ya, Restoran ini Tidak Halal. Memiliki dekorasi menarik dengan mengekalkan nilai budaya zaman dahulu. 

Status Halal Café Di Kwai Chai Hong


Apabila soalan ini ditanya, Ruby bersyukur apabila berkunjung ke Kwai Chai Hong bersama rakan-rakan berbilang bangsa. Ada Kelly, Ivy dan Emily. Apabila masuk ke kedai untuk bergambar, mereka akan bagi tau. Kedai ini ada alkohol dan non halal. Kedai ini pula Pork Free. 

Jadi, Ruby ambil inisiatif untuk bertanya kepada Zeen berkenaan Sijil Halal premis di Kwai Chai Hong. Menurut beliau, hanya dua premis boleh mendapatkan Sijil Halal iaitu Soybean Factory dan Bubblebee Café. Ini kerana pembekal bahan-bahan Café mereka mempunyai sijil Halal JAKIM.

CONCUBINE, Restoran Bunn Choon, Pandan Republic, Asia Steet Food Club, DA BAO memang tidak Halal. 

Waktu Operasi Kwai Chai Hong


Anda boleh ke sini dengan hanya menaiki MRT/LRT dan turun di stesen Pasar Seni (Pintu A) atau Monorail di stesen Maharajalela. Kwai Chai Hong di buka kepada pengunjung SETIAP HARI dari jam 9 PAGI hingga 10 MALAM.

Masuk adalah PERCUMA. Untuk bergambar di dalam Shoplots, pastikan anda minta izin tuan atau pekerja kedai ya. Belilah makanan dan minuman sebagai adab ingin bergambar di dalam kedai mereka. Di harap, perkongsian ini amat membantu. 

鬼仔巷 Kwai Chai Hong
Lorong Panggung, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, Malaysia


Lawatan ke Kwai Chai Hong adalah salah satu lokasi program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.

28 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. memang cantik la kalau bergambar kat sini dengan lukisan mural kat belakang mcam tu. dah lama teringin nak ambil gambar tempat2 macam ni. tak berkesempatan lagi

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah suatu hari nanti. Nanti kalau datang KL boleh la ke sini. Hehe

      حذف
  2. Bestnyaa, tak sangka plak di celah KL gitu ada tempat cantik untuk bergambar dan singgah. Cafenya plak very very instagrammable giloss...ni kalau anak Sis tau, kompmnya lee dia pi terjah..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul kak. Tinggal kita nak pakai outfit yang sesuai aje kak. Henfon pun dah canggih. Confirm cun gambar akak sekeluarga.

      حذف
  3. Pertama kali terima kasih kerana memberitahu status makanan yang tidak halal kerana ramai orang Islam akan ambil cakna perkara ini. Melihat gambar-gambar sangat cantik jika PKPP semakin baik, Teringin hendak kesana. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Halal ni amat penting. Sebab saya risau apa yang saya hebahkan menjadi panduan tetapi menjadi masalah apabila Muslim ke sana. Waktu PKPP pengunjung agak terkawal, compare semasa sebelum COVID-19. Padat orang. Lepas tu nak bergambar pun susah. Kawasan ni kecil, jadi kalau kena beratur ikut turutan pun ok juga. Haha.

      حذف
  4. gempak gila mural siap ada qr code untuk dengar dialog. 1st time dgr ni. tapi nak ke KL tu alahaaii..bercintanya nak singgah walaupun lahir dan membesar di KL.. sejak duduk area kampung aman damai dari jem ni, .hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha. Itu simptom mak mak memang kalau dah dapat tempat aman. Bandar ni rasa jauhhhhh je kan. Hehehe. Tunggu anak-anak dah besar lah. Bleh bawa berjalan. Hehe

      حذف
  5. Memang instagrammable betul tempat tu. serious cantik !! Kenapalh selama nie xtahu. Okay, weekend nie kena datang sinilah nampaknya

    ردحذف
  6. Thanks for the sharing. Rawlins nak masukkan dalam senarai lokasi untuk dilawat oleh pelajar antarabangsa - apabila sempadan negara dah dibuka semula kelak.

    ردحذف
    الردود
    1. Yezza. Pelajar dalam dan luar negara mesti suka tempat begini. Heritage ni dah ada. Tinggal nak tahu je. Hehe

      حذف
  7. Oh setiap mural ada QR code? Bagus lar begini. Boleh ketahui lebih tentang maksud, motif serta asal usul mural-mural tersebut.

    Nak pergi juga lar ke kwai chai hong ni suatu hari nanti.

    ردحذف
  8. Auwww....... cantik semua gambar Puan Ruby. Suka tengok. Thank you for sharing your recommendations. Dah lama x ambil picca menarik utk IG.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaaa kan. Suasana lain ni sesuai untuk instagram kita. Hehe

      حذف
  9. Tengok gambar gambar ni memang cantik... daah ni dekat belakang balai polis bamdar tu? Nak g tgk la nanti.

    ردحذف
  10. Oh dua kedai je erk yang halal.. Rasanya nad pernh pergi kawasn ni, pergi kedai makan apa ye lupa.. Pastu diaorg bawk jalan2 ke kedai lain.. Nak bergmbr pergi temoat mural jela.. Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Dua kedai tak halal juga Nad. 7 kedai ni tidak halal. Tunggu nanti tenant lg 3 shoplots masuk. Harap-harap Halal la kan. ada satay, mamak ke. Best juga. Hehe

      حذف
  11. Wow cantiknya tempat! Memang instaworthy sangat, ruby! Thanks for sharing! Mmg xsabar nak ajak husband dtg sini tangkap2 gambar, hehe

    ردحذف
  12. Best la tempat ni, nanti i nak pergi hangout with my friends and nak bawa my colleagues from overseas ke KCH.

    ردحذف
  13. tahun lepas saya sempat datang sini waktu fam trip jugak. Memang cantik tempat ni dan sangat instagrammable. :)

    ردحذف
  14. Syok la kaki snap photo jika terjumpa tempat macam ni. Dan thanks tulis status halal sesebuah restoran.

    ردحذف
  15. klasik dan unik tempat ni..tak pernah sampai..boleh masuk dlm list tempat yg boleh terjah untuk bergambar

    ردحذف
  16. Cantiknya tempat mural dia. Bila ibukkk nak bawak kita nih.. Hahhahha

    ردحذف
  17. Laaa kat tangga tu ke nabila Razali shoot video. Hehe. Ada tgk ig die cantik shoot. Rupanya kt tmpt ni. Hahaha. Memang cantik. Ena ingatkan cafe shuib tdi lebih kurang sama plak nama.

    ردحذف
  18. Cantik lukisan tu semua. Kalau dekat nak juga terjah ke sana.
    Kat Mersing ni pun ada. Tapi tak la semeriah macam ni hasil lukisannya.
    Sesekali bergambar macam ni best juga kan..

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال