Pengalaman Menaiki BRT Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya

Pengalaman Menaiki BRT Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya. Assalammualaikum semua! Ini adalah kali kedua Ruby menaiki BRT Sunway dan kali ini berpeluang nak berkongsi pengalaman. Sebelum ni, nak ambil gambar pun tak sempat sebab masa sampai dekat platform, bas pun dah sampai. Hehe. Oh ya betul, BRT ni bas. Bas khas yang berada di atas platform bertingkat. Ia seperti 

Pengalaman Menaiki BRT Sunway Dari Sunway Pyramid Ke Setia Jaya.


Perjalanan kami sebenarnya bermula dari Sunway Lagoon, masuk ke dalam Sunway Pyramid untuk ke BRT stesen Sunway. Sengaja plan menaiki BRT sebab nak tahu option lain untuk ke Sunway Pyramid, Sunway Lagoon dan Sunway Hotel. Dulu, pengalaman Ruby ke Sunway, Ruby akan naik Rapid KL Kelana Jaya Line. Malah, ada kawan-kawan rekemen KTM Komuter. Sebab bila ada acara media di Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Ruby lagi suka naik pengangkutan awam. Lingkungan masa lebih kurang sahaja. Sebab mencari parking di Sunway Pyramid pusing-pusing tu pun dah ambil masa yang lama. 

Ruby akan menaiki Rapid KL Kelana Jaya Line dari stesen Setiawangsa ke stesen USJ 7. Kemudian naik BRT Sunway Line dari stesen BRT USJ 7 ke stesen BRT Sunway. Mudah kan? 

Jadi kali ini, Ruby kongsikan bagaimana kami semua menyelusuri perjalanan ke stesen BRT Sunway. Jika korang keluar dari Sunway Pyramid, cari Parkson ok? Kita akan keluar dari Parkson. Jalan terus sampai keluar Exit Parkson dan korang akan nampak kedai Family Mart. Lepas tu, naik eskalator dibahagian kanan korang untuk naik atas. Kita akan melalui jambatan khas untuk ke BRT Sunway Line. Ada dua akses untuk ke jambatan ini. Satu, melalui Sunway Lagoon Surf Beach. Satu lagi melalui Sunway Pyramid. Laluan Sunway Lagoon tu Ruby belum cuba lagi. Hahaha. Next time Ruby update ok. 

Sepanjang laluan ke BRT Sunway Line, korang akan melalui jambatan bertingkat ni. Siap ada CCTV ya. Jadi, kita akan rasa selamat sepanjang berjalan kaki. Ruby tak ingat berapa panjang laluan ni. Tapi memang panjang. Kena berjalaj relax sahaja. Sebab ada masa, macam naik bukit sikit bila berjalan. Permukaan ini boleh mengundang kaki kejang tetiba. Haha. Kaki Ruby la tu. 

Kami dah hampir tiba di Stesen BRT Sunway. Mencari eskalator untuk naik tingkat atas BRT. Ia lagi tinggi dari jejantas yang kita lalui ni tau. Hahaha.

Tambang Dari BRT Sunway ke BRT Setia Jaya


Kos kami dari SUNWAY LAGOON BRT STATION [Sunway Line] ke SUNWAY-SETIA JAYA BRT STATION [Sunway Line] 

Cash Token: RM1.80
Cashless (Touch n' Go): RM1.50
Concession Card (Pelajar, OKU atau Warga Emas): RM1.10
Monthly (MyRapid Tn'Go Smart 30): RM1.50
Weekly (MyRapid Tn'Go Smart 7): RM1.50


Ruby menggunakan kat Touch n' Go. Jadi, tambang sehala RM 1.50 sahaja. Hehehe. 

Mengenai BRT Sunway Line.


BRT Sunway Line adalah laluan Bus Rapid Transit (BRT) yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang melalui pinggir tenggara Petaling Jaya, Malaysia. Laluan ini dikendalikan oleh Rapid Bus dan diperkenalkan pada tahun 2015 untuk kawasan berkepadatan tinggi Sunway dan Subang Jaya, menggantikan rancangan cadangan sebelumnya untuk pelanjutan Sunway Monorail yang kini sudah tidak diteruskan. 

Bas BRT mempunyai jalan keluar eksklusif di jalan tinggi yang tidak dikongsi dengan jalan raya biasa.  Laluan khas dan berasingan yang dipisahkan untuk bas BRT Sunway Line ini hampir sama dengan landasan kereta api bertingkat yang cepat.  Walau bagaimanapun, pengendali bas selain Rapid Bus, tidak mempunyai hak untuk menggunakannya dan tidak ada tanjakan yang tersedia dari jalan raya ke jalan tinggi.


Sistem tertutup ini dikhaskan untuk penumpang yang banyak untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya dapat digunakan Bus Rapid Transit sahaja di sepanjang trek 5.4 km antara terminal Setia Jaya dan USJ7 yang memungkinkan pertukaran penumpang ke transit kereta api komuter. Bas lain tidak boleh naik ke atas ya. Tiada laluan dari jalan raya di bawah untuk sampai ke laluan BRT. 

Sistem BRT telah menerima penilaian Gangsa dengan skor BRT Standard dari Institute of Transportation and Development Policy (ITDP)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Lawatan menaiki BRT Sunway adalah salah satu inisiatif program anjuran Tourism Malaysia bersempena MEDIA TRIP POST MCO FOR Media KOL & Blogger pada 3-4 July 2020. Setiap lokasi yang kami lawati mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM. Malaysia selamat untuk Travel! InsyaAllah.

11 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. harga tiket pun masih dikira murah kan untuk fasiliti yang tidak bersesak dengan jalanraya biasa. Bagus kalau perkhidmatan pengangkutan awam diberikan keutamaan sebab masalah utama kesesakan pun akan berkurang

    BalasPadam
  2. Mudahnya ada pengangkutan yang macam ni kan

    BalasPadam
  3. BRT Sunway is convenient and easy for Sunway folks. nice job to the development

    BalasPadam
  4. Sesungguhnya kak belum pernah lagi naik BRT dan tak tau mcm mana jika x ada kawan. Selalu bawa keta je ke Sunway Pyramid... mmg payah sikit la bab parkg..

    BalasPadam
  5. Eh tempat pejalan kaki ni baru buat ke? Rasa macam tak pernah nampak lagi.

    BalasPadam
  6. dah lama tak naik BRT.. last sekali tahun lepas time ada food carnival depan sunway resort tu. sekarang senang nak pergi sunway lagoon naik public transport je

    BalasPadam
  7. Ya haritu ade event kat sunway.. Hntu dekat sunway lagoon tu.. Pasti naik ktm ke kelana jaya. Then naik bas ni.. Firstime.. Jakun jap sebb ad ebas mcam ni.. Pastu laluan jambatan punya panjang.. Lenguh kaki jalan

    BalasPadam
  8. Belum pernah lagi naik bas apa-apa kalau ke KL, ye laa memandu kann.. kat Johor pun sama.. tapi kalau yang Ruby share ni nampak mudah lee kalau nak ke Sunway tu, sebab elak jem satu hal, lagi satu ringkas dan tambang pun tak mahal.. Sis kalau sengsorang atau anak dah besar kan, memang ku ajak naik bas atau lrt aje..penat weii drive..

    BalasPadam
  9. this is so convenient and make life easier ya... can reduce driving tiredness too

    BalasPadam
  10. Ramai yang was was nak naik public transport juga, well its safe if we follow the SOP guidelines.

    BalasPadam
  11. Thank you kak!!! Saya dah sejam sesat cari brt dalam sunway sini 😭😭 bila tanya orang je, diorang tunjuk arah salah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال