Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares
Ruby masih ingat lagi ketika insan tersayang mengalami kanser. Ibu saudara, atok, saudara-mara, kenalan rapat dan berita dari masyarakat sekeliling melalui media semasa. Semuanya mengalami masalah emosi yang teruk disebabkan masalah kewangan dari kos rawatan kanser mereka. Apabila mereka stress, pasti mereka sukar untuk berfikiran positif dan sukar melakukan rawatan secara konsisten mengikut tarikh janji temu. Dari bab kewangan, peluang untuk mereka sembuh pun ambil masa yang lama. Mereka juga selalu dalam ketakutan, asyik memikirkan kesakitan. Ruby pun rasa simpati dengan keadaan mereka. Apa yang Ruby boleh lakukan adalah memberi sokongan moral, bertanya khabar dan bantu mana yang termampu. Walaupun tidak banyak. Tapi tetap ada.
Ruby ada terbaca tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares baru-baru ini. Jadi, Ruby ingin kongsikan maklumat tersebut kepada anda semua. Semoga berita ini dapat dipanjangkan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah inisiatif yang bagus di antara Nilai Medical dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Nilai Medical telah melancarkan Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dengan peruntukan RM8 juta yang akan disalurkan sepanjang tempoh lima tahun untuk mengurangkan kos rawatan pesakit kanser di Malaysia dan dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ramai yang berasa khuatir lebih-lebih lagi dengan komitmen wang yang diperlukan untuk rawatan kanser. Oleh itu, bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban. Mereka tidak sepatutnya bersendirian dalam tempoh masa ini. Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dibangunkan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan merupakan sebuah ekspresi legasi Nilai Medical selaku peneraju pusat rawatan kanser yang berdiri teguh sejak sekian lama. Sebelum ini, Nilai Medical dikenali sebagai Hospital Kanser NCI, ia kemudiannya telah dibangunkan sebagai hospital perubatan yang lengkap. Hari ini, Nilai Medical memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat secara menyeluruh dan bersama pasukan ahli onkologi yang berpengalaman, ia terus menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti dan pilihan rawatan kanser yang terkini.
Pesakit kanser yang memenuhi syarat untuk menyertai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares akan mendapat bantuan untuk menampung kos rawatan radioterapi mereka. Kerjasama Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dapat membantu pihak Nilai Medical untuk berhubung dengan pesakit kanser dari pelbagai latar belakang yang memerlukan bantuan kewangan. Inisiatif ini menyokong misi hospital untuk memberi pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan kepada pesakit kanser dan juga penjaga mereka.
Duta WeCare Sebagai Kaunselor Program
Nilai Medical menyedari keperluan yang semakin meningkat untuk memastikan pengurusan rawatan sebaik mungkin bagi pesakit kanser dan penjaga mereka sepanjang menempuh perjalanan rawatan kanser yang amat mencabar emosi. Justeru, Nilai Medical telah menubuhkan pasukan Duta WeCare yang akan menjalankan peranan sebagai kaunselor program untuk membimbing pesakit yang memenuhi syarat ke dalam Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Mereka juga merupakan individu utama untuk dihubungi oleh pesakit kanser sepanjang mengikuti program rawatan.
Perjalanan dalam menempuhi kanser tidak pernah mudah. Di Nilai Medical, selain memacu kecemerlangan onkologi, mereka ingin melengkapkan lagi proses rawatan kanser dengan penuh empati dan solidariti. Sedikit sebanyak, ini dapat memberi sokongan kepada pesakit yang sedang melalui keperitan derita kanser. Dengan memudahkan, melancarkan dan mengambil kira suara pesakit kanser. Semua ini akan dapat membantu mereka untuk fokus terhadap rawatan dan kekal positif. Pastinya, Nilai Medical mahu menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti kepada sesiapa sahaja yang melangkahkan masuk.
Bagaimana Untuk Memohon Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares
Informasi Tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares
Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA
Mengenai Nilai Medical Centre
Nilai Medical Centre (Nilai Medical) ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai institut kanser yang memberi keutamaan kepada penyelidikan klinikal. Pada tahun 2005, ia dinamakan sebagai NCI Cancer Hospital dan menjadi pusat pakar swasta pertama di Malaysia yang fokus pada rawatan kanser dan penyelidikan klinikal.
Selaras dengan pelan perkembangan, ia dinamakan semula sebagai NCI Hospital pada tahun 2009 dan Nilai Medical Centre pada tahun 2012. Kini, ia merupakan sebuah pusat perubatan yang manawarkan pelbagai disiplin dan rawatan seperti Kardiologi, Dermatologi, Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, ENT, Radiologi, Pembedahan Umum, Fisioterapi, Psikiatri dan sebagainya.
Nilai Medical amat menitik berat kesihatan dan kesejahteraan komunitinya. Melalui kepakaran perubatan, kecemerlangan kejururawatan dan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, Nilai Medical memastikan pesakit menerima penjagaan profesional dan pemulihan segera, dikelilingi oleh suasana persekitaran yang mesra dan prihatin.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares, sila hubungi Duta WeCare di [email protected] / 010–219 9838
Satu langkah dan initiatif yang baik untuk membantu pesakit kanser agar rasa lebih disayangi.
ردحذفBagus kalau ada inisiatif bantuan macam ni untuk pesakit cancer. Kalau ada bantuan macam ni, cancer fighter pun akan semangat nak lawan penyakit ni..
ردحذفBaguslah bila ada inisiatif macam ni. Dapat memberi sokongan yg diperlukan oleh pesakit
ردحذفBagusnya ada bantuan Untuk pesakit kanser.
ردحذفSebenarnya ramai pesakit kanser ni tau.
Cuma kita tak tahu.
Dlu masa kita buat rawatan untuk ketumbuhan kalenjar airliur, mcm² pesakit jumpa.
Tapi yela, tak semua orang berkemampuan nak meneruskan rawatan sebab kos.
Bagusnya program macam ni... sebab ramai pesakit cancer yang tak ada kemampuan sebenarnya nak bayar kos rawatan mereka...bila ada inisiatif macam ni sedikit sebanyak buat mereka lega...
ردحذف