Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares

Hari ini, masyarakat sudah mula ambil berat tentang masalah kesihatan dan mula melakukan gaya hidup sihat. Tetapi, ilmu dan pengetahuan tentang kanser dan penyakit lain harus kita ambil peduli. Ini kerana, ilmu itu bukan sahaja untuk diri kita. Tetapi untuk ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, kenalan terdekat dan masyarakat sekeliling kita. Apa yang paling merisaukan apabila mendengar kos-kos rawatan dan rawatan susulan yang perlu dihadiri mengikut tarikh serta masa janji temu. Ruby ingin berkongsi tentang program yang wajib kita semua tahu dan ada Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA kepada 200 pesakit baru, berdasarkan siapa cepat dia dapat. Best kan? Terima kasih Nilai Medical Centre.

Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares

Ruby masih ingat lagi ketika insan tersayang mengalami kanser. Ibu saudara, atok, saudara-mara, kenalan rapat dan berita dari masyarakat sekeliling melalui media semasa. Semuanya mengalami masalah emosi yang teruk disebabkan masalah kewangan dari kos rawatan kanser mereka. Apabila mereka stress, pasti mereka sukar untuk berfikiran positif dan sukar melakukan rawatan secara konsisten mengikut tarikh janji temu. Dari bab kewangan, peluang untuk mereka sembuh pun ambil masa yang lama. Mereka juga selalu dalam ketakutan, asyik memikirkan kesakitan. Ruby pun rasa simpati dengan keadaan mereka. Apa yang Ruby boleh lakukan adalah memberi sokongan moral, bertanya khabar dan bantu mana yang termampu. Walaupun tidak banyak. Tapi tetap ada.

Ruby ada terbaca tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares baru-baru ini. Jadi, Ruby ingin kongsikan maklumat tersebut kepada anda semua. Semoga berita ini dapat dipanjangkan kepada mereka yang memerlukan. Ia adalah inisiatif yang bagus di antara Nilai Medical dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Nilai Medical telah melancarkan Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dengan peruntukan RM8 juta yang akan disalurkan sepanjang tempoh lima tahun untuk mengurangkan kos rawatan pesakit kanser di Malaysia dan dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 

Ramai yang berasa khuatir lebih-lebih lagi dengan komitmen wang yang diperlukan untuk rawatan kanser. Oleh itu, bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban. Mereka tidak sepatutnya bersendirian dalam tempoh masa ini. Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dibangunkan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan merupakan sebuah ekspresi legasi Nilai Medical selaku peneraju pusat rawatan kanser yang berdiri teguh sejak sekian lama. Sebelum ini, Nilai Medical dikenali sebagai Hospital Kanser NCI, ia kemudiannya telah dibangunkan sebagai hospital perubatan yang lengkap. Hari ini, Nilai Medical memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat secara menyeluruh dan bersama pasukan ahli onkologi yang berpengalaman, ia terus menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti dan pilihan rawatan kanser yang terkini.


Jasmine Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Nilai Medical dan Dr. Murallitharan Munisamy, Pengurus Besar & Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia ketika Pelancaran Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares oleh Pusat Perubatan Nilai, dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Pesakit kanser yang memenuhi syarat untuk menyertai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares akan mendapat bantuan untuk menampung kos rawatan radioterapi mereka. Kerjasama Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dapat membantu pihak Nilai Medical untuk berhubung dengan pesakit kanser dari pelbagai latar belakang yang memerlukan bantuan kewangan. Inisiatif ini menyokong misi hospital untuk memberi pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan kepada pesakit kanser dan juga penjaga mereka. 

Duta WeCare Sebagai Kaunselor Program


Duta WeCare NMCares dan Ahli Onkologi Nilai Medical

Nilai Medical menyedari keperluan yang semakin meningkat untuk memastikan pengurusan rawatan sebaik mungkin bagi pesakit kanser dan penjaga mereka sepanjang menempuh perjalanan rawatan kanser yang amat mencabar emosi. Justeru, Nilai Medical telah menubuhkan pasukan Duta WeCare yang akan menjalankan peranan sebagai kaunselor program untuk membimbing pesakit yang memenuhi syarat ke dalam Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares. Mereka juga merupakan individu utama untuk dihubungi oleh pesakit kanser sepanjang mengikuti program rawatan. 

Perjalanan dalam menempuhi kanser tidak pernah mudah. Di Nilai Medical, selain memacu kecemerlangan onkologi, mereka ingin melengkapkan lagi proses rawatan kanser dengan penuh empati dan solidariti. Sedikit sebanyak, ini dapat memberi sokongan kepada pesakit yang sedang melalui keperitan derita kanser. Dengan memudahkan, melancarkan dan mengambil kira suara pesakit kanser. Semua ini akan dapat membantu mereka untuk fokus terhadap rawatan dan kekal positif. Pastinya, Nilai Medical mahu menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti kepada sesiapa sahaja yang melangkahkan masuk.

Bagaimana Untuk Memohon Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares


🎉 Langkah 1:
Bagi Pesakit Baru
Lengkapkan Borang Pendaftaran yang tersedia di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Nilai Medical.

ATAU

Bagi Pesakit Sedia Ada
Sila kongsi nama dan maklumat hubungan anda agar Nilai Medical dapat memproses langkah seterusnya.

🎉 Langkah 2: 
Duta WeCare Nilai Medical yang berdedikasi akan menghubungi anda untuk membuat janji temu dengan Pakar Onkologi.

🎉 Langkah 3: Lengkapkan borang permohonan rasmi dan hantarkan dengan dokumentasi sokongan berikut:

👉 Borang Permohonan yang telah diisi
👉 Salinan Kad Pengenalan
👉 Salinan Kad Pengenalan Keluarga / Pengasuh
👉 Penyata KWSP terkini ATAU
👉 Penyata Cukai Pendapatan Terkini ATAU
👉 Slip gaji 3 bulan terkini ATAU
👉 Penyata Bank Terkini

🎉 Langkah 4: Duta WeCare Nilai Medical akan menghubungi anda untuk memberi nasihat mengenai status permohonan anda dalam masa 3-5 hari bekerja.

Informasi Tentang Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares 

✅ Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares ini hanya untuk pesakit yang menjalani rawatan radioterapi sahaja.
✅ Ia untuk semua jenis kanser dan peringkat kanser.
Rawatan radioterapi yang akan diperuntukkan kepada pesakit adalah berbeza untuk setiap pesakit. Setelah berunding dengan Pakar Onkologi Nilai Medical, anda akan diberitahu mengenai rancangan rawatan peribadi anda. Semua rancangan rawatan, kos bertulis akan diberikan dan dijelaskan kepada anda. Selepas itu anda boleh mengemukakan permohonan bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares.
✅ Pesakit dari hospital lain, dan baru sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi perlu mengisi Borang Pendaftaran agar pihak Nilai Medical dapat mengetahui maklumat anda fan seterusnya memproses permohonan anda.
Pesakit dari hospital lain yang menjalani rawatan dari doktor terkenal untuk rawatan barah mereka tidak perlu khuatir dengan prestasi Nilai Medical. Di Pusat Perubatan Nilai, mereka memberi tumpuan kepada dua aktiviti utama: Rawatan Kanser dan Penyelidikan Klinikal. Pasukan Ahli Onkologi yang berpengalaman menawarkan rawatan berkualiti dan pilihan rawatan terkini kepada semua pesakit barah. Nilai Medical ditubuhkan pada tahun 1999 dan Pusat Perubatan Nilai telah membina warisannya sebagai kemudahan rawatan kanser.
Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares adalah untuk pesakit yang membayar sendiri. Jika pesakit kanser ingin membayar melalui tuntutan insurans perubatan mereka. Anda boleh menghubungi ejen insurans untuk mengetahui sama ada polisi insurans anda membenarkan atau tidak.
Bayaran untuk setiap rawatan radioterapi dibayar sebelum sesi rawatan dan tidak akan dikembalikan. Anda boleh memutuskan untuk menghentikan rawatan untuk sesi berikutnya atau susulan dan dengan itu, pembayaran tidak perlu dibuat.
✅ Kerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) adalah inisiatif yang bertujuan menjangkau spektrum pesakit kanser yang lebih luas yang memerlukan bantuan kewangan. Pesakit baru, pesakit sedia ada atau pesakit yang dirujuk dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) akan menjalani proses permohonan yang sama.

Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA


Sempena pelancaran program ini, Nilai Medical juga menawarkan Pakej Pemeriksaan Kanser PERCUMA kepada 200 pesakit baharu atas dasar “first-come, first-served”. Gunakan kod RUBYCS2020 semasa mendaftar. Pakej itu tersedia sehingga 30 Ogos 2020. Jangan lepaskan peluang!

Mengenai Nilai Medical Centre

Nilai Medical Centre (Nilai Medical) ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai institut kanser yang memberi keutamaan kepada penyelidikan klinikal. Pada tahun 2005, ia dinamakan sebagai NCI Cancer Hospital dan menjadi pusat pakar swasta pertama di Malaysia yang fokus pada rawatan kanser dan penyelidikan klinikal.

Selaras dengan pelan perkembangan, ia dinamakan semula sebagai NCI Hospital pada tahun 2009 dan Nilai Medical Centre pada tahun 2012. Kini, ia merupakan sebuah pusat perubatan yang manawarkan pelbagai disiplin dan rawatan seperti Kardiologi, Dermatologi, Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, ENT, Radiologi, Pembedahan Umum, Fisioterapi, Psikiatri dan sebagainya.

Nilai Medical amat menitik berat kesihatan dan kesejahteraan komunitinya. Melalui kepakaran perubatan, kecemerlangan kejururawatan dan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, Nilai Medical memastikan pesakit menerima penjagaan profesional dan pemulihan segera, dikelilingi oleh suasana persekitaran yang mesra dan prihatin.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Rawatan Kanser NMCares, sila hubungi Duta WeCare di [email protected] / 010–219 9838 

Website | Facebook | Instagram

5 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Satu langkah dan initiatif yang baik untuk membantu pesakit kanser agar rasa lebih disayangi.

    BalasPadam
  2. Bagus kalau ada inisiatif bantuan macam ni untuk pesakit cancer. Kalau ada bantuan macam ni, cancer fighter pun akan semangat nak lawan penyakit ni..

    BalasPadam
  3. Baguslah bila ada inisiatif macam ni. Dapat memberi sokongan yg diperlukan oleh pesakit

    BalasPadam
  4. Bagusnya ada bantuan Untuk pesakit kanser.
    Sebenarnya ramai pesakit kanser ni tau.
    Cuma kita tak tahu.
    Dlu masa kita buat rawatan untuk ketumbuhan kalenjar airliur, mcm² pesakit jumpa.
    Tapi yela, tak semua orang berkemampuan nak meneruskan rawatan sebab kos.

    BalasPadam
  5. Bagusnya program macam ni... sebab ramai pesakit cancer yang tak ada kemampuan sebenarnya nak bayar kos rawatan mereka...bila ada inisiatif macam ni sedikit sebanyak buat mereka lega...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال