Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik


Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik. Hai semua! Beberapa hari lepas, Ruby ada kemaskini media sosial tentang jam kesihatan dari Xiaomi iaitu Mi Band 5. Tidak sangka, ramai yang berminat nak tahu lebih lengkap tentang jam kesihatan ni. Selain dari faktor harga yang sangat berbaloi-baloi. Ia mudah digunakan. Jadi, pasti korang nak tahu kenapa Ruby terus sambar Mi Band 5 semasa Sale 7.7.2020 hari tu. Hehe.

Xiaomi Mi Band 5 Jam Kesihatan Holistik

Jenama Xiaomi tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali dengan jam kesihatan. Berlumba-lumba kami ingin membeli ketika itu. Teruja nak memiliki jam kesihatan yang bagus tetapi murah. Malah, maklumbalas pembeli lain amat positif. Setelah beberapa tahun memiliki Mi Band, dah tiba masa untuk upgrade. hehehe. 

Mi Band 1. Jam kesihatan pertama Ruby. Masih berfungsi dengan baik.

Mi Band 1S. Masa ni teruja nak mengesan denyutan nadi. 

Mi Band 2, jam ni dah hilang. Jadi, Ruby cari gambar di internet. Inilah rupa jam Ruby. Siap tukar tali coklat tu. Hehehe.


Beli Mi Band 5 Sebab Nak Upgrade

Sejak menggunakan Mi Band, banyak yang Ruby perhatikan untuk upgrade. Paling utama adalah cara mengecas jam kesihatan ini. Ruby tak suka kena keluarkan peranti Mi Band dari tali jam. Material tali jam kesihatan ini dulu sangat keras dan menyakitkan jari. Walau tidak perlu cas setiap hari. Tapi ketika memakai Mi Band 1, 1S dan 2 amat menyiksakan. Tambahan pula Ruby tukar tali ke leather yang perlu buka menggunakan skru. Adududduudu. Stress. 

Kemudian ternampak Mi Band 4. Cantiknya! Tengok cara cas dulu. Hampehhh. Masih kena keluarkan dari tali jam. Okay nevermind. Xiaomi pasti akan mendengar bisikan hati nurani ku. Tolonglah mudah kan Ruby untuk cas jam macam jenama lain tu. Kekurangan jenama lain adalah saiz jam kesihatan yang besar. Saiz Xiaomi ni memang buat Ruby jadi setia dengan dia. Haha. 

Apabila Xiaomi Mi Band 5 diumumkan. Maka, ayuh tengok di online shop. Sebab pasaran di online store lagi mudah untuk cari. Hehehe. RM 135 dan dua tali jam. Oh yaaa material jam Xiaomi Mi Band 5 dari TPU yang lembut. Pakai berhari-hari pun selesa. Serius!


Fungsi Menarik Di Mi Band 5

Melalui pengalaman Ruby yang telah menggunakan jam ini hampir 1 minggu. Ruby rasa sangat selesa dan boleh pakai seharian jam ni macam aksesori barang kemas wanita. Hahaha. 

Paling Ruby suka adalah TPU Strap yang lembut, pengecasan magnetik dan fungsi yang mudah untuk digunakan. Korang boleh pilih di aplikasi untuk set cara aktiviti korang minat. Mudah sangat! 


Spesifikasi Xiaomi Mi Band 5

✅ 1.1" AMOLED, 126x294
✅ 125 mAh, 14 hari
✅ Bluetooth 5.0
✅ Android 5.0 / iOS 10.0
✅ 5ATM
✅ 47.2 x 18.5 x 12.4mm
✅ 11.9g / 12.1g
✅ Saiz tali jam 155-219mm
✅ Accelerometer enam paksi
✅ Sensor kadar jantung PPG
✅ Rekod kitaran kesuburan wanita
✅ Pengecasan magnetik
✅ Analisis tidur
✅ Pemantauan kadar jantung 
✅ 11 jenis mod aktiviti kesihatan

✅ Tema di Mi Band 5 sangat kiut. Ada 100 built-in themes; diantaranya adalah SpongeBob, Evangelion, Hatsune Miku, and Detective Conan.

Ruby punya Mi Band 5 adalah versi dari China. Boleh tukar bahasa di aplikasi. Mesti korang tak sabar nak tunggu versi Global mula dijual. Ia dijangka akan diumumkan pada 15 Julai 2020. Nantikan Xiaomi Ecosystem Product Launch. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

26 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Dulu laki aku ada pakai jenis jam mcm ni. utk heart rate la apa la...besar gedabak skrin. hahaha.

    skrg dh kecik sket, nampak nice la utk tgn perempuan yang kecik.

    Macam teringin nak juga tapi... jam tangan yang ada pun x habis pakai.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha. Jam kesihatan ni depend pada apa yang kita nak. Macam Ruby nak trace distance larian, kalori, stress, sleeping patterns dan heart rate. Dah mencecah usia 3 series ni, nak menjaga kesihatan lebih jitu lagi. Gituhh.

      Padam
  2. Wah menarik ini, Boleh survey lepas ni. Ia sesuai semua lapisan masyarakat. Terima kasih berkongsi satu benda yang baru bagi Naim. hehe

    BalasPadam
  3. Info terbaik. Kak Sal tunggu esok ya sebab memang tengah usyar Xiaomi Mi Band ni . Tali pun nampak menarik seswai sangat tuk pompuan a.k.a wanita . Nasib terbaca info dari Ruby . Tulah , berkat kesabaran ... dah hampir sangat nak beli semalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tulah rezeki kan kak. Saya dah lama tak tengok jam kesihatan. Sale hari tu ada seller jual siap ada video. Menarik pula tengok. RM 135 pastu dengan strap tu akak bleh pilih warna yang akak suka.

      Padam
  4. Cantiknye band dia. Boleh tunjuk kat husband ni. Dia suka beli. Mana tau kot dia nak upgrade version kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pun upgrade sebab kali ni cun betul. Kena jiwa. Hehe.

      Padam
  5. Cantik gak band ni Ruby. Kecik comel jer kat tangan mmg nampak cun la ngan tangan perempuan. KakYa berkenan kat tali dia tu. Nanti nak usha jugak la sebab anak perempuan kakYa duk tanya jugak band gini ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah kak. Cun. Anak saya yang 5 tahun pun tanya. Kalau remaja bleh la saya belikan. Sebab dah ada henfon dan bleh register akaun google dan mi. Buat hadiah pun sesuai tu kak.

      Padam
  6. Amboi banyaknya theme dia. Rawlins suka tengok strap dia yang boleh tukar pelbagai tu.
    Buat masa ini kena la stay pakai apa yang ada nie dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann theme dia comel semua. Jam Ruby yang G tu dah bagi kat Naim. Besar sangat. Dont worry Xiaomi sentiasa upgrade teknologi mereka. Hehehe

      Padam
  7. nampak menarik pulak bila tengok ada banyak theme tu.saya sebelum ni pakai yg biasa2 je. lepas ni mungkin nak try jugak la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Kannnn. Akak pun suka. Cuma theme akak pilih mesti display semua. Sebab akak set, bila angkat tangan tengok jam. Terus skrin display. Hehe.

      Padam
  8. The Mi-Band 5 looks stylish and can pair with casual outfit. I have Mi-band but the old version. Is time to upgrade.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahh Betty beli semua strap mereka tu. Murah pula tu. Match match ngan outfit. Hehe

      Padam
  9. Ingat ke mahal le sangat, rupanya harga mampu beli gak ek... teringij gak nak ada satu, senang nak nengok progress badan sendiri, lagi satu jamnya simple dan cumell aje laaa... nak try le skodeng shopee...

    BalasPadam
  10. cantiknya bila tukar kepada tali jam warna coklat tu. Dulu ada jugak xiaomi band ni tapi dah bagi dekat adik sebab tak pakai sangat

    BalasPadam
  11. Sesiapa yang selalu nak crk kesihatan elok lah beli band kesihatan ni... senang nak cek kesihatan setiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Senang nak cek progress. Saya kalau sakit kepala, terus tekan stress button nak cek situasi. So bleh tahu keadaan diri camana. Banyak fungsi lain yang menarik. Best jam ni. Murah pula tu.

      Padam
  12. Wah tali coklat tu kak. cantiknya. nampak coll n elegent gitu. tetiba rasa teracun nak beli jugak. ayooooo.. Harga pun resonable tu.

    BalasPadam
  13. Tula tgk suami ada jugak beli. Patutla ada function ye. Haha. Lawa2 plak tema design ni. Murah lah. Mampu milik je.

    BalasPadam
  14. cantikk jam tu zaman sekarang teknologi dah canggih sangat sampai jam kesihatan pun ada

    BalasPadam
  15. Lawonyaaa. Terberkenan pulak. Nanti nak try usha jugak la, pastu nanti boleh la bagi hint kat husband suruh belikan. Hiks

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال