Memori Indah 3H2M Ke Sana Ke Sini Ke Sunway


Memori Indah 3H2M Ke Sana Ke Sini Ke Sunway  | Assalammualaikum, kami sekeluarga bercuti ke Sunway City. Yayyy. Kami berjaya dapatkan promosi RM 499 Ke Sana Ke Sini Ke Sunway. Tarikh yang kami pilih adalah 2 Ogos 2020 hingga 4 Ogos 2020. Jadi, persiapan kami sekeluarga yang dah lama tidak bercuti menjadi lebih lengkap sebab kami plan awal nak buat aktiviti apa. Seperti korang sedia maklum, pakej yang di sediakan oleh Sunway adalah sangat lengkap. Tinggal korang nak plan dari hari pertama daftar masuk hotel jam 3 petang, hari kedua dan hari terakhir iaitu hari ketiga nak buat apa sebelum daftar keluar jam 12 tengahari. Memandangkan Ruby dah menginap di sini, jom Ruby kongsikan pengalaman best itu.

Memori Indah 3H2M Ke Sana Ke Sini Ke Sunway


Ruby dapat tahu promosi Sunway ini semasa terlihat iklan google di blog Ruby. Melalui google Ads ada keluar promosi RM 499. Bila dah nampak, Ruby buat pencarian di media sosial untuk membaca pengalaman bercuti dan betul ke semua baucar tu tersedia? Skeptikal giler nak tau semuanya. Supaya senang nak plan itinerary. Persediaan kami, kami sembang dengan anak-anak. Nak bercuti tak? Tapi ada syarat. Boleh ke ikut SOP (Standard Operating Procedure) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)? Selain dari amalan kebersihan Pandemik COVID-19, SOP juga amat penting. Sebab kita berada di kawasan tempat kunjungan orang awam ni. Risau uiiii. 

Alhamdulillah anak-anak kata okay. Suami pun cakap boleh beri kerjasama untuk menjaga anak-anak jika mereka teruja sampai lupa diri seronok sangat. Haha. Maka, bermulalah kami plan untuk ke Sunway. Kami pilih tarikh selepas Raya Aidil Adha. Kos permulaan kami pada pakaian renang anak-anak yang kami beli di Decathlon. Sehelai RM 79. Sebab nak long sleeve dan seluar panjang satu suits. Selebihnya kos makan sepanjang penginapan korang kena fikir. Hahaha. Sarapan di hotel ada. Tengahari, petang dan malam korang boleh makan di Sunway Pyramid. Sambil shopping pakaian, beli gadget dan beriadah main ice scating, bowling dan archery.

Hari Pertama Seronoknya!


Ruby siapkan anak-anak, suami dan bag pakaian. Sekitar jam 1.30 petang kami bertolak dari Ampang, Selangor. Sampai di Sunway Pyramid Hotel sekitar jam 2.15 petang. Kami semua ke kaunter pendaftaran dan mohon untuk daftar masuk awal. Alhamdulillah ada bilik yang available dan kami memilih katil King. Boleh la semua sekali tidur sesama. Risau anak jatuh dari katil, macam biasa la ibu ayah tidur kepung anak kiri dan kanan. Hahaha. 

Semasa proses daftar masuk, Ruby suruh anak-anak dan suami duduk dulu. Kemudian staff hotel Encik Shafiq memberi kami "Welcome Drink" iaitu Jus Oren. Happy anak-anak Ruby bila uncle bagi minuman. Kami belum makan tengahari lagi. Hanya makan roti semasa sebelum perjalanan. Ruby tengok mereka happy dari jauh, sebab masih di kaunter pendaftaran. Pendaftaran masuk sangat mudah dan di bantu oleh Cik Elisa. Kemudian Ruby bayar RM 24 untuk parking 3 hari unlimited keluar masuk. Dah selesai daftar, Ruby pun dapat Welcome Drink. Kemudian kami bergambar di backdrop Ke Sana Ke Sini Ke Sunway. Teruja nak tengok bilik kami. Jom naik. Hehe. 

Bilik kami di tingkat 8. Dalam hati berharap dapat view Sunway Lagoon supaya boleh bagi keterujaan berganda kepada anak-anak. Tapi, dapat view bangunan bahagian atas Sunway Pyramid Mall. Terus cepat-cepat switch cerita tentang Pyramid dan Kepala Singa. Cerita pasal Pyramid di Egypt. Kemudian mereka nak ke dalam kepala Singa dan Pyramid tu pulekkkk. Ibu promise nanti ibu bawa ke sana. Hahaha. Anak-anak Ruby memang sentiasa sel-sel otak berhubung. Lagi pula Ruby dan suami jenis menepati janji. Sebab kami memang suka melayan anak-anak. Walau nampak macam cikgu tak bertauliah. Tapi itulah cara kami. Hehehe.

Ini bilik kami...


Makan Malam Di A Decade Sunway Pyramid



Selepas hantar bag semua ke bilik. Kami mencari makan malam di Sunway Pyramid. Punyalah banyak restoran dan cafe, kami buntu nak makan apa. Sebab kami jenis suka makan masakan Malaysia. Sup, kuew teow, asam laksa, nasi kerabu, teh tarik, milo tarik, teh o limau ais dan ayam goreng. Ha.. jenis camtu. Hehehe.


Makan malam bernilai RM 105.70. Terkejut juga la. Kenapa mahal? Tapi kami selera naga ketika itu. Lapar teruk. Hahaha. Layan!


Kami ada kamera Nikon Coolpix waterproof tu. Wayar pengecas dah missing in action. Suami Ruby cakap, takpe kita cari di Sunway Pyramid Mall aje. Mall besar tu. Mesti semua benda yang kita nak pasti ada! Yakin! Hehehe. Kami pusing-pusing dalam mall tu. Cari la kedai yang berkaitan. Kedai kamera, kedai wayar. Tapi, Ruby tengok penanda arah Digital Zone terpampang di ceiling. Ikut je lah. Mungkin ada wayar yang di cari. Yes memang ada! Alhamdulillah jumpa. Kedai tu siap cuba cas dan bagi waranti 3 bulan. Beli wayar pengecas kamera di Digital Zone RM 25 sajo!

Kemudian mencari mandian Carrie Junior di Guardian Sunway Pyramid dan Dequadin gula-gula mentol. RM 20 je shopping di sini. Sebab baru teringat shampoo dan mandian anak tiada. Kita nak pengalaman seronok di hotel. Bila ada mandian dan shampoo ni. Mereka happy. Mandi pun ikut giliran. Tiada pula nak ibu atau ayah mandikan. Cepatnyalah anak membesar.  Kami dah besiap-siap untuk tidur. Tapi ada yang masih lapar. Nasib baik bawa bekalan mee instant. 

Memori Indah 3H2M Ke Sana Ke Sini Ke Sunway

Alhamdulillah bilik yang selesa. Katil King Size tu muat ya untuk kami berempat. Hehehe.


Hari Kedua Seharian Di Sunway Lagoon Malaysia


Ruby nyenyak tidur, anak-anak dah bangun awal. Mandi, seterika pakaian, siapkan suami dan anak-anak. Kemudian Ruby turun ke Kaffeinate di Lobi hotel untuk ambil sarapan pagi. Ruby ambil 3 Nasi Lemak, 1 Bubur Nasi, 3 Jus Oren dan 1 Kopi Panas. Kami makan di bilik hotel. Lebih selesa dan anak-anak dengar cakap. Hahaha. Kalau buffet sarapan pagi, Ruby memang takda peluang nak makan kenyang. Sebab kena pergi bahagian cereal, bahagian masakan noodle dan American breakfast. Ruby perlu sediakan untuk mereka. What a relief bila musim bercuti norma baharu banyak bantu ibu-ibu. Syukur Alhamdulillah. 

Anak-anak pertama kali nak ke Sunway Lagoon. Tambahan pula ibu dah pergi melawat sebelum ni. Dapat pula bergambar dengan maskot Sunway Lagoon. Lagi la mereka tak sabar nak pergi. Plan asal, masuk Sunway Lagoon, kita enjoy di Amusement Park, Wildlife Zoo dan baru tukar pakaian mandi. Tetapi, hotel kami iaitu Sunway Pyramid Hotel ada pintu masuk melalui Surf Beach. Dekat sangat!!! Sebelah hotel sahaja. Siap ada kaunter tiket dan eskalator turun ke bawah. Memang mudah!

Dalam hati, "hey kenapa tak pakai baju renang terus". Hahahaha. Tapi husband cakap, "heyyy kita kena pakai elok untuk gambar. Takkan masuk Zoo dan main di Amusement Park pakai swimming suit ketat-ketat". Hahahaha. Maka, kami sampai je di pintu masuk Sunway Lagoon, imbas QR kod, imbas suhu kami berempat, sanitasi tangan dan badan. Kemudian kami di sapa oleh staff Sunway untuk beli waterproof phone case sebagai langkah berjaga-jaga supaya telefon pintar tidak dimasuki air. Kami pun beli RM 45, walau perancangan awal nak guna kamera Nikon tu aje. Hehehe. Seterusnya, kami mencari locker untuk tukar pakaian renang. Locker RM 45 bersaiz luggage dan boleh buka tutup ikut suka dari 10 pagi sampai 6 petang.

Water Park


Selepas tukar pakaian, kami ke Water Park terlebih dahulu. Adam sangat happy! Pergi cari gelongsor air. Lepas tu ada abang Lifeguards bantu dia "your next handsome boy". Terus dia bagi tahu Ruby yang abang tu panggil dia Handsome Boy. Ruby happy tengok dia happy. Lagi satu, baru Ruby nampak yang Adam ni berani mencuba. Banyak aktiviti yang dia dah buat bersama suami. Punyalah seronok kami tengok perkembangan dia. Subhanallah.


Surf Beach


Makan Tengahari Cubes Pizza


Dah puas bermain dari 10 pagi. Jam 1 tengahari kami dah pergi mencari makan. Pada mulanya nak makan di Marry Brown sebab dah biasa menu mereka. Tapi, kami suami isteri fikir, jom cuba menu lain di dalam Sunway Lagoon. Adam dah nampak Beef Pepperoni Pizza dan Alif dah nampak ice cream Nestle. Jadi, kami bertanya apa mereka nak makan. Sebab bila anak dah usia 4 tahun ke atas, mereka memang ada selera sendiri. Asalkan habis makan, ibu dan ayah ok. Kami pesan 3 set makanan. Semua RM 58. Hehe.

Nickelodeon Lost Lagoon


Seronok sangat berada di sini. Ibu bapa boleh bermain gelongsor air bersama anak-anak. Lepas tu ada Pizza lagi dekat situ. Di sini, ada tempat untuk kanak-kanak kecil juga. Air paras buku lali dan sumber air macan pancuran air hujan. Di bahagian SpongeBob pula ada baldi air yang akan penuh dan seterusnya mengalir deras. Jadi, korang kena sentiasa mengawasi anak-anak. 

Dari Nickelodeon Lost Lagoon kami menaiki train yang disediakan. Sepanjang di Sunway Lagoon, kami manfaatkan pengangkutan ni sepanjang masa! Kurang penat dan kami enjoy. Selepas turun penumpang, train ini akan disanitasi. Bagus kan?

Amusement Park


Selepas puas main air. Kami tukar pakaian untuk ke Amusement Park dan Wildlife Zoo. Di Amusement Park, kami main dua permainan sahaja. Ada penampakan anak-anak dah penat dan mengantuk. Minta dukung ni adalah tanda-tanda mereka nak tidur. Ketika berada di sini, ia adalah sekitar jam 3 petang. Hahaha. 


Wildlife Zoo & Pet Village


Anak-anak kami sentiasa teruja dengan animal. Di dalam bilik hotel, kami hanya pasang channel National Geography sahaja. Baru mereka duduk diam. Jadi, untuk kembalikan kesegaran mata. Masuk Zoo! Ya Masuk Zoo! Wildlife Zoo di Sunway Lagoon ni best sebab redup. Tak panas. Memang seronok sambil tengok White Tiger, Simba, Nala, Black Panther, Bird, Flamingo dan Sonic. Hahaha. Landak tu, anak-anak panggil Sonic. 

Jam 4 petang kami pulang ke bilik hotel dan suami sempat menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah aktiviti hari ini sangat bahagia. Semua happy. 

Tebus Baucar Makanan Ke Sana Ke Sini Ke Sunway


Selepas berehat dan selesai solat Maghrib, kami mencari makan malam. Kami pergi ke Sunway Pyramid Mall. Mencari Tiger Sugar dan Hazukido. Kemudian ke AEON Food Court untuk memesan masakan panas. 

Hazukido Croissants memberi 2 jenis croissants dengan syarat ia tidak lebih dari RM 13.50. Tetapi Hazelnut Chocolate Croissants sudah bernilai RM 11.20. Maka, Ruby kena tambah lagi RM 9. Hahaha. Untuk kedai pastries macam ni, Ruby sarankan korang pergi waktu siang. Sebab banyak pilihan. Dah malam-malam macam Ruby pergi beli, dah kurang Croissants dia. Alif pun sempat minta 1 kon scoop Häagen-Dazs bernilai RM 11.80. Makan ice cream sambil tengok orang main ice skating. Layan.

Balik bilik terus tidur. Krohh kroh krohh.

Hari Ketiga, Aktiviti Masih Diteruskan


Pada mulanya plan hari ketiga adalah makan sarapan pagi dan daftar keluar terus pulang ke rumah. Tapi, kami belum habis menggunakan baucar aktiviti di Sunway Pyramid. Jadi, kami daftar keluar dari Sunway Pyramid Hotel dan di bantu oleh Cik Logah. Kemudian kami hantar luggage dan bag lain-lain ke dalam kereta. Naik atas dan habiskan masa untuk tebus semua baucar Ke Sana Ke Sini Ke Sunway.


Ice Skating


Baucar Ice Skating untuk 2 orang sahaja. Jadi Ruby dan Adam cuba untuk bermain. Ruby dah terlalu lama tak main ice skating. So macam budak baru belajar la kan. Semasa di sini, kami dapat sesi 10am hingga 12pm. Tapi tak main lama, sebab Adam dah start berair mata. Dia takut sangat. Tambahan pula, waktu kami masuk tu lah ramai yang dah handal meluncur duk lalu lalang. Hehehe. Ada pula yang jatuh. Hahahaha. Aduii lagi la panik si Adam. Tapi takpa, baru pertama kali. Next time datang balik ye Adam. Wajib korang pakai stokin dan sarung tangan ye. Ruby tak bawa sarung tangan, jadi kena beli. RM 9 sepasang. 

Star Archery


Sukan memanah ni paling kami suka. Cuma di Kuala Lumpur tak banyak tempat macam ni. Di Star Archery, ada guru mengajar bagaimana ingin memanah dan target sasaran. Nampak lengkap dengan busur besar, anak panah panjang dan ada sarung tangan dan wrap support lengan tu. Oleh kerana Ruby dan Adam main Ice Skating tadi, kaki dah sakit. Hahahahaha. Jadi kami serahkan kepada suami aje main. 1 busur dan 12 x 4 anak panah. Lenguh tangan dia. Hahahha. 48 anak panah! Hahahahaha.

Bowling 


Kami dah pancit lenguh tangan dan kaki. Tapi anak-anak paling excited nak main bowling. Main bowling di sini sangat comel untuk kids. Kaki ayam sahaja. Hehehe. Ibu ayah je kena pakai kasut. Sewa sepasang RM 3. Total RM 6. 1 game tu 10 kali bleh main bowling. Jadi, bila dah campur anak, jadi 40 kali la temping bowling. Gituhhh. 

Penat main semua aktiviti. Kami makan LlaoLlao & makan tengahari di Food Court AEON Sunway Pyramid. LlaoLlao untuk satu Sanum dan satu Small dengan 3 topping bernilai RM 32.70. Ruby bayar dengan TNG eWallet yang kerajaan Malaysia bagi melalui ePenjana tu. Hehehe. AEON Food Court memang terkenal dengan Sizzling Yee Mee yang sedap. Dari kecik ke besar. Memang sini the best Sizzling Yee Mee. 


Kiraan Belanja Ke Sana Ke Sini Ke Sunway


Hari Pertama 

Parking Hotel (3pm 2/8/2020 - 11.59pm 4/8/2020): RM 24
Makan malam A' Decades: RM 105.70
Guardian: RM 20
Digital Zone: RM 25
Jumlah: RM 174.70

Hari Kedua

Sunway Lagoon Water Resistance Phone Case: RM 45
Locker (Luggage): RM 45
Makan tengahari Cubes Pizza: RM 58
Nestle Ice Cream: RM 6
Hazukido Hazelnut Chocolate Croissant: RM 9
AEON Food Court: RM 25
Häagen-Dazs: RM 11.20
Jumlah: RM 199.20

Hari Ketiga

Ice Skating Hand Glove 2 pasang: RM 18
Bowling Shoes 2 pasang: RM 6
LlaoLlao Ice Cream: RM 32.70
AEON Food Court: RM 20
Jumlah: RM 76.70

Jumlah keseluruhan: RM 450.60

Alhamdulillah dari jumlah tersebut, kami masih berada di dalam budget yang telah ditetapkan. Hehehe. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih Sunway City kerana menyediakan tawaran promosi RM 499 yang harga asalnya RM 1599. Kami dapat berjimat sehingga RM 1000! 

17 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. dah lama tak pi sunway lagoon. macam best je. harga tu untuk 3d 2n memang berbaloi2 la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. RM 499 utk accommodation pun dah ok. Belanja harian pun boleh control lagi jimat kalau takda terlupa mandian anak, charger kamera hilang dan tak makan mahal. Hahahaa

      Padam
  2. Sekali sekala memang sronok dpt staycation dekat hotel mewah kan. Glad that you enjoyed your staycation. Have a good weekend, Puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Anak dah besar boleh enjoy lebih sikit. Compare masa mereka kecil. Akak duk tepi jaga baby. Kena menyusu lagi. Hehehe

      Padam
  3. ewah kemain seronok baring sambil pakai mask anak beranak! dah lama BBL tak pergi jalan2 ke sunway lagoon.. rindu nak masuk zoo tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe. Kalau pi travel duk tidoq hotel. Pastikan bawa facial face mask. Legaaaa kulit muka. Hehehe

      Padam
  4. Bestnya semua benda ada dekat Sunway Pyramid tu. Memang seronok tak terkata la anak-anak dapat main water park dengan amusement park dekat Sunway Lagoon. Berbaloi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Hikmah COVID-19, pengunjung jaga Penjarakan Fizikal. Kita nak main game pun tak beratur lama. Happy sangat. Lagi satu Sunway Staff memang jaga SOP. Sentiasa bersihkan semua tempat kerap orang ramai pegang atau duduk.

      Padam
  5. Pwegh murah sgt 499 dpt buat semua tu.. 3 hari dua malam.. Siap dekat sunway lagoon, shopping ma.. Haritu ade nmpk tapi tu la.. Dia buka waktu kita tengah berjimat.. Hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Kebetulan masa tu elok dah PKPP. Terus sambar. Pergi pun cepat-cepat. Risau juga COVID-19 muncul balik. Dah tak boleh pi kemana-mana nanti dengan anak-anak. Alhamdulillah ada kenangan sebelum masuk sekolah rendah. Nanti dah busy dengan education. Takleh la nak berjalan sangat. Hahaha

      Padam
  6. Berbaloi betul bercuti dekat sini! dekat je dengan rumah. boleh lah relief stress sikit sebab berkurung je time pkp ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Main air dengan water sport yang bagus. Akak turun juga kalori duk aktif tiga hari ni. Dekat Sunway Lagoon aje dah 10,000 steps achievement. Hahaha

      Padam
  7. Dah lama tak pi Sunway Lagoon. Tapi berbaloi dengan pakej percutian macam ni. Anak-anak enjoy. Mak ayah pun happy.

    BalasPadam
  8. seronoknya budak dua ketul tu berjalan.. hee~ nak pergi jejauh macam berkira-kira mengejar masa, yang dekat pun dah habis best ni.. kalau nur aiman dan nur aina tau lah pasal ni, mau hujung minggu ni juga dorang ajak ke sana ke sini..

    BalasPadam
  9. entrance ke sunway lagoon tu memang include dalam pekej rm499 tu ke ruby?? menarik sgt ni! jimat berganda ganda..

    BalasPadam
  10. Bilalah dapat pi Sunway ni, seronoknyaaa... anak-anak dah besar rasa mcm best juga kalau dapat masuk Sunway ni ek...sebab aktiviti dia tak membosankan dalam tu... tengah harga promo ni, memang berbaloi lee beli...

    BalasPadam
  11. Bila anak2 happy, kita pun akan happy berganda2 kan :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال