Semak & Mohon Rayuan Penempatan Murid Tahun 1 Bagi Sesi 2021

Assalammualaikum semua! Tarikh yang Ruby nantikan sudah pun tiba. Rasanya semua ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki sekolah akan menantikan tarikh keramat ini iaitu 1 Ogos 2020. Setelah bersusah payah mengisi borang lengkap, pening memikirkan sekolah pilihan. Kemudian perlu hantar ke sekolah pilihan. Tambahan pula di waktu negara sedang melawan Pandemik COVID-19. Ada ibu bapa tidak sempat hantar borang lengkap kepada pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha menambah waktu untuk borang di hantar dengan syarat patuh SOP. Hantar borang hanya di kaunter pengawal keselamatan dan guru membantu dari situ. Cuaca panas dan guru menanti ibu bapa. Ibu bapa berusaha ke sekolah. Semuanya demi anak bangsa Malaysia. Syabas!

Semak & Mohon Rayuan Penempatan Murid Tahun 1 Bagi Sesi 2021

Tahun 2021 nanti, Adam Solihin anak sulong Ruby akan memasuki Tahun 1. Mestilah kami teruja. Setiap kali Adam masuk sekolah, kami excited. Huwaaa anak Ibu dah besar. Kami suami isteri memilih sekolah siap pergi ke sekolah untuk tengok dari jauh. Bukan hanya mencari di pakcik Google. Kami memang serius bab memberi pendidikan kepada anak kami. Kami bukannya orang kaya, tapi pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia harus kita ambil sebaiknya. Peluang untuk belajar dan menjadi insan berguna bermula dari Sekolah Kerajaan. Pendidikan percuma, malah mengikut skema terkini yang sesuai untuk perkembangan anak-anak kita. 


Seawal 1 March 2020, Ruby isi borang dalam talian dan 2 March 2020 terus hantar ke sekolah pilihan. Kerani sekolah sangat baik melayan kami dan terus mengambil dokumen. Kemudian, Ruby perlu isi buku log kemasukan murid tahun 1 yang sudah hantar dokumen. Doa Ruby terus bermula dari situ untuk Adam. 


Cuma, pada 1 Ogos 2020 semasa membuat semakan. Ruby hampa. Sekolah yang ditempatkan adalah sekolah lain. Seperti yang korang sedia maklum. Ruby dah melawat setiap sekolah berdekatan. Ruby tengok persekitaran, di mana Ruby boleh parking kereta. Sebab kami suami isteri hantar dan ambil Adam balik dari sekolah. Terus memori semasa melawat sekolah yang pada ketika itu, sekolah itu tidak memenuhi piawaian kami. Hehehe. 

Sekolah yang ditempatkan itu juga berada di tepi lebuhraya. Ibu bapa perlu ambil anak di bahagian pintu gate kedua. Di situ jalan agak sesak dengan urusan kedai makan peniaga. Laluan ke luar masuk adalah sehala. Tetapi ketika kami masuk, ada kenderaan penduduk yang sesuka hati melawan arus untuk keluar. Ruby sangat tidak selesa dalam bab tidak mengikut peraturan ni. Memang akan stress. I tak suka persekitaran macam tu.

Mohon Rayuan Untuk Adam

Ruby berkeras ingin kan sekolah tersebut. Biarlah orang cakap Ruby sejenis kompetitif. Tapi, ia untuk pendidikan anak Ruby dan memudahkan Ruby untuk hantar dan ambil Adam setiap hari. Kehadiran ke sekolah amat penting ya. Bukan mudah untuk cipta keseronokan belajar di sekolah. Kerana ia bukan sekadar seronok. Ia akademik yang Ruby sentiasa bersyukur. Ilmu perlu di cari walau kita kemana-mana. 

Proses membuat permohonan rayuan sangat mudah. Anda hanya perlu klik RAYUAN di tepi sahaja. Nanti akan terpapar informasi dan sebab anda ingin sangat ke sekolah tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Selangor tahu jarak rumah kita yang dekat dengan sekolah pilihan. Cuma, mereka akan pilih yang paling dekat. Jadi, sebagai ibu bapa. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk membuat rayuan dan menerangkan sedikit situasi yang kita alami dalam 250 aksara. Jadi, silalah masukkan informasi berkenaan sahaja. 

1 Ogos 2020, semak dan buat rayuan terus. Buat cepat, supaya kita memudahkan urusan Pejabat Pendidikan Daerah untuk melakukan penempatan kepada anak-anak kita. Semoga permohonan rayuan ni berjaya. Doakan ya. InsyaAllah. Ruby sentiasa berdoa dan Solat Istikharah semoga dipermudahkan urusan. Pilihan kita inginkan kehidupan yang dipermudahkan dan diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga urusan kalian juga dimudahkan. InsyaAllah. 

16 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Semoga dipermudahkan anak2 nak ke sekolah musim2 covid ni kan ruby..

    BalasPadam
  2. dah try nak check untuk anak tahun depan. tapi takde rekod. tel sekolah pula tak angkat. hope dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
  3. musim pandemic ni, risau tgk budak2 masok skolah :(

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkn urusan ruby. Kita mak2 ni mestilah nak sekolah dekat tapi dalam masa sama tak leceh nak ambil anak. Paham perasaan ruby

    BalasPadam
  5. Dah nak darjah 1 dah si Adam encem ye. Moga dipermudahkam urusan Ruby mendapatkan sekolah yang better untuk Adam kelak.

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan urusan.. Nad pun haritu isi utk fariza tapi tahun 2022..harap dpt sekolah yang diharapkan.. Sebb dekat dengan rumah.. Memng kalau boleh sekolah anak yang dipilih bgi memudhkan ibu bapa juga

    BalasPadam
  7. Semoga dimudahkan urusan anak anak yg nak masuk Tahun 1 2021 nanti.. Cabaran new normal....

    BalasPadam
  8. Alamak akk x semak lagi. Tq ruby sharing this.. harap2 ameer dptla sek yg berdekatan

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, semoga nanti bila dah masuk sekolah, belajar rajin-rajin dan dapat no 1 bila tiap kali exam. :) Teringat pulak zaman awal2 nak masuk sekolah. macam2 perasaan ada. :)

    BalasPadam
  10. Bagus Ruby pentingkan pendidikan anak2. Sekarang semua registration buat online je kan. Memang mudah. Bagus juga pergi tengok sekolah sendiri depan mata

    BalasPadam
  11. Ya sebaiknya cari sekolah yang mudah dan dekat dengan kita utk ambi... selalunya bila buat rayuan dapat tu insyaAllah... moga dipermudahkan.

    BalasPadam
  12. Ya memang kena buat yang terbaik untuk pendidikan si kecil kan. Kalau boleh tentulah dihantar ke sekolah yang lebih ideal. Semoga dipermudahkan.

    BalasPadam
  13. Thanks for the sharing, semoga semua dipermudahkan and hopefully you get it.

    BalasPadam
  14. wah... guess i got to do all this in future... thanks for sharing this so i can learn it too

    BalasPadam
  15. Berapa lama baru kita boleh tahu rayuan berjaya atau tidak ye?

    BalasPadam
  16. Dapat ke idak lepas buat rayuan? Sy trkejut sbb permohonan kali prtama dpt skolah jauh. Kmdian sy buat rayuan tp xdpt juga. Sekolah kedua pun jauh juga sedangkan skolah yg sy mohon tu hnya brtentangan dgn rumah dlm tmn perumahan sy ni. Abang kakak dia ada di sekolah diminta tu. Mcmana nk buat lagi yer... Kemana nk mengadu ni?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال