Jom #SokongLokal Dan Dapatkan Syiling Emas Edisi Terhad Upin Dan Ipin Di Pameran Merdeka HABIB | Assalammualaikum semua! Comelnya Upin & Ipin ni kan? Kebiasaannya, koleksi Upin & Ipin yang Ruby miliki untuk anak-anak adalah dari segi cenderahati dari jenama susu, t-shirt dan makanan minuman Upin & Ipin. Anak-anak lelaki Ruby memang happy dan sudah menjadi perkara wajib apabila beli groceries, mesti ada biskut Upin & Ipin. Tapi, hari ini. Ruby lagi seronok apabila ada koleksi syiling emas Upin & Ipin. Sebab, emas ni bukan tertumpu kepada wanita sahaja kan? Boleh lah Ruby pupuk semangat anak-anak mengenali emas. Simpan dalam bentuk syiling mula-mula, lepas ni simpan dalam bentuk bongkah emas pun okay. InsyaAllah. doakan ya.
Jom #SokongLokal Dan Dapatkan Syiling Emas Edisi Terhad Upin Dan Ipin Di Pameran Merdeka HABIB
Pengeluar barangan kemas tempatan, HABIB untuk julung kalinya meraikan Kempen Merdeka yang disambut setiap tahun dengan satu kelainan pada kali ini. Majlis pelancaran kolaborasi antara Habib dan Les’ Copaque telah telah diadakan di IOI City Mall dan dihadiri oleh wakil kedua pihak. Kolaborasi ini dilancarkan oleh Dato Sri’ Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar LG, IOI City Mall, Putrajaya.
HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal Upin & Ipin merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen HABIB pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin & Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan sahaja menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam pelaburan emas serta memupuk tabiat bijak berbelanja.
Animasi Upin & Ipin telah berjaya melebarkan sayap ke segenap rumpun di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Malahan video muzik animasi Goyang Upin & Ipin juga telah mendapat jumlah tontonan sehingga 31 juta di saluran Youtube Les’ Copaque Production. Pencapaian ini cukup membanggakan tambahan pula ianya merupakan hasil anak tempatan dan HABIB juga tidak kurang hebatnya. HABIB pada masa yang sama telah berjaya meraih pelbagai anugerah di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Syiling Emas Edisi Terhad Upin Dan Ipin
Perasmian syiling emas Upin & Ipin seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118 adalah kemuncak kepada Pameran Merdeka HABIB yang berlangsung dari 27 Ogos hingga 6 September 2020. Selain daripada menjadi penghias koleksi terhad syiling emas, kembar seiras ini berkongsi jalan cerita yang hampir sama dengan HABIB di mana Upin & Ipin membesar secara sederhana di Kampung Durian Runtuh. Manakala kisah HABIB bermula di Pulau Pinang iaitu di Bangunan Jawi Peranakan. Ia adalah kedai pertama HABIB yang sekarang sudah berusia lebih 100 tahun. Ia adalah permulaan kepada kejayaan yang membanggakan pada hari ini.
Kempen #SokongLokal Dan Pameran Merdeka HABIB 27 Ogos 2020 Sehingga 6 September 2020 Di IOI City Mall, Putrajaya
Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini. Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini.
Emas 916 Bernilai RM 265/Gram Dan Tanpa Upah
Seperti stok dan bon, emas juga merupakan satu bentuk pelaburan yang menjamin masa hadapan kerana harganya sentiasa meningkat. Malah, harga bagi emas dilihat meningkat sehingga 30 peratus pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia. Tiada bentuk pelaburan lain yang lebih menguntungkan seperti pelaburan emas. Anda tidak akan rugi. Percayalah! Jadi, segeralah ke HABIB berdekatan anda!
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka HABIB yang sedang berlangsung dari 27 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Jom dapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka Upin & Ipin.
Mengenai HABIB
HABIB adalah jenama barangan kemas yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan sejarah lebih 60 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan barang kemas. Dibangunkan pada tahun 1958 oleh Allahyarham Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif, syarikat pemilikan keluarga ini mula beroperasi di bulik pameran yang pertama di jalan yang terkenal dengan deretan kedai emas di Pulau Pinang iaitu Pitt Street.
Di bawah kendalian anak Allahyarham, Dato’ Sri Meer Sadik Habib, kumpulan HABIB juga telah melebarkan sayapnya ke beberapa jenama. Jenama-jenama yang bergabung di bawah payung HABIB termasuklah jenama perhiasan Hearts On Fire® - World’s Most Perfectly Cut Diamond®; Pandora iaitu pembuat berangan kemas dari Denmark; jenama jam tangan mewah yang berpatutan Ice-Watch dari Belgium; Jenama barang kemas Perancis Les Georgettes oleh Altesse; dan jenama barangan kemas Britain yang berpusat di London, Stephen Webster.
HABIB kini telah berdiri megah menjadi antara pengeluar barangan kemas utama di Malaysia dengan menerima permintaan daripada Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh benua Asia termasuklah Brunai, Indonesia, Singapura dan Hong Kong.
Mengenai Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. merupakan penghasil Hak Intelek (IP) dan pemilik kepada karakater animasi 3D paling popular di Asia Tenggara, seperti, dan tidak terhad kepada animasi terkenal 3D yang ikonik Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, dan lain-lain. Syarikat serta IP tersebut telah merangkul pelbagai anugerah sepanjang penghasilan mereka dan turut berjaya menceburi pelbagai bisnes lain termasuk perlesenan dan dagangan barangan, rangkaian restoran, aplikasi dan permainan dalam talian, makanan dan minuman, dan pelbagai lagi.
Nama Les’ Copaque berasal daripada istilah yang digunakan didalam permainan kad yang berbunyi ‘last kopek’, yang bermaksud kad terakhir yang boleh diambil. Kad tersebut biasanya membawa impian dan harapan untuk memenangi permainan kad tersebut. “Kami gunakan mentaliti ini dalam cara kami melakukan kerja. Kami memberi yang terbaik dalam usaha mencipta harta intelektual yang berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, sasaran utama kami ialah untuk menjadi syarikat produksi media yang pakar dalam menghasilkan harta intelektual yang mempamerkan bakat tempatan dan budaya Malaysia.”
Mengenai Upin & Ipin
Upin & Ipin adalah sebuah siri animasi televisyen Malaysia yang dicipta, diterbitkan dan merupakan hak milik Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Siri animasi ini membawa penonton untuk bersama-sama merasai keseronokkan kehidupan di kampung dari pandangan kanak-kanak lelaki kembar iaitu Upin dan Ipin yang kini sudah memasuki musim ke-14. Huruf ‘U’ dan ‘I’ di permulaan nama Upin & Ipin membawa maksud ‘You & I’ bertujuan agar menjadi animasi yang sentiasa dekat di hati dan boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.
Ikuti HABIB:
www.habibjewels.com | www.facebook.com/habibjewels | www.instagram.com/habibjewelsofficial | www.youtube.com/HABIB
Ikuti Les' Copaque Dan Upin & Ipin:
www.lescopaque.com | www.facebook.com/upinipinofficial | www.instagram.com/upinipinofficial | www.youtube.com/lescopaque
Tags
Kecantikan
Dapat gak event ni tapi tak sempat pg hari tu tqpi story dah up gak cuma terlepas la nak dpt syiking Upin Ipin... anggap xde rezeki huhu..
ردحذفwah.. lepas ni boleh la beli syiling emas edisi upin ipin ni kan..Untuk simpanan masa depan kena beli ni...
ردحذفada kawan atie mmg jenis suka kumpul syiling mcm ni... sure she excited tgk this one
ردحذفwahhh baguslah HABIB buat kerjasama dengan Upin&Ipin. sambil berniaga boleh support industri tempatan sekali.
ردحذفwahhh upin ipin pon sekarang berkolaborasi dengan Habib. hebat betul ! bukan calang2 nie. syoklah kakrubu dapat syiling emas tu. ramai buat koleksi sekarang nie
ردحذفsatu pelaburan terbaik dengan membeli emas ni..simpanan yg ada harga untuk jangka masa panjang
ردحذفPandai HABIB buat kempen macam ni. Kalau anak2 tengok upin ipin ni mesti suka
ردحذفMesti comelkan emas dari upin ipin hehehe ada gambar mereka kalau pengumpul emas suka lah ni hurmm buat pelaburan bagus...
ردحذفGabungan yang hebat. Untung simpan emas ni. Tak susut nilai dek masa. hehe makin bertambah koleski emas kak Ruby ye
ردحذفGood effort and collaboration habib also les copaque . Terbaik kolaborasi mereka. Duit syiling upin ipin tu rare sungguh kalau dapat
ردحذفEna ni memang peminat emas. Pantang tengok design cun2 ni. Sebab berbaloi simpan ntk pelaburan masa depan.
ردحذفKempen ni bagus untuk membantu ekonomi negara sekarang... Peminat peminat emas saya rasa boleh lah buat koleksi syiling emas pula... Yang pertama kali, mungkin boleh mulakan dengan design upin dan ipin.. hehehe...
ردحذف