Ayuh Bangkit Wanita Dan Sertai Noir Mobile Dengan Modal Serendah RM 69 | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin kongsikan berita gembira tentang cara untuk menjana pendapatan dalam perniagaan kecantikan dengan menjadi Noir Mobile iaitu sebagai dropship sah Noir Health Beauty. Produk Noir mendapat sambutan hangat di pasaran dek kerana formulasi bahan yang berkualiti, halal dan pengasasnya yang sememangnya cantik. Apabila korang join Noir Mobile, bantuan pemasaran dan team sudah tersedia untuk anda.
Ayuh Bangkit Wanita Dan Sertai Noir Mobile Dengan Modal Serendah RM 69.
Bermodalkan RM 69 dan dengan hanya membeli Noir UV White Foundation sudah melayakkan korang menyertai Noir Mobile. Malah, akan mendapat 10% diskaun untuk setiap pembelian seterusnya. Jom daftar di www.noirbusiness.com.my/pendaftaranbaru
Program Noir Mobile telah dilancarkan pada 5 September 2020 dengan harapan ia dapat membantu suri rumah, mereka yang aktif di media sosial dan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dengan cara mudah. Hanya menggunakan gadget sedia ada, anda boleh terus menjual dan menjana pendapatan. Jangan lepaskan peluang hebat ini. Jika, anda ingin mencari informasi berkenaan Noir. Terus membaca blog Ruby. Semua kekuatan untuk korang terus yakin bersama Noir ada di sini.
Maksud Noir
Perkataan Perancis Noir bermaksud warna hitam. Madammu iaitu Puan Eriyca Baiduri menyukai warna hitam. NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, syarikat yang telah membawa produk kecantikan halal dan premium yang meluas di seluruh negara dan telah mengatasi jenama homegrown yang lebih mantap dalam menembusi industri kecantikan di negara-negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan bahkan Dubai. Rumusan produk kami menekankan pentingnya vegan, bebas kekejaman dan akan terus berkembang untuk pengguna setia kami. Berdaftar di CCIC (Coalition for Consumer Information on Cosmetics), syarikat ini bertujuan untuk terus memberi komitmen untuk tidak bertolak ansur kepada ujian terhadap haiwan dalam semua produk Noir.
Tentang Pengasas: MADAMMU
Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.
Dalam jangka masa yang berpanjangan, perkongsian gaya hidup dan rutin kecantikan Madammu di media sosial telah mewujudkan fenomena dalam industri kecantikan tempatan. Keterampilan dan pengetahuan Madammu dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk tampil cantik dengan mengambilkira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri. Selari dengan kesedaran kecantikan secara alami, Madammu berkeputusan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang halal dan premium yang paling ideal untuk setiap orang. Oleh itu, wujudlah Noir.
Pencapaian Syarikat
Madammu bersungguh-sungguh menerapkan betapa pentingnya memanfaatkan elemen alami dan botanikal yang digabungkan secara alkimia untuk rangkaian produk kecantikan premium halalnya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama sepasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu diiktiraf antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka dan dipaparkan dalam majalah Nona penerbitan Januari 2020. Bukan hanya menaikkan keyakinan diri dan jaminan produk melalui program keusahawanan oleh syarikat, malah membolehkan usahawan jenama Noir menjana aliran pendapatan tetap mereka sendiri.
Sentiasa melangkah ke hadapan dengan kedudukan jenama Noir untuk kekal relevan dan jaminan yang kuat untuk pelanggan yang sedia ada dan juga bakal pelanggan untuk mencuba produk adalah pemangkin utama untuk berkembang di mana-mana industri. Oleh itu, ini sangat bermakna bahawa Noir menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan". Pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat dalam menghargai usaha mereka untuk terus maju dalam industri.
Teras Syarikat
Kekuatan Team Noir
Sejak penubuhan pada 3 tahun yang lepas, Noir telah membantu lebih 2,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Begitu ramai di kalangan team Noir yang telah berjaya walaupun kebanyakan daripada mereka suri rumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan.
Berkat daya usaha mereka sendiri untuk bangkit untuk ubah hidup, bimbingan daripada pengasas Noir, Madammu, yang sentiasa memberikan sokongan dan strategi pemasaran Noir yang menyeluruh dari segi dalam talian dan luar talian, Noir telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan antara 5-6 angka secara konsisten setiap bulan.
Setelah menyertai Noir, ramai yang telah merealisasikan impian masing-masing dalam membantu keluarga dari kesusahan dan kesempitan, sehingga ada yang mampu memiliki kereta dan rumah idaman.
Apakah Bangkit Wanita?
Bangkit Wanita adalah salah satu PLATFORM dari Noir untuk membantu wanita untuk lebih yakin dan berjaya bertindak lebih berani untuk mengubah taraf kehidupan sedia ada.
Webinar ini menampilkan founder Noir, Madammu, dalam berkongsi perjalanan beliau dalam bisnes kecantikan. Bangkitkan kuasa wanita. Ketahui formula kejayaan MADAMMU!
Seperti mana yang ramai sedia maklum apabila negara kita bahkan seluruh dunia dilanda wabak pandemik, begitu ramai yang terjejas dari segi perjalanan kehidupan seharian. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan, ada yang terpaksa tutup perniagaan akibat terjejas teruk dan ada juga yang kehilangan tempat bergantung. Situasi ini telah menyebabkan begitu banyak kehidupan yang terhenti seketika sepanjang PKP tempoh hari.
Noir faham dan begitu prihatin di atas situasi ini, dan kami percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team Noir hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari cabaran dan halangan yang menghimpit ini.
Demi untuk survival kehidupan, bertindak Bangkit Wanita. Noir sedia membantu.
Kenapa perlu Bangkit Wanita?
Bangkit Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan.
Inilah masanya untuk berusaha demi merealisasikan impian melalui hasil usaha diri sendiri. Bukan itu sahaja, sudah tiba masanya untuk mempunyai simpanan sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun keluarga. Inilah masanya untuk membalas jasa yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa. #BangkitWanitaBangkit Untuk Kebahagiaan.
Marilah melaburkan masa, tenaga dan harta untuk memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik! Kita sebagai wanita juga boleh menjadi penyumbang dan berikan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk keluarga, terutamanya anak anak. Sebagai seorang isteri dan juga ibu, inilah pengorbannya. #BangkitWanitaBangkit Untuk Capai Matlamat Hidup Dan Financial Freedom.
Siapa yang inginkan masa depan yang lebih cerah dan terjamin? Siapa yang tak inginkan gaya hidup yang diidamkan? Sama ada untuk mengumpul hara mahupun menikmati percutian impian, ini semua bergantung pada #BangkitWanita.Bangkit Untuk Berkuasa Atas Hidup Sendiri.
Sampai bila kita nak biarkan orang lain yang tentukan corak kehidupan kita? Sudah tiba masanya untuk kita corak kehidupan sendiri, bak kata pepatah be your own boss. Cabar diri dan lihat sejauh mana kita boleh melangkah kerana inilah masanya untuk #BangkitWanita.Bangkit Dari Kegagalan.
Gagal dalam kehidupan, itu perkara biasa. Yang menjadi luar biasa adalah apabila kita bangkit dari kegagalan itu! #BangkitWanita sebagai salah satu platform untuk memulakan kerjaya. #BangkitWanita pasti berjaya ke menara gading demi untuk masa depan yang lebih cerah.
Matlamat Bangkit Wanita
Webinar Bangkit Wanita melancarkan pakej-pakej menarik untuk membolehkan ramai wanita untuk bangkit berubah dengan menyertai team Noir.
Pelancaran pakej sebagai Noir Entrepreneur dengan modal serendah RM550. Noir pasakkan matlamat yang tinggi menjelang tahun 2021 untk menghasilkan seramai 1,000 Noir Entrepreneur yang menjana pendapatan lebih RM10,000 secara bulanan.
Di samping itu, buat pertama kalinya, Noir memperkenalkan program keusahawanan baru di bawahnya, iaitu Noir Mobile. Bermodalkan hanya dengan pembelian satu unit UV White Foundation RM 69 dapat melayakkan anda menjadi sebahagian daripada keluarga Noir yang kini semakin berjaya. Sasaran Noir untuk melahirkan seramai 10,000 Noir Mobile sehingga penghujung tahun 2020, dengan pendapatan bulanan konsisten lebih daripada RM1,000.
Sertai Bangkit Wanita Bersama Noir
Mengenai Noir Health Beauty
NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Dan Noir terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.
Formulasi produk kami menekankan pada kepentingan dari segi vegan, tiada ujikaji ke atas haiwan dan mewujudkan kesedaran dalam kelestarian untuk berkembang dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami.
bagus la..kos pun tak mahal mana pun kan. boleh la sesiapa nak join untuk tambah pendapatan sampingan. die suka warna hitam tapi tema produk die warna purple.hehe.
ردحذفKannnn. Nama unik dari fav things founder, produk brand warna purple kewanitaan gitu.
حذفwahhh berjaya jana pendapatan sampai 10,000 sebulan! Memang bagi semangat untuk wanita bangkit dari platform ni. All the best Noir!
ردحذفBetul. Sebab produk kecantikan juga akan bg semangat untuk mereka terus jaga penampilan. Hehe
حذفsaya suka program macam ni. boleh bantu suri rumah. Dengan guna fon je boleh tambah pendapatan dan bantu suami.
ردحذفSelalu nampak founder produk ni buat live.. beli produk terus dpt peluang berpeluang sertai Noir.. peluang baik utk jana income
ردحذفBagus Madammu buat program macam ni. Dapat bantu ramai wanita, surirumah terutamanya utk jana income sendiri dari rumah sambil jaga anak. Kos nak start pun mampu milik. Good luck utk mereka yg nak join Noir Mobile
ردحذفI am fully support. as a woman, we can now become entrepreneur by joining Noir Mobile - dropship of Noir Health Beauty and become financially independent now.
ردحذفInisiatif yang dapat.membantu mereka dimliat sana untuk berjaya dan mempunyai pendapatan sendiri. Syabas NOIR
ردحذفDengan RM 69 je kita boleh start business dengan NOIR? Bagus nya!
ردحذفBagusnyaa, sambil mempromosi, dia menjual, kemudian dia mengajak plak wanita sama meniaga then bagi motivasi dan galakkan kepada mereka, sangat suka cara macam ni! Macam nak cuba plak produk dia..
ردحذفBagusnya ada platform sebegini untuk wanita :) Inilah masa untuk kita bangkit berdiri maju.
ردحذفBagus initiatve ni.. dapat membantu wanita diluar sana samada berkerjaya ataupun suri rumah untuk menjana pendapatan tambahan.
ردحذفSanhat bagus program ni ye.. Wanita sekrg kene bangkit, kene kuat. Wanita sekrg kena ada semnagat utnuk maju.. Noir ni pun jenama dh dikenali
ردحذفSelalu lalu kat highway nampak jenama ni kat billboard. Memang suka tengok produk dia. Bagus inisiatif untuk membantu wanita diluar sana kan terutama suri rumah.
ردحذفNasib kita bukan wanita kalau tidak dah join Bangkit ni hehehehe wakakakaka satu program yang bagus dan juga dapat membantu wanita luar sana untuk menjadi usahawan dan tambah pendepatan...
ردحذفHeyyy boleh tau join. Bangkit Lelaki. Kulit wajahmu harus dijaga! Hehehe
حذفSiapa kata suri rumah tak boleh berjaya kan. Tengok betapa ramai yang mampu bangkit lepas join Noir. Modal pun rendah. Sangat membantu wanita di luar sana.
ردحذفBerpatutan betul harga RM69 tu boleh jadi ahli dropship terus. Sesiapa yang mencari peluang perniagaan boleh start dengan ni juga.
ردحذفmesti elok produk noir ni sampai boleh terima banyak award. program keusahawanan noir ni memang murah. sesuai utk semua peringkat umur untuk join
ردحذفWanita sekarang semakin kedepan. Surirumah pon boleh berjaya dan menjadi inspirasi buat org lain. Hebat pencapaian mereka. Pasti memberi inspirasi buat wanita lain di luar sana
ردحذفInitiative yang bagus and modal entry untuk business ni pun reasonable.
ردحذفCantiknya founder Noir , berseri seri muka dia..mesti produk dia pun ok..boleh cuba nanti..btw Modal Serendah RM 69 tu menarik :D
ردحذفCantiknya founder Noir , berseri seri muka dia..mesti produk dia pun ok..boleh cuba nanti..btw Modal Serendah RM 69 tu menarik :D
ردحذفCantiknya founder Noir , berseri seri muka dia..mesti produk dia pun ok..boleh cuba nanti..btw Modal Serendah RM 69 tu menarik :D
ردحذفBagusnya benda macamni. :) Thanks for sharing
ردحذف