Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai RM 125 Dari Eye Pro Vision, Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi!


Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai RM 125 Dari Eye Pro Vision, Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi! | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby ingin kongsikan dengan korang cerita berkenaan cermin mata. Seingat Ruby, Ruby tidak pernah bercerita in detail tentang di mana Ruby beli cermin mata, berapa banyak preskripsi bacaan rabun mata dan bingkai trendy beli di mana. 

Sepanjang Ruby memakai cermin mata, banyak pancaroba telah dilalui. Terutamanya bab harga mahal dan rekaan bingkai dan cermin terlalu formal. Pernah buat cermin mata bernilai ribuan ringgit juga walaupun ketika itu preskripsi rabun mata hanya +1.50. Bila terkenang balik, kenapa la tidak jumpa kedai Eye Pro Vision. Kedai ni berada di Sungei Wang jerrr. Tepuk dahi! 

Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai RM 125 Dari Eye Pro Vision, Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi!


Semasa tiba di hadapan kedai Eye Pro Vision, kami ikut SOP Pandemik COVID-19. Pakai face mask, imbas QR code MySejahtera, staff scan suhu kami sekeluarga dan kami memakai hand sanitizer. Apabila masuk ke kedai yang kita akan sentuh dan pakai cermin mata. Pastikan sentiasa sanitasi tangan tau. Kita perlu bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19. Okay? Jaga penjarakan fizikal dan cepat-cepat buat cermin mata tau. 

Orang yang paling gembira apabila cermin mata murah, bingkai trendy dan penambahan jenis kanta lain pun masih murah semestinya mereka yang memiliki mata rabun. Sama ada rabun jauh, rabun dekat, muktifolal atau bifokal. Kami lah orang yang paling gembira. Jika dulu, memakai cermin mata digelar seperti seorang yang skema dan matang. Rata-rata ketika itu, sesiapa yang rabun pasti akan memilih untuk memakai kanta lekap pelbagai corak dan warna. Biar rabun, asalkan nampak bergaya dan cantik. 


Cuma, kesan penggunaan kanta lekap pula menjadikan keadaan mata lebih merisaukan apabila dijangkiti bakteria, ulser kornea dan pemakaian terlalu lama. Tidak semua rabun, boleh memakai kanta lekap ya. Tambahan apabila anda memiliki mata sensitif atau jenis kering. Mata adalah aset penting bagi kita semua. Jaga baik-baik.

Ruby masih dalam keadaan terkejut lagi apabila harga cermin mata Ruby hanya RM 125. Serius tak sangka. Preskripsi rabun dah -4.00 dan ada silau -2.00. Ruby tahu kalau di kedai lain, pasti mahal kos nak membuat cermin mata ni. Sedih.

Ruby terbaca kawan-kawan post tentang kedai cermin mata viral Eye Vision Pro ni. Nak pergi, tak pergi-pergi lagi. Sungei Wang Plaza ni tempat kegemaran Ruby dan kawan-kawan semasa zaman sekolah menengah. Kalau nak shopping je, mesti ke sini. Mudah sebab pengangkutan awam banyak. Mesti tak sesat punya. Ahhh rindunya masa muda remaja. Hehehe.

Bingkai Dan Cermin Multi-Coated RM65


Di Eye Pro Vision, mereka mempunyai lebih daripada 2000 koleksi bingkai cermin mata. Ia meliputi pelbagai jenis rekaan, keinginan pelanggan dan yang ingin mengikuti trend cermin mata masa kini. Apa yang Ruby nampak, setiap pelanggan yang datang ke Eye Pro Vision berbeza preskripsi rabun, jenis pekerjaan dan stail. 

Ada yang meminati rekaan yang lebih matang, mereka akan memilih gaya yang lebih professional. Manakala bagi yang mempunyai preskripsi -4.00 seperti Ruby, disarankan memilih rekaan bingkai yang lebih kecil. Sebab cermin Ruby jenis tebal dan akan nampak terkeluar dari bingkai.
Eye Pro Vision sentiasa mengemaskini trend terkini cermin mata. Mereka siap memaparkan TOP 3 rekaan cermin mata pilihan rakyat Malaysia. Ia adalah rekaan yang popular dan sering dilihat di dalam drama dan filem Korea. Cermin mata pilihan Ruby adalah di tangga kedua. TOP 2 wowwww! Ruby masih mengikuti peredaraan fasyunnnnnn tau. Haha.

Kanta Alpha Blue 420 RM 60


Uniknya di Eye Pro Vision, mereka mempunya teknologi kanta tersendiri. Kanta tersebut adalah Alpha dan ia teknologi dari negara Jepun. Ruby bersetuju memilih kanta Alpha Blue 420 pada kali ini. Ia sesuai untuk personaliti seperti Ruby yang sentiasa menggunakan gadget. 

Penggunaan telefon pintar, laptop dan menonton televisyen juga boleh mengganggu kesihatan mata kita. Bayangkan dari 2003 mula belajar aliran Teknologi Maklumat. Seronok ya guna komputer. Akibatnyaaaaaa. Mata ku rabun. 

Penambahan kanta jenis Alpha Blue 420 hanya bernilai RM 60 dan mata anda akan dilindungi. Kanta ini 100% menyekat sinar biru dan ultraviolet. Hebat kan? Harga asal RM 250 tau.

Selain Alpha Blue 420, teknologi kanta Alpha juga terdapat dalam pakej Alpha Platinum, Alpha Pro, Alpha Lite Sun Magic, Sun Black dan 1.74 UV Tech 420. Semua pemilihan pakej akan di bantu oleh Encik William dan beliau akan menyarankan apa yang sesuai dengan tahap rabun dan gaya hidup kita. 

Encik William Dari Eye Pro Vision Peramah


Walaupun kedai sibuk dengan pelanggan yang tidak putus-putus. Encik William akan melayan pelanggan sehingga kita selesai. Proses membuat cermin mata di Eye Pro Vision sangat pantas. Selepas selesai SOP Pandemik COVID-19, Ruby terus cek mata melalui mesin yang tersedia di dalam kedai. Kemudian akan masuk ke dalam bilik bacaan untuk membaca dari huruf kecil ke huruf besar, perbandingan huruf di dalam warna hijau dan merah. 

"Tahniah Preskripsi Rabun Anda Meningkat" - Encik William Chai, Pengarah Eye Pro Vision

Ruby: "🤣🤣🤣... 😌😌😌"


Kemudian giliran Ruby pula memilih bingkai cermin mata. Rambang mata untuk memilih. Malah pilihan cermin mata yang Ruby nak tidak bersesuaian dengan tahap rabun. Kena pilih cermin mata yang lebih kecil sedikit. Alhamdulillah, jumpa cermin mata idaman kalbu. Siap ada efek warna pink fuchsia macam logo blog ruby.my. Hahaha.
Setelah memilih cermin mata, kembali kepada Encik William untuk sedia membuat tempahan. Ketika itu, beliau akan menerangkan kanta yang terdapat di Eye Pro Vision. Kanta yang sesuai adalah Alpha Blue 420. Perbezaan kanta juga turut di demonstrasi supaya Ruby jelas dengan fungsi kanta tersebut. 

1 Jam Dah Siap


Selepas mendengar semua penerangan, isi nama dan no telefon. Ruby dah berasa lega semuanya selesai. Hahaha. Bukannya apa tau, bila musim PKPP ni nak membeli-belah ni lain macam sikit. Semuanya harus pantas. 

Selama satu jam itu, kami ke Mekdi Bukit Bintang. Makan tengahari bersama keluarga.

Setibanya kami di Eye Pro Vision, Encik William memberikan cermin mata baharu dan Ruby terus memakainya. Preskripsi rabun sesuai dengan Ruby. Nampak jelas papan tanda di sekitar luar kedai dan tiada pening kepala untuk menyesuaikan cermin mata baharu ni. Selesa dan mata tidak letih untuk zoom in dan out. Hahaha.

Kisah Cermin Mata Harga Beribu Ringgit, Kini Hanya RM 125 Sahaja!


Ruby mula sedar mata Rabun ketika usia 20-an. Ketika itu, zaman belajar. Kekerapan penggunaan komputer dan tiada pembahagian masa. Ketika itu, menyiapkan assignment pasti menggunakan laptop dan komputer. Jika internet tiada di rumah, cyber cafe ada. Banyak solusi untuk berjaya kan? 

Tetapi, ada sesuatu semakin berkurangan. Iaitu kejelasan penglihatan. Langkah awal, Ruby cek mata di kedai spek mata. Masa dapat tahu tu, kos dia mahal. Huhu. Ruby kongsikan dengan korang, di antara koleksi cermin mata. 

2006 - 2016 (10 tahun)
2017

2018

2019

Suku Tahun 2020

September 2020

Nampak berseri dengan cermin mata baru dari Eye Pro Vision. Muda 10 tahun. Wah gitu. Hahaha. Jadi, untuk korang yang nak buat cermin mata dengan harga mampu milik. Ruby rekemen sangat untuk korang pergi ke Eye Pro Vision. Diharap, artikel ini dapat membantu korang yang ingin tampil menarik walaupun memakai cermin mata. 

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang, 
55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11am - 8pm
Encik William: +60163771304

30 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. الردود
    1. Hehehe terima kasih. Nak kena turunkan berat badan supaya lebih manis. Lepas PKP makin membulat. Hahaha

      حذف
  2. Wahh... Lawa seyhhh design spek baru ni, warna pink sweet look jerr. Yes buat cermin mata kat sini memang murah! Kak nina dah 4 tahun rasanya buat kat sini . Puashati ngan servis depa.

    ردحذف
    الردود
    1. Akak tau tak, kedai spek kat Sungei Wang tu banyak giler. Macam tester untuk Ruby uji kedai mana akan masuk jadi blogpost. Hahahaha. Harga pun lebih kurang. So, yang buat kedai tu win adalah layanan staf. Tak semua ada skill macam Encik William.

      Selama saya beli spek, takda pun yang sibuk nak explain about kanta. Ada yang cakap je anti calar, anti silau dan transition. Tapi hampeh takmo demo. Memang takkan la nak buat penambahan kanta lain. Kuikuikui.

      حذف
  3. Samalah kita specky lady. What an awesome infos . Ingat lagi madam b since 1999 form 5 pakai spec. Until now... Lupa dah berapa kali change spec and yang pasti mesti tukar pattern n design berbeza ikut zaman. Haha. Ps Foto evolusi pemakaian spec tu menariks especially Tanglung background. So red. ♥

    ردحذف
  4. Banyaknye pilihan dia. Kalau ke KL bolehlah singgah tengok. Mesti rambang mata tengok design dia

    ردحذف
    الردود
    1. Betul. Kalau yang baru nak ubah gaya mutu keunggulan. Ambil masa sikit untuk sesuaikan rekaan pilihan hati. Kadang tengok selebriti tu pakai lawa. Bila kat muka kita lucu pula. Teringin pakai yang Harry Potter tu. Lucu ya amat kak oiii. 🤣

      حذف
  5. Pantas ye siap..sejam je. Tauke pun mesra pelanggan siap melawak lg tu customer yg ni power spek makin naik..haha. Pandai pilih spek..design lawa..kena je dengan muka.

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah. Tahniah ya. Hahaha. Bahasa Melayu Encik William cukup bagus sekali dan jelas. Ada video Ruby rekod. Lagi clear dengar suara dia. Hehe

      حذف
  6. Selalu dengar psl kedai spek mata ni . Mmg layanan tip top dan harganya sangat murah

    ردحذف
    الردود
    1. Ha'ah kak. Sebab dengar pasal kedai spek viral tu le saya baru ada masa nak pi sana. Encik William sentiasa ada di kedai tu. So betul la yang mereka viral tu. Layanan tip top.

      حذف
  7. Banyaknya koleksi spek mata akak kalau orang lain tu bila rosak atau patah jer baru buat lain akak sentiasa buat sebab harga murah memang betul kita pergi kat area Sungai Wang tu memang terkejut spek murah termasuk kanta kan hurmmm..

    ردحذف
  8. Oh wow time to make a new glasses kat Eye Pro Vision at Sungei Wang. Nak buat dengan Alpha Blue 420 glasses coz it's so worth for just RM 125.

    ردحذف
  9. Oh ni kedai cermin mata kat sungei wang mall yang viral tu, i also kena pergi check-up my mata.

    ردحذف
  10. Murah sangat tu, Ruby tambah gelap tak, means kalau panas je dia jadi gelap. Sis kalau buat mesti nak tambah gelap tu, so tak payah guna spek mata hitam.. kira-kira biasa Sis buat, ni lagi murah lerr.. JB ada takkkk

    ردحذف
  11. Sangat affordable buat cermin mata kat kedai ni. Okay, this year annual eye check-up nak buat kat sini la..

    ردحذف
  12. banyaknya koleksi cermin mata ruby! So far selama 3 tahun ni pakai satu jenis je haha takut beli banyak kang tak pakai. Murah la harga kanta Alpha Blue tu

    ردحذف
  13. Banyak betol koleksi spec. Kenapalah jauh sgt. Seriously murah. Ena silau kuat dah lama nk tukar spec sbb pattern lama. Hahaha. Tu malas pakai.

    ردحذف
  14. Memmag best buat spek mata dekat sini.. Layanan dan servis bagus.. Semua terkawal.. Nad dh buat dua kali.. Memang banyak design spek trendy dekt sini. Murah pun murah

    ردحذف
  15. Banyaknya koleksi spek Ruby. Kalah kak ana. Hehe. Tapi memang best buat spek dekat EPV ni. Harga murah, pilihan banyak, cepat siap, layanan best. Memang tak cari kedai lain dah lps ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Zaman dulu punya spek tu, yang zaman sekarang banyak ikut trend. Pastu lasak juga. hahaha.

      حذف
  16. Paling tak suka dan mahu dielak ialah memakai cermin mata... nasib baik nata ni tak lah rabun sgt. Dulu rabun gak tapi alhamdulllilah sekarang ok lak bila amal cara tradisional....

    ردحذف
  17. Wah.. murahnya cermin mata dia, tp kak ni guna cermin tebal sbb power xbyk nti nak tray pg tgk kat Eye Pro Vision

    ردحذف
  18. Yang awal awal tu mesti zaman nak cari bingkai kecik. Hehe. Selama ni tahu cermin brand hoya je. Tapi biasalah harga boleh tahan. Boleh try pergi sini pulak.

    ردحذف
  19. eh murahnya. sekali dengan cermin ke kak ruby? BBL memang tengah survey kedai cermin mata nak buat speak mata. berapa hari nak siap cermin tu

    ردحذف
  20. Murahnya kat Kl . Kat JB harga beratus dah ni . Ingin sangat nak buat spek mata tapi tak tahu bila nak buat . Rabun dengan silau dah naik power dah ni

    ردحذف
  21. Ehhhh, murah pulak ni. Wife beli beratus2 juga katanya. Best Ruby tu dah ada banyak koleksi spek mata. hehehee

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال