Guardian Healthy Beauty Awards 2020


Guardian Healthy Beauty Awards 2020 | Assalammualaikum semua! Anugerah fenomena dari Guardian kembali lagi. Jom undi jenama terbaik, paling popular dan paling dipercayai & korang boleh menang pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000. Best kan? Walaupun undi adalah rahsia. Ruby nak kongsikan juga jenama dan produk kegemaran Ruby suka. Hahaha. 

Guardian Healthy Beauty Awards 2020

Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000. Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020. Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Guardian Healthy Beauty Awards.


Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”

“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”

“Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”

“Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.

Encik David Wong, Marketing Manager Guardian Malaysia ketika di pelancaran Guardian Healthy Beauty Awards 2020.

Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian. 

Undian Secara Dalam Talian Dan Tanpa Sebarang Pembelian. Terima Kasih Guardian!

Untuk undian tahun ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui platform media sosial mereka atau daftar secara manual dan mula mengundi. Tiada had bilangan penyertaan dikenakan jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu!



Selepas mengundi, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Dan semua pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186 hadiah dan baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020. Jom mengundi dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat pada September ini! Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.

Mengenai Guardian Malaysia   

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih dari 450 buah cawangan di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya.  Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih dari 3 juta pelanggan di seluruh negara.

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم

نموذج الاتصال