Kolabrasi Dumpling Kings Dan Phuture Daging Menghasilkan Dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan HALAL Pertama Di Malaysia | Assalammualaikum semua! Yaaa hari ini Ruby nak kongsikan makanan enak yang menjadi kegemaran Ruby sekeluarga iaitu Ladu! Ladu dalam bahasa mudah dan sedap di dengar adalah Dumpling! Hahaha. Inti dumpling ada pelbagai dan ia boleh dihidangkan dalam 3 cara samada goreng di atas pan, mengukus atau merebus bersama sup. Semuanya sedap dimakan begitu sahaja. Kali ini, Ruby nak kongsikan dengan korang, dumpling yang Ruby makan baru-baru ini. Ia berinti daging yang berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk kita semua. Tips makan dumpling adalah, korang wajib sediakan semua sos istimewa seperti sos bijan, sos cili, mayonnaise dan cili disisinya. Masa makan, kita cicah sikit dumpling dengan sos atau makan dumpling begitu sahaja. Ahh nikmatnya. Seat back and relax.
Kolabrasi Dumpling Kings Dan Phuture Daging Menghasilkan Dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan HALAL Pertama Di Malaysia
Franchise pakar daging berasaskan tumbuhan Dumpling Kings dan syarikat makanan daging berasaskan tumbuhan Phuture Daging bekerjasama melancarkan dumpling berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia. Kedua-dua syarikat itu mengadakan sesi mencuba makanan berasaskan tumbuhan di kafe vegan dan vegetarian moden Le Food, Subang Jaya. Semasa sesi mencuba makanan, empat jenis dumpling telah disajikan. 4 perisa iaitu Mushroom Cabbage, Chives, Pedas Mala dan Kimchi telah disajikan. Setiap dumpling ini dimasak dengan cara berbeza menggunakan teknik pan goreng dan merebus. Protein dumpling berasaskan tumbuhan adalah dari Soya, Nasi, Buncis, Kacang, dan Cendawan. Manakala isi kandungan Karbohidrat adalah dari Tepung Soya, Tepung Ubi, Buah Chicory, Gandum Bebas Gluten.
Produk Phuture Daging menggunakan soya non-GMO, bebas kolesterol dengan rendah kalori dan tinggi kandungan protein. Tanpa tambahan hormon atau antibiotik, ia sesuai untuk Muslim, Buddist, Vegan dan mesra Vegetarian selain bebas dari kekejaman.
Dumpling dibuat dengan campuran daging berasaskan tumbuhan. Campuran ini adalah ditambahkan ke dalam adunan yang di gaul rata sebelum bahan-bahan ditutup dengan teliti. Dengan cara itu, Dumpling Kings mengekalkan rasa asli dumpling Chives tanpa terjejas kualiti rasa dan tekstur walaupun menggunakan daging berasaskan tumbuhan.
Setiap dumpling yang dimasak goreng akan kekal kelembapan, bahagian kulit kekal rangup dan berwarna coklat keemasan adalah keseimbangan halus antara menggoreng dan mengukus. Penyediaan dumpling adalah dengan menggunakan periuk dalam api yang tinggi dan menghasilkan warna dumpling keperangan di bahagian bawah. Kemudian ditambah dengan percikan air dan kuali ditutup dengan cepat untuk mengukus ladu. Ini menghasilkan campuran tekstur yang sangat cantik dan sedap dinikmati!
Dumpling Ini Diperakui HALAL!
Masyarakat majmuk di Malaysia sentiasa mencari produk berkualiti. Halal bukan sahaja dari sijil, tetapi takrif Halal itu meliputi perspektif yang besar. Seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati dumpling tanpa rasa was-was. Bukan senang nak mendapat dumpling halal tau. Itu dari pengalaman Ruby. Ternyata sukar. Tetapi sekarang, kita dah ada Dumpling Kings dan Phuture Daging. Boleh makan banyak-banyak dumpling.
Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan
seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. Memanfaatkan penyelesaian daging berasaskan tumbuhan Phuture Daging dan diperakui halal proses pembuatannya. Dumpling Kings ingin menyediakan makanan yang selesa dan boleh dinikmati di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira larangan diet atau agama.
Kerjasama ini menyaksikan pembukaan cawangan Dumpling Kings pertama di Lembah Klang, Malaysia yang menawarkan menu berasaskan tumbuhan sepenuhnya HALAL pada suku keempat tahun 2020, dan buka kepada rakan niaga untuk memperluaskan perniagaan pada tahun 2021. Semoga dipermudahkan Dumpling Kings! Ruby tunggu!
Dumpling Kings - "Dumplings For All"
Peningkatan permintaan dan kesedaran mengenai makanan berasaskan tumbuhan di Malaysia sejak pandemik COVID-19 telah memberi kesedaran bahawa makanan ini sangat menyihatkan. Walau bagaimanapun, makanan berasaskan tumbuhan adalah terhad dan kurang mudah diakses.
Tagline Dumpling Kings adalah "Dumplings for All". Ia adalah bersesuaian kerana dumpling mereka berasaskan tumbuhan boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Ini sangat bersesuaian dengan Phuture Daging yang menghasilkan daging berasaskan tumbuhan HALAL, dari bahan-bahan tempatan dan harga berpatutan. Kerjasama Dumpling Kings dan Phuture Daging memaksimumkan kualiti nutrisi dumpling dari Dumpling Kings. Lebih-lebih lagi, doh buatan tangan chef lebih segar dan asli!
Dari kiri Phuture Daging General Manager, Datin Maziah Omar; Dumpling Kings Co-founder, Lyn Teh dan Dumpling Kings Co-founder, Shawn Pan.
Lyn dan pengasas bersama Shawn merancang untuk memajukan kolaborasi dengan Phuture Daging melalui model francais yang akan memberi peluang keusahawanan bagi calon usahawan muda di Malaysia untuk meneruskan kerjasama bersama Phuture Daging pada tahun 2021 diatas jenama Dumpling Kings. Ini adalah usaha yang bagus untuk usahawan muda menaikkan lagi sektor makanan berasaskan tumbuhan. Bersama dengan Phuture Daging, Dumpling King akan membantu pengusaha dumpling berasaskan tumbuhan ini dengan menyediakan panduan kewangan, mendapatkan bekalan bahan mentah dan mengekalkan amalan terbaik industri.
Daging Berasaskan Tumbuhan Phuture Daging HALAL
Majlis menandatangani kolabrasi diantara Phuture Daging dan Dumpling Kings dihadiri oleh Pengurus Besar Phuture Daging, Datin Maziah Binti Omar, yang menyatakan bahawa kolabrasi ini juga pengenalan produk diperakui HALAL dari Phuture Daging ke pasaran Malaysia. Daging berasaskan tumbuhan Phuture Daging diproses sesuai dengan piawaian HALAL dan diawasi oleh Lembaga Penasihat Halal Phuture Daging yang diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof.
Pasukan R&D dan kuliner Phuture Daging yang berpengalaman akan terus memberikan sokongan dan membantu Dumpling Kings untuk memasukkan penyelesaian berasaskan tumbuhan ke dalam menu mereka. Sebagai seorang pengguna Muslim dan pencinta dumpling. Pilihan dumpling Halal amat terhad sama ada di restoran, hotel dan pada rak produk makanan sejuk beku di pasaraya.
Kolabrasi itu menawarkan dumpling segar dan baru dibuat kepada pengguna Muslim serta makanan yang baik untuk kesihatan. Halal bukan hanya mengenai kewajipan agama, tetapi juga merangkumi piawaian makanan yang tinggi, seperti kualiti, keselamatan dan kesihatan. Semua ramuan kami adalah HALAL, bersumber dari ladang tempatan dan diproses sesuai dengan amalan HALAL.
Mengenai Phuture Daging
Phuture Daging adalah syarikat daging berasaskan tumbuhan yang diperakui halal pertama di Malaysia. Ia adalah anak syarikat teknologi makanan Phuture Foods, yang tersenarai 100 makanan protein
di Asia di Good Food Institute. Phuture Daging menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang ingin bergabung menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan ke dalam menu mereka. Di samping memenuhi permintaan yang semakin meningkat dikalangan pengguna Malaysia, Phuture Daging juga menyokong petani tempatan melalui sumber bahan tempatan yang mampan.
Hubungi Dumpling Kings Dan Phuture Daging
Hubungi pihak Dumpling Kings dan Phuture Daging untuk sebarang pertanyaan:
Dumpling Kings Co-founder Shawn Pan
HP: 014 395 8806
Dumpling Kings Co-founder Lyn Teh
HP: 012 226 7391
email: [email protected]
Phuture Daging General Manager Datin Maziah Omar
HP: 019- 650 3747
email: [email protected])
Tags
Foodie
Bestnya, nampak pun dah rasa sedap :D
BalasPadamMemang best. Sedap dan apa yang penting adalah Halal. ❤️
PadamAtie first time try dumpling dekat Japan time tu , dipanggil Gyoza.. tapi dekat sana susah nak cari yang halal, pastu balik malaysia terus addicted tapi still, susah cari yg sedap and halal sbb mostly yg jual dumpling kan chinese! so thats for this info ... and hope ada branch dekat penang soon.... boleh try :)
BalasPadamthanks*for the info
PadamBetul. Akak kalau makan dumpling mesti pi Hotel atau restoran Chinese Muslim. Mereka goreng garing tu pun sedap. Sup pun sedap. Kukus pun sedap. Kalau jumpa di KL, memang akan ke sana aje la kerap. Cari yang Halal tu susah.
PadamLH pun suka makan dumpling ni. Favourite. Kalau cina panggil dimsum kan? LH pernah makan ladu juga. Sedap
BalasPadamDim Sum adalah seleksi makanan dalam Chinese Cuisine. Pelbagai variety makanan di dalam Dim Sum dan diantaranya adalah Dumpling/Ladu. Dumpling ada pelbagai bentuk dan inti.
Padamtak pernah makan dumpling tapi nampak menarik juga sebab dumpling daging dia berasaskan tumbuhan. yg penting halal :)
BalasPadamNanti cuba k. Mesti suka.
PadamIt is really a breathe of fresh air for the food industry as they welcome a new type of "meat". Can't wait to try this. :D
BalasPadamYaaaa. Ruby skeptikal untuk tahu apa rasanya. Tapi takda perbezaan pon. Rasa macam sama Dumpling yang ada ada daging. Tekstur daging kenyal dan chewy tu ada. Hahaha
PadamYeah, I read about this dumplings before. Sounds good. Thank you for sharing your review with me, Puan Ruby.
BalasPadamYer kak Ruby kita suka sangat makan Dumpling ini dapat rasa cendawan dan juga ada rasa sayur-sayuran lebih sihat hehehehe kita suka yang goreng punya sedap gilerr....
BalasPadamAdoiii napelah termasuk sini time gini, dah le hujan seharian, nampak dumpling terus laparr..kesukaan Sis makanan ni..pantang nampak, mesti nak cuba..
BalasPadamBagus lah produk dumpling ni.. ada sijil halal. nak makan pun yakin. bahan2 pun bagus sebab berasaskan tumbuhan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammemang sedap dumpling yang ditawarkan. rasanya unuk lain daripada lain..apatah lagi rupanya sayuran..mmg impressive..sedap pulak tu
BalasPadamwahhhh haritu burger, sekarang dumpling pulak! Memang membantu sangat untuk yang jaga kalori dan vegan!
BalasPadamTeringin betul Rawlins nak rasa phuture nie - adakah sama macam dumpling dari daging sebenar? Nanti ajak la Rawlins kalau pergi tasting lagi ye
BalasPadamKak nina suka dumpling. Selalunya buat sendiri tapi remeh leceh.. Teruja nak cuba yang ni.. Ada sijil Halal lebih yakin nak nikmati puas-puas!
BalasPadamSaya suka makan dumpling... mula-mula dulu sebab time gathering member sekolah suka nau ajak pi makan dumpling... laa ni dah terus jatuh minat... agak sukar juga sebenarnya nak cari dumpling yang halal... so now, Dumplings King dan Phuture Daging akan automatik masuk dalam list untuk dicuba ni... hehehehe...
BalasPadamPernah dengar pasal Phuture Daging ni. Sekarang dah ada dumpling. Macam best je nak try.
BalasPadam