Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin


Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin | Assalammualaikum semua! Alhamdulillah Ruby berkesempatan menonton filem Miimaland terlebih dahulu dan pihak MICO Studio Sdn Bhd membenarkan Ruby membuat ulasan filem secara jujur. Walaupun filem ini akan di tayangkan pada 24 September 2020. Tetapi, ini adalah salah satu cara penerbit ingin mendapat pendapat awal. Ruby tidak akan beri banyak spoiler. Mungkin satu spoiler. Boleh ke? Hahaha.

Movie Review: Miimaland, Lakonan Seram Misteri Pertama Fattah Amin


Miimaland mengisahkan sekumpulan "content creator" yang menerima satu job luar biasa. Menerima tawaran melakukan aktiviti pengambaran di dalam kawasan tapak taman tema yang telah ditinggalkan lama iaitu Mimaland. Sepanjang proses mendapatkan "content" pelbagai perkara berlaku. Satu demi satu, ahli dari kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut. Mereka turut menerima cabaran yang menyeru semangat mistik di Miimaland tanpa disedari. Jadi, korang kena tahu. Ada yang harus dibiarkan! 👻👻👻

Treler Rasmi Filem Miimaland:



Barisan Pelakon:

Fattah Amin sebagai Ariel
Sophia Albarakbha sebagai Elize
Farah Ahmad sebagai May
Zandra Ridhuwan sebagai Anak May
Camelia Natasya sebagai Suraya
Hazzy Alzeeq sebagai Hakim
Zalif Sidek sebagai Eric
Adam John sebagai Jimmy
Chelsea Esdher Wang sebagai Hyuna
Cindy Dahyun Ohn sebagai Jin
Liyana Yusof sebagai Mak Elize
Shyrim Hm sebagai Ayah Elize

Arahan: Nevin Hiong
Klasifikasi: P13
Durasi: 90 Minit

Kenapa Kena Tonton Filem Miimaland?


Filem ni filem Seram yang pertama Fattah Amin lakonkan! Fuhh dia cabar kebolehan dia weeii. Jom lah support FA! Kemudian, lokasi mereka rakam filem ni bukan tempat biasa ya. Bukan bandar-bandar metropolitan. Mereka masuk hutan. Hutan dara Mossy Forest kalau tak silap. Memang susah untuk merakam dan komitmen para pelakon dan kru produksi tu yang Ruby rasa amazing! Lepas tu bacaan mantera oleh May (Farah Ahmad) tu memang seram betul. Korang nak tau tak, Ariel (Fattah Amin) dan Elize (Sophia Albarakbha) tu ada kesilapan silam yang melibatkan anak. Kesian mereka. Perjalanan nak dapat anak sampai kena masuk ke alam mistik. Jeng jeng jeng. 

Mossy Forest, Cameron Highlands. Sumber gambar dari www.hikingmalaysia.com

Sebelum mereka semua memulakan ekspedisi ke Miimaland dan sebelum masuk ke alam mistik. Elize sudah sering bermimpi buruk dan sering diganggu oleh jelmaan kanak-kanak perempuan, Ruby ingat ini adalah "badi" akibat menggugurkan anak. Tetapi ia bukanlah disebabkan itu. Ia adalah gangguan disebabkan Ayah Elize seorang peneroka hutan dan telah membunuh keluarga di sana. ehhhh spoiler pula kan. Maaf! 


Lakonan Fattah Amin semakin matang dan itu adalah DNA beliau. Setiap pelakon perlu ada "signature" dalam diri mereka. Fattah Amin terkenal dengan lakonan yang versatile seperti gentleman, cool dan relax. Tetapi di dalam Miimaland, Fattah Amin lebih matang. Lontaran suara lebih jelas dan konsep lakonan untuk filem yang straightforward begini amat bersesuaian dengan beliau. Ekspresi wajah ketika keadaan panik, teruja, gembira dan penyayang berjaya ditonjolkan.

Manakala bagi pelakon wanita iaitu Sophia, ini adalah kali pertama Ruby melihat kemunculan beliau. Sangat cantik dan fasih berbahasa melayu. Ruby tidak tahu pelakon ni berbangsa apa. Cantik betul. Hahaha. Nanti nak interview Sophia semasa tayangan perdana filem Miimaland. Barisan pelakon Miimaland kesemuanya serba boleh. Semua memainkan watak dengan baik sekali. Ada pelakon Korean dan dialog mereka dalam bahasa Hangul. Comel betul Hyuna dan Jin tu. 

Jalan Cerita Yang Disampaikan "straightforward"


Apabila menonton filem Miimaland, kita akan rasa seronok melihat filem dek kerana pelakon, cinematography, lokasi dan jalan cerita. Paling best adalah filem ini straightforward. Disarankan apabila masuk ke dewan pawagam, anda dah switch off telefon pintar dan beri 90 minit menonton filem ni. Sebab semuanya berlaku cepat, tetapi anda terbuai dengan lokasi tempat menarik, konflik dan punca kenapa semua gangguan itu berlaku. Sedar-sedar dah habis. 

Skala ruby.my: 9/10

Kenapa 9/10, sebab dialog di awal yang tidak berapa jelas dan kesan bunyi tidak konsisten. Mungkin kualiti speaker panggung tak Dolby ke?. Mungkin ia gimik pengarah untuk memaparkan bacaan jelas mantera di akhir-akhir. Skala ni subjektif ikut pendapat masing-masing. Nanti korang bagi tau apa pendapat korang pula k. 

Sentuhan Pengarah Nevin Hiong Dari Kampung Drift Ke Miimaland


Jika anda tonton filem arahan Nevin Hiong, anda akan nampak signature touch dari beliau. Suka kelajuan, efek jelas dan komposisi cinematography yang "perfect". Di dalam Miimaland, ada beberapa jin yang ditonjolkan, efek dari gangguan jin, lokasi di kawasan rumah kosong, hutan belantara, tasik dan rumah kampung. Penggunaan dron juga turut ada. Setiap kali gangguan berlaku, jin yang muncul adalah berlainan ya. Seram pula Ruby nak cerita in detail memalam ni.

Nevin Hiong adalah anak kelahiran Johor berkelulusan Sarjana Seni dalam komposisi muzik dari Jepun pada tahun 1995. Beliau pada awalnya merupakan penerbit dan komposer muzik kreatif yang telah menghasilkan banyak lagu hit asli Asia antaranya "Xiao Wei", lagu Karaoke Mandarin terlaris tahun 2002. Di antara tahun 2011-2013, beliau mengorak langkah kerjayanya sebagai sinematografer bagi beberapa filem di Malaysia termasuk "Cerita Kita", “Highland Tower”, "Sniper", "Nasi Kangkang" dan banyak lagi. 

Berpewatakan sebagai seorang yang pendiam, beliau sebenarnya seorang yang cepat belajar dan sangat fokus dengan apa yang diinginkan dalam menghasilkan sesuatu produk berkualiti. Beliau pernah menghasilkan filem Cina pertamanya "MoKissU" yang diterbitkan di Malaysia dan Taiwan pada tahun 2014. Tahun 2016, menjadi titik tolak beliau sebagai sutradara dengan filem pertamanya "Kampung Drift". Filem ini mendapat ulasan yang sangat baik dan dikeluarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Filem Miimaland bakal menemui penonton seluruh Malaysia pada 24 September 2020. Ruby berasa bersyukur dapat menonton lebih awal dari tayangan perdana dan tayangan utama. Semoga dengan cara ini dapat membantu industri perfileman Malaysia terus menghasilkan karya kreatif dan penyusunan jalan cerita lebih unggul.

Akhir kata dari Ruby, filem seram misteri Miimaland mengangkat lokasi Pelancongan Tempat Berpuaka di Malaysia. Selamat Menonton!

Sejarah Taman Tema Mimaland


Taman tema Mimaland yang dibina sekitar 1971 di Gombak telah ditutup sepenuhnya pada tahun 1993. Setelah penutupan taman tema ini pelbagai kisah mistik terjadi dan taman tema ini juga menjadi tumpuan para pemburu hantu.

Mimaland adalah taman tema hiburan di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975 dan berhenti beroperasi pada bulan Mei 1994 setelah tanah runtuh merosakkan harta benda. Gerbang Mimaland masih wujud hingga kini.

Mimaland mula beroperasi pada tahun 1975. Nama Mimaland sebenarnya merupakan singkatan kata gabungan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berdekatan Kuala Lumpur, disambung bersama jalan keluar ke jalan Gombak-Bentong lama. Ia dimiliki oleh Mimaland Berhad, anggota Magnum Group of Companies (sekarang Magnum Corporation).

Pembinaan Mimaland dilakukan secara berperingkat dan taman tema dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland selesai pada tahun 1970, dan terdiri dari 24 motel, 5 chalet dan kolam renang. Antara tarikan utama, adalah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi model dinosaur dengan ukuran yang sangat mengagumkan. Selain itu, Mimaland juga mempunyai tasik untuk berperahu dan memancing, 'giant maze', dan juga kawasan merentas hutan. Nak tahu tentang Taman Tema Mimaland, boleh baca di Oh! Media

28 تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. putting this on the list. klu movie jenis seram ni, siapa berlakun pon i support! sbb mmg horror movie freak, heehehe .. thank you for sharing this review ... klu in real life, yg jadi cameraman/audio la plg takut sbb diorg dgr and nampak dulu//huhuh

    ردحذف
    الردود
    1. Huwaaaaa betul. Lokasi pengambaran Miimaland sangat cantik. Tapi keras.

      حذف
  2. Makin lama lakonan Fattah Amin memang makin mantap. Yaya pun dah start suka tengok lakonan dia lagi-lagi lepas dia bergandingan dengan Fazura dalam satu drama sebelum ni. Boleh try tengok cerita seram ni pulak hee

    ردحذف
    الردود
    1. Kan Yaya, akak pun suka. Drama dan filem terkini dia semua best.

      حذف
  3. wah.. dekat Gombak ke Mimaland ni.. adoii.. TB tak tahu pun.. hahaha... dah pindah jauh dari KL baru tahu pasal Mimaland ni.. patutlah ada pernah dengar gurauan kawan, "banyak bunyi lak, tinggal dia kat Mimaland kang baru tauuu.. hahaha.. TB dengar je la.. taktau Mimaland tu apa.. kih3

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha wow siap kawan buat lawak nakal camtu. Takut kan bila dah tau. Ruby meremang juga bila teringat setiap babak dalam filem Miimaland ni.

      حذف
  4. Berani btol pelakon shooting kawasan keras ni.memang nampak btol tempat tu keras. Apa lagi berlakon kan. Cuma pelakonnya kebanyakan tak kenal lah. Huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Pelakon ni semua segar. Serius tak expect filem ni berjaya menyampaikan mesej dengan gandingan pelakon baru yang ramai. Mereka talented tau. Bila masuk panggung, kena kosongkan minda dan layan je filem Miimaland tau. Hehehe

      حذف
  5. Ramai yg dah tau tempat seram dan mcm2 cerita, mmg fattah amin berani orgnya, mesti sblm shooting tentu dah minta izin kan?

    ردحذف
    الردود
    1. Semestinya kak. Minta izin dan baca doa. Karang ada yang ikut, takmo tinggal kat hutan. Issshh seramnya kak.

      حذف
  6. Tak sabar nak tengok aksi FA berlakon dalam filem seram. Mesti lain dari watak biasa yang dia bawa. Baca review ruby pasal jin tu pun ana dh rasa seram.

    ردحذف
    الردود
    1. Jin dia muncul pelbagai rupa tau. Dalam hutan tu paling ramai. Jelmaan kanak-kanak sorang aje. Tapi kanak-kanak yang terperangkap dalam alam mistik tu kesian. Sedih plak tetiba. Jiwa mak mak ni berair mata kakkkk. 😭

      حذف
  7. haaaa dah lama tunggu movie ni sebab ada fattah amin. Rasanya dia tak pernah lagi berlakon genre seram. Bagus lah kalau dia makin improve and dialogue delivery makin bagus. Tak sabar nak tengok nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Dalam filem ni projection dialog dia jelas. Firm! Hehehe. Nanti tengok tau. Best sangat!

      حذف
  8. Teringin nak tengok filem Miimaland, lagi2 Fattah Amin berlakon dalam filem ni.. Sure menarik juga jalan cerita filem ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Pengarah Nevin Hiong berjaya mengeluarkan sisi lain Fattah Amin dan pelakon lain. Serius rasa macam filem lain dari yang lain. Seram dia seperti filem horror Japan, Korea dan Thai. Watak Sophia tu paling mencabar. Sebab dia yang hamil. Dia cari anak dia. 😭

      حذف
  9. Alk.nr tahu.kewujudan.mimaland ni... Ni yg x sabar nak google lagi.. wah fattah amin berlakon..mesti best

    ردحذف
    الردود
    1. Akak pernah mengajar dan pensyarah UIA suatu ketika dulu. Mesti tahu. Akak pernah pi Miimaland tak?

      حذف
  10. Lepas tengok ni, rasanya banyak yang akan ke mossy forest. Ha :D

    ردحذف
  11. Baru tahu kewujudan Mimaland ni. Macam best je cerita misteri. Baca pon dah serammm

    ردحذف
  12. Tengok cgi dia macam awesome. Boleh lawan overseas ni. Nak tengok jalan penceritaan pulak la. First tengok poster mmg terbayangkan international tadi. Lagi tarik perhatian pasal content creator punya penjelajahan tu menarik

    ردحذف
  13. Memang nak kena tengok le gamaknya, sebab Sis sejenis suka cite seram, padahal sendiri penakut hahahaha... lagi satu kalau jalan cite 'jujur' ni bagus.. so tak bosan...

    ردحذف
  14. Kita membesar dgn nama mimaland.. Selalu pergi sana beriadah dgn family utk mandi kolam renang. Main miniatures golf, tgk dinosaur land kat sana. Tapi tu la syg tutup sbb landslide. Kesudah nya jadi tmpt pembiakan hantu. Hmmm boleh la nnt tgk cite ni. FA plak main kan.. Haritu tgk depan2 pun rs mcm hmm helok. Hahhahaha

    ردحذف
  15. Fuhhh dah tengok filem ni.. memang best dan penuh tanda tanya pada permulaan filem. Kalau belum tengok kena tengok untuk tahu jalan cerita

    ردحذف
  16. Dah tengok tadi. Maaf cakap, tak best sangat cerita dia. Banyak plot holes. Lakonan yang real pun Farah Ahmad je lah. Sayangnya macam rasa rugi plak bakat FA berlakon cerita ni.
    Macam mana cerita ni boleh dapat award pun saya tak pasti, jalan cerita hambar, dialog cringe. Saya bagi 2/10 je lah. Ni sama level dengan cerita Dendam Pontianak. Ntah apa2 jalan ceritanya.

    ردحذف
  17. Sebelum ni saya tak tahu langsung pasal MiimaLand. Lepas baca beberapa perenggan dari blog i terus cari pasal MiimaLand di Google.

    ردحذف
  18. sangat menegangkan. Baru saja intip trailernya sudah membuat penasaran.

    ردحذف
  19. Mimaland ni kalau tak silap Ogy Ahmad Daud pernah berlakon kat situ kan dalam cerita Ali Setan? Betul ke?

    ردحذف
أحدث أقدم

نموذج الاتصال