Nak Cantik Macam Fazura? Gunalah FAZURA SKINCARE


Nak Cantik Macam Fazura? Gunalah FAZURA SKINCARE | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby ingin kongsikan tentang produk kecantikan baru dan ia dari selebriti Malaysia yang kita semua minati iaitu Fazura. Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura binti Sharifuddin sentiasa menjadi ikutan, ikon dan idola dalam bab kecantikan. Penampilan Fazura dijaga rapi dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana gaya hidup beliau, cara penjagaan wajah, jenama perfumes, jenama pakaian kegemaran, shampoo rambut jenama apa dan seterusnya. Hahaha. Senyuman Fazura paling indah ya. Ruby dan kawan-kawan masa musim filem Gol & Gincu akan terpesona dengan senyuman Faz. Kami sering sembang tentang gigi Fazura tau. Serius dia punya aura senyuman tu buat kita rasa hormon tenang. Hahaha. Harap korang faham apa Ruby cakap ni. 

Nak Cantik Macam Fazura? Gunalah FAZURA SKINCARE

Baru-baru ini, Selebriti Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu FAZURA SKINCARE. Siapa sangka, duta kepada pelbagai jenis jenama dalam dan luar negara ini akan mengeluarkan seleksi penjagaaan kulit. Fazura sering disoal tentang cara dia menjaga kulit kerana sentiasa kelihatan berseri dan tampak muda remaja. Para peminatnya sering mencadangkan beliau untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dengan jenamanya sendiri dan dalam masa yang sama dapat mendedahkan rahsia kecantikannya. 


Permintaan dan persoalan tersebut sudah pun terjawab kerana selebriti yang bakal menjadi seorang ibu ini telah melancarkan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri, iaitu FAZURA SKINCARE. Fazura sangat mengambil berat dan teliti dengan rutin penjagaan kulitnya. Selepas menjalani pengambaran dengan make-up yang tebal dan sentiasa perlu bergerak ke sana ke sini, Faz tahu betapa pentingnya untuk mempunyai produk dan rutin penjagaan kulit yang betul supaya kulitnya dicuci dengan baik dan bersih.

FAZURA SKINCARE Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Produk FAZURA SKINCARE sesuai untuk semua jenis kulit termasuk masalah kulit berjerawat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai agen-agen anti penuaan dan pencerahan. Selain itu, produk ini melembapkan dan menghidrasi kulit agar kulit lebih sihat dan berseri-seri. Set eksklusif FAZURA SKINCARE lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. 

Penggunaan Set FAZURA SKINCARE menjadi rutin harian Faz dan ia sangat melegakan dan mudah digunakan setiap hari. Teksturnya yang tidak berminyak membuatkan kulit berasa sangat segar dan membantu memperbaiki kulit terutama pada hari yang sibuk.

Formulasi Dari Bahan-Bahan Semula Jadi

FAZURA SKINCARE menggunakan formulasi dari bahan semula jadi yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi ekstrak biji Avena Strigosa yang juga dikenali sebagai Ekstrak Black Oat. Bahan ini sangat berkesan dalam memberikan penambahbaikan dari segi hidrasi kulit untuk tempoh masa yang lama. 

Produk ini juga mengandungi Ekstrak Cynanchum Atratum iaitu sejenis ektstrak daripada perubatan Korea yang membantu mengawal fungsi pertahanan kulit, menghalang keradangan dan memberi kesan yang mendalam untuk penjanaan semula kulit. Kombinasi unik dan keberkesanan dua-dua bahan ini membuatkan jenama FAZURA SKINCARE berbeza daripada jenama-jenama produk penjagaan kulit yang sedia ada di pasaran.

Set Lengkap FAZURA SKINCARE RM 89



Korang boleh membeli produk Fazura Skincare melalui stokis berdaftar di Malaysia (dan juga negara-negara Asia Tenggara termasuklah Singapura dan Brunei tidak lama lagi) dengan harga pengenalan iaitu RM89.90. Di dalam set ini terdapat lima produk FAZURA SKINCARE. Produknya adalah seperti berikut:

FAZURA SKINCARE Feel Good Cleanser


Feel Good Cleanser yang ringan ini berfungsi 2 dalam 1 amat berkesan untuk mencuci semua kotoran pada kulit wajah dan mekap tipis dengan lembut dan mudah! Sungguh melegakan darling! 

BLACK OATS

🎉 Avena Strigosa Seed Extract iaitu ekstrak gandum hitam yang berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam.

KOREAN PLANT EXTRACT

🎉 Cynanchum Atratum Extract iaitu ekstrak semulajadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

SULFATE FREE

🎉 Sodium Lauroyl Methyl Isethionate & Sodium Methyl Oleoyl Taurate merupakan surfaktan bebas sulfat yang unik dan ringan, mempunyai tindakbalas iritasi yang sangat rendah untuk melindungi kulit dan mata yang sensitif. 

FAZURA SKINCARE Fazbulous Serum

Serum yang kaya dengan kebaikan yang membantu mencerahkan, melembutkan dan berupaya menjadikan kulit tampak lebih berseri. 

KOREAN PLANT EXTRACT

🎉 Cynanchum Atratum Extract iaitu ekstrak semulajadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

PEGAGA

🎉 Centrella Asiatica Extract iaitu ekstrak pegaga yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel kulit mati, menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membentuk sel-sel kulit baru.
🎉 Antimikrob tinggi yang sangat efektif untuk merawat kesan jerawat dan memperbaiki kulit kusam. 
🎉 Bertindak sebagai anti penuaan, melembutkan dan mengurangkan kulit berminyak.

VITAMIN E

🎉 Tocoperyl Acetate iaitu Vitamin E dan antioksidan yang membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas dan mempromosikan penyembuhan kulit untuk mengurangkan tanda penuaan. Ia juga memberikan kelembapan dan menguatkan pelindung kulit untuk mencegah kelembapan yang hilang.

ACETYL GLUCOSAMINE

🎉 Ia mempunyai penyerapan transdermal yang sangat baik yang membantu meningkatkan penghidratan kulit. Pelembap berkualiti tinggi yang unik. Selain itu, ia mempromosikan sintesis HA, berfungsi sebagai pengatur pengelupasan semulajadi, dan mencerahkan kulit.

FAZURA SKINCARE Glow Day Cream SPF 35


Krim ringan yang diinfius dengan agen pemutih dan pelembap digunakan untuk membantu agar tona kulit lebih cerah, berseri dan sekata. Ia juga berfungsi sebagai agen pelindung dari sinar UVA/UVB yang lembut kepada kulit. 

KOREAN PLANT EXTRACT

🎉 Cynanchum Atratum Extract iaitu ekstrak semulajadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

GOLDEN C 

,🎉 Ascorbic Acid, Gold, Glutathione iaitu Vitamin C yang sangat stabil dengan sifat antioksidan yang luar biasa dapat membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit dan garisan halus sambil meningkatkan kecerahan pada kulit.

SODIUM HYALURONATE

🎉 Bahan baik yang mengikat air dengan kelembapan tinggi dan rendah. Ia membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan dan garis-garis halus, sekaligus memberikan perlindungan bagi kulit.

BUTYL METHOXYDIBENZOYLMETHANE, ETHYLHEXYL METHOXYCINNAMATE, OCTOCRYLENE

🎉 Gabungan penapis kimia organik yang melindungi kulit dari sinar UVA/UVB.

FAZURA SKINCARE Yes Queen Face Scrub

Skrub lembut yang berasaskan air ini diformulasikan dengan kebaikan kacang walnut dan ekstrak gandum hitam yang digunakan untuk membuang kekotoran dan kecelaan pada kulit wajah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melembutkan dan meremajakan kulit. 

KOREAN PLANT EXTRACT

🎉 Cynanchum Atratum Extract iaitu ekstrak semulajadi dari Korea yang dapat membantu menjana semula sel-sel kulit mati, menghilangkan kotoran dan memberi kesegaran optimum pada kulit wajah.

BLACK OATS

🎉 Avena Strigosa Seed Extract iaitu ekstrak gandum hitam yang berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit selama 24 jam.

VITAMIN E

🎉 Tocoperyl Acetate iaitu Vitamin E dan antioksidan yang membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas dan mempromosikan penyembuhan kulit untuk mengurangkan tanda penuaan. Ia juga memberikan kelembapan dan menguatkan pelindung kulit untuk mencegah kehilangan kelembapan.

WHEAT PROTEIN

🎉 Cocodimonium Hydroxypropyl Hydrolyzed iaitu perapi sayur yang mengandungi asid lemak kelapa dan protein gandum terhidrolisis ini mempunyai ciri-ciri penyejukan, penguatan, dan anti-statik yang luar biasa untuk kulit.

FAZURA SKINCARE Amazing Night Repair


Krim malam yang ringan dan tidak berminyak ini diformulasikan khas untuk mencerahkan, menegangkan dan melembapkan kulit muka. Ia juga amat berkesan untuk memperbaiki kulit agar tona kulit lebih sekata, membantu mengurangkan kesan jerawat dan garisan halus sepanjang malam.

VITAMIN B3

🎉 Niacinamide iaitu Vitamin B3 yang sangat stabil membantu melindungi kulit dari kerosakan sinar UV untuk kulit yang lebih cantik dan sihat. Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Meningkatkan keanjalan kulit dan mengimbangkan semula tona kulit yang tidak sekata.

ALGAE EXTRACT

🎉 Nannochloropsis Oculata Extract iaitu ekstrak Alga adalah bahan aktif yang menegangkan dan menganjalkan kulit secara semulajadi dalam jangka masa yang panjang.

VITAMIN E

🎉 Tocoperyl Acetate iaitu Vitamin E dan antioksidan yang membantu melawan kerosakan akibat radikal bebas dan mempromosikan penyembuhan kulit untuk mengurangkan tanda penuaan. Ia juga memberikan kelembapan dan menguatkan pelindung kulit untuk mencegah kehilangan kelembapan.

PEGAGA 

🎉 Centrella Asiatica Extract iaitu ekstrak pegaga yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel kulit mati, menghasilkan kolagen secara semulajadi dan membentuk sel-sel kulit baru.

🎉 Antimikrob tinggi yang sangat efektif untuk merawat kesan jerawat dan memperbaiki kulit kusam. 

🎉 Bertindak sebagai anti penuaan, melembutkan dan mengurangkan kulit berminyak.

SODIUM HYALURONATE

🎉 Bahan baik yang mengikat air dengan kelembapan tinggi dan rendah. Ia membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan dan garis-garis halus, sekaligus memberikan perlindungan bagi kulit.

Mengenai Fazura

Nama penuh adalah Nur Fazura binti Sharifuddin, dilahirkan pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang. Isteri kepada pelakon popular Fattah Amin dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata pertama tidak dalam lagi. Perjalanan karier Fazura bermula dari tahun 2002 sehingga sekarang. Dari model, pengacara, pelakon, penyanyi dan usahawanita. Menerima beberapa anugerah dan Fazura adalah selebriti Malaysia yang turut dikenali di peringkat antarabangsa. Memiliki imej yang versatil dan bergaya, senyuman dan penampilan Fazura sering dinantikan oleh peminatnya. Sehingga hari ini, Fazura terus melangkah untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Boleh dikatakan Fazura tidak pernah berehat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Berani mencuba dan ia adalah personaliti yang harus kita semua ikuti. Tambahan sekarang dengan keadaan Pandemik COVID-19, tiada halangan untuk berjaya. Fokus dan rajin!

Dapatkan FAZURA SKINCARE melalui stokis berdaftar, agen sah atau hubungi laman media sosial FAZURA SKINCARE. Jom kita #sokonglokal.

www.fazbulous.com | www.facebook.com/FazuraSkincare | www.instagram.com/fazuraskincare

11 Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kalau boleh cantik macam Fazura, memang nak la pkai gak hehe. Fazura ni mengandung ni nampak cantik je. Kita kalau pregnant baru 4 5 bulan dah mcm peguin dah

    BalasPadam
  2. fuh padat info mengenai produk Fazura nih.. time pregnant pun cun melecun.. nak cantik mcm fazura kena try la. lagipun set dia mampu milik

    BalasPadam
  3. Cantiknya fazura! Suka betul dia ni berseri-seri time mengandung. Menarik juga set skincare ni. Yaya tertarik nak cuba Fazbulous Serum tu

    BalasPadam
  4. Tak pernah tak cantik Kak Fazura ni, lagi2 time preggy ni.. Bagus la produk2 skincare dia..Boleh rekomen kat sahabat2 Kitkat set mampu milik ni. Nak cantik tak semestinya mahal, Fazura Skincare kan ada :)

    BalasPadam
  5. harga yang berpatutan dengan dapat 5 produk. memang berbaloi. semua fazura terus berjaya

    BalasPadam
  6. Bagus fazura ni.. sentiasa asa idea dalam bisnes.. and mmg x nafikan produk skincare dan fazura mmg bisnes yg sangat tepat

    BalasPadam
  7. Always the cantik one Fazura ni... maintain cun je dari dulu sampai laaa ni... time preggy ni makin kebaboom berseri-seri... skincare ni nampak memanggil-manggil untuk dicuba ni... list ingredients pun menarik... I will definitely check it out...

    BalasPadam
  8. Wah bagus nyer, Fazura pun dah ada skincare brand sendiri. Nanti sis check out.

    BalasPadam
  9. Wah!! Fazura pon ada skincare dia. Terbaik. Harga pon not bad. Just nice tak mahal nau. Boleh cuba ni. Nak juga cantik macam fazura. Hehe

    BalasPadam
  10. Fazura is one of my favourite celebrity! Memang rasa nak cuba lahh skincare dari Fazura ni, sebab fazura mmg one of the most beautiful woman alive, kulit memang sentiasa cantik dan terurus, bila dia keluarkan produk, mesti bukan biashe2... ;)

    BalasPadam
  11. Spe nak order produk Sugar Gold Malaysia, boleh pm Alia

    Whatsapp Alia untuk info dan order :-
    http://www.wasap.my/60175507074/Saya+nak+tahu+info+Produk+Sugar+Gold+Malaysia

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال