Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles Sempena World Heart Month 2020 | Assalammualaikum semua! Acara tahunan dari Nestlé Omega Plus kini kembali lagi! Tahun ini juga, Ruby menyertainya! Dah daftar dan sedang melaksanakan tugasan Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles. Tahu tak korang, ini adalah program kesihatan anjuran Nestlé Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia demi membantu rakyat Malaysia kekal aktif. Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles adalah kesinambungan dari Program Nestlé Omega Plus Walk-A-Mile yang dahulu diadakan di Tasik Perdana. Program ini mendapat sambutan dan penyertaan ramai sejak tahun 2001. Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles pada tahun ini dilakukan secara Virtual selama satu bulan bermula 1 September 2020 hingga 30 September 2020. Ia adalah norma baharu dari Pandemik COVID-19. Kesihatan dan kecergasan harus di jaga walau kita di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles Sempena World Heart Month 2020
Nestlé Omega Plus memperkasakan rakyat Malaysia untuk melangkah sejuta batu sempena Bulan Jantung Sedunia menerusi acara Walk A Million Miles. Acara jalan kaki paling lama di Malaysia kembali dalam format maya menyatukan rakyat Malaysia untuk berjalan 1 juta batu bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan.
Nestlé Omega Plus telah mengorak langkah memulakan gerakan kesihatan jantung di seluruh negara yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung. Sepanjang Bulan Jantung Sedunia pada September ini, Nestlé Omega Plus akan menyatukan rakyat menerusi acara Walk A Million Miles, yang bertujuan memerangi kolesterol tinggi demi mencapai sebuah negara yang sihat jantung. Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta orang dewasa di Malaysia. Rentak kehidupan yang pantas, gaya hidup kurang aktif, serta pilihan pemakanan yang tidak sihat meyumbang kepada tahap kolesterol yang tinggi. Pada bulan September setiap tahun, Bulan Jantung Sedunia mempromosikan kesihatan jantung serta mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan termasuk kolesterol tinggi.
Disesuaikan dengan norma baharu, Nestlé memberikan suntikan nafas baharu kepada inisiatif Walk-A-Mile tahunannya dengan memperkenalkan acara Walk A Million Miles sempena ulang tahun ke-20 kempen ini. Dengan melangkah satu juta batu (1.6 juta km), rakyat Malaysia memberikan komitmen untuk menjaga kesihatan jantung mereka, bukan hanya untuk diri mereka tetapi juga untuk orang yang tersayang. Apabila sasaran 1 juta batu berjaya dicapai, sumbangan RM100,000 akan disalurkan kepada rakan kerjasama, Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) ke arah menyokong visi bersama untuk membina sebuah negara yang sihat jantung.
Daftar Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles Di Aplikasi JomRun
Kempen rasmi Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles berlangsung dari 1 hingga 30 September 2020, dan peserta yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi JomRun. Matlamatnya adalah, setiap peserta mencatatkan sebanyak mungkin langkah sepanjang tempoh kempen. Walk A Million Miles adalah sebahagian daripada acara yang mengisi kalendar sambutan Bulan Jantung Sedunia sepanjang September termasuk aktiviti serta perkongsian di Facebook Nestlé Omega Plus yang membincangkan gaya hidup hidup aktif dan pemakanan untuk jantung yang sihat.
Ruby sekeluarga sememangnya menantikan program Nestlé Omega Plus, kami sudah mendaftar. Tiap pendaftaran hanya RM 6 sahaja. Ruby nak korang doakan kami berjaya siapkan 300,000 langkah keatas. Hadiah pada tahun ini sangat menarik! Tahun ini adalah tahun pertama Nestlé Omega Plus ada sediakan medal. Wajib kumpul medal sebagai kenangan.Nestlé Omega Plus Bantu Menurunkan Tahap Kolestrol
Nestlé Omega Plus menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk bersikap proaktif dalam menguruskan tahap kolesterol serta meningkatkan kesihatan jantung mereka dengan pemakanan seimbang, senaman berkala, dan mengurangkan pengambilan makanan goreng dan berminyak. Selain itu, pengambilan dua hidangan Nestlé Omega Plus setiap hari terbukti berkesan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Ia mengandungi 1.2g ActiCol®, sterol tumbuhan yang dapat menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah, sekali gus membantu merendahkan tahap kolesterol. Susu kurang lemak itu juga tinggi dalam kalsium bagi menguatkan tulang dan mengandungi asid lemak Omega 3 & 6 yang penting.
Nestlé Omega Plus terdapat dalam format pek serbuk 150g, 600g dan 1kg, serta enam pek UHT sedia diminum 200ml. Kini juga terdapat dalam format paket (10 dalam satu pek), Nestlé Omega Plus Milk with Oats dengan kebaikan 2 ramuan ActiCol® untuk menghalang penyerapan kolesterol dan Beta Glukan untuk bergabung dan menyingkirkan kolesterol daripada tubuh.
Terma Dan Syarat Menyertai Virtual Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles.
Sertailah gerakan ini kerana sejumlah RM100,000 akan disumbangkan kepada pesakit jantung setelah kami mencapai Million Miles bersama-sama sebagai sebuah negara! Hanya RM5 (tidak termasuk yuran pemprosesan pembayaran RM1) yang akan dikumpulkan sebagai yuran penyertaan yang mana 100% akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu pesakit jantung yang memerlukan.
Peraduan ini terbuka untuk semua penduduk sah Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dengan dokumen pengenalan diri yang sah dan alamat kediaman di Nestlé Omega Plus memberi kekuatan kepada rakyat Malaysia untuk mula menjaga hati mereka dengan Berjalan Sejuta Batu bersama-sama ke arah negara yang sihat jantung Bulan Jantung Sedunia ini! Sertailah kami dalam gerakan ini kerana sejumlah RM100,000 akan disumbangkan kepada pesakit jantung setelah kami mencapai Million Miles bersama-sama sebagai sebuah negara!
Dapatkan Ganjaran dengan Meningkatkan Langkah Anda:
150,000 Langkah Pencapaian = 1x Finisher Jersey
300,000 Langkah * Pencapaian = 1x Finisher Jersey, 1x Medal & 1x Nestlé Omega Plus Hamper
Hadiah Mingguan x3:
1x Fitbit Charge 4 diberikan kepada 3 peserta Teratas dengan Kiraan Langkah Tertinggi
Minggu 1: 01-07/09/2020
Minggu 2: 08-14/09/2020
Minggu 3: 15-21/09/2020
Minggu 4: 22-30/09/2020
Peraduan ini terbuka untuk semua penduduk sah Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dengan dokumen pengenalan diri yang sah dan alamat kediaman di Malaysia.
Barang-barang akan dihantar terus pos ke rumah anda. Alamat pos mestilah dari Malaysia dan akan dihantar antara 30 September 2020 hingga 31 Oktober 2020.
Masa tamat pendaftaran Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles adalah 30 Sep 2020 11:59 malam (GMT +08: 00)
Tempoh menghantar maklumat larian anda adalah pada 30 Sep 2020 11:59 malam (GMT +08: 00)
All the best!
Marilah berjalan :)
ردحذفSemoga akak berjaya dengan kejayaan mutlak.. Semoga ia memberi motivasi kepada masyakat di dalam menjaga kesihatan diri sama, Hadiah pun menarik jua.. hehe
ردحذفTahun ni semua event larian / walk pun dah kena buat virtual event kan. Rindu pulak nak join run huhu
ردحذفbagusnya inisiatif dia orang ni. part of CSR kan
ردحذفdah lama tak join run event tapi sekarang banyak organizer buat virtual version. bagus jugak en
ردحذفmenarik join event ni. daftar dengan apps saja lepas tu boleh jogging kt rumah.
ردحذفkawan atie joined , haha dia klu walk apps ni mmg betul2 suka ... dia suka medal omega nestle ni , tu salah satu sbb dia joined.
ردحذفSemoga berjaya ibukkk.. Nestle omega ni mmg sedap minum dari susu tepung lain.. Tgk run dia hadiah2 pun menarik juga. Hmm nk join ke tak ek.. Hahha
ردحذفnak joinnnnn! Kalau 2,000 steps tu macam kacang je, sehari boleh dapat tapi mampu ke tak dapat 300,000 steps fuhhh good luck Ruby and family!
ردحذفsaya memang join. baru 200k++ steps.. banyak lagi nak completekan 300k steps huhu
ردحذفBoleh submit lagi ke kalau memang ada trackers dalam phone, almost sampai penghujung dah ni.. :) Selalu set target sehari kena jalan 10,000 steps.. kadang2 memang dapat notification achieve target. Next year nak set reminder about this juga la :)
ردحذفDaftar rm6 tapi hadiah lumayannn...
ردحذفSuami Sis minum susu ni sebabkan masaalah jantung dan kolestrol..
Nape kat JB takde, kalau ada nak juga join..Good luck Ruby..
All the best Ruby. Suka kumpul medal. Tapi baru satu je. Ingat nak lari ramai-ramai. tapi terkandas sebab pkp. Dapat race kit pon jadila
ردحذفWell done to Nestlé Omega Plus! The Walk A Million Miles campaign in conjunction with World Heart Month 2020 is simply a best initiative from them
ردحذفala rugi tak join hari tu. menarik bila kita dapat manfaat dengan banyaknya berjalan dengan reward yang best..medal, susu..kalau ada rezeki dapat fitbit...ini juga ke arah gaya hidup yang sihat
ردحذفSekarang ni banyak virtua run lah Ruby. Tapi bagus juga sebab atleast menggalakan kita sentiasa bersenam dan cabar diri kita. Nanti nak try join juga la
ردحذفBagusnya inisiatif dorang ni untuk dermakan ke pesakit jantung. Plus virtual run macam ni best jgk keselamatan pun teraga takde la bersesak. Macam nak join je ni.
ردحذفA really amazing event from Nestlé Omega Plus! This Walk A Million Miles campaign which is held in conjunction with World Heart Month 2020 will serve as a good reminder for us to stay active.
ردحذفrumah pertamaku
ردحذفrumah mampu milik terengganu
cara beli rumah pertama
cara membeli rumah pertama