Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time.
Ruby telah menggunakan 3 produk dari Summerie. Ia adalah Grapefruit Purifying Body Wash, Shampoo for Normal dan Conditioner for All Hair Types. Punca nak mencuba produk ni sebab tidak puas hati dengan hanya bau haruman sahaja ketika acara pelancaran yang berlangsung baru-baru ini. Ruby di beri botol untuk mengisi mandian Summerie berdasarkan haruman yang Ruby minat. Ketika itu, Ruby bau Ginger paling best gila lah. Kemudian adik di kaunter tu kata "Cuba Chamomile, bau dia sweet lain sikit dari rangkaian fruity". Ruby pun tergoda dengan haruman Chamomile. Bila masa nak pam, ehh bau Grapefruit yang influencers tu pam best lah. Tak lama lepas tu, ada rakan blogger pam Passion Fruit. Arggghhh mana satu mandian yang Ruby nak pilih ni? Buntu! Hahaha.
Balik dari acara pelancaran Summerie terus Ruby cuba mandian dan syampu. Bila dah dicampur dengan air. MasyaAllah memang best la Summerie ni. Membangkitkan mood. Serius Ruby suka sebab rasa "me time" dan jadi "me-mandi time". Sebagai ibu, memang susah untuk ada masa bersendirian selain ketika solat dan mengaji. Tapi dengan Summerie, Ruby boleh ambil masa untuk mandi sebersihnya. Haruman dari Summerie buat Ruby rasa tenang dan release stress selepas sibuk menguruskan keluarga dan kerja.
Mandian Grapefruit memberi satu mood istimewa. Rasa sayang pada diri sendiri. Ruby sejenis mandi, akan melekat bau tu di kulit. Tapak tangan, pelipat dekat siku terutamanya masih ada bau Summerie Grapefruit. Manakala syampu dan perapi juga memberi kesegaran ketika menggunakannya. Haruman seperti bubblegum membuatkan Ruby teringat zaman kanak-kanak. Ahh bestnya zaman tu, tak banyak tanggungjawab. Enjoy main je. Memang betul lah "Every Shower, Every Bath Is a Summerie Escape".
94% Bahan-Bahan Dari Alam Semulajadi
Produk Summerie bebas dari SLS, SLES, Parabens, Alochol, Mineral Oil dan Pewarna Sintetik. Tiada MEA, DEA, TEA dan 100% tiada bahan yang berasal dari haiwan. Formulasi dengan wangian semulajadi dan bebas silikon memberikan ‘musim panas’ yang menyegarkan dalam setiap mandian. Kita beruntung kerana berada di Malaysia. Kita dapat Summerie hari-hari! Yayyy! Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan 'summer' dan 'reverie'. Summerie adalah rangkaian mandian dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit, penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan dan ketenangan.
Rangkaian produk Summerie dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut. Ia juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B. C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-G.
Senarai Harga Dan Rangkaian Produk Summerie
Dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi mandian, syampu dan pembersih tangan hanya di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia. Mandian Summerie mempunyai 2 jenis saiz iaitu 325ML RM 10.90, manakala 650ML RM 17.90. Rangkaian syampu Summerie mempunyai 1 saiz sahaja iaitu 325ML dan bernilai RM 17.90. Perapi rambut Summerie bernilai RM 17.90 untuk 175ML. Pembersih tangan Summerie dalam bentuk spray bernilai RM 5.90 untuk 50ML dan dalam bentuk gel RM 4.90 untuk 50ML.
🥳 Grapefruit Purifying Body Wash
🥳 Chamomile Purifying Body Wash
🥳 Passionfruit Refreshing Body Wash
🥳 Ginger Refreshing Body Wash
🥳 Shampoo for Normal
🥳 Shampoo for Dry Hair
🥳 Shampoo for Oily Hair
🥳 Shampoo for Dandruff Care
🥳 Conditioner for All Hair Types
🥳 Instant Moisturising Hand Sanitiser Hair
🥳 Power Action Spray Sanitiser
Guardian All Bath Care & Hand Wash 40% Off 24 - 27 September 2020
Bermula 24 hingga 27 September 2020, anda boleh dapatkan produk mandian Summerie. Harga untuk 325ML RM 10.90, selepas diskaun RM 6.54 , manakala 650ML RM 17.90, selepas diskaun RM 10.74. Murah sangat kan? Boleh la beli semua haruman dan kemudian kita tentukan yang mana kegemaran. Hehehe.
Jom dapatkan Summerie di Guardian sekarang! Beli semua, boleh cuba haruman mandian berlainan. Let's "me-mandi time!"
Tags
Kecantikan
harga boleh tahan. Comel botolnya. Ida suka bau macam fruity sikit,..bunga2 pun suka. memang mak-mak ni susah nak dapat me time masa mandi..tambah kalau ada anak kecil yang jenis menunggu menangis depan pintu bilik air.haha
ردحذفHahahahaha. Kena ada me-mandi time. Waktu tu je lama skit tak handle keluarga. Hahahhaa.
حذفmenariknya shampoo ni! harga pun boleh tahan murah lah juga dari standard price shampoo yang ada dekat drugstore
ردحذفShampoo dan Mandian dia memang best. harga berbaloi. Hehe
حذفSayalah salah sorang yang alergik dengan sabun tu 🙋🏼♀️ LH memang kena pakai yang sabun lembut-lembut saja, kalau tak habis gatal-gatal satu badan. Boleh cuba ni, nampak best aje.
ردحذفHaaa bab gatal tu kena concern tengok isi kandungan kan. Kadang org ingat efek dari sabun detergent aje. Sedangkan produk mandian banyak bahan kimia.
حذفYaya bab mandian memang suka pakai pelbagai. Setiap kali mandi akan tukar-tukar sbb suka bau yang berbeza. Nampak gaya kena tambah koleksi mandian ni. Tertarik dengan botol yg comel tu.
ردحذفYayy kita geng. Memang mandian selalu tukar-tukar ikut bau. Cuma, ini praktikal kepada wanita. Utk suami dan anak-anak, mereka kena pakai something strong. Bau badan mereka tak konsisten kekadang. Hehe
حذفBauan buah-buahan..mesti kena cuba nie..harga pun berpatutan..tq for sharing
ردحذفHehehehe go go go dapatkannya!
حذفbetul tu time mandi ni emmang me time dan kalau boleh nak guna sanun yang wangi dan menenangkan jiwa kita...wangian yg betul kena dengan kita memang boleh jadi terapi ...nanti nak cuba jugaklah ....
ردحذفBetul kak. Terapi simple buat ibuk ibuk. Hehehe
حذفWah ada sabun mandian baru ye kak... Kita pun suka mandian yg pelbagai bau.. Lagi2 bau buah2an mmg harum sangat... Nti bolehlah try tgk jenama ni..
ردحذفWawa dapatkan sekarang. Hari ni last day promo di Guardian. Hehe
حذفMacam menarik jer Summerie produk ni... Harga pun sangat berpatutan dan yang penting 94% bahan semula jadi..ini lebih baik utk us kan... Nak try ni la for my good "me-time" juga
ردحذفYessss cubalah. Bleh la bg release stress. Hehehe
حذفPernah guna shampoo dan conditioner dia je. So far ok lah bila pakai. Nanti boleh cuba body wash dia pula.
ردحذفSyampu dia best bau bubblegum. Mandian dia lg syok Ana. Cubalah!
حذفMula je nengok harga, takde le mahai beno ek.. tapi tu le, dulu hingga kini, kalau Ruby tanya soalan atas tu, Sis memang guna Echanteur sampai sekarang.. Suami guna Lux, anak-anak guna BBW...takpe yang ni boleh try nanti, boleh cuba kot le kena dek hidung wangi...
ردحذفHahahahaha. Akak sekeluarga ada fav tersendiri. Memang bagus bila dah ada yang tau apa mereka minat. Nanti saya plan nak buat rak mandian mereka sendiri. Hehehe. Dah bukan zaman Carrie Junior. Hehe
حذفthanks for info ya, selalunya kena hati2 dengan bahan2 yang digunakan.
ردحذفBetul kak. Bahan dalam mandian kena cek. Sebab iritasi pada kulit ni bahaya. Nak guna lama produk sampai habis. So Summerie is the best.
حذفHaha keliru jap apa tu me-mandi time. ingatkan brand tadi, rupanya bahasa hipster zaman now. Tapi saya tengok-tengok produk ni boleh tahan bagusnya dan harga tak sangka tak de la mahal sangat. Rasa macam nak me-mandi juga la macam ni
ردحذفHahahahaha bahasa mak-mak le Zarin. Hahaha. Me time sekarang kena low cost. Mandi je. Nak pi spa dah tak da masa. Wang pun kena menabung. Wakakaka.
حذف